CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 24-10-2016 10:37 AM | Show all posts
Edited by WeAiNe at 24-10-2016 10:39 AM

ok dah paham rasanya tiada lebihan jalan/ruang utk kereta berhenti di kiri kanan jalan jika nak ke kedai (refer pada gambor ler ni) betul ke idok?
hehehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2016 11:38 AM | Show all posts
WeAiNe replied at 24-10-2016 10:37 AM
ok dah paham rasanya tiada lebihan jalan/ruang utk kereta berhenti di kiri kanan jalan jika nak ke k ...

BetulBahu jalan takde/tak muat untuk kereta berhenti
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 12:35 PM | Show all posts
Kisah 27 : Bunuh Ayah, Bunuh Emak & Bunuh Semua... baru lepas tgk Sinister 2.. hantu budak2 yang rakam pembunuhan keluarga mereka sendiri....huhu.

Ape pun 3 cerita baru..best2..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 02:46 PM | Show all posts
Edited by bottombikini at 24-10-2016 02:47 PM
WeAiNe replied at 24-10-2016 10:37 AM
ok dah paham rasanya tiada lebihan jalan/ruang utk kereta berhenti di kiri kanan jalan jika nak ke k ...

ada satu lagi pekan rope ini kat trong..sebijik!
tapi pekan tu takde la buruk nau
penah singgah pekan tu beli air kotak..tak tau nak parking mana coz takde bahu jalan

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 02:49 PM | Show all posts
WeAiNe replied at 24-10-2016 10:37 AM
ok dah paham rasanya tiada lebihan jalan/ruang utk kereta berhenti di kiri kanan jalan jika nak ke k ...

LOL

mgkn thn 2000-2003 mmg seram hbs la bangunan tggl ni

tp sejak iols kawen ngn laki iols org gopeng bole dikatakan iols sokmo2 lalu sini nk g ipoh dh xde seram mana dh..sbb kete byk gila lalu sini smpai jem la..

iols pnh tny hb takut x kt sini..dia jwb dulu2 mcm takut la..skg x takut pn..siap ada kedai topup lg kt situ..kalau xslp iols mcm baru2 ni perasan ada kedai baru
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 24-10-2016 02:49 PM
LOL

mgkn thn 2000-2003 mmg seram hbs la bangunan tggl ni

Memang tak seram pon sebenar nya deret rumah kedai ni. Tapi kalau search dalam internet pasal Kg Kepayangni yang keluar mesti cerita pasal angker.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2016 10:45 AM | Show all posts
sekali harung baca kisah 26, 27, 28. tq damm driver lori mmg byk kisah pelik misteri seram.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 10:57 AM | Show all posts
saya SR saja kat sini...lupa password haha...tp saya memang follow thread ni...keep it up tt...chaiyok...chaiyok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 04:13 PM | Show all posts
dammerung replied at 7-1-2016 12:46 PM
Kisah 5 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Los Angeles, 2013

meremang ok baca cerita ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2016 05:48 PM | Show all posts
Kisah 29: Seleksi Cerita Pendek Terpilih Dua Bahagian - Memoir Seorang Pekerja Hospital (Bahagian I)
Entry kali ini agak istimewa sedikit. Ini bukan dari rakaman tapi secondhand account pengalaman seorang yang pernah bertugas buat kerja-kerja post-mortem di hospital. Istimewa tu sebab pengalaman ni ialah dari ayah aku sendiri.

Ayah aku bekerja sebagai petugas hospital selama 40 tahun. Dalam bertahun-tahun bekerja, ayah pernah ditempatkan di unit kecemasan dan pernah juga menjadi tenaga pengajar di sekolah latihan kesihatan. Sepuluh tahun terakhir sebelum bersara ayah mohon untuk ditugaskan ke dalam unit post-mortem. Bila cakap pasal post-mortem ni sudah tentulah melibatkan orang yang dah mati. Masa ni aku baru habis SPM dan tugas baru ayah membawa kami sekeluarga ke sebuah hospital besar di pantai barat semenanjung Malaysia.

Aku masih ingat hari pertama ayah bekerja dengan rumah mayat. Bau mayat punyalah kuat sampai arwah mak tak bagi ayah masuk rumah. Kena mandi air limau nipis ke air lemon apa tah baru hilang bau tu. Itu pun baju seluar semua kena bakar takut ada badi mayat.

Anyway, dua tahun pertama buat post-mortem work, tak pernah encountered sebarang kejadian pelik dan menyeramkan. Walaupun tengah malam buta dan sebagainya, tak pernah sama sekali. Tapi pengalaman pelik terjadi bila masuk tahun ketiga. Ada satu hari ayah ditugaskan ke highway kerana ada kemalangan melibatkan sekumpulan mat rempit.

Masa tu pukul 1 pagi lebih. Jalanraya penuh dengan serpihan-serpihan motorsikal, darah dan anggota-anggota badan yang dah lunyai. Berpuluh tahun kerja hospital, setakat tengok perut terburai, otak pecah tu perkara biasa buat ayah. Pagi itu ayah ingat buat kerja macam biasa lah, kutip body parts atas jalan untuk buat post-mortem dan siapkan untuk dihantar ke waris.

Kumpulan yang bertugas menguruskan kes kemalangan digemparkan dengan penemuan seorang mat rempit yang masih hidup. Bunyi macam takda apa kan? but the thing is, mat rempit tu badan dah tinggal separuh dengan isi perut terburai atas jalanraya. Kata ayah, mat rempit tu orang Melayu dalam usia sekitar pertengahan 20an. Bila dah tengok keadaan macam tu, orang fahamlah mamat tu tunggu masa je, jadi petugas bisik ke telinga ajar mengucap.

Tak tahulah nak kata kelakar ke kesian ke, bila ajar mengucap mamat yang dah nyawa-nyawa ikan tu minta rokok.

"Rokok..rokok" Katanya dengan suara terketar-ketar. Siap buat isyarat rokok pakai jari lagi.

Semua berpandangan antara satu sama lain. 'Rokokkk...rokokkk' masih diucapkan. Bila orang cakap dah takda masa, bawa-bawalah mengucap, korang tahu apa mamat nak mampos tu cakap?

"B*toh laa..aku nak rokok"

Nak kata bukan Islam, IC jelas tunjuk nama si polan bin si polan. Jadi, sebagai menghormati permintaan terakhir, dinyalakan lah rokok letak kat bibir. Masa sedut rokok tu, isi-isi yang terdedah tu semua bergerak-gerak. Bila dihembus, ini ayah memang tak boleh lupa lah, paru-paru mamat tu meluncur keluar dari bukaan kat bawah tu dan menggelongsor ke tengah jalan. Semua melompat-lompat takut terpijak. Mat rempit tu mati lepas dapat sepam rokok tanpa sempat mengucap. Mungkin dia gembira mati macam tu.

Melihat kejadian paru-paru sliding tu buatkan ayah berhenti hisap rokok cold turkey.

Kerja ayah bukan bermakna deal dengan mayat je, ayah juga kena naik court bagi statement tentang post-mortem. Biasanya melibatkan kes jenayah lah. Salah satu kes, ayah kena bagi court statement pasal seorang perompak yang mati kena tembak dengan polis. Disebabkan trial tu pagi so tengah malam sebelum tu ayah dengan seorang pembantu buat post-mortem mayat penjenayah tersebut.

Mungkin ada yang familiar dengan term rigor mortis, di mana anggota badan mayat mengejang lepas beberapa jam. First timer boleh tersalah anggap mayat bangun jadi zombie. Well, malam tu masa tengah potong sana, potong sini tiba-tiba tangan mayat tu pegang pergelangan tangan assistant ayah. Punyalah kuat mayat tu genggam sampai menjerit pembantu ayah.

Ayah cuba tolong leraikan genggaman tu tapi tak boleh. Macam dah locked. Cuba cungkil pun tak boleh juga. Nak tak nak, terpaksalah potong jari-jemari. Jari pertama potong ialah ibu jari. Ayah potong dengan penuh teliti pakai surgical blade yang super tajam tu. Tiba-tiba ayah terjerit melompat. Rupanya mata mayat tu dah terbuka siap toleh kepala lihat ayah lagi.

Pembantu ayah nak menangis dah. Ayah suruh bertenang padahal lutut dah goyang. Rigor mortis ni ikut kefahaman ayah, mayat just stiff je tapi kenapa pula bila ayah pusing bilik mayat tu, mata kepala mayat tu ikut sekali. Ini bukan rigor mortis ni.

Ayah laungkan azan berselang Al-fatihah tiga kali. Pembantu ayah tu orang India so dia pun ada lah baca-baca juga. Tiba-tiba kepala mayat terangkat-angkat, ah sudah. Pembantu ayah dah meraung. Ayah cepat-cepat tolong pembantunya, sentap punya sentap baru lah lepas tangan.

Apa lagi berlari lah dua orang tu keluar bilik mayat. Masa tu ayah suspek ni mesti orang tu ambil dadah or something yang buat jantung berdegup dengan kadar amat perlahan sebab pernah ada case study kat oversea, mat pit kena tanam hidup-hidup sebab ingatkan overdosed tapi rupanya hidup lagi sebab dadah tu.

Mereka kembali ke rumah mayat dengan beberapa orang doktor dan pembantu. Kata ayah, masa masuk semula dalam ruang bedah, mayat tu dah takda atas tempat bedah tu. Panik semua orang. Bila pusing baru nampak sekujur tubuh terbaring betul-betul sebelah tempat dia baring tadi.

Bila periksa blood content, takda sebarang trace dadah pun dikesan. Oleh kerana masa tu takda lagi AV recording, report berdasarkan verbal account orang tak pandang sangat lah.

Mayat tu kemudiannya disahkan betul-betul dah mati sebelum bedah lagi. Ayah lega. Mana taknya, kalau misdiagnosed orang hidup sebagai mati siap buat post-mortem lagi. Boleh kena jail woo.

(Bersambung)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 06:01 PM | Show all posts
takutnyaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aih..memamg kecut perut la kalau tetiba mayat buka mata..pegang pulak..
Teringat masa study dulu...kena temankan member ke bilik mayat malam2..

Cepat sambung damm
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
wow scaryyyy
tp best, smbung pliss
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Best2...sambung abg dam
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
seramnya siap bukak mata lg...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 12:36 AM | Show all posts
dammerung replied at 26-10-2016 05:48 PM
Kisah 29: Seleksi Cerita Pendek Terpilih Dua Bahagian - Memoir Seorang Pekerja Hospital (Bahagian I) ...

Pernah tengok gambar mat rempit terputus dua pastu mintak rokok sebelum meninggal ni. Masa keje kat KL dulu dgn company training & consultancy selalu guna gambar tu (censored) utk pengajaran kpd audiens, selalunya kalau audiens tu student skolah atau kolej.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Yaayyy!!! Dam dah post cerita baru!
Trimas Dam!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 12:46 AM | Show all posts
Tq tuan tanah..cerita tapena x best
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:03 AM | Show all posts
gumbira betul aku seminggu dua ni.
buka je mps nampak tajuk thread abam dam selalu ada update terbaru.
macehhhh abam dam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:22 AM | Show all posts
best! best!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.122749 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list