CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 27-10-2016 09:54 AM | Show all posts
uiiiiiiiiiiiiii hehehehe cite bilik mayat ye besh besh
sambungannnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 10:03 AM | Show all posts
Boleh pulak minta rokok ya?
Dah nyawa2 ikan, patutnya ingat mati ja
Tu la kan...itu satu pengajaran sebenaqnya. Kita tak tau pengkahiran hidup kita cam mana


Hat yang mayat tu..cuak aih ..misteri pun ada..tiba2 ja boleh gerak gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 11:02 AM | Show all posts
amirezu replied at 27-10-2016 12:36 AM
Pernah tengok gambar mat rempit terputus dua pastu mintak rokok sebelum meninggal ni. Masa keje ka ...

haaa.. aku baru nak cakap benda yang sama. penah tgk video yang mat rempit bdn dh separuh duk mintak2 rokok. Kejadian yg sama ke @dammerung
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 12:29 PM | Show all posts
Yasss.. more of the best tales from Master Damm...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 12:34 PM | Show all posts
dammerung replied at 26-10-2016 05:48 PM
Kisah 29: Seleksi Cerita Pendek Terpilih Dua Bahagian - Memoir Seorang Pekerja Hospital (Bahagian I) ...

hadehhh...jantung & peparu aku skali ikut berdegup kencang
nasib la baca time tengahari
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 12:43 PM | Show all posts
ngeri aku nak mati mintak rokok... dengan badan tinggal separuh... meninggalkan satu kesan kat kepala otak aku ni... fuhhh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2016 02:08 PM | Show all posts
fuhhh,terbaek dari ladanggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2016 02:09 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 27-10-2016 02:14 PM

Seleksi Cerita Pendek Terpilih Dua Bahagian - Memoir Seorang Pekerja Hospital (Bahagian II)


Ayah pernah ditugaskan untuk menguruskan kes hukum gantung. Kerja ayah senang je, jadi second confirmer selepas doktor mengatakan 'Ya, orang ni dah mampos'. Sudah tentulah sebelum dia memutuskan perkara tersebut, kena periksa dulu.


Untuk hukuman gantung, ayah tak terlibat sama sebelum hukuman dijalankan maknanya, dia tak tengoklah orang tu di saat-saat sebelum kematiannya. Ayah stand-by kat bilik mayat. Masa orang digantung dah disahkan mati oleh doktor bertugas, mayatnya akan dihantar ke bilik mayat untuk disahkan buat kali kedua dan kemudian diuruskan.


Beg mayat atas troli masuk bilik mayat. Sebelum ni ayah tak pernah tengok mayat orang kena hukum gantung tapi apa bezanya pun dengan orang mati yang lain. Mati accident perut kepala terburai pecah semua pun dia dah tengok, jadi ayah ingat takda benda sangatlah kot, or so he thought.


Bila buka beg mayat hitam tu, kata ayah nak pengsan dia. Mata mayat tu terbuntang sampai terkeluar dari soket dengan mulut ternganga lidah terjuntai sampai ke dada. Since itu first time, ayah tak tahu samada itu normal untuk pesalah hukuman gantung atau tak.


Ayah dan pembantu menyiapkan mayat tersebut. Mata terjojol dimasukkan semula dalam soket, lidah terjulur panjang digulung-gulung masuk dalam mulut. Untuk pastikan lidah tu stay dalam mulut, satu tali diikat dari bawah dagu ke atas kepala. Terakhir darah-darah yang keluar dari hidung dan telinga dibersihkan.


So far so good. Bila dah selesai, mayat disimpan dalam peti sejuk sementara menunggu tuntutan waris. Pejabat urusan bilik mayat betul-betul sebelah tempat simpanan mayat. Masa tengah masukkan report semua, tiba-tiba terdengar suara orang menangis dari sebalik dinding.


Dalam pejabat ada tiga orang termasuk ayah. Mula-mula masing-masing buat tak tahu tapi bila dah berpanjangan, semua tak boleh buat tak endah. Salah seorang dalam bilik, pemandu ambulan pandang ayah.


"Din ko tak payah cakap apa-apa" Kata ayah tenang. Dalam hati tuhan je lah tahu.


Makin lama makin kuat pula raungan tersebut. Kata ayah siap cakap "Mak maafkan aboy..ampunkan aboy" macam tu lah.


Nak kata orang main-main prank kat bilik mayat, siapa yang sanggup? Orang gila pun tak sanggup duduk sorang-sorang dalam bilik mayat. Jadi faham-fahamlah suara siapa tu. Sekurang-kurangnya, semua orang di pejabat tu dengar, bukan dia seorang je.


Mereka di pejabat meneruskan kerja. Masa nak beredar, raungan masih berterusan. Here's the thing, pejabat terletak di hujung koridor bilik mayat jadi kalau nak blah, kena lintas bilik mayat dulu. Pintu masuk tempat simpan mayat jenis yang ada dua bahagian dimana setiap pintu ada tingkap kaca kecil.


Niat dihati tak nak tengok langsung tingkap kaca tapi dah curiosity membuak-buak buatkan ayah tak dapat menolong dari usha ke dalam bilik simpanan mayat.


Ayah aku nampak ada orang lelaki bogel sedang meratap di salah satu pintu peti sejuk simpan mayat. Dan ayah amat pasti fridge tu simpan mayat orang yang kena gantung sebentar tadi.


Kawan ayah yang drebar ambulan dah Usain Bolt dulu. Tengok member dah mencicit, ayah dengan sorang lagi apa lagi, lari tak cukup tanah.


Lepas uruskan pengembalian mayat hukum gantung kepada waris, ayah tak buat lagi dah tugasan orang hukum gantung. Serik.


Menurut kata ayah, on contrary belief, gangguan di morgue kalau nak ikutkan tak sebanyak di wad. Salah satu sebab kenapa ayah minta tukar ke unit post-mortem pun sebab tak tahan gangguan-gangguan paranormal di wad-wad hospital.

Kata ayah, zaman sebelum 2000an pekerja-pekerja 3D yang kebanyakkan imigran dari Indonesia dan Bangla ada sain kontrak dimana jika mereka terbunuh/mati di Malaysia samada sakit atau kecelakaan tempat kerja, mayat mereka akan didermakan kepada pihak hospital. Kalau nak bawa balik negara, kena bayar lebih lah. Memandangkan kos bawa balik mayat lagi tinggi dari kos mereka nak ke Malaysia, majoriti ramai yang greenlight hak mayat dijadikan bahan mengajar budak-budak medic.

Ada satu kes dimana seorang pekerja kontrak Bangla mati semasa bekerja di Malaysia. Bukan sebab dihimpap batu konkrit atau jatuh dari construction site (kes biasa) tapi ini disebabkan denggi berdarah. Seperti biasa ayah uruskanlah mayat Bangla itu bersama beberapa petugas yang lain.

Ketika dah siap nak usung mayat ke bilik mayat, seorang nurse (perempuan) pengsan. Semua suspek overworked sebab nurse shift berjam-jam. Jadi dikipaskan lah sambil cuba bagi sedar semula. Dah sedar je tiba-tiba kena histeria pula nurse tu. Terjerit-jerit sambil tutup muka dengan tangan.

Orang cubalah tenangkan, baca surah-surah apa yang patut. Ada lah kawan ayah sorang ni, staff hospital tu juga yang tinggi ilmu agamanya. Kawan ayah ni tanya.

"Cuba bagitau, nampak apa?"

"Tuuuu tuuu...ada hantu!..ada pocong!" Kata nurse sambil menangis ketakutan.

Peliklah semua orang kan, mana pula pocongnya. Dahla hari siang terang-benderang, pocong mana pula main ba ba cak tengahari buta ni.

"Cuba tunjuk kat mana" Tanya kawan ayah lagi.

"Tuuuu...kat belakang Cik Napiii" Kata nurse sambil jari menunjuk ke arah ayah.

Kata ayah, bulu tengkuk punyalah meremang, macam nak terapung rasanya.

"Napiii..ko jangan gerak, ko berdiri je kat situ" Arah kawan ayah. Masa ni semua orang dah jauhkan diri dari ayah.

Walaupun tak nampak, tapi bila ada orang cakap belakang ayah ada pocong, seriously ayah aku cakap dia boleh rasa presence something kat belakang dia.

Semua orang kat dalam wad tu dikeluarkan termasuklah pesakit-pesakit semua. Tinggal cuma ayah, kawan ayah dan dua orang lagi.

Kawan ayah perlahan-lahan pergi belakang ayah dan menerkam. Kata ayah dia rasa belakangnya macam disepak. Tak tahulah siapa yang sepak, tapi memang terpelanting dia ke depan.

"Ha pegang! pegang!" Suara kawan ayah mengarah lagi dua orang untuk membantu. Bila dia putar je badan nampak kawan ayah tengah genggam rambut makhluk yang panjang hitam tengah tercangkung. Lagi dua orang petugas pun pegang kepala makhluk tersebut.

Okay, part ni aku tak tahu nak percaya atau tak, tapi ayah cakap muka makhluk tu sebijik macam Bangla yang mati denggi tu. Just rambut je panjang.

Agaknya the whole scene was too much untuk ayah aku, dia pengsan.

Sedar-sedar dah kat atas katil. Nasib baik pengsan kat hospital hehe.

Kata ayah, kawan dia cakap "Bangla tu la...tah apa bende dibelanya bawak masuk Malaysia"

Macam tu lah cerita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 02:35 PM | Show all posts
thanks bro dam. lagi lagi lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 02:40 PM | Show all posts
berani betul tangkap antu bangla tu... fuhhh... aku pun rasa remang2 je tengkuk baca...

citer psl mayat, adik aku keje kat OT hospital.. respek kat org2 yang boleh tahan keje urus mayat2 ni.. sebab hati kuat tabah... adik aku ada gak citer psl pesakit2 yg kena operate.. 1 yg aku ingat, sorang indon ni kepala dia kena batu jatuh kat construction site.. batu bata jatuh dari tingkat 16 kalau ikut laporan tu la.. masih hidup indon tu tp rupa tak serupa orang...

adik aku cakap, sebelah mata indon tu dah ada kat pipi.. muka senget sebelah.. tempurung  kepala mcm dah takde sebelah.. kat OT, kuarkan mata yg kat pipi tu.. masuk dlm botol ke balang kaca.. rupa indon tu adik aku kata mcm gothmog, jeneral org jahat dlm LOTR 3..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 03:01 PM | Show all posts
damm is back! woohoo...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 03:02 PM | Show all posts
wah cete baru. tq demmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 27-10-2016 01:09 PM
Seleksi Cerita Pendek Terpilih Dua Bahagian - Memoir Seorang Pekerja Hospital (Bahagian II)[/backcol ...

Huhhu...bangla tu memang ada sesuatu la tu..
Tentu banyak lagi pengalaman ayah damm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 04:06 PM | Show all posts
Damm. Back to back doh cita. a good it is today.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 04:07 PM | Show all posts
ooohhh myyyy... seramnyeeee sbbtu dr dlu smpi skrg kalo nak  kne bermalam kat spital, sama ada masuk spital atau teman tdo kat spital, mmg xsanggup kalo sorg2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 04:11 PM | Show all posts
Damm is back. Lama dah tunggu. Tq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 04:12 PM | Show all posts
Oh,MY!! Seram bila baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:07 PM | Show all posts
Thread paling best!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Best best best!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 11:26 AM | Show all posts

Paling suka & tertunggu2 Thread abam dem ni..best..best!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.616512 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list