CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
 Author| Post time 4-1-2016 03:58 PM | Show all posts
jonidep replied at 4-1-2016 03:27 PM
Makhluk apa ni ye..siang2 pun selamba munculkan diri di khalayak ramai siap panjat dinding bagai.Aku ...

gollum pun jalan-jalan time siang ditemani hobbits, ini kan hantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2016 04:02 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 4-1-2016 03:38 PM
daebak daebak cite ko..ada lg x..bapok la seram..x guna btl kawan rishi tu..tak pasal2 melepas gaj ...

ada tu ade laa...tapi yang banyak cerita ulang-ulang,
aku rasa kalau aku cerita dengan panjang lebar pasal hantu kat highway karak hantuk-hantuk kepala mayat kat bumbung kereta dengan polis mintak sang isteri keluar dari kereta tanpa lihat belakang...

ko pun malas nak baca rasanye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 04:02 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 1-1-2016 12:11 AM
Macam familiar je nick tt nih..
Dedolu selalu share cerita best kat mps gak rasanye....
Kalau  ...

aku pernah share cerita tapi bukan cerita hantu, pasal member psycho kalau tak salah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 04:05 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-1-2016 09:51 PM
entah2 apek tu membela tak?
security guard dalam rumah tu...sebenarnya belaan apek tu..

aku dengar cerita si Rishi pun aku agak mesti kes "peliharaan"..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 04:06 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 3-1-2016 03:19 PM
Paling mistk ngan misteriusss...apsal kena switch off kul 2?kalau lalai apa jd?
Apa kesan kat a ...

aku rasa takda sebab mistikal..

mungkin apek tu just nak make sure si Rishi ni buat round keliling rumah je kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sampai ikot rumah ber woi woi..mmg peneng la si rishi tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2016 04:28 PM | Show all posts
dammerung replied at 4-1-2016 04:02 PM
ada tu ade laa...tapi yang banyak cerita ulang-ulang,
aku rasa kalau aku cerita dengan panjang le ...

xkan dlm simpanan ko cite highway karak tu jee?? ala cite lain la..mesti byk lg kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 06:45 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 11-1-2016 10:50 AM

Kisah 2 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih - Hong Kong, 1997
Ini salah satu short stories pilihan dari koleksi yang aku rasa menarik.

Seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat pembekal mesin percetakan di KL pergi bercuti di Hong Kong dan menginap di sebuah hotel 4 bintang sekitar Wan Chai. Kerana tidak membuat sebarang homework sebelumnya, eksekutif ni mati akal tak tahu nak buat apa time malam. Nak beronggeng pulak, member ni bukan spesis macam tu, lagi pun bukan bawak duit banyak sangat. Jalan-jalan ke Hong Kong ini pun di sebabkan dapat anugerah pekerja cemerlang dan majikan hadiahkan pakej free & easy (flight ticket dan hotel di sponsor) untuk seorang. Pada malam kejadian, dia melepak di balkoni sambil hisap rokok dan menikmati udara malam kota Hong Kong. Tengah syok layan blues, dia perasan ada seseorang sedang melambai dari tingkap di salah satu high-rise complex yang berselerakan di hadapannya. Mula-mula eksekutif ni buat tak tahu saje, tapi bila dah lama pula lambaiannya, mamat ni buat lah isyarat "are you waving at me?" dan beriya-iya orang itu cakap yes yes. Dari jauh tak dapat cam muka tapi tengok dari stail rambut, rasanya macam awek.

Mungkin kerana kebosanan atau kenaifan, mamat eksekutif ni pun tangkap syok pula. Selepas bermain lambai-lambai lebih kurang, si "awek" buat isyarat tangan mahu telefon? dan berputar-putar la tangan buat isyarat supaya awek tu kasi no phone ke dia. Dipendekkan cerita, dapat lah nombor teleponnya dan minta operator hotel buat outcall with charges. Berdebar-debar la eksekutif ni menunggu di hujung gagang dan menelan air liur apabila terdengar bunyi panggilan di angkat. Disebabkan nervous sangat tak tahu nak mula camane, dia tunggu awek tu cakap dulu. Tapi masalahnya "awek" tu pun tak cakap apa-apa. Apa yang dapat di dengar hanyalah bunyi televisyen di background dan hembusan nafas kuat di corong telepon.


Mamat eksekutif ni mula cakap hello tapi takda reply dan kemudiannya cakap hello in both mandarin & cantonese. Masih tiada balasan. Diberanikan diri lagi, dan di perkenalkan dirinya dalam dwi bahasa (mandarin dan kantonis). Beberapa saat selepas itu, ada bunyi jeritan nyaring dan di akhiri dengan ketawa yang terkekek-kekek...


Pelik la mamat eksekutif ni kan, dia tanya la who are you bagai dan tiba-tiba awek tu cakap dalam mandarin...


"I kill you...I will kill you!"

Dah dengar macam tu, mamat ni pun hang up la phone, apa lagi tindakan logik yang boleh di buat ye tak? anggap aja ada orang sakit mental nak main-mainkan dia malam-malam buta ni. Beberapa detik kemudian, telefon bilik berbunyi dan bila di angkat, concierge cakap ada call untuk enchek. Sebaik sahaja panggilan luar itu masuk...

"I know where you stay...I will come to your room tonight and kill you...kill you! kill you!"

(dialog tu dalam mandarin menurut sang pencerita tapi aku tukar jadi english sebab dah cuba pakai ayat melayu tak mencongkam la bunyinya)

Naik angin la si eksekutif ni dan terus di marah-marah sama itu amoi tapi boleh pula amoi psiko ni terkekek-kekek gelak dan ulang-ulang cakap "I know where you stay~...I will come to your room tonight and kill you~...kill you~ kill you~" tapi in rhythm, macam menyanyi.


Lepas hang up, eksekutif ni call concierge untuk mereport tindakan amoi psiko tersebut, tapi apa sajalah concierge tu boleh buat selain dari block outside call ke biliknya. Dia kembali ke natural state seperti sebelum kejadian amoi psiko tadi. Layan TV seround, kemudian rasa curious pula nak tengok kat luar. Agaknya dah takde kot amoi psiko tadi, dan sebagai perokok tegar, sistem badannya memerlukan nikotin.


Dia pun bersantai di balkoni dan eksyen macam tiada apa berlaku. Sedang dia mengetip-ngetip lighter di hujung rokok, anak matanya tertangkap kelibat amoi tadi. Yang tak bestnya, dia yakin yang amoi itu sudah berada di balkoni unit kediaman lain, tingkat lain dan bangunan lain. Dia pasti orang itu ialah awek psiko tadi kerana warna baju dan style rambut yang sama. Lagi-lagi amoi itu sedang melambai-lambai tangan ke arahnya.

Tak mungkin dia salah kerana amoi tadi di salah satu bangunan sebelah kiri dan sekarang ni di tengah-tengah pulak. Dia masih muda dan ingatannya masih kuat so takkanlah boleh tak ingat kot.

Eksekutif ni beranikan diri berdiri di balkoni dan melihat sahaja gelagat amoi gila tersebut. Lama-lama kelakar pula dan dia ketawa sendirian. Ketawanya terhenti bila amoi tu mula panjat grill dan bergantung dari ketinggian 20+ tingkat. Sepelik dia tengok amoi tu panjat balkoni, sepelik itu juga lah dia rasa bila amoi tu tiba-tiba terjun ke bawah. Everything happened in a split second dan eksekutif tu tak tau nak react macam mana.

Dekat 5 minit terpacak kat situ baru dia boleh angkat kaki. Dia masuk balik ke dalam, packing baju dan minta concierge tukar bilik, mana-mana bilik lah as long tak menghadap bangunan-bangunan tadi. Lepas bayar surcharge tukar bilik, eksekutif itu menghabiskan sisa-sisa percutiannya di Hong Kong dalam bilik hotel dan hanya keluar waktu nak balik Malaysia.

Menurut sang pencerita, eksekutif itu tidak lagi menjejakkan kaki ke Hong Kong selepas kejadian tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2016 07:30 PM | Show all posts
lavender_aqua replied at 3-1-2016 10:48 PM
bukit tunku mmg scary, biasa lalu gak sebulan 1-2x sbb nak gi ofis abg kat jalan duta

aqua even ...

Bukit tunku dengan pejabat sy kerja, lebih kurang 10 minit je kalau naik motor. kalau naik kereta + jem, lebih kurang lah 15-20 minit. huhuuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak seram cite ko ni TT. Good job sebab tak tulis guna shortform. Plot cerita pun kemas.

5/5!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 08:29 PM | Show all posts
dammerung replied at 4-1-2016 05:45 PM
Seleksi Kisah Pendek Terpilih : Hong Kong, 1997
Ini salah satu short stories pilihan dari koleksi y ...

ini mesti kes bunuh diri dengan terjun dari tingkat 20 tu..
pastu..angker jadinya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:11 AM | Show all posts
best best.. nak lagi.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:42 AM | Show all posts
Kawasan Wan Chai ada masjid.  Kalau ke Hong Kong, singgahlah masjid tersebut. Ada restoran makanan halal di dalam bangunan masjid tersebut.


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:46 AM | Show all posts

http://www.discoverhongkong.com/in/images/see-do/insiders-guide/sleepless-cit...

Edited by awanearisu at 5-1-2016 12:12 PM

Wan Chai menurut carian Google.. bagi menambah suasana cerita







kalau dilihatkan pada gambar terakhir ini, boleh dibayangkan tidak bagaimana kejadian rakan TT menyahut lambaian 'gadis' tersebut..

memang kedudukan bangunan semua agak rapat-rapat dan berdekatan..
mujur 'gadis' tersebut tidak melompat terus ke balkoni rakan TT


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 12:09 PM | Show all posts
wahh terbaekkkkk punya cite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk lagiii..plizzZzz
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:43 PM | Show all posts
dammerung replied at 4-1-2016 02:23 PM
Bahagian Terakhir Kisah Rishi si Pengawal Keselamatan.

Rentetan bagaimana Rishi di pecat bermula  ...

cerita ni lebih kurang sama cerita dgn guard nepal yang aku jumpa kat bukit tunku dan pernah aku cerita dlm thread aku dulu.

Bezanya nepal ni jaga banglo t.s.y yang meninggal kemalangan helicopter. Guard Nepal ni juga bawak kitorg masuk dalam rumah ronda dan tunjuk structure dalam rumah. Tapi yes, gaji mmg lumayan. Tak silap aku, nepal tu dibayar RM4,000 sebulan kot.

Gangguan pun hampir sama, benda tu mengaco dekat pondok guardhouse sampai nepal tu nak tdo pun tak tenang. Tapi mmg guard nepal diakui hati kering. Masa aku jumpa dia pun masa aku nak mencari hantu. Dia relax jer duduk dlm gelap sambil main pisau rambo. Hehe.. Nasib baik kawan aku ni singh so boleh berborak dgn guard tue.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
nice story tt..memang menyeramkan. kalau dgr depan2 mungkin lagi serammm
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:51 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 3-1-2016 03:19 PM
Paling mistk ngan misteriusss...apsal kena switch off kul 2?kalau lalai apa jd?
Apa kesan kat a ...

Yang aku lagi pelik la kan, seniyur..apsal yang ju-on tu tak mengawal lua dan dalam rumah? dah apek tu sendiri dah admit mendealah tu 'security guard'?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.494253 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list