CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 11-1-2016 03:49 PM | Show all posts
dammerung replied at 11-1-2016 03:35 PM
rasanya area Dengkil tak pun jalan menuju Bangi lama. Kalau ikut logiklah sebab situ je yang masih ...

mgkn la kot..cyberjaya even kawasan moden n hi tech smpai skg seram...

kesah hantu cyber mmg byk la.... perangai foreigner kt sana pn hazab gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 04:26 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 11-1-2016 03:49 PM
mgkn la kot..cyberjaya even kawasan moden n hi tech smpai skg seram...

kesah hantu cyber mmg b ...

ida dah knapa...smpai bnyk kali komennya.....echo ke....hehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 04:30 PM | Show all posts
nuerulcayang replied at 11-1-2016 04:26 PM
ida dah knapa...smpai bnyk kali komennya.....echo ke....hehehe.....

ayoyoyoyo terposting byk kali plak..

maafkan sy tuan tanah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:59 PM | Show all posts
suka semua ceritanya terutama sekali Mat Sentul...masih tertanya2 apakah itu..belum pernah dengar atau baca penampakan camtu...fascinating...menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 01:28 AM | Show all posts
x de citer lg ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:01 AM | Show all posts
citer Mat Sentol tu mmg legend lah...2-3 kali aku ulang baca...tak seram tp sangatlah misteriusnya...aku teringat cerita2 org2 tua dulu dorg panggil benda ni hantu hutan....good job TT....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2016 09:22 AM | Show all posts
we want moreeee TT!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:46 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 11-1-2016 04:30 PM
ayoyoyoyo terposting byk kali plak..

maafkan sy tuan tanah

haha....ni bkn tuan tanah la..ak rakyat marhaen yg meminati cter tt...x marah pn saje usik ko...
nmpk sgt ko menikmat cter2 tt smpai post bnyk kali..hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 12:11 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 6-1-2016 10:04 AM
sian kt arwah mat sentul hantu setan menyerupai arwah...

misteri btl hantu tu.....

Mat SentOL lom arwah lagi.. baru2 ni org viral sal dia.. siap ad gambr terbaru..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 04:27 PM | Show all posts
terbaek tt
sume story cukup perisa
seram sejuk dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 7-1-2016 12:46 PM
Kisah 5 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Los Angeles, 2013



Ni kalau jadi kat korang, korang nak buat apa? Ho ho
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer mat sentol tu wow unbelievable... Mmg misteri sungguh. Apa yg menyebabkan smpi semua org takut nak bercerita psl dia yea. Apakah dia mmg manusia, jin atau....... . klu dia bkn manusia, kelesss ko noks muncul kat dlm utan siap dress up dgn bow tie sunglasses bagai. Main beskal lagi.... This is rare.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tt! Cerita mat sentul sungguh rare.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:00 PM | Show all posts
Edited by zennaya at 12-1-2016 10:10 PM

apa jenis makhluk mat sentul tu? cara dia bercakap mcm manusia normal,tapi bukan. selamba aje, tapi kenapa ayah bang nor tu sorok sedaya upaya bangnor dari ditegur makhluk tu? tapi area bahau memang mengerikan. teringat my sis story masa abah kami kerja polis kat PULAPAH era 80an. kaw PULAPAH tu pun angker. kaw bekas kilang gula milik kerajaan NS dan memang lama kosong tutup operasi. tahun 1981 baru gomen amik alih bukak jadi pusat latihan polis. my sis pernah kena dgn mainan makhluk disitu.

my sis mengaji malam kat kuarters anggota kat bawah sikit dari kaw umah kami di area kuaters pegawai. my sis sorg je anak pegawai,jadi dia kena balik sorang sebab masa tu tak ada anak pegawai mengaji sama dgn dia. kawan dia ramai anak anggota. oleh sebab turn mengaji dia lambat,jadi dlm pukul 10 lebih dia balik mengaji,suasana memang sunyi. plus dia kena menempuh padang bola yg luas dekat2 tangki air. gelap kaw tu,hanya diterangi lampu jalan yg kuning. suasana sgt sunyi dan seram. dia berjalan laju2,sebab dia pun dah takut. masa tgh jalan laju tu la,dia terdengar bisikan seseorang di telinga "Cepat jalan,cepat jalan,cepat jalan" pe lagik,makin laju dia berjalan balik umah naik atas bukit sikit. ntah sapa yg bisik kat telinga x taula. sengal betol benda tu, dah tau orang ketakutan jalan laju, lagi dia sakat lagi my sis.

my mum pernah gugur kat area PULAPAH jugak. tak tau kenapa,tapi ada bini anggota tu mewarisi sesuatu tinggalan. pernah pukul 2 pagi bini anggota ni ketuk pintu rumah member dia,menyeru dari tingkap "oit kak tipah (nama rekaan,dah tak ingat nama makcik tu) kau tak nak main badminton ke. jom la kita main"
kak tipah dgn laki dia terjaga,tapi tak jawab sebab memag dah tau bukan 'orang sebenar'


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:11 PM | Show all posts
apsal aku bercerita aku pulak naik seram? siot betol...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 5-1-2016 03:51 PM
Yang aku lagi pelik la kan, seniyur..apsal yang ju-on tu tak mengawal lua dan dalam rumah? dah ape ...

Pelik kan? Dah ada security yg gerenti mentakutkan semua umat lagi nak bg tugasan kat mujibur (*tak ingat nama guard haha..malas nak refer 1st post)switch off segala...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
zennaya replied at 12-1-2016 10:11 PM
apsal aku bercerita aku pulak naik seram? siot betol...

Aku yang baca ni pun dah meremang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2016 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
chicmushroomkd replied at 13-1-2016 09:43 AM
Pelik kan? Dah ada security yg gerenti mentakutkan semua umat lagi nak bg tugasan kat mujibur (*t ...

Nama dia Rishi la cik. Pakai servis security guard ni tak semestinya untuk tujuan keselamatan. Ramai yang hire service security guard just sebagai "pemberitahuan" premis tersebut bukan abandoned tetapi vacant dan bertuan.

salah satu masalah rumah tak berpenghuni di kawasan seperti bukit tunku ialah gelandangan. Drug addict dan homeless suka buat port di rumah-rumah macam tu.

Lagi satu masalah rumah-rumah tak berpenghuni (tapi bertuan) terutama sekali di bukit tunku ialah penceroboh-penceroboh thrill seekers macam Uncle Seekers tu. Ramai yang lupa lot-lot rumah di Bukit Tunku ialah private property, tak kisah lah macam mana abandonednya sesebuah rumah disitu pasti ada orang yang pegang gerannya. Sebab tu Bukit Tunku masih hutan rimba walaupun boleh dianggap tengah-tengah KL

Kerana itu ramai property owner seperti apek tua menggunakan khidmat security guard untuk vacant properties mereka. Bukan untuk melindungi tetapi sebagai memberitahu public this is private property

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 13-1-2016 11:24 PM
Nama dia Rishi la cik. Pakai servis security guard ni tak semestinya untuk tujuan keselamatan. Ram ...

Aha...rishi hehe...  

Yela kan..mesti ada la sebab musabab bila owner tu upah rishi kan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 12:50 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 15-1-2016 03:49 PM

Kisah 8: Seleksi Cerita Pendek Terpilih – Damansara, 1992

Pada suatu malam, sekumpulan pekerja buruh bersantai di rumah kotai.Mungkin sebab kebosanan, salah seorang dari mereka mencadangkan supaya berkongsi kisah-kisah seram sebagai hiburan.

Untuk menambah feel keseraman, sebatang lilin dinyalakan sebagai sumber cahaya dalam ruangan yang sengaja di tutupkan lampu. Masing-masing berkongsi pengalaman mistik mereka. Ada yang serius, ada yang main-main, ada yang jelas bohongnya dan ada juga yang menceduk filem-filem seram dan di olah menjadi cerita sendiri. Meriah lah suasana dengan hilai tawa dan asap rokok kretek.

Salah seorang dari mereka bertanya yang malam ini malam Selasa Kliwon kan?

Semua terdiam, baru teringat yang malam tu malam keramat. Mamat yang tanya tadi rasa bersalah sebab jadi party pooper dan untuk membaiki keadaan,dinyalakan 3 batang lilin lagi. Dia mencadangkan supaya semua orang menyumbangkan cerita, tak kisah lah cerita seram ke, cerita kelakar ke, cerita sedih ke tapi setiap lilin akan dipadamkan selepas habis 10 cerita. Kiranya selepas 40 cerita, maka terpadamlah keempat-empat lilin dan menandakan sesi melepak malam tu tamat.

Mood kembali meriah dengan masing-masing cuba top cerita yang lain.Satu-satu lilin di padamkan sehinggalah ke lilin yang terakhir. Orang yang giliran berceritanya dah sampai bertanya, cerita dia yang keberapa?

Setelah mencongak, semua terkejut. Kalau diikutkan tak banyak mana pun cerita-cerita yang telah disampaikan. Semua mengaku mereka cuma bercerita dua kali. Di ruangan ada 6 orang, maknanya baru 12 cerita.


Tapi semua mengesahkan banyak cerita yang didengar dan tiada siapa protes waktu lilin di padamkan. Bila di trace semula cerita masing-masing,terdapat beberapa cerita yang tak tahu siapa penceritanya. Terjadilah tuduh-menuduh, si A cakap si C yang cerita dan disahkan si B, tapi si C tak mengaku dan di sokong oleh lain-lain cakap mana ada dia cerita. Perkara yang sama berulang-berulang kepada orang lain pula.

Salah seorang menyuruh semua diam. Matanya tertumpu ke arah dinding plywood di sekeliling mereka.

Dalam nada berbisik dia bertanya, dalam rumah ni ada 6 orang aja kan?Tapi kenapa bayang-bayang kat dinding tu ada ramai?

Bila toleh ke belakang, benar kata teman mereka. Terdapat lebih dari 6 bayang-bayang berbentuk orang yang dipantulkan cahaya lilin ke dinding.

Semua tak berani bergerak, bersuara apatah lagi. Bayang-bayang misteri kemudiannya berdiri dan berjalan.

Ia menuju ke arah tingkap dan pintu yang terbuka. Tiba-tiba pintu dan tingkap dikerumuni. Apa yang menakutkan kata sang pencerita, wajah-wajah orang-orang di luar adalah wajah-wajah keenam-enam mereka yang berada di dalam rumah.

Secara beramai-ramai, makhluk-makhluk di luar rumah berkata..

“Aku pun nak bercerita, aku pun nak bercerita, aku pun nak bercerita …”

Menurut sang pencerita, mereka cuma mampu membatukan diri sehinggalah waktu subuh apabila penampakan-penampakan di luar hilang begitu sahaja. Mereka juga sepakat untuk merahsiakan apa yang terjadi tersebut kerana bimbang akan perkara-perkara tak diingini sekiranya diceritakan ke orang lain.

Tidak lama selepas malam kejadian seorang demi seorang menemui ajal. Ada yang kemalangan di tempat kerja, ada yang mati sakit misteri, ada yang mati overdose dadah. Sang pencerita juga claim salah seorang dari 6 orang itu menceritakan kepadanya seminggu sebelum terlibat dalam kemalangan motorsikal yang meragut nyawanya...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.400777 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list