CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1225597|Reply: 3049

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 31-12-2015 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dammerung at 27-4-2018 05:43 PM

Disclaimer


Aku memberi kebenaran cerita-cerita aku di siarkan diluar thread ini samada untuk kegunaan sendiri atau share di platform yang lain dengan syarat mestilah kredit sumber asalnya (termasuklah penulisnya iaitu aku) dan tidak digunakan untuk tujuan komersil (financial gain).

Shortcuts:-

JILID I (2016)

Kisah 1: Rishi Si Pengawal Keselamatan (Bahagian I), Bahagian II, Bahagian Terakhir
Kisah 2: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Hong Kong, 1997
Kisah 3: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Bahau, 1971
Kisah 4: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Kuala Terengganu, 1991
Kisah 5: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Los Angeles, 2013
Kisah 6: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Seremban, 2008
Kisah 7: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Sepang, 2007
Kisah 8: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Damansara, 1992
Kisah 9: Cerita Bersiri - Asrama (Bahagian I), (Bahagian II - Akhir)
Kisah 10: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Taiwan, 1990
Kisah 11: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Banting, 1995
Kisah 12: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Pengalaman Abang Noor (Lewat 70an - 80an)
Kisah 13: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Kuala Lumpur, 1987
Kisah 14: Cerita Bersiri - Rumah Kuarters Horror (Bahagian I), Bahagian II, Bahagian III (Akhir)
Kisah 15: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Genting, 2001
Kisah 16: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Sebuah Universiti di Selangor (2000an)
Kisah 17: Cerita Bersiri - zuzu_amelia060677 (Bahagian I) (Bahagian II) (Bahagian III)(Bahagian Akhir)
Kisah 18: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - SKVE, 2006
Kisah 19: Cerita Bersiri - Pengalaman Seorang Penyiasat Persendirian (Bahagian I), (Bahagian II), (Bahagian III - Akhir)
Kisah 20: Cerita Bersiri - Misteri Yurizawa (Bahagian I), (Bahagian II), (Bahagian III), (Bahagian IV), (Bahagian V), (Bahagian VI), (Bahagian VII), (Bahagian VIII - Akhir)
Kisah 21: Cerita Bersiri - Clark Air Base Hospital (Bahagian I), (Bahagian II) (Bahagian Akhir)
Kisah 22: Seleksi Cerita Pendek Terpilih Dua Bahagian - Kereta Idaman Radzi (Bahagian I), (Bahagian Akhir)
Kisah 23: Cerita Bersiri - Perayau di Blok Apartment 24 Tingkat (Bahagian I) (Bahagian II), (Bahagian III), (Bahagian IV), (Bahagian Akhir)
Kisah 24: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Bandar Baru Bangi, 1992
Kisah 25: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Adik
Kisah 26: Seleksi Cerita Pendek Terpilh - Jalan Persekutuan I, 1974
Kisah 27: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - "Bunuh Ayah, Bunuh Mak, Bunuh Semuanya"
Kisah 28: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Pekan Koboi
Kisah 29: Seleksi Cerita Pendek Terpilih Dua Bahagian - Memoir Seorang Pekerja Hospital (Bahagian I)(Bahagian II)
Kisah 30: Cerita Bersiri - Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Remaja-Remaja Lelaki di Kampong (Bahagian I),(Bahagian II), (Bahagian III - Akhir)

JILID II (2017)
Kisah 31: Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - Bahagian I, Bahagian II, Bahagian Akhir
Kisah 32: Cerita Bersiri - Nabi Bahar (Bahagian I),(Bahagian II),(Bahagian Akhir)
Kisah 33: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Kejadian di Padang Golf
Kisah 34: Cerita Bersiri - Tangga Batu Di Hujung Padang (Bahagian I),(Bahagian II), (Bahagian III), (Bahagian IV),(Bahagian Akhir)
Kisah 35: Seleksi Cerita Pendek Terpilih Dua Bahagian - Pondok Tol Nombor 1 (Bahagian I), (Bahagian II)
Kisah 36: Cerita Bersiri - Bisnes Baru Ayah (Bahagian I), (Bahagian II), (Bahagian III)
Kisah37: Seleksi Cerita -Cerita Pendek Terpilih – Nostalgia 1989 hingga 1992 (Bahagian I), (Bahagian II)








Rate

3

View Rating Log

Related collections:

  • · Kisah misteri|Threads: 4, Subscribe: 1
  • · MPS|Threads: 3, Subscribe: 0
  • · fav|Threads: 2, Subscribe: 0
  • · seram|Threads: 2, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2015 04:02 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 23-1-2017 05:01 PM

Kisah 1:  Rishi Si Pengawal Keselamatan (Bahagian I)

Salah satu hobi aku ialah mengumpul cerita seram. Aku suka semua literatur yang berkaitan dengan dunia paranormal dan minat aku hanya setakat itu sahaje. Aku bukan pencari hantu macam Uncle Seeker. Aku ni jenis bila ko cakap "aku ada cerita hantu" je handphone aku dah siap di tangan untuk merakam.

Aktiviti pengumpulan aku bermula pada tahun 2005 apabila aku mula pakai handphone Sony Ericsson. Thanks to the audio recording function, aku mula merakam cerita-cerita seram yang disampaikan secara lisan. Sumber aku ialah orang-orang dalam hidup aku sehari-hari...kawan, kawan kepada kawan, keluarga, kenalan kepada keluarga dan sebagainya lah. Pendek kata, aku ni boleh tahan tak tau malu jugak lah suka hati je tanya orang randomly ada cerita hantu ke tak.

Boleh dikatakan aku dah mengumpul dekat 100 rakaman cerita hantu sejak dari 2005 sampai 2013. Lepas handphone aku kena rembat kat depan LRT Bandaraya 2 tahun lepas, aku malas nak buat collection dah sebab dalam handphone tu ada 5-6 rakaman yang aku tak transfer lagi.

Baru-baru ni aku transfer collection audio cerita seram ke cloud storage sambil layan semula recording-recording lama. Koleksi aku takdelah best mana pun sebab banyak cerita ulang-ulang terutamanya urban legends yang semua orang dah tau. Tapi salah satu yang menarik perhatian aku ialah kisah dari seorang security guard berbangsa Nepal.

Orang Nepal ni housemate aku sewaktu aku menyewa bilik di Balakong.  Mamat Nepal ni kerja security guard dekat universiti aku dan nama dia Rishi. Disebabkan dia jaga shift malam, so jarang la aku jumpa kat rumah. Ada lah satu hari tu aku melepak dengan dia kat hall rumah, Borak-borak lama sikit tau lah serba sikit pasal Rishi ni. Rishi time tu dah 2 tahun kat Malaysia dan boleh speaking English, melayu tak berapa fasih.

Aku tanya dia banyak ke gaji security guard ni, dan Rishi cakap kalau tak banyak takdela jauh-jauh datang dari Nepal ke Malaysia cari duit. Aku tanya lagi, berapa gaji ko Rishi?

Rishi cakap, kerja kat universiti tu ok lah gajinya, tapi sebelum dia jadi security guard kat universiti aku, dia ada jadi jaga kat rumah orang. Gaji kat sana lagi tinggi. Dalam RM10 ribu.

Of course aku tak percaya, tapi aku layankan je. Aku tanya Rishi kenapa berhenti kalau gaji besar macam tu?

The moment Rishi cakap "rumah ada hantu", aku tak tanya banyak...terus keluar handphone, buka audio recording dan tekan record.

Salah seorang rakan sekerja bagitau Rishi ada security job kat Bukit Tunku untuk graveyard shift 5 hari seminggu. Masa tu Rishi jadi guard kat kondo area Melawati dan dia tak suka kerja disitu, so memang mencari kerja tempat lain. Apa yang buat job tu menarik, gaji dibayar harian dan cash on the spot untuk setiap shift yang dia buat.

Kawan Rishi cakap kalau berminat, dia suruh contact orang ni. Long story short, Rishi berjumpa dengan client yang offer job tu kat mamak area Kota Damansara.

Client tu ialah seorang apek tua dan Rishi macam tak percaya dengan offer kerjanya. Jadi security guard rumah kosong dengan gaji RM400+ sehari dimana akan dibayar selepas shift tamat, on top of that Sabtu dan Ahad adalah off days. Now, Rishi bukan sebulan dua jadi security guard, dan dia tahu this kind of offer mesti ada something yang orang tua tu tak bagitahu. Bak kata pepatah inggeris, if it sounds to good to be true, then it is.

Rishi bertanya ke apek tua, what's the catch? dan apek tua tu balas, itu je yang kau patut tau dan mahu atau tak?

Apa yang apek tua tu bagitau Rishi;

- Shift dari pukul 6 petang sampai 8 pagi keesokan harinya.
- Coverage area hanya sekitar luar rumah. Rishi di larang masuk ke dalam rumah.
- Pengangkutan pergi dan pulang disediakan sepanjang 5 hari bekerja.
- Upah hanya akan dibayar selepas shift tamat.

Rishi tiada masalah dengan semua tu tapi ada satu arahan yang Rishi rasa agak pelik, setiap hari dia kena switch off fuse box rumah tu pada pukul 2 pagi. Termasuklah Sabtu dan Ahad dimana Rishi kena singgah kejap semata-mata nak switch off fuse box.

Berulang-ulang apek tu cakap kena make sure switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila Rishi cakap, kalau camtu dia tutup aja lah suis awal-awal, tapi berkeras client dia cakap kena tutup juga pukul 2 pagi, biarlah sebelum tu Rishi dah tutup berpuluh kali. Yang penting fuse box rumah kena di turn off pukul 2 pagi.

Gaji besar dan off days 2 hari, mana nak dapat kerja security macam tu. Walaupun macam ada yang tak kena tapi offer tu terlalu menarik untuk Rishi tolak, maka tanpa berfikir panjang, Rishi pun bersetuju.

Hari pertama dia bekerja, Rishi dijemput oleh van putih dan dia ingat lagi yang van tu masuk ke Jalan Parlimen, lepas tu masuk ke Tugu Negara kemudian terus ke dalam lagi, ada pusing round about kecil dan sampai ke tempat kerja.

Tiada apa yang menyeramkan tentang rumah itu sewaktu Rishi pertama kali sampai. Kalau nak banding dengan rumah lain kat area situ, nampak lah design outdatednya. Lamannya luas dan dikelilingi oleh hutan belukar tapi takdela tersorok sangat kerana dari post guard, Rishi boleh dengar trafik dari Mahameru. Rumputnya terjaga rapi dan ada kereta kancil kat parking bay. Maknanya rumah tu tak terbiar, cuma tak berpenghuni. Sebaik sahaje van meninggalkan perkarangan rumah, Rishi saja round sekeliling. Fuse box terletak di luar dinding belakang rumah dan agak tinggi kedudukannya, so Rishi kena pakai cota kalau nak tutup suis.

Rishi memulakan tugas seperti biasa dan tiada kejadian aneh berlaku sepanjang dia kerja disitu, melainkan suis yang dia wajib tutup akan berada di kedudukan ON setiap kali dia menutupnya pada jam 2 pagi, tak kira lah sebelum tu dia dah switch off berulang kali. Rishi juga tak pernah berjumpa dengan guard shift siang. Dia ada tanya drebar van, siapa jaga shift siang tapi drebar tak tahu. So Rishi anggaplah guard shift siang habis pukul 3 ke, 4 ke so memang takde peluang nak berjumpa masa tukar shift.

Semuanya normal sehinggalah masuk bulan ketiga.

Hari kejadian ialah hari Sabtu. Van tak disediakan pada weekend dan biasanya Rishi pinjam motor kawan. It just that, sebelum tu Rishi ada berselisih faham dengan member yang ada motor tu, so hari tu takde transport. Mau tak mau, Rishi datang awal dalam jam 10 malam naik teksi dan planned untuk tidur di post guard aja. Malam itu hujan turun dengan lebat. Best dengan sejuk agaknye, Rishi tertidur dengan lena. Sekitar jam 3 Rishi terbangun dan bergegas keluar dari post guard untuk menutup suis fuse box. Sebaik sahaje dia berada di depan rumah, Rishi dapati rumah terang-benderang. Lampu-lampu semua menyala.

Cermin tingkap pakai stained glass menyebabkan dia tak dapat tengok siapa kat dalam rumah. Rishi mengetuk pintu depan tanya siapa kat dalam tapi takde sape membalas. Dia tengoklah kat lubang kunci pintu yang kecik tu.

Dari lubang kunci, Rishi ternampak seseorang berada dalam keadaan merangkak. Bukan merangkak macam baby tu tapi dengan tapak tangan dan tapak kaki semua kat lantai dan badannya melengkung ke atas, macam kucing. Rishi cakap orang tu bogel dan rambut panjang. Dia tak cam samada lelaki ke perempuan. Sambil tengok benda alah tu, Rishi ketuk lagi pintu cuba communicate dengan orang dalam rumah.

Semua dia panggil,...sir, ma'am, kakak, adik, abang, hey, hoi...semua lah...tapi orang tu tak menyahut. Nak pecah masuk, teringat Rishi ke amaran clientnya yang melarang masuk ke dalam rumah.

Tanpa membuang masa, Rishi called apek tua pakai handphone. Takde hello bagai, apek tua tu sebaik sahaje angkat phone terus marah-marah tanya "why you don't switch off the fuse box!!!"

Macam tau-tau je apek tua ni. Rishi cuba la menipu cakap dia dah tutup tapi apek tu agaknya dah tau sangat, dia bentak Rishi cakap "don't lie to me! I know you didn't switch off the fuse box!"

Tak sempat Rishi nak tanya pasal orang dalam rumah, apek tua terus cakap "You leave the house now! don't wait anymore! No need to switch off!! leave! leave!"

Rishi iya-iyakan aja dan hang up. Kerana rasa bersalah agaknya, Rishi pergi ke belakang untuk tutup suis fuse box. Sepanjang dia menuju ke belakang rumah, ada bayang-bayang di cermin tingkap mengekori dia dari tingkap ke tingkap.


Aku tanya Rishi, ko rasa apa benda dalam rumah tu? dia cakap mula-mula dia ingat orang, sebab dari cara apek tu marah-marah seolah macam acknowledge someone is in the house.

Bila Rishi dah ada kat belakang dan switch off fuse box dia tengok kat tingkap dapur. Tingkap dapur menurut Rishi cuma tengah-tengah je ada stain glass, dan bordernya transparent. Dari area transparent tu, ada separuh muka orang tengah tengok dia. Mata orang tu macam mata orang biasa dan kulit putih pucat sampai nampak urat-urat hijau berselirat kat wajah. Rambut hitam mengerbang.

Rishi angguk kecil sambil tersenyum tapi tiba-tiba wajah di tingkap bergerak sekeliling sampai ke bahagian atas. Logically speaking, mustahil kalau orang boleh buat macam tu.

Siapa-siapa ada kenal dengan security guard Gurkha Nepal, tau lah macam mana hati keringnya diaorang ni. Rishi cakap dia tengok makhluk tu dalam seminit dua, baru dia buat kesimpulan "that thing is not human".

Rumah tu kembali gelap bila suis fuse box ditutup dan makhluk tu hilang dari tingkap. Rishi berjalan ke post guard. Hujan renyai-renyai dan dia planned nak call public taxi pukul 7 pagi nanti.

Baru nak sambung tido balik, Rishi dengar bunyi pintu rumah di hentak kuat macam ditumbuk berkali-kali. Bunyi hentakan berselang-seli dengan suara perempuan melolong. Tak jadi dia nak tido. End up dia melepak sampai ke pagi layan radio tamil. Bunyi tu hilang lebih kurang time subuh.

Sementara tunggu teksi datang, Rishi pergi ke rumah tu kejap buat check-up. Dia tengok dalam lubang kunci tapi tak nampak apa sebab gelap. Tombol pintu pun dia check, depan belakang pintu semua berkunci.

Sebelum meninggalkan rumah salah satu pintu dalam rumah di buka dan di hempas kuat 3-4 kali dan Rishi cakap sumpah dia terdengar ada suara halus dari dalam panggil...

"Abaaaanngg...abaaaanng"

Rishi tak ambil port dan terus ke post guard. By then baru dia faham kenapa apek tua offer gaji RM10 ribu.

By the time dia dalam teksi, baru dia perasan kat pagar ada mail box tertulis "Rumah Berhala xxx xxx"

(Bersambung)
***************************************************************************************************************
recording cerita si Rishi ni adala dekat 2 jam, berselang-seli dia borak kat handphone dengan member Nepal dia kejap, lepas tu dia pi kencing, aku pi kencing so nak extract tu take times juga.

Untuk menjawab persoalan-persoalan korang.

1. Rumah berhala ni tak semestinya kuil/tempat sembahyang. Rishi pun cakap rumah tu jarang ada orang datang kecuali si apek tua dan beberapa orang lagi. Dari cerita Rishi, aku rasa rumah tu store tempat simpan patung-patung berhala. Mungkin nama rumah berhala digunakan untuk tujuan surat menyurat, bil letrik contoh paling obvious lah sebab electricity masih ada.

2. Aku ada tanya Rishi pasal tutup suis pukul 2 pagi tu, tapi Rishi pun tak pernah tanya kat apek tu. So it's a mystery on that part.

Itu salah satu ceritanya lah, ada lagi cerita pasal rumah tu. Rishi ni bukan berhenti kerja kat rumah tu sebab berhantu, tapi di berhentikan/dipecat disebabkan satu insiden yang berkaitan ke'angker'an rumah tu jugak la.

Itu nanti aku sambung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dammerung at 11-1-2016 10:57 AM

Kisah Rishi Si Pengawal Keselamatan Bahagian II

Lebih kurang tengahari macam tu, apek tua called Rishi. Dia ingat nak kena marah tapi alih-alih okey je suara apek tu. Apek tu cakap next time jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila dengar apek tu cool je, Rishi pun cerita panjang lebar apa yang terjadi, tapi apek tu diam je. Paling pelik, apek tu siap offer Rishi extra RM200 setiap minggu untuk sewa motor time weekend. Tanpa banyak soal, Rishi dengan girangnya terus cakap OK BOSS!!

Hari berlalu tanpa sebarang kejadian dan Rishi kerja macam biasa. Pukul 6 petang masuk kerja, layan radio tamil sambil main-main SMS, kadang-kadang ada geng dia datang melepak kat depan rumah dan biasanya pukul 10 malam dia dah start tido sampaila pukul 1:30 pagi bangun dan pukul 2 pagi pergi belakang tutup suis fuse box, then sambung tido balek sampai pukul 7.

Suatu weekend, apek tua called minta dia datang pagi sebab ada orang nak mesin rumput. Rishi datang pagi tu buka gate, ada Bangla dua orang dah tunggu dengan mesin rumput.

Masa ni Rishi dah tak pinjam motor member, dia sewa kereta je setiap minggu. So lepas buka gate Rishi cakap dalam pukul 3 dia datang balik, kalau dah settle, boleh pulang terus tak payah tunggu.

Pukul 3, Rishi sampai tengok rumput-rumput kering bertebar kat laman tak berkaut dan mesin rumput dua biji kat parking bay rumah. Bangla-bangla nya hilang. Disebabkan takde contact number, terpaksalah Rishi menunggu. Lebih kurang dekat pukul 4, baru nampak batang hidung.

Rishi marah lah sebab kena tunggu lama, dia tanya apasal tak settle lagi.

And then, Bangla-bangla tu tanya..

Tuan rumah ni sakit ke?

Rishi cakap lah, sakit apanya? mana ada orang dalam rumah ni.

Then Bangla tu cerita diaorang terdengar orang menangis dalam rumah. Mula-mula menangis biasa je, tak lama lepas tu dah start meraung. Rasa serba salah pulak Bangla dua orang ni sebab macam ganggu privasi tuan rumah. Sebab lama sangat meraungnya, Bangla ni suspek ada something wrong, mana tau cry for help ke apa kan, so dua orang ni pergila ketuk pintu. Bila ketuk pintu, lagi kuat meraungnya.

Bangla-bangla terasa menganggu agaknya dengan bunyi mesin rumput dan decided untuk break kejap dengan niat mungkin orang tu akan cool down kejap lagi.

Tapi bila suara yang menangis tadi tiba-tiba tergelak, dua Bangla ni ambil keputusan lebih baik blah dulu dan tunggu sampai pukul 3 time Rishi datang semula. Rishi cerita yang Bangla tu cakap masa menangis suara perempuan, tapi masa tergelak tu kejap suara lelaki, kejap suara perempuan. Bukan macam ada dua orang tergelak tapi suara yang sama bertukar-tukar jantina.

Rishi pergi ketuk pintu tanya siapa ada kat dalam dan seperti dijangka tiada jawapan. Lepas marah-marah dan berlagak boss lebih kurang, Bangla-bangla tu kasi settle kerja diaorang dan balik.

Pagi tu Rishi singgah rumah macam biasa untuk tutup suis fuse box. Sebelum nak blah tu, dia rasa curious dengan cerita Bangla tadi, so dia cari batu dan baling ke atas bumbung beberapa kali. Lepas dah macam confirmed tiada apa-apa, dia masuk dalam kereta nak balik. Baru nak tutup pintu, pintu dalam rumah dihempas kuat.

Rishi keliling rumah buat checking. Check fuse box, ok dah tutup. Check pintu depan, berkunci, check pintu belakang pulak, ok  berkunci. Kemudiannya dia tinjau kat tingkap dapur. Sambil tinjau, Rishi suluh ke dalam dengan lampu suluh. Di sinki ada beberapa pinggan dan cawan plastik.

Di panjang lagi suluhan dari dapur terus ke ruang tamu.

Menurut Rishi, dia nampak ada lembaga hitam berbentuk manusia sedang bercangkung. Sekali lihat pada mulanya Rishi ingatkan perabot. Tiba-tiba "perabot" tu mula berayun (rocking).

Masa tu Rishi yakin ada orang dalam rumah sebab bagi dia, kalau rupanya macam orang, bentuk badannya macam orang..so oranglah! Lagipun benda alah tu ada kaki dan hantu mana ada kaki!

Rishi ketuk-ketuk tingkap pakai cota. Makhluk tu tak menjawab dan terus buai-buai badannya. Tanpa buang masa Rishi capai handphone dan call apek tua.

Mula-mula tak di angkat, Rishi call lagi, masih tak angkat. Kemudian Rishi di call oleh apek tua dan seperti biasa marah-marah ingat Rishi terlupa lagi. Tak endahkan bebelan apek tu, Rishi bagitahu kat dalam rumah ada orang dan dia sedang melihatnya sekarang.

Rishi masih ingat apek tu hanya mengeluh "haiyaa..." dan tak bersuara lama sampai Rishi cakap hello beberapa kali.

"Rishi, you switched off the board already ya?"

"Yes boss"

"You go home then"

Ketenangan suara apek tu buat Rishi lagi nak tau pasal benda dalam rumah. Dia cuba bakar sikit...

"Boss..I call the police okey?"

Apa melompat apek tu dan warning Rishi supaya tak mengada-ngada nak call polis bagai.

Rishi "paksa" apek tu cerita juga apa kes rumah ni sebenarnya. Dia justified dengan argument yang ikut agreement Rishi guarding rumah takde orang.

Sampai la apek tua tu give up dan cuma bagitahu, itu "security guard" untuk dalam rumah.

Walaupun masih tak puas hati dengan jawapan yang diterima, Rishi dah malas nak panjangkan isu ni. Lagipun dia nak balik tido.

Di suluh lagi ke makhluk tadi sebaik hang up handphone dan hanya lantai simen yang kelihatan. Rishi cuba suluh seluruh ruang dalam rumah mencari makhluk mencangkung tadi.

Bunyi tapak kaki berlari di lantai kedengaran di bahagian bilik. Rishi dekatkan telinganya ke tingkap dan dia dapat dengar dengan jelas bunyi pintu di buka, bunyi orang berjalan dan bunyi seakan seseorang menghempaskan badan ke tilam spring.

Kemudian ada ketukan di tingkap dapur dan Rishi dengan pantas menuju ke sana, only to be greet dengan wajah yang sama di bahagian transparent tingkap dapur tersebut.

Anak mata makhluk tu terpaku ke arah Rishi dan mengekor aja pergerakannya.

Rishi ni boleh pulak cabar-cabar benda alah tu. Dia panggil-panggil pakai wei, hoi, wei...dan ajak keluar pakai tangan macam nak bergadoh.

Tiba-tiba makhluk tu tekap mulutnya ke tingkap sambil menganga. Rishi cakap lembaga tu takde gigi, gusi aja melekap sambil lidahnya menjilat-jilat cermin.

Buat pertama kali, Rishi merasa takut. Takutnya itu sampai kakinya terkunci dan terjatuh ke belakang. Rishi cakap yang paling seram bila tombol pintu dapur berputar-putar macam orang cuba buka dari dalam.

Masa ni Rishi dah terjerit-jerit minta tolong, tak kisah la takde orang dengar pun, sebab dah takut teramat sangat. Dipaksa kakinya bergerak sampai tergali tanah kerana dikuis kakinya.

Bila dah boleh bergerak, Rishi berlari ke kereta dan cepat-cepat meninggalkan rumah. Pintu gate tak dikunci dan Rishi tak peduli dah.

Semenjak dari hari itu, Rishi dah tak berani nak dekat dengan rumah berhala itu dan cuma lepak kat post guard. Setiap kali time kena tutup suis, dia layan wiski murah yang beli kat KK mart tu sampai mabok then baru pergi tutup suis.

Next time aku cerita macam mana si Rishi ni kena fired gara-gara rumah hantu itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 02:23 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 4-1-2016 03:20 PM

Bahagian Terakhir Kisah Rishi si Pengawal Keselamatan.

Rentetan bagaimana Rishi di pecat bermula sekitar 6 bulan sebelum hari terakhir dia bekerja di rumah puaka itu. Masa ni Rishi cakap dia dah mula slacking off, masuk kerja lambat, pukul 3-4 pagi dah cabut balik tapi walau macam mana malas pun, dia tak pernah lupa tutup suis fuse box. Apek tua dah beberapa kali bagi amaran terakhir gara-gara ketidak profesionalan Rishi ni, tapi setakat gertak macam tu je lah. Apa yang membuatkan Rishi rasa takkan kena fired adalah disebabkan boss dia terdesak memerlukan perkhidmatan pengawal keselamatan dan jika dia di berhentikan, tiada siapa akan menggantikan tempatnya, siapa sanggup anyway? gaji RM 20 ribu pun belum tentu ada orang nak.

Masa ni juga Rishi dah beli motorsikal. Ikutkan dia nak saving je gaji dia yang banyak tu tapi bergaduh dengan drebar van punya pasal (mamat drebar ni kaki report ke boss), terpaksalah beli motor dan sejak ada motor, Rishi ambil duit gaji from this young Chinese lady kat rumah area Dutamas. Kalau dulu drebar van tolong pass duit kat dia setiap pagi, tapi sebab ambil sendiri so gaji dah jadi bulanan.

Rishi lepas kejadian penampakan, dia dah takde mood nak kerja situ. Sampai bangun tidur pun rasa nak lempang orang mengenangkan beberapa jam lagi masuk kerja. Itu alasan Rishi lah, kalau ikut pemahaman aku si Rishi ni yang dah naik tocang, ye lah takda siapa nak monitor.

Dah setahun lebih bekerja ni juga Rishi baru tahu yang dia lah satu-satunya security guard kat rumah tu. Dia pernah borak dengan fellow security guard yang bekerja di rumah berdekatan, orang tu cakap rumah tu setahu dia memang tak pernah berjaga. Rishi adalah cucuk sikit kot-kot ada urban legend ke pasal rumah berhala tu, tapi takde pula orang tu cakap "office" Rishi ni berhantu, just memang tak berpenghuni aja lah.

Pada satu malam, boss si Rishi (apek tua) datang ke rumah naik Mercedes S-Class ditemani beberapa orang lagi. Kereta kancil yang selama ni tak pernah bergerak, di pandu keluar dari rumah. Rishi cakap ada dua orang middle-aged Chinese women bawa dulang yang kelihatan seperti makanan dan kedengaran seperti upacara "menurun" berlangsung di depan pintu rumah. Bau colok menyengit sampai ke post-guard dan asap menyelubungi kawasan rumah. Rumah berhala terang malam tu dan sekitar hampir tengah malam baru lampu ditutup semula. Sebelum beredar, Boss minta Rishi datang tengahari besok dia nak datang angkat barang.

Keesokan harinya, Rishi datang ke rumah waktu tengahari seperti di arahkan. Boss sampai dengan lori 1 tan dan beberapa pemuda Cina. Borak-borak lebih kurang, Boss pun meninggalkan kawasan rumah dengan Mercedesnya, sebelum itu dia sempat cakap pada Rishi supaya monitor aktiviti orang-orang tu dan pertama kalinya, Rishi di beri kebenaran untuk masuk ke dalam rumah.

Rishi masuk kedalam rumah dan benda pertama dia nampak adalah dulang-dulang berisi sisa-sisa makanan, kulit-kulit limau mandarin dan botol-botol beer kosong di lantai. Agaknya Boss dan kawan-kawan dia berpiknik dalam rumah malam tadi. Benda kedua yang dia nampak adalah isi dalam rumah penuh dengan patung-patung berhala. Dari yang sebesar lengan sampai lah sebesar sampai ke bumbung. Untuk pengetahuan semua, Rishi cakap rumah single-storey tu takda siling. Dia masuk juga ke bilik-bilik dan seperti apa yang dilihat waktu di living hall, penuh dengan patung-patung berhala.

Patung-patung berhala yang besar ada diperbuat dari tembaga dan marmar tapi yang kecil-kecil bersepah atas lantai kebanyakkannya diperbuat dari solid gold. So untuk menjawab pertanyaan beberapa pembaca kenapa Rishi di upah jadi security guard, menurut pendapat aku mungkin untuk menjaga patung-patung Dewi Kuan Yin emas ni la kot (aku rasa la patung Dewi Kuan Yin, Rishi tak cakap pun patung apa).

Paling misteri, bilik di mana Rishi terdengar bunyi tapak kaki dan orang baring atas katil tu, takda katil, yang ada cuma tembikar-tembikar hitam bertepek kertas merah. Dalam tembikar ada pasir pantai yang dicucuk beberapa batang colok separuh terbakar.

Pemuda-pemuda Cina ni mengangkat beberapa patung tembaga naik atas lori dan disebabkan saizn, ada beberapa patung yang kena di baraikan sebelum naik atas lori. Style diaorang ni macam gangster dengan rambut oren bertatoo, bertindik dengan kuku jari kelingking panjang bagai, so aku refer mereka ni sebagai Ah Beng ajalah.

Salah seorang dari Ah Beng tiba-tiba memaki-hamun terjerit-jerit. Ingatkan pergaduhan sesama Ah Beng, tapi Rishi tengok Ah Beng ni marah-marah kat salah satu patung dan yang peliknya, Ah Beng lain semua relax je macam takda apa dan teruskan kerja-kerja mereka.  Bila Ah Beng panas baran ni dah cool down, Rishi tanya...

"Bos, apa pasat?"

"Lu talak nampak ka?"

"Nampak apa?"

"Itu cheebai main-main belakang itu patung"

(perbualan adalah rekaan aku berdasarkan cerita si Rishi )

Rishi tengok lah kat patung tu dan apa yang dia nampak adalah makhluk "bergurau" kat dapur tempoh hari, tengah main hide and seek kat belakang patung. First time juga Rishi nampak muka benda alah tu. Rishi cakap kalau kat luar mesti dia ingat pengemis sebab macam muka orang betul. Makhluk tu macam orang tua tak terurus dengan rambut hitam panjang.

Bila Rishi dan makhluk tu bertentang mata, di panggil-panggilnya Rishi...

"woi, woi, woi, woi"

Ada seorang Ah Beng lain pergi simbah air pakai baldi, sepantas kilat benda alah tu panjat dinding, masuk kat celah-celah frame bumbung dan hilang dari pandangan.

Rishi tak banyak borak dengan geng Ah Beng sebab diaorang pun buat hal diaorang je. Dah senja baru selesai dan salah sorang bagi kunci rumah kat Rishi bagitahu nanti Boss datang ambil.

Aku ada tanya Rishi, ko tak takut ke tengok hantu tu? Rishi cakap time tu siang dan ramai-ramai, lagi pulak bila dah tengok rupa yang tak menyeramkan langsung, nak takut apanya? Chewah, eksyen Rishi ni.

Anyway, dari sehari bertukar seminggu, seminggu bertukar sebulan dan kunci masih kat laci pondok pengawal. Rishi pula semakin ramai partner security guard tak bertauliah dok teman dia setiap hari, berkat dari gebang kat kawan-kawan tempat kerja dia berhantu.

Mula-mula semua bertenggek kat post guard je, lama-lama dah ada yang suggest pergi minta nombor kat hantu tu. Rishi of course tak bagi lah sebab tak pasal-pasal hilang kerja nanti. Ada la dua, tiga orang pergi round rumah tu pepagi buta. Ada yang cakap nampak vampire(??), ada cakap takda apa pun.

Sampai lah satu hari ni.

Malam tu dia sakit perut dan jamban kat toilet post guard tu dah rosak. Taik bertakung dah berhari-hari tak flush sampai Rishi cakap dia kencing kat longkang depan rumah je. Dengan terpaksanya dia minta member-member dia jaga kejap sementara dia balik berak kat rumah (gas station semua kunci toilet lepas business hours).

Bila dia balik je kat rumah berhala tu, post guard kosong dan pintu rumah terbuka. Sorang pun takde. Dia tengok kunci rumah tergantung kat lubang kunci. Apa lagi panik la Rishi. Dia tak tengok pun keadaan dalam rumah dan cepat-cepat kunci sebelum telepon kawan-kawan.

Lagi haram jadah, seekor pun tak angkat call. Dah la tu, suis fuse box tak switch off, padahal dah berulang kali ingatkan supaya jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi.

So Rishi pun settle kerja lebih kurang dan macam biasa tuang kerja, pukul 4 pagi dah berambus.

Pagi tu jugak Rishi pergi cari kawan-kawan melepak dia. Jumpa salah seorang dan dia cerita apa terjadi malam tu...

Lepas si Rishi balik rumah, member sorang yang berlagak hero cadangkan masuk rumah beramai-ramai untuk minta nombor. Sebelum tu, salah seorang jadi runner kejap pergi beli roti, cikidis dan beer kat 7-11 konon-konon jadi "serahan" untuk penunggu rumah. Si hero ni lah yang pergi curi kunci dari laci, buka pintu dan susun makanan dan beer kat lantai.

Semua dok menunggu kat hall rumah, bila lah hantu nak keluar ni. Dah macam 10-15 minit takda apa, si hero pergi ke salah satu bilik sorang-sorang.

Tiba-tiba si hero menjerit dan lari lintang-pukang keluar rumah. Bila si hero pun dah macam tu semua pun ikut sama la, start motor dan cabut.

Rishi tanya korang ada ambil apa-apa tak? memikirkan kalau lah hilang hatta satu pun patung dewi kuan yin dalam rumah tu, memang mati la dia kena lauk.

Mamat tu cakap tak ambil apa pun tapi Rishi tak puas hati juga. Dia cari si hero dan selepas tampar kepala mamat tu beberapa kali, dia tanya ko ada curi apa-apa tak? si hero cakap masa dia masuk bilik, tak sempat nak buat apa, dia dah ternampak ada lembaga hitam bertenggek kat patung berhala sambil jelir lidah. Apa yang dia ingat lepas tu ialah tercicit-cicit lari sampai terkincit dalam seluar.

Rishi tensen. Dia tahu dalam rumah mesti bersepah sekarang dan paling dia stress ialah pintu rumah terbuka pagi tu tanpa suis fuse box ditutup. Nak tak nak, dia kena juga masuk dalam untuk bersihkan rumah, thanks to kawan-kawan tak guna dia.

Rishi singgah rumah sekitar jam 11 pagi. Masa tu matahari tengah tegak atas kepala dan Rishi harap siang-siang buta ni takde la gangguan. Perlahan-lahan dia buka pintu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sekering-kering hati Rishi ni, dia still tak berani nak masuk rumah tu sorang-sorang. Tin-tin beer dan plastik-plastik cikidis bergelimpangan atas lantai.

Ditarik nafas dalam-dalam dan Rishi masuk ke ruang tamu. Di kala tengah pungut semua tu, dia perasan patung-patung semua tergolek atas lantai. Ini mesti kerja si hero main langgar time lari hari tu.

Satu-satu dia tegakkan balik. Rishi cakap tiada sebarang gangguan pun sepanjang dia bersihkan rumah.

Dan malam itu, bermula lah siri-siri gangguan yang extreme.

Dalam pukul 8-9 malam macam tu, time Rishi tengah melepak kat post guard layan radio tamil, ada suara betul-betul di luar tingkap...

"woi, woi, woi, woi"

Terkejut Rishi dan sebaik dia tengok kat tingkap, ada separuh wajah yang amat dikenalinya.

Dicapainya cota dan berlari ke luar pondok dengan niat nak pukul makhluk tu, tapi tiada siapa. Sejak dari itu Rishi feeling ada benda tengah tenung dia dari luar tingkap.

Setiap kali dia ke belakang rumah untuk tutup suis fuse box, dari jauh dia nampak ada lembaga hitam terbongkok-bongkok berdekatan pagar dawai yang mengelilingi kawasan rumah.

I think most of you might have guessed it, hantu woi woi itu mungkin dah "keluar kandang".

Rishi boleh tahan lagi setakat gangguan time kerja, ini kalau dah sampai ikut balik rumah...

Kat bilik time nak tidur je, ternampak kelibat woi woi kat sudut bilik. Time nak mandi ada panggilan woi, woi di luar tingkap bilik air.

Paling parah, time nak berak pun woi woi dok skodeng kat gerigi atas pintu jamban.

Dah tak tahan sangat, Rishi ambil keputusan untuk come clean dengan majikannya. Hari Ahad terakhir, dia berterus-terang dengan amoi yang tukang pass duit gaji, nak bagitahu Boss, dia takut kena ganyang pula so mungkin amoi ni hati dia lembut sikit. Lepas cerita dari A-Z, sangkaan amoi ni berhati lembut jauh meleset, dekat sejam dia kena maki hamun tengah panas kat depan gate rumah. Lepas amoi tu telepon Boss, dia suruh Rishi pergi tunggu kat post guard, Boss nak datang.

Tunggu lah si Rishi dengan berdebarnya. Sampai saja Mercedes warna silver parking depan pagar, meluru Boss keluar dan terus tampar Rishi berkali-kali sambil maki-hamun. Di belakang ada beberapa orang elder Chinese men tengok je si Rishi ni macam budak sekolah kena rotan. Boss suruh bagi kunci ke dia dan tunggu kat post guard sementara dia dan yang lain masuk ke rumah.

Lebih kurang sejam, apek tu keluar dan datang ke pondok pengawal.

Rishi di perintahkan untuk berambus sekarang juga. Tanpa banyak cakap, Rishi start motor dan pulang ke rumah. Sejak dari itu tiada lagi gangguan dari woi woi dan minggu tu juga Rishi beli tiket flight balik Nepal. Lepas 3 tahun baru datang Malaysia balik dan bekerja di universiti aku tu.

Begitu lah alkisahnya.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 03:58 PM | Show all posts
jonidep replied at 4-1-2016 03:27 PM
Makhluk apa ni ye..siang2 pun selamba munculkan diri di khalayak ramai siap panjat dinding bagai.Aku ...

gollum pun jalan-jalan time siang ditemani hobbits, ini kan hantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 04:02 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 4-1-2016 03:38 PM
daebak daebak cite ko..ada lg x..bapok la seram..x guna btl kawan rishi tu..tak pasal2 melepas gaj ...

ada tu ade laa...tapi yang banyak cerita ulang-ulang,
aku rasa kalau aku cerita dengan panjang lebar pasal hantu kat highway karak hantuk-hantuk kepala mayat kat bumbung kereta dengan polis mintak sang isteri keluar dari kereta tanpa lihat belakang...

ko pun malas nak baca rasanye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2016 04:02 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 1-1-2016 12:11 AM
Macam familiar je nick tt nih..
Dedolu selalu share cerita best kat mps gak rasanye....
Kalau  ...

aku pernah share cerita tapi bukan cerita hantu, pasal member psycho kalau tak salah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 04:05 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-1-2016 09:51 PM
entah2 apek tu membela tak?
security guard dalam rumah tu...sebenarnya belaan apek tu..

aku dengar cerita si Rishi pun aku agak mesti kes "peliharaan"..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2016 04:06 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 3-1-2016 03:19 PM
Paling mistk ngan misteriusss...apsal kena switch off kul 2?kalau lalai apa jd?
Apa kesan kat a ...

aku rasa takda sebab mistikal..

mungkin apek tu just nak make sure si Rishi ni buat round keliling rumah je kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 06:45 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 11-1-2016 10:50 AM

Kisah 2 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Hong Kong, 1997
Ini salah satu short stories pilihan dari koleksi yang aku rasa menarik.

Seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat pembekal mesin percetakan di KL pergi bercuti di Hong Kong dan menginap di sebuah hotel 4 bintang sekitar Wan Chai. Kerana tidak membuat sebarang homework sebelumnya, eksekutif ni mati akal tak tahu nak buat apa time malam. Nak beronggeng pulak, member ni bukan spesis macam tu, lagi pun bukan bawak duit banyak sangat. Jalan-jalan ke Hong Kong ini pun di sebabkan dapat anugerah pekerja cemerlang dan majikan hadiahkan pakej free & easy (flight ticket dan hotel di sponsor) untuk seorang. Pada malam kejadian, dia melepak di balkoni sambil hisap rokok dan menikmati udara malam kota Hong Kong. Tengah syok layan blues, dia perasan ada seseorang sedang melambai dari tingkap di salah satu high-rise complex yang berselerakan di hadapannya. Mula-mula eksekutif ni buat tak tahu saje, tapi bila dah lama pula lambaiannya, mamat ni buat lah isyarat "are you waving at me?" dan beriya-iya orang itu cakap yes yes. Dari jauh tak dapat cam muka tapi tengok dari stail rambut, rasanya macam awek.

Mungkin kerana kebosanan atau kenaifan, mamat eksekutif ni pun tangkap syok pula. Selepas bermain lambai-lambai lebih kurang, si "awek" buat isyarat tangan mahu telefon? dan berputar-putar la tangan buat isyarat supaya awek tu kasi no phone ke dia. Dipendekkan cerita, dapat lah nombor teleponnya dan minta operator hotel buat outcall with charges. Berdebar-debar la eksekutif ni menunggu di hujung gagang dan menelan air liur apabila terdengar bunyi panggilan di angkat. Disebabkan nervous sangat tak tahu nak mula camane, dia tunggu awek tu cakap dulu. Tapi masalahnya "awek" tu pun tak cakap apa-apa. Apa yang dapat di dengar hanyalah bunyi televisyen di background dan hembusan nafas kuat di corong telepon.


Mamat eksekutif ni mula cakap hello tapi takda reply dan kemudiannya cakap hello in both mandarin & cantonese. Masih tiada balasan. Diberanikan diri lagi, dan di perkenalkan dirinya dalam dwi bahasa (mandarin dan kantonis). Beberapa saat selepas itu, ada bunyi jeritan nyaring dan di akhiri dengan ketawa yang terkekek-kekek...


Pelik la mamat eksekutif ni kan, dia tanya la who are you bagai dan tiba-tiba awek tu cakap dalam mandarin...


"I kill you...I will kill you!"

Dah dengar macam tu, mamat ni pun hang up la phone, apa lagi tindakan logik yang boleh di buat ye tak? anggap aja ada orang sakit mental nak main-mainkan dia malam-malam buta ni. Beberapa detik kemudian, telefon bilik berbunyi dan bila di angkat, concierge cakap ada call untuk enchek. Sebaik sahaja panggilan luar itu masuk...

"I know where you stay...I will come to your room tonight and kill you...kill you! kill you!"

(dialog tu dalam mandarin menurut sang pencerita tapi aku tukar jadi english sebab dah cuba pakai ayat melayu tak mencongkam la bunyinya)

Naik angin la si eksekutif ni dan terus di marah-marah sama itu amoi tapi boleh pula amoi psiko ni terkekek-kekek gelak dan ulang-ulang cakap "I know where you stay~...I will come to your room tonight and kill you~...kill you~ kill you~" tapi in rhythm, macam menyanyi.


Lepas hang up, eksekutif ni call concierge untuk mereport tindakan amoi psiko tersebut, tapi apa sajalah concierge tu boleh buat selain dari block outside call ke biliknya. Dia kembali ke natural state seperti sebelum kejadian amoi psiko tadi. Layan TV seround, kemudian rasa curious pula nak tengok kat luar. Agaknya dah takde kot amoi psiko tadi, dan sebagai perokok tegar, sistem badannya memerlukan nikotin.


Dia pun bersantai di balkoni dan eksyen macam tiada apa berlaku. Sedang dia mengetip-ngetip lighter di hujung rokok, anak matanya tertangkap kelibat amoi tadi. Yang tak bestnya, dia yakin yang amoi itu sudah berada di balkoni unit kediaman lain, tingkat lain dan bangunan lain. Dia pasti orang itu ialah awek psiko tadi kerana warna baju dan style rambut yang sama. Lagi-lagi amoi itu sedang melambai-lambai tangan ke arahnya.

Tak mungkin dia salah kerana amoi tadi di salah satu bangunan sebelah kiri dan sekarang ni di tengah-tengah pulak. Dia masih muda dan ingatannya masih kuat so takkanlah boleh tak ingat kot.

Eksekutif ni beranikan diri berdiri di balkoni dan melihat sahaja gelagat amoi gila tersebut. Lama-lama kelakar pula dan dia ketawa sendirian. Ketawanya terhenti bila amoi tu mula panjat grill dan bergantung dari ketinggian 20+ tingkat. Sepelik dia tengok amoi tu panjat balkoni, sepelik itu juga lah dia rasa bila amoi tu tiba-tiba terjun ke bawah. Everything happened in a split second dan eksekutif tu tak tau nak react macam mana.

Dekat 5 minit terpacak kat situ baru dia boleh angkat kaki. Dia masuk balik ke dalam, packing baju dan minta concierge tukar bilik, mana-mana bilik lah as long tak menghadap bangunan-bangunan tadi. Lepas bayar surcharge tukar bilik, eksekutif itu menghabiskan sisa-sisa percutiannya di Hong Kong dalam bilik hotel dan hanya keluar waktu nak balik Malaysia.

Menurut sang pencerita, eksekutif itu tidak lagi menjejakkan kaki ke Hong Kong selepas kejadian tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 10:21 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 11-1-2016 10:50 AM

Kisah 3 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Bahau, 1971

Bang Noor mengenang pengalaman sewaktu berumur 15 tahun membesar di Bahau, pekan kecil di Negeri Sembilan pada tahun 1971.

Selepas dropping out dari sekolah, Bang Noor ikut ayahnya berkerja dia kawasan pembalakan. Disebabkan kilang memproses balak terletak di dalam hutan, Bang Noor biasanya akan tinggal di rumah kotai (makeshift house) selama 4 hari seminggu.

Bang Noor cakap ternampak kelibat-kelibat lembaga berjalan dalam hutan waktu malam itu perkara biasa. Bila ditanya orang-orang disana, mereka biasanya akan cakap samada orang asli memburu atau adalah sapa-sapa yang cari port nak berak.

Memang logik pun orang-orang tu berak merata sebab mandur-mandur Cina suka letak bangkai-bangkai babi hutan yang diaorang buru dekat dengan jamban gali. Siapa selera nak berak dengan bau bangkai dan bau taik bermukim kat situ.

Tapi ada satu benda yang pembalak-pembalak kat situ takkan bagitahu Bang Noor...

"Mat Sentol"

Ayah Bang Noor cakap Mat Sentol adalah gelaran yang di beri kepada tetamu tak diundang yang kadang-kala singgah di kawasan pembalakan tersebut. Bila Bang Noor tanya kenapa nama dia Mat Sentol, ayahnya tak pernah bagitau. Cuma Bang Noor di warning supaya tidak sama sekali bertegur sapa dengan orang yang tidak pernah dilihat atau tak dikenali sepanjang dia disitu.

Satu hari Bang Noor ikut ayahnya ke dalam hutan untuk menggantikan beberapa pembalak yang terpaksa di bawa ke pekan kerana cirit-birit. Sewaktu di atas bukit, Bang Noor terdengar sayup-sayup suara orang menyanyi.

Salah seorang dari mereka cakap...

"Dia datang dah..."

Dan semua orang senyap. Dari jauh Bang Noor nampak ada orang main basikal di jalan tanah merah. Bang Noor pandang ayah dan macam tau-tau je yang Bang Noor nak tanya, ayah dia hanya geleng kepala, maksudnya jangan tanya.

Bang Noor cakap untuk masuk ke kawasan pembalakan tu kalau naik 4x4 pun ambil 5-6 jam dari entrance. Makanya agak mustahil nak kata ada orang berekreasi main basikal kat logging route, lagipun mana ada kampong kat area situ.

Orang berbasikal tu macam main basikal petang-petang kat taman. Siap putar-putar kat jalan tanah merah dengan menyanyi tak henti-henti. Aku tanya, nyanyi lagu apa bang? Bang Noor cakap lagu "pakai baju kancing lah suasa..."

Tak lama lepas tu orang tu hilang dari pandangan dan semua orang meneruskan kerja masing-masing. Bang Noor yang masih terpinga-pinga di tambahkan lagi ke keliruannya apabila semua orang macam dah biasa dengan keadaan itu. Apa yang membuatkan Bang Noor tensen, takda siapa yang nak cerita kat dia.

Dalam perjalanan pulang Bang Noor bisik sikit kat ayahnya...

"Bah, bah siapa orang tadi tu?"

"Berapa kali dah cakap tak payah tau..ko tanya-tanya lagi aku sekeh kepala ko!"

Dah kena gertak macam tu, Bang Noor senyap je lah. Tiba-tiba ayah sambar baju Bang Noor dan didekatkan ke tubuhnya.

"Jangan tengok! Jangan tengok!" Bisik ayah Bang Noor keras.

Bang Noor mengikut langkah ayahnya dengan cepat menuju ke rumah kotai. Sempat dia mencuri lihat dari ekor mata...

Kelihatan ada seorang lelaki berpakaian smart siap dengan bowtie, straw hat dan pakai spek hitam tengah posing baik punya atas basikal jepun.

Mukanya Bang Noor cakap mirip macam pelakon Mat Sentol. Ini lah kot yang orang sini kata Mat Sentol tu. Siapa dia ni? Bekas pekerja kat sini ke? Apasal semua macam anggap dia tak wujud? Dari mana dia datang? Bermacam-macam soalan bermain di minda Bang Noor.

Masih jelas di ingatan bagaimana Mat Sentol ni greet semua orang pakai nama. Semua orang dia kenal termasuklah ayah Bang Noor. Tapi apa yang membuatkan ayah Bang Noor mempercepatkan langkahnya apabila Mat Sentol berkata...

"Kop sapa tu sebelah ko? Anak ke? Kenalkan lah kat aku, jangan sombong..Kop...OoooOoo Kop"

Bang Noor di campak ke dalam rumah kotai dan tanpa berkata apa-apa, ayahnya menutup pintu dan kunci dari luar.

Dari rekahan dinding plywood, Bang Noor mengintai keluar. Dia nampak semua orang sedang berkumpul dan macam berbincang dengan Mat Sentol.

Tak jelas butirannya tapi Bang Noor dapat dengar suara Mat Sentol cakap...

"Korang takda bawa makanan sedap-sedap ke? Aku lapar lah. Dah berapa hari aku tak makan"

Mandur berketurunan Cina yang Bang Noor dah lupa namanya kata "ada, ada nanti aku kasi kau makan. Kau jangan kacau orang kat sini mau kerja..."

Bangkai-bangkai babi hutan yang kat tepi jamban di lempar depan Mat Sentol. Bang Noor sampai sumpah cakap kat aku yang dia nampak Mat Sentol melahap bangkai-bangkai tu macam binatang buas.

Yang paling pelik tu, semua orang kat situ tengok je tanpa berbuat apa-apa. Memang  hening habis lah.

Bila dah selesai, dengan berlumuran darah, Mat Sentol naik basikal dan meninggalkan kawasan rumah kotai tanpa berkata apa-apa. Semuanya kembali normal dan hari-hari mendatang ditempuhi macam biasa.

Bang Noor berkerja disitu sehingga berumur 17 tahun dan menurutnya Mat Sentol akan singgah di kawasan pembalakan setiap 3 bulan dan setiap kali dia datang, Bang Noor akan dikurung dalam rumah kotai.

Bang Noor berhijrah ke Seremban selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 1975 dan 2 tahun kemudian ke KL kerana mendapat pekerjaan di LLN.

Bang Noor masih pulang ke Bahau beberapa kali setahun dan setiap kali dia melewati kawasan pembalakan yang sekarang ni dah ada development, dia pasti tertanya...

Siapa sebenarnya Mat Sentol tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 12:11 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 11-1-2016 10:51 AM

Kisah 4 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Kuala Terengganu, 1991

Hussein terbaring di tilam yang di bentang di ruang tengah rumah kayu peninggalan arwah atuknya. Keadaan di rumah sepi, ayah sudah ke pejabat dan adik-adik ke sekolah. Cuma ibunya didapur sedang menyiapkan makan tengahari. Sepatutnya dia berada di sekolah ketika ini tapi Hussein diserang demam panas malam tadi dan diasingkan supaya tak menjangkiti adik-adiknya.

Dia termenung kebosanan selepas terjaga sebentar tadi. Mahu menonton TV, mana ada siaran pukul 11 pagi ni. Di kala Hussein mengeluh kebosanan, kedengaran namanya di panggil dalam nada berbisik...

"Hussein, Hussein, Hussein, Hussein"

Kerana suara itu seperti milik kanak-kanak seumurnya (ketika kejadian Hussein berumur 8 tahun), dia ingat ada temannya datang melawat. Hussein pun menoleh ke arah ruang tamu tapi suara itu datangnya dari tingkap ruang tengah.

Matanya terarah ke tingkap berdekatan dan dilihatnya ada seseorang sedang bergayut di penghadang kayu tingkap. Menurut Hussein, kepalanya kecil sebesar kepala bayi, mata besar terbuntang tapi tiada kening, takda hidung dan mulutnya ada gigi arnab dua batang terkeluar. Kepalanya pula botak dan kulit muka hitam berkerak kering macam orang ada penyakit kulit.

Dari mata yang tertutup separuh oleh tuala Good Morning lembap, Hussein melihat makhluk itu melonjak perlahan-lahan naik ke atas dan bertenggek di penghadang kayu tingkap. Terlihat jelas tubuh badan seperti lelaki dewasa yang tegap tapi dilitupi bulu-bulu halus yang lebat. Sambil bertenggek macam monyet sedang duduk, termuncung-muncung mulut makhluk tersebut memanggil-manggil namanya...

"Hussein, Hussein, Hussein, Hussein"


Tak tahu kenapa, Hussein rasa badannya seperti lumpuh dan tekaknya kering teramat sangat sampai tak boleh bersuara. Dia cuba berfikiran positif, mungkin mimpi agaknya dan terus menutup mata rapat-rapat dengan harapan bila buka mata nanti benda tu dah takde. Dah lama sikit tutup mata, kelopak mata di buka perlahan.

Kalau tadi bertenggek di penghadang, ini dah kat lantai rumah. Hussein perasan makhluk itu badannya aja yang tegap tapi kakinya kecil kurus. Bila dah start mengengsot benda alah tu, time tu juga dia terkencing dan Hussein cuma mampu menangis saja.

Lebih kurang jarak 3 meter macam tu, makhluk tu stop dan tenung saja si Hussein. Di alihkan kepala ke arah lain sambil tutup mata rapat-rapat tapi kedengaran lantai kayu berkeriut-keriut dan berhenti di hujung kaki. Bila di buka mata sedikit, makhluk berbulu tu dah menonggeng pulak dah dengan muka betul-betul menghadap tapak kaki Hussein.

Hussein menjerit sekuat hati sehingga dia rasa suara yang tersekat kat kerongkong keluar sikit demi sedikit sampailah jeritan "Maaaaaakkkkk" memecah keheningan rumah.

Hussein cakap lepas panggil maknya, makhluk berbulu tu cepat-cepat mengensot pakai tangan menuju ke tingkap dan terjun ke bawah (rumah Hussein ni rumah kayu bertiang).

Bila maknya datang, Hussein meraung-raung cakap ada hantu, ada hantu, tapi mak cuma cakap...

"Mana ada hantu siang-siang ni!"

Sekarang Hussein dah berkeluarga tapi masih kena bahan dengan adik-beradiknya gara-gara kes mengigau kencing atas tilam tu.

Dan tiada siapa pun dalam keluarganya yang percaya dengan cerita hantu si Hussein. Semua cakap Hussein buat cerita untuk cover line.

Kesian Hussein.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 12:46 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 11-1-2016 10:51 AM

Kisah 5 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Los Angeles, 2013


Seorang bapa menidurkan anaknya yang berumur 5 tahun dengan membaca buku cerita. Bila dah start lalok budak tu, si bapa pun do what every good father does, tutup lampu, cium dahi anaknya dan wish good night, sweet dreams etc.

Baru je nak sampai master bedroom, si bapa dikejutkan dengan jeritan..

"Daaaddd"

Si bapa pun kembali ke bilik anaknya dan lihat anak kesayangannya sedang ketakutan. Maka ditanya sama anaknya.

"What's wrong baby?"

"There's a monster under my bed"

Demi menjaga hati anaknya, si bapa pun berjanji akan menghalau monster tersebut lalu menjengok ke bawah katil. Apa yang dilihatnya adalah anaknya sedang menyorok di bawah katil, sambil berbisik...

"Dad, there is someone on my bed pretending to be me..."



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 03:49 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 11-1-2016 10:51 AM

Kisah 6 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Seremban, 2008

Dunia student aku berakhir pada tahun 2007 dan agak malang ketika aku baru nak memasuki alam pekerjaan, krisis ekonomi 2008 baru nak bermula. Memang mencabar lah nak cari kerja masa tu. Apa lagi untuk lepasan universiti macam aku yang tiada pengalaman berkerja (buat praktikal dengan kerja McDonalds tak dikira lah).

Atas dasar tak memilih kerja, aku terima job offer kerja di sebuah syarikat kontraktor bumiputra kelas D sebagai eksekutif. Gaji memang menyedihkan, tak sampai seribu ringgit, itu pun tak tolak EPF lagi dan secara teknikalnya aku bekerja sebagai kerani merangkap office boy tak bertauliah walaupun titlenya eksekutif.

Di situ ada seorang kerani yang dikenali sebagai Kak Roji. Kakak ni ramai lah yang tak suka sebab satu, mulut dia laser. Dua, semua benda dia tak nak buat, yang dia tahu photostat je dan ketiga, dia ni suka buat cerita pasal orang (menggosip).

Tapi ada satu lagi sebab kenapa ramai yang gerun sama kerani tua itu, Kak Roji ni main sihir.

Kak Wan ialah setiausaha kepada boss dan dia cerita kat aku bagaimana dia dibomohkan Kak Roji. Ianya bermula dari sekeping cheque client yang Kak Roji ni tak bagi kat despatch untuk di depositkan. Kak Wan cakap dah letak atas meja Kak Roji siap dengan sticky note lagi, tapi Kak Roji pula kata tak nampak pun cheque atas meja, so terjadi lah insiden tuduh-menuduh yang akhirnya diselesaikan dengan boss minta Kak Roji call balik orang tu minta re-issue semula cheque.

Walaupun boss tak salahkan siapa-siapa tapi Kak Roji anggap dia yang disalahkan dan makan dalam lah makcik tu dengan Kak Wan. Beberapa hari selepas itu, waktu nak balik kerja, Kak Roji confront Kak Wan sambil mengugut...

"Siaplah kau Wan, tengoklah siapa ziarah ko malam ni!"

Masa ni Kak Wan shrugged it off aja lah dan malam itu dia mimpi sedang menonton TV di rumah. Kemudian ada suara panggil nama Kak Wan berkali-kali. Bila buka pintu ada seorang nenek yang tua sangat sampai terbongkok badan. Yang peliknya Kak Wan tak kenal pun nenek tu. Kak Wan tanya nenek ni siapa, kenapa cari dia dan nenek tu minta kebenaran nak menumpang rehat dalam rumah. Beriya-iya nenek tu nak menumpang rehat dalam rumah, cakap lenguh kaki la, belakang sakit la, macam-macam lah. Kak Wan pun kasihan dan jemputlah masuk ke rumah. Bila Kak Wan ambil segelas air untuk tetamunya, dia tengok ruang tamu dah kosong. Balik dah nenek tu.

Kemudian dia terjaga. Dalam bilik gelap tu Kak Wan ternampak ada susuk tubuh sedang duduk memeluk lutut di sudut bilik belakang pintu. Kerana gelap dia tak nampak jelas cuma bentuk ajalah. Mungkin mata masih tak adjust dalam gelap agaknya, Kak Wan ingat takda apa lah tu dan sambung tido semula. Tiba-tiba ibu jari kaki ditarik-tarik dan Kak Wan buka mata nampak ada budak kecik mata merah kat bucu katil.

Apa lagi menjerit lah Kak Wan. Bila buka lampu, takda apa. Tengok bawah katil, dalam almari, kat toilet semua takda toyol tu. Suami Kak Wan cakap mengigau aja nih.

Lepas dari malam tu Kak Wan sering mendapat gangguan. Kalau time nak turun tangga, terasa belakang badannya di tolak atau kakinya di pegang dari opening bawah tangga. Time mandi kadang-kadang terasa ada benda menyucuk kat betis kaki macam digigit.

Itu semua Kak Wan boleh kowtim lagi, tapi bila dia lalu depan cermin besar kat ruang tamu dan nampak hantu toshio tu bertenggek belakang badan anaknya, itu dah crossed the line.

Dipendekkan cerita, Kak Wan kenal sorang dukun ni dan claim boleh hentikan gangguan-gangguan tersebut tapi minta pengeras 12 ribu ringgit.

Suami Kak Wan kemudiannya minta imam surau taman kat situ datang tengokkan isteri dia. Lepas bagi nasihat-nasihat keagamaan lebih kurang, imam tu cakap senang je...

"Nak hentikan gangguan tu senang je, beralah aja lah...pergi minta maaf...tak payahlah saya sebut nama, akak tau siapa"

Besoknya Kak Wan slow talk dengan Kak Roji. Ayat terakhir Kak Roji sebelum Kak Wan declare takkan tegur lagi acik tu..

"Baru kau tau aku siape..."

Lepas tu gangguan-gangguan pun stop.

Aku berhenti kerja 2 bulan kemudian sebab 2 bulan tak bergaji dan selama 6 bulan aku kerja, boss tak bayar pun EPF (tapi tolak EPF dari gaji).


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 03:51 PM | Show all posts
edoraixora replied at 7-1-2016 01:37 PM
citer ni macam penah dengar lah
urban legend kah

urban legend yang femes di US waktu tu.
Aku suka cerita tu, simple yet haunting.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 03:57 PM | Show all posts
tiga entry dalam 1 hari. Ini kira rekod bagi aku. Non-stop aku dengar mp3 cerita hantu. Muak dah.

aku rasa cukup lah ni sampai seminggu dua...setakat ni dalam audio banyak cerita tah apa-apa...balik-balik hantu pocong, pompuan rambt panjang jubah putih...malas dah nak dengar...

sampai tahap aku dengar hantu bungkus/pocong/pontianak dan hantu-hantu yang berlabel...aku skip aje..

harap semua terhibur dengan cerita-cerita yang disampaikan dan sori tak dapat nak reply satu-satu...terima kasih pada yang membaca...terasa dihargai penat lelah menaip dan memerah otak menaip cerita, walaupun bukan pengalaman sebenar..

jika ada sumur diladang, boleh aku menumpang mandi...bila ada free time nanti, aku sambung lagi ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2016 01:21 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 11-1-2016 10:52 AM

Kisah 7 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Sepang, 2007

Cuaca malam itu agak panas. Niqman hidupkan semula penghawa dingin Proton Iswara yang baru ditutup tak sampai 5 minit lalu. Dia baru kembali dari menghantar penumpang dari Taman Midah dan tersenyum girang memikirkan komisen yang akan diterimanya memandangkan Isnin depan orang akan mula bekerja setelah cuti panjang.

5 minit bertukar 15, dan 20. Niqman mematikan enjinnya. Dia keluar dan bersandar di hud lalu mengeluarkan rokok. Sambil menghembuskan asap, dia melihat sekelilingnya. Seperti yang dijangka, orang ramai berpusu-pusu keluar dari Pintu Ketibaan dan tergesa-gesa mencari teksi, cuma bukan teksinya.

Setelah hampir 1 jam menunggu, dari jauh kelihatan seorang wanita menuju ke arahnya sambil menarik bagasi. Tanpa menunggu ditanya, Niqman sudah siap membuka bonet sambil tersenyum kepada bakal penumpangnya.

Dari penampilan wanita tersebut, Niqman membuat andaian yang penumpangnya ialah seorang pramugari. Dua tahun di LCCT, dia sudah cam setiap uniform krew kabin syarikat penerbangan yang turun di sana. Tetapi uniform yang dipakai wanita itu tidak pernah dilihat sebelum ini. Mungkin juga bukan pramugari  tapi apa-apalah, bukan urusannya lagipun.

Raut wajah penumpangnya tipikal wanita keturunan Cina dan memiliki rambut separas bahu.

"Where to miss?" Tanya Niqman.

"Cyberjaya".

"Where in Cyberjaya miss?"

"Cyberjaya"

Hanya itu jawapannya. Biasanya Niqman tidak punya isu dengan penumpang yang ada masalah komunikasi tetapi kali ini dia rasa tak sedap hati. Apa-apa pun, pelanggan adalah rezeki. Niqman memandu ke Cyberjaya, tahu lah dia bagaimana menghantar wanita itu ke destinasinya nanti.

Sepanjang perjalanan ke Cyberjaya, Niqman rasa seperti membawa patung kerana wanita di belakang hanya kaku memandang ke depan sehingga Niqman terpaksa bertanya.

"Miss you know where to drop you?"

"Yes"

"Where miss?"

"Yes"

Makin tak sedap rasa hatinya. Niqman nekad kalau penumpang masih tidak menyatakan destinasinya, dia akan menurunkan di MMU sahaja.

Niqman menghidupkan lampu isyarat untuk memasuki simpang Cyberjaya dan penumpangnya bersuara.

"Please go straight"

Lega hati Niqman mengetahui penumpangnya boleh berkomunikasi lebih dari "Cyberjaya" dan "Yes". Wanita itu terus memberi tunjuk arah. Jika tadi dia melewati rumah-rumah moden, kini dia baru meninggalkan kawasan kampung dan memasuki sebatang jalan yang diapit hutan.

Niqman cuba tak berfikir yang bukan-bukan. Namun susah mahu di endahkan betapa seramnya jalan yang sedang dilalui sekarang.

Lampu Proton Iswara membelah kegelapan malam dan menyuluh bukit tinggi di hadapan. Sewaktu teksi berada di puncak, Niqman dapat melihat dua deret rumah teres di kaki bukit. Niqman bertanya di dalam hati siapa pula yang sanggup tinggal di tengah-tengah hutan ini.

"My house is the last."

Niqman angguk kecil dan menyusuri jalan menuju ke deretan rumah tersebut. Dia tidak perlu meninggikan lampu kerana Niqman melihat jelas di bawah cahaya bulan yang rumah-rumah disitu sudah lama tidak berpenghuni.

Lalang membanjiri laman-laman rumah dan pagar-pagar di selaputi pokok-pokok tumpang. Beberapa rumah masih menunggu waktu yang takkan tiba untuk disiapkan.

Penumpangnya mengarahkan supaya berhenti depan rumah paling hujung.  Niqman keluar sebaik penumpangnya membuka pintu dan segera ke bonet untuk mengeluarkan bagasi.

"Wait here I get money" kata wanita itu sambil menolak pagar lalu menarik bagasi menuju ke belakang rumah. Niqman menunggu sambil melihat rumah dengan laman terjaga kemas dan tingkap-tingkap  berlangsir.

Setelah hampir 3 minit menunggu, Niqman mengeluh. Ikutkan hati mahu sahaja dia berambus dari situ tetapi dia memerlukan wang tambang wanita tersebut.

Niqman mengambil keputusan untuk mengetuk pintu rumah. Sebaik di pagar, Niqman terkejut apabila mendapati pagar tersebut dikunci dengan mangga berkarat.

Dia pasti siapa pun yang menumpang teksinya tadi bukan manusia. Dengan segera Niqman ke teksi dan menghidupkan enjin. Oleh kerana mahu cepat, dia tiada masa untuk membuat putaran dan mahu berundur sahaja hingga ke jalan utama.

Sewaktu berundur Niqman ternampak sekujur tubuh berbalut kain putih dengan kepala diselubungi rambut panjang di laman rumah "penumpangnya".

Niqman panik dan melajukan unduran sambil melaungkan azan. Teksi sampai ke sudut jalan di mana dia harus masuk gear 1 dan memandu terus ke jalan utama. Sewaktu memutar kereta, lembaga tersebut melayang masuk ke hutan.

CD bacaan ayat-ayat Al-Quran yang memang tersimpan dalam teksi segera di masukkan ke dalam stereo. Bacaan Al-Quran berkumandang sambil Niqman memecut keluar dari kawasan perumahan.

Dia menghampiri puncak bukit dan dari jauh ternampak lembaga berjubah putih dengan rambut panjang mengurai berdiri di tepi jalan.

Di kala dalam ketakutan sempat juga dia berseloroh sendirian.

"Aku tak nak duit tambang kau, simpan ajalah! Jangan kacau aku!"

Proton Iswara meluncur laju. Niqman tak berani mahu melihat mana-mana cermin melainkan cermin depan. Dia memperlahankan kelajuan apabila memasuki kawasan kampung dan terus singgah di stesyen minyak pertama dilihatnya.

Setelah menenangkan diri, Niqman pulang ke LCCT. Di ceritakan pengalaman sebentar tadi ke teman-temannya di hentian teksi.

Mereka mengatakan mungkin ada sesuatu dalam teksi yang buat benda-benda halus ini tertarik. Ramai-ramai memeriksa teksi Niqman dan tak lama kemudian mereka menemui botol kecil sepanjang 1 jengkal berisi cairan hitam. Muncung botol tersebut diikat kain kuning.

Kata-kata salah seorang temannya membuatkan Niqman terkejut.

"Ini minyak dagu ni Man"

Seorang dari temannya mahu membeli botol tersebut dan Niqman bagi percuma sahaja.

Besoknya Niqman cuti satu hari untuk cuci teksi. Semenjak dari kejadian malam itu, Niqman lebih berhati-hati menerima penumpang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2016 02:23 PM | Show all posts
@zawara
@woddy

Menurut Niqman, bertahun dia bawak teksi penumpang pernah meninggalkan macam-macam dalam teksi...termasuklah wallet, henpon, kamera DSLR, handycam, pasport, bekal makanan (yang ada makanan), keris, parang, salinan pakaian dalam perempuan (bra & panties), jaket, suit dan macam-macam lagi...

antara benda paling pelik ialah bekas abu mayat yang seharian kat lantai seat belakang. Tapi takde kena kacau hantu pun. Niqman tahu pun sebab owner tu call syarikat teksi dan cakap tertinggal benda alah tu..

kadang-kadang benda tertinggal ni bukan sahaja tak sengaja/terlupa...ada juga yang sengaja ditinggalkan...

kes ubat dagu tu Niqman tak tau sapa punya, mungkin salah seorang penumpangnya hari tu...terselit kat poket belakang seat driver
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2016 02:33 PM | Show all posts
zawara replied at 11-1-2016 02:28 PM
Scarynya bawak teksi..benda2 kurafat pun org sengaja tglkan..

memang colorful life drebar teksi ni..macam-macam ragam orang jumpa..
pernah juga Niqman cerita yang laki bini nak pergi rumah orang kawen bergadoh dalam teksi...gadoh punya gadoh si laki cakap "you cakap sekali macam tu aku ceraikan kan ko!" bini dia pulak naik darah agaknya terus dok cabar-cabar, sebut sebut punca gadoh tu...dah dari mengantar ke rumah orang kawen..terus melencong pi rumah pak imam tanya hukum...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2016 03:35 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 11-1-2016 03:33 PM
fuhhh zaman aku keje kt cyber thn 2008 pn dah seram dh..... area mana ek rumah teres tu?

rasanya area Dengkil tak pun jalan menuju Bangi lama. Kalau ikut logiklah sebab situ je yang masih ada kampong-kampong melayu dengan rumah-rumah lot yang kadang-kadang ada sederet dua projek perumahan out of nowhere..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.669302 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list