CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 13-10-2016 04:23 PM | Show all posts
Cerita Adik santai aja baca... menarik. cerita hantu lain dari yg lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2016 04:48 PM | Show all posts
Assalamualaikum.. I have been a silent reader for the past 3 years. Saja nk lalu enterprem nice thread.. im waiting for you tuan tanah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 08:51 PM | Show all posts
dam...lamanya berhibernasi
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 09:56 AM | Show all posts
bebel bebel bebel
damm mana ko adeiiiii
aku merindui penulisan mu
kembalilah dammm
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 11:53 AM | Show all posts
dam dam....such a good story teller...tenkiu na, dalam sibuk sibuk sempat jugak nak share strori kat kami semua di sini....

sila sambung lagi biaq page ni berbuku buku bakhanggggg
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 7-1-2016 03:57 PM
tiga entry dalam 1 hari. Ini kira rekod bagi aku. Non-stop aku dengar mp3 cerita hantu. Muak dah.

...

aku dahagakan kisah serammu kawan. besssssttttttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2016 03:20 PM | Show all posts
k_a_a replied at 1-10-2016 11:00 AM
Dashyat juga kisah bapok ni... dulu zaman aku duk di Kuantan .. ada sorang bapok ni biznes makan2... ...

kuantan kat ne?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2016 06:44 PM | Show all posts
Kisah 26: Seleksi Cerita Pendek Terpilh - Jalan Persekutuan I, 1974

Pak Amin sudah menjelajah seluruh semenanjung Malaysia sebelum kewujudan lebuhraya lagi. Pekerjaannya sebagai pemandu lori membolehkan dia sampai ke setiap ceruk negeri, bandar, daerah, pekan dan kampung. Mungkin zaman sekarang itu perkara biasa aja, tapi pada awal 70an ianya satu perkara yang mengkagumkan. Dalam kampungnya, Pak Amin boleh dikatakan orang paling jauh merantau kerana rata-rata orang kampungnya hanya setakat sampai ke pekan berdekatan saja.


Bertahun-tahun memandu lori dari hujung ke hujung semenanjung Malaysia, Pak Amin dah lancar dengan jalan persekutuan terutamanya jalan persekutuan I yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Johor Bahru. Dari jalan tu tak berturap, ke berturap hinggalah wujudnya warung-warung makan di sepanjang jalan, kerjayanya dah membawa dia melihat kemajuan jalan persekutuan tersebut.


Seperti pemandu-pemandu lori yang lain, Pak Amin tak boleh lari dari bertembung dengan benda-benda paranormal ni. Setakat pontianak tepi jalan tahan lori nak tumpang tu perkara biasa kata Pak Amin sambil ketawa. Pernah juga di rompak sekumpulan komunis yang keluar dari hutan tepi jalan dan tak kurang juga langsuir bergayutan di lorinya. Menurut Pak Amin, komuniti pemandu lori pada zaman tu memang kuat. Mereka biasanya berkumpul di warung-warung makan tepi jalan untuk bertanya khabar. Since zaman tu things pretty much basic for them, pemandu-pemandu lori biasanya akan membawa bersama buku note untuk berkongsi tips-tips seperti port pelacur best, tempat repair lori murah, tempat tampal tayar yang buka 24jam, tukar-tukar route, ganti shift dan bertukar jadual untuk next gathering. Maklumlah mana ada radio walkie-talkie nak berborak sesama mereka jadi jadual delivery menjadi reference point. Begitu juga dengan tips untuk spot-spot yang harus dielakkan seperti tempat Cik Pon dan Kak Lang melepak, spot komunis nak buat raid dan juga lanun jalan (sindiket perompak kenderaan di bahagian-bahagian tertentu sepanjang jalan persekutuan terutamanya yang diapit hutan).


Dikalangan geng drebar lori ni, mereka ada satu unwritten rule iaitu mereka tak ambil penumpang. Tak kisah la siang ke malam ke pagi ke petang ke, apa-apa pun mereka tak terima penumpang selain gang drebar lori dan itupun kalau kes kecemasan. Pada mulanya Pak Amin tak faham dan tak kisah sebab siapa je pun yang nak tumpang lori buruknya. Kalau dia kasi tumpang pun, what the worst that can happened anyway.


Sampailah satu hari ni...


Lori TATA dipandu Pak Amin menyusuri jalan lengang. Kalau tak salah Pak Amin masa tu lebih kurang pukul 7 pagi sebab dia masih ingat matahari baru terbit di kaki langit. Cahaya kuning lampu berbalam di sebalik kabus pagi. Pak Amin mengemudi lorinya ke tepi jalan. Kak Li, pemilik warung menyambut kedatangan Pak Amin dengan mesra.


"Kak! bebudak lain takde ke?" Tanya Pak Amin


"Kau sorang je dari tadi Min. Akak baru bukak" Balas Kak Li.

Pak Amin meneruskan makan sarapan yang disediakan Kak Li. Ada satu famili duduk membelakanginya di meja lagi satu. Dia tak ambil kisah dan selepas sarapan dia tidur di lori.


Sedar-sedar dah tengahari. Jenguk di luar, kelihatan beberapa lori yang dikenalinya parking berhampiran. Pak Amin kembali ke warung Kak Li dan gembira melihat rakan-rakannya. Tengah best berborak sambil makan tengahari, Pak Amin perasan di depan duduk membelakangi kawan-kawan adalah keluarga yang dia nampak pagi tadi, masih duduk exactly di tempat yang sama.


Kata Pak Amin, famili tu terdiri dari dari lelaki dewasa pakai kemeja batik lusuh, mungkin isteri di sebelah sedang menggendong kanak-kanak lelaki yang dah agak besar untuk berdukung macam tu dan kemudian dua kanak-kanak perempuan seperti kembar.


Hari makin tinggi dan semua hendak meneruskan perjalanan. Oleh kerana Pak Amin seorang saja yang dah habis shift nak pulang ke rumah di selatan, dia lepak lama sikit sementara rakan-rakan lain meninggalkan perkarangan warung Kak Li untuk menuju ke arah utara. Agak pelik juga Pak Amin lihat keluarga tersebut kerana dari tadi takda sebarang bunyi langsung kecuali budak lelaki yang digendong kadang-kadang menangis kemudian tidur semula.


Kak Li menghampiri Pak Amin.


"Min, boleh tolong akak tak?" Tanya Kak Li sambil berbisik.


"Tolong ape kak?"


"Ni keluarga depan ni, dah tiga hari duduk kat warung akak dari buka sampaila tutup malam karang. Pesan makannye tak. Minum je"


"Nak tolong camane?"


"Tolong la tanyekan nak pergi mane tolong hantarkan"


"Ehh..tak nak la kak, bagi-bagi tumpang orang tak kenal ni"


"Alaa tolongla Min. Akak bagi makan free setaun" Pujuk Kak Li yang nyata terdesak.


Pak Amin memikirkan tawaran Kak Li. Di congak-congak kekerapan dia akan melakukan pitstop di warung Kak Li. Banyak tu boleh save. Peraturan no hitchikers singgah di minda. Dilema juga lah samada nak honor trucker code of conduct atau makan free.


Peraturan, makan free, peraturan, makan free...


Fikir punya fikir, Pak Amin membuat keputusan untuk melanggar peraturan. Sekali je kot dan selagi orang tak tahu, it doesn't happened. Pak Amin menghampiri lelaki berkemeja batik.


"Slekum bang" Ucap Pak Amin mesra.


Lelaki itu tidak menjawab, cuma tersengih-sengih sambil angguk-angguk kepala. Pak Amin sempat melihat ahli keluarga yang lain. Kalau sekali tengok, macam orang asli cuma kanak-kanak lelaki yang bergendong oleh wanita disebelah lelaki tersebut agak lain wajahnya.


"Anak demam ke bang?" Tanya Pak Amin lagi.


Tiada jawapan cuma tersengih-sengih sambil terangguk-angguk. Isteri dan dua anak perempuannya hanya membatu merenung Pak Amin dengan tajam. Pak Amin lihat ke arah Kak Li yang tercongok di dapur beria-ria suruh cuba lagi.


"Macam ni la bang, kalau abang nak ke pekan saya boleh tolong hantarkan tapi duduk kat belakang lah" Tawar Pak Amin. Nak duduk kat depan memang tak muat sebab berselerak dengan barang-barang harian. Lagipun belakang tu dah kosong, mungkin tak berapa selesa tapi boleh lah untuk 30 minit perjalanan ke pekan berdekatan.


Terloncat-loncat lelaki tersebut bila mendengar kata-kata Pak Amin. Mereka menuju ke lori dan kejadian pertama yang trigger the alarm in his head apabila instead of Pak Amin buka cover belakang lori untuk membolehkan mereka naik, selamba je the whole family panjat cargo frame masuk ke belakang. Dah macam monyet pula.


Okay. Creepy. Tapi takpalah, 30 minit je pun. Pak Amin memandu lorinya menuju ke arah selatan. Sepanjang perjalanan senyap je kat belakang. Ada masa dia tanya okey ke kat belakang tu tapi takde jawapan. Tak dengar agaknya sebab bising kot. Lima belas minit berlalu dan Pak Amin cuba lihat ke arah tingkap kecil di belakangnya untuk memeriksa keadaan keluarga itu.


Pada mulanya dia tak percaya apa yang dilihatnya, bila pandang kali kedua terus buat emergency break tengah jalan.


Pak Amin nampak sekumpulan makhluk berbulu, dua besar dan dua kecil mengerumuni kanak-kanak lelaki yang digendong tadi, seolah-olah nak makan budak tersebut. Kenapa Pak Amin kata begitu adalah kerana semua sedang mengangakan mulut menayangkan gigi-gigi bertaring.


Bila Pak Amin slammed je brake terdengar lah dentuman-dentuman di belakang. Segera dicapai parang panjang yang dia standby bawah seat dan berlari ke belakang lori. Belum sempat dia nak buka cover belakang lori, Pak Amin diserang sekumpulan makhluk berbulu yang menerjah keluar dari cargo lorinya. Kelam-kabut dia melibas-libas parang panjang dan bila makhluk itu berundur, Pak Amin dapat melihat jelas makhluk persis beruk dengan tubuh berbulu. Tapi dari paras rupa mirip manusia. Makhluk jantan berderam geram melihat ke arah Pak Amin. Macam mana dia tahu jantan sebab jelas dari anatomi tubuh seperti manusia, samalah dengan beruk dewasa di sebelah yang mempunyai anatomi betina.


Dia melibas parang panjang dua tiga kali, barulah beruk-beruk tersebut lari masuk ke dalam hutan dan hilang dari pandangan. Bila line dah clear, Pak Amin periksa cargo hold dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki terbaring tak sedarkan diri berserta baju-baju berselerakan. Menurut Pak Amin, kanak-kanak lelaki tersebut tersangat lemah macam tak makan berhari-hari. Bibirnya pecah dan wajahnya pucat.


Dipendekkan cerita, setelah selesai urusan di hospital, Pak Amin membuat laporan polis. Dia diberitahu kanak-kanak yang ditemui mungkin diculik kerana ada kes kanak-kanak dikatakan lemas dalam sungai hampir seminggu yang lalu tapi tak jumpa mayatnya. Pada mulanya Pak Amin serba salah nak cerita takut kena gelak tapi mengenangkan dia mungkin kena syak menculik, dia pun cerita lah.


Ingatkan kena lah sindir ke atau gelak, tapi polis tu tanya.


"Dua beruk dewasa dan dua kanak-kanak kan?"


"Ye tok"


Polis cuma diam dan berpandangan sesama mereka. Kemudian Pak Amin dibenarkan pulang.


Menurut Pak Amin, dia tak pernah cerita kejadian ni kepada sesiapa pun sampailah salah seorang rakannya mati kemalangan ketika buat trip. Kelindan yang terselamat mengatakan mereka diserang oleh sekumpulan monyet yang tiba-tiba masuk kedalam cab melalui tingkap menyebabkan rakan Pak Amin hilang kawalan dan lori masuk gaung.


That happened 15 years after kejadian yang menimpa Pak Amin dan lokasi kejadian tak sampai 1km dari warung Kak Li.


Pak Amin bersara dari jadi truck driver sekitar tahun 1991 kerana masalah kesihatan. Dia cakap pontianak dan langsuir takda apa kalau nak dibandingkan dengan kejadian makhluk beruk itu. That's hands down the weirdest shit that ever happened to him dalam hampir 40 tahun memandu lori.


Dan ya, Pak Amin akhirnya mengakui kepentingan peraturan no passenger during work dan sepanjang kerjanya pada tahun 1975, dia makan free di warung Kak Li selama setahun.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Best.best.ade cite baru.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Famili yg duk warung kak Li tu, kiranya jelmaan beruk aka makhluk berbulu hitam tu la kan..

Elok pulak jadi org masa kt warung tu

Driver lori ni memang byk kes jumpa segala mak nenek hantu atau benda pelik...perangai diorang pun dah mcm hantu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:13 PM | Show all posts
baca kisah drebar lori ni.
ada satu kisah dari ex staff makmal tempat aku kerja dulu..
dia berhenti jadi despatch sebab nak kerja jadi drebar lori...gaji lebih lumayan katanya
jadi nak lagi lumayan, dia kejar trip pemunggahan barang2 dari KL ke Penang (ambik time malam)
Sepanjang dia jadi drebar lori tu, banyak kali dia jumpa benda2 gini..
dia cerita masa dia bawa lori tu, jam 3 pagi macam tulah...
time ni dia dah sampai kat highway nak exit ke Batu Kawan tu..
tiba-tiba dia nampak seseorang sedang melambai di tepi jalan..perempuan..
dia buat tak reti je..lori dipecut makin laju, dalam hati, menyumpah la sebab apa kejadahnya perempuan duk sorang2 kat tepi jalan time gitu
kira2 10 minit lepas dia pecut tu, sekali lagi dia terkejut...perempuan tadi ada kat depan, duk melambai exactly the same gayanya macam tadi..
dia dah berpeluh..bacalah ayat macam2...sampai dia terbaca doa makan
kali ni lori dia dah rasa berat..macam dia bawa simen bertan2 gitu..
dalam keadaan cuak tu, dia perasan ada seseorang sebelah tempat dia duduk..sebelah pemandu la kiranya..
terpandang je..terus dia laung Allahuakhbar!!!
perempuan tadi terus mengilai dan terbang keluar dari lori...
hampir terbabas lori .

la ni, dia masih bawa lori lagi.....hati kental betul..

sorry dam....tumpang lagi citer kat thread ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks dam. Cerita u selalu unik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram.. sebenarnya apa benda tu boleh menyerupai manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 08:36 AM | Show all posts
tqs dam...syokk baca cerita u..best gilerrr
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 08:49 AM | Show all posts
Fuhhh.........beruk menyerupai manusia...
Nasib baik la budak tu tak sempat dimakannya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 08:53 AM | Show all posts
terbaek Dam. Seriously terbaek.

Saja nak jadikkan thread nih lebih seronok, nak buat casting drama untuk cerita latest nih.

Tajuk : Melankolik Si Juragan Lori

Barisan Pelakon

Pak Amin                  : Jalil Hamid
Kawan2 Kelindan : jejaka2 kampung berdekatan
Kak Li                         : Sheila Rusly
Bapak/ monyet1   : Adiputra
Mak / monyet2      : Lisa Surihani
Baby                          : random baby
anak girl kembar  : Mia Sarah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2016 09:23 AM | Show all posts
Ipo replied at 18-10-2016 10:13 PM
baca kisah drebar lori ni.
ada satu kisah dari ex staff makmal tempat aku kerja dulu..
dia berhent ...

mau terberak tetiba ada co pilot dok elok tepi kita....allahuakbar!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
snipersnake replied at 19-10-2016 08:53 AM
terbaek Dam. Seriously terbaek.

Saja nak jadikkan thread nih lebih seronok, nak buat casting dram ...

Lisa surikayu kaaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 11:47 AM | Show all posts
snipersnake replied at 19-10-2016 08:53 AM
terbaek Dam. Seriously terbaek.

Saja nak jadikkan thread nih lebih seronok, nak buat casting dram ...

tak best la tajuk gitu

try "driver lori i love you"

lisa surikayu so yesterday...baik amik nadia nissa
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ade gak sedara kite yg bawak lori dan pernah  gak tanya pengalaman dia masa bwk lori..dia   sengih jekkk...dia ckp ada je pun..selalunya bila mata  dah rasa ngantuk..masa tu lah akan nmpk segala mak nenek  kat tengah highway..masa tu gak le nampak sampan, jentolak,  jengkaut  melintang kat tengah2 highway..dia tawakal dan rempuh je..masa rempuh tu dia cakap macam rempuh kabus  jekk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.622031 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list