CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 26-12-2016 12:05 PM | Show all posts
cengkihgirl replied at 25-12-2016 09:53 PM
akak ipo minta another 30 stories?
melampau ni
usahkan 30, satu story pun belum tentu lagi  ...

hok aloh mu nih..macam orang marketing /bisnes la jugak
kalau 30 orang yang dia approach nak promot barang,
tentu ada satu dua yang nak beli kan?
hehehe..macam ya ya je si dammerung ni nak kasi satu dua cerita
but still mengharap






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2016 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah replied at 16-12-2016 04:10 PM
bagi la email, cam na mama nak hantaq kalo tak dak email

tq mamaezah...saya dh dpt emails
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 03:56 PM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 27-12-2016 03:33 PM
tq mamaezah...saya dh dpt emails

same same yer
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah replied at 16-12-2016 04:10 PM
bagi la email, cam na mama nak hantaq kalo tak dak email

Email kat saya gak noradaniezz@yahoo.com  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2016 07:13 PM | Show all posts
ENCORE: Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - Bahagian I

Bersempena tahun baru 2017 dan juga genap setahun thread ini (dimulakan pada 31 Disember 2015), aku belanjalah satu entry bersiri.

Entry ini agak istimewa sikit sebab sumber bukan dari rakaman audio. Sekitar tahun 2009-2010, aku pernah aktif dalam forum antarabangsa yang fokus membincangkan hal-hal teori konspirasi. Masa itu aku tengah obsessed dengan illuminati, new world order, freemason, rothschild/rockefeller, bohemian grove dan sebagainya. Penglibatan aku lebih kepada jadi SR dan ada masa aku reply secara sporadik kalau ada post atau reply melibatkan Malaysia. Beberapa bulan aku melepak kat situ, aku berkenalan dengan seorang forumer menggunakan handler 'mike_awang'. Aku balas postnya kerana dia orang Malaysia dan bukan senang nak jumpa orang Malaysia dalam forum tersebut. Setelah bertukar-tukar pendapat, dia menceritakan satu pengalaman yang takkan dilupakan sampai bila-bila dimana antara sebab kenapa dia mendaftar di forum.

Kisah kali ini merupakan ekstrak dari teks perbualan aku dan Mike pada bulan Oktober 2010.

Untuk tidak berceloteh panjang, let's get to the story...

Mike berusia 25 tahun ketika kejadian terjadi dan bekerja sebagai juruteknik technical support sebuah syarikat IT di ibukota. Seperti kebanyakkan pekerja-pekerja lain dalam industri ini, Mike jenis tak pernah tengok matahari, keluar rumah waktu subuh dan malam-malam buta baru balik. Hujung minggu pula dihabiskan dengan melepak di rumah kerana tidak mempunyai kehidupan sosial mahupun rakan-rakan, lone ranger lah kekdahnya.

Dia menyewa sebuah bilik rumah teres tiga tingkat di Bangsar dan menaiki motorsikal ke ofis terletak di Midvalley. Tuntutan kerja membuatkan dia terpaksa masuk kerja seawal pukul 5 pagi kerana masuk kerja ikut time negara klien. Walaupun on paper dia bekerja 8 jam sehari tetapi disebabkan komplikasi tugasan yang diterima, Mike sering bekerja sehingga 12-15 jam sehari. Dia pun tak kisah sebab balik rumah pun bukan ada apa.

Mike masih ingat hari kejadian ialah Ahad, raya ketiga Aidilfitri 2007. Orang lain syok berhari raya bersama famili, dia hari raya kedua dah kena kerja. Ofis dia takdalah ramai Melayu tapi yang peliknya Cina pun bantai cuti raya panjang juga. Disebabkan Mike tak sampai setahun bekerja dan juga masih single, terpaksalah dia jadi korban kena masuk ofis time raya.

Ofis takda orang jadi kerja pun tak banyak mana lah. Pukul 4:30 dia dah cabut balik. Kata Mike, bukan senang nak dapat peluang macam itu jadi dia menggunakan masa dengan bersiar-siar dengan motorsikal EX5 nya.



Dari Midvalley dia menuju ke Subang, kemudian ke Shah Alam. Patah balik masuk KL putar-putar kawasan Bukit Tunku dan Taman Tasik Perdana. Mike tiba di kawasan stesen KL sekitar waktu senja dan rintik-rintik hujan semakin deras sebaik dia berada di bulatan stesen keretapi KL.

Ketika menanti hujan reda di bawah flyover, Mike melihat facade stesen keretapi KL. Dia yang mengagumi senibina bangunan lama amat menyukai stesen tersebut dan menganggap bangunan itu beserta 'adiknya' iaitu ibupejabat KTMB, terletak bertentangan sebagai struktur paling cantik di KL, malah lebih cantik dari bangunan Sultan Abdul Samad.

Sedang asyik cuba meneliti kehalusan rekabentuk Indo-Saracenic Revival, Mike terpandang papan tanda 'Heritage Hotel' di salah satu tiang stesen. Kata Mike dia dah lama tahu kewujudan Hotel Heritage dan memang menyimpan hasrat untuk melihat interior design bangunan hasil rekaan mendiang Arthur Benison Hubback cuma niat itu tenggelam timbul di sebalik kesibukan kerja.

Inilah masa paling sesuai untuk dia mencapai hasrat tersebut dan tanpa bertangguh-tangguh lagi, Mike meredah hujan memasuki perkarangan stesen. Dua pintu dipisahkan peti surat merah klasik menyambut kedatangannya. Dia menuju ke lobi dan seorang wanita tua sibuk congcengcongceng di telefon tak menghirau kehadiran Mike yang basah kuyup.

"Bilik apa mau?" Tanya wanita itu pada Mike sambil menutup corong telefon.

"Apa bilik ada?" Pertanyaan tidak dijawab wanita itu seraya menolak sekeping lanyard berwarna-warni ke arahnya.

Kata Mike agak menyedihkan pilihan bilik untuk hotel klasik seperti itu hanya dipaparkan seperti menu kedai makan tepi jalan. Dia memilih bilik dimana pemandangan tingkap merangkumi dua lagi bangunan bersejarah iaitu bangunan Sultan Sulaiman (sekarang jadi KLRCA) dan juga ibupejabat KTMB disamping tinggalan Hotel Majestic yang semakin semak dan menyedihkan.

Sementara menunggu urusan penginapan oleh ah soh, Mike mundar-mandir depan lobi. Kata Mike dia agak kecewa melihat keadaan hotel tidak terjaga. Dinding putih berlumut dengan siling-siling berlubang ditambah pula dengan gerbang-gerbang berciri Art Deco disulami pengaruh Mughal yang sudah terkopek akibat kurang penyelengaraan.

"Bang! Bang!" Mike dipanggil seorang lelaki dari kafetaria yang boleh dikatakan hidup segan mati tak mahu.

"Makan dulu la bang" Jemput lelaki muda pertengahan 30an dengan senyuman tak putus-putus. Juadah mee goreng dan bihun goreng disediakan secara buffet tidak menyelerakan langsung tapi harga 1 ringgit sepiring di tambah pula milo ais cuma 50sen, kena pula tengah lapar masa itu, Mike tak fikir panjang dan terus melantak.

Kata Mike, selain dia ada 4 lelaki duduk di meja terletak hujung kafe. Ada masa dia ditenung oleh 4 lelaki itu sehingga timbul rasa tak selesa.

Setelah 'check-in' dengan membayar sekitar 100 ringgit dia naik tangga yang mengingatkannya pada Grand Staircase dalam filem Harry Potter untuk ke bilik hotel. Keadaan bilik selayak wang yang dibayar dan Mike pernah menginap bilik hotel yang jauh lebih bagus dengan kadar lebih murah. Tak mengapalah, satu malam sahaja kata Mike dalam hati. T-shirt polo company dan jeans digantung dalam bilik air selepas mandi dengan harapan akan kering pagi besok.

Dengan hanya berseluar dalam, Mike terus tertidur sebaik baring atas katil.

Mike dikejutkan oleh bunyi bingit seperti hon yang amat kuat. Cahaya terang disebalik langsir menandakan dia dah terlambat pergi kerja. Tengah kelam-kabut itulah handphone pula entah mana perginya. Cari punya cari tak jumpa padahal dia yakin letak atas meja. Nak kata bilik kena pecah masuk, siapa pula nak curi handphone NOKIA 3310 dia tu.

Sementara tengah fikir mana perginya handphone, dia masuk bilik air nak kencing. Kata Mike, dia yakin salah masuk bilik air. Lantai dan dinding marmar dah berganti dengan dinding simen dan lantai tiles kecil-kecil warna hitam putih. Kepala paip silver bertukar jadi gangsa dengan tombol pemutar besar. Jamban pula siap ada tali flush yang bersambung dengan kotak takung air terletak tinggi kat atas. Paling tak boleh blah, di sudut bilik air sebelah shower head ada tong gas besar gedabak.

Kemeja putih dan seluar tergantung di dawai ampaian bilik air dan bukannya t-shirt polo merah dan seluar jeans. Dari mana pula datangnya kemeja putih dan seluar slack hitam ni? Baju dan seluar siapa? Dia berundur lalu terlanggar apa sepatutnya ialah kasut boot jenama Weinbrenner.

Sepasang kasut kulit oxford hitam terletak kemas di sebelah almari betul-betul tempat dia letak kasut bootnya malam tadi. Mike terbaring, kepala pening berdenyut-denyut. Dia mengurut-ngurut dahi. Apa benda yang aku dah makan malam tadi niiiiii?

Tengah terbaring atas lantai baru sedar yang jangan kata TV, aircond pun dah hilang. Di siling kipas bilah besi berputar perlahan. Puas dia cuba ingat betul ke ini bilik yang dia masuk malam tadi? Penat sangat agaknya sampai tak teringat kot, kata Mike dalam hati.

Nafas ditarik dalam-dalam dan dia pergi ke laci. Kalau wallet dia pun hilang tak tahulah nak kata apa. Masa itu dia baru perasan helmet atas meja pun dah hilang, tapi tak mengapa, relax dulu kerana apa-apa pun wallet...

Laci ditarik dan lega hati melihat dompet hitam dalam ruang laci kosong. Baru nak lega, panik datang menyerang. Dompet hitam? Sejak bila pula dompet dia warna hitam? Dari zaman universiti, dompet dia cuma ada satu je, wallet nylon Ocean Pacific warna biru putih yang ada velcro tu.

Terjelepuk jatuh di tirai laci. Okay, okay bertenang, bertenang. Mike pejam mata serapat-rapat dua tiga kali, bermimpi agaknya takpun mungkin masih mamai lagi. Dia cuba tak menghiraukan kepelikan yang berlaku dan berharap semua akan okey lepas mandi. Atas sinki tersiap berus gigi, Colgate, sikat dan juga Brylcreem dalam bentuk tiub.

Mike mandi pagi itu pakai air sejuk sebab tak tahu macam mana nak hidupkan water heater. Kata Mike, baju, seluar dan kasut semua muat macam betul-betul ikut saiz dia. Ambil wallet dalam laci dan terus menuju ke pintu bilik.

Dia capai kunci bilik tergantung di dinding dan terkejut tengok kunci tembaga besar macam kunci antik, rasanya malam tadi dia masuk pakai access card, tapi takpa, semua keanehan akan terungkai bila dia bersemuka dengan pengurusan hotel sebentar lagi. Suara orang berborak dalam bahasa Inggeris kedengaran di luar. Dalam fikirannya itu mesti backpacker-backpacker mat salleh yang menginap di situ juga.

Buka pintu, benda pertama yang dilihat adalah ramai sangat mat salleh di luar. Bukan malam tadi lengang nak mampus ke? Lagi aneh, semua smart bukan main dengan kemeja, seluar slack dan kasut kulit. Wanita pula pakai sundress siap bertopi bagai. Dalam ramai-ramai itu tiada satu pun orang tempatan, jangan kata Melayu, Cina dan India pun tak nampak, semua orang putih.

Mike turun ke lobi yang tiba-tiba dah bertukar rupa. Kalau malam tadi sendu macam kantin kilang tapi pagi ini macam kafe di negara orang putih pula siap ada pelayan India beruniform kolonial dan misai lentik sedia menerima arahan.

Belum sempat dia nak proses apa yang sedang dilihat, seorang lelaki melayu berumur menegurnya.

"Tuan, drebar sudah shiap tunggu diluar" Kata lelaki itu dengan mata terkulat-kulat. Mike malas nak fikir panjang dan terus menuju ke luar hotel. Sebaik diluar, Mike terpaksa tampar dan cubit diri berkali-kali untuk memastikan yang dia tak bermimpi.

Dihadapannya, KL kelihatan...kosong.

Laluan pejalan kaki, kawasan parking kenderaan, pagar, tiang lampu pendek kata semua yang kita biasa lihat di Jalan Tunku Hisamuddin tu takda.

Lapang selapang-lapangnya kata Mike.

Apa yang dia masih ingat, selain dari bangunan KTMB di depan, terdapat deretan pokok pinang memisahkan jalan dua hala dan banyak basikal lalu-lalang. Beberapa kereta klasik lampu bulat yang macam kita tengok dalam filem-filem P.Ramlee muncul setiap 1-2 minit.

Paling mengejutkan kata Mike, flyover dari Jalan Loke Yew menuju ke Dataran Merdeka tu pun dah hilang. Yang ada cuma bulatan stesen keretapi tapi tampak lebih lebar.

Bunyi hon dari stesen keretapi memecah ketenangan kemudian disusuli deruman dan desisan dari apa dirasanya adalah keretapi. Sepanjang dia hidup, itulah pertama kali dia dengar keretapi menjerit dengan kuat, biasanya komuter atau LRT, walau enjin diesel sekalipun tak kuat macam itu bunyinya.

Sebuah Mercedes klasik berwarna putih berhenti di depan dan pemandu teksi memanggil-manggil dari dalam. Mike berjalan menuju ke arah kereta dan derapan setiap tapak yang diambil membuatkan dia melihat ke bawah. Turapan tar telah berganti dengan batu-batu kerikil yang memenuhi kawasan stesen. Sempat juga dia melihat ke arah tempat dimana dia parkir motornya yang kini telah jadi kawasan lapang. Pagar sebelah dia parkir motor diganti dengan tiang-tiang batu pendek yang hanya dihubungkan dengan tali kapal.

Pintu belakang kereta dibuka dan Mike masuk ke dalam.

"Selamat pagi tuannn" Lelaki Melayu sebaya bapanya menyambut Mike.

"Errr...selamat pagi pakcik" Jawab Mike teragak-agak. Pemandu itu tergelak.

"Boleh panggil saya Sudin saja tuan" Kata pemandu dengan mesra.

"Sudin..hari ini hari apa?" Tanya Mike. Dengan kejadian surreal yang sedang dialami ketika itu, dia dah tak pasti hari itu hari apa.

"Hari Rabu tuan"

"Berapa haribulan?"

Sudin mengambil surat khabar di tempat duduk penumpang hadapan dan memeriksa tarikh yang tertera.

"15 Julai"

"Julai?" Mike kehairanan. Bukan sekarang bulan Oktober ke?

"Ye tuan, 15 Julai 1964" Kata Sudin.

"Hah? Cuba ulang sekali lagi?"

"Lima belas Julai Saribu Sambilan Ratus Enam Puluh Ampat"

Mike tersandar.

(Bersambung)

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 08:19 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 29-12-2016 09:15 PM

takleh imagine kalau aku bangun pagi, tetiba aku berada di satu tempat yang asing..zaman purba ke..haish!!
teringat cerita Blast from the Past..tapi cerita ni terbalik..dari zaman dulu ke zaman moden

aku selalu jugak lalu area stesen tu..nampak la signboard hotel heritage tu..terfikir jugak macam mana rupa hotel tu
but hotel majestic tu dah cantik..mat saleh/minah saleh ramai menginap kat situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2016 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
new story terima kasih tt..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
wow cerita baru, best best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq damerung.. comeback story...  miss u.. i..follow
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 09:27 AM | Show all posts
Yeyyyyyyyyyyyy
Dam ada update baru
I lap u la Dammmmmmmmm

Suka ada bahagian-bahagian nie
Sbb citer akan jadi panjang
Maybe pas abis bahagian citer nie
Ada sambungan lagi
Rindu citer seram ko wehhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 11:01 AM | Show all posts
waaaaa...ada cite baru!!

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeayy ade cerita baruu
Sambung lagii
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 11:39 AM | Show all posts
wow..macma time machine tido situ..menarikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah replied at 16-12-2016 04:10 PM
bagi la email, cam na mama nak hantaq kalo tak dak email

Boleh tak nak juga?? Sbb saya cari cerita full Yurizawa asyik ada yg hilang2 je. Pelik
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 03:18 PM | Show all posts
wah menarik. tetiba smpai ke masa lalu. cepat la sambung, x sabar nih.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
wow.tak sangka ada juga kisah macam ni dari orang kita.teruskan cerita bro.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 08:47 PM | Show all posts
bukan Mike je tersandar, aku pun tersandar

THANK YOU dammm!!!! you're back!!

menunggu sambungan................
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 01:43 AM | Show all posts
Wow....dah macam dalam movie. Bangun tidur, masa berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back, damm!

And happy 1st anniversary.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Happy 1st anniversary
Wah....ceria la hidup Kami lepas ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.199885 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list