CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 12-11-2016 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sweetsour25 replied at 12-11-2016 09:04 PM
Bkn.. kes divider masjid bgerak tu..

Huwaaa..yg tu scary..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2016 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
huwaaaaa xzabar nk tggu kesudahan story ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2016 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sweetsour25 replied at 12-11-2016 09:04 PM
Bkn.. kes divider masjid bgerak tu..

video kes ni btl ke...takut nk klik play...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2016 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
jiwakacau06 replied at 13-11-2016 09:08 AM
video kes ni btl ke...takut nk klik play...

Mse kes tu.. siap ade bdn yg siasat.  Tp kalo xsilap, dorg matikan air je.. bgtau angin.  Tp try la bkk video tu.  Angin ke yg leh gerak2 kn divider tu..  huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape budak2 laki yg kat rambutan tu?manusia ke?
Nape si hairi kena camtu,bkn dia dah dlm geng budak jahat??
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2016 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Damm, tazabarr nak baca new cite
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2016 12:35 PM | Show all posts
kenapa aku memikir si sulaiman ni pergi hancurkan busut tu hahahah...ok takpe..kita tunggu hapdet terbaru...berdebooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Encik Damm... update please....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job damm...as usual xpnh mengecewakan..
Serious gila kental budak2 jantan tu..anak setan ka hapa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 09:05 AM | Show all posts
nak sambungan plzzz
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 05:11 PM | Show all posts
baru ada masa nak baca ceghita hang ni dammerung
kampung apa yang pelik sangat perangai budak2 tu?
busut tu macam dah kena jampi mentera
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 05:30 PM | Show all posts
sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2016 05:44 PM | Show all posts
Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Remaja-Remaja Lelaki di Kampong (Bahagian III - Akhir)


Masa jiran ramai-ramai datang rumah, Makcik Yah, jiran belakang rumah suruh datang bermalam kat rumah dia. Mungkin mak ayah Sulaiman tengah panik kelam-kabut tadi, tak perasan mereka suruh anak lelaki yang baru darjah 3 bermalaman di rumah dengan adik-adik yang masih kecil. Jadi Makcik Yah 'mengarah' Sulaiman dan adik-adiknya ke rumahnya.


Basically tu je lah plan Sulaiman. Tapi dia still nak make sure yang budak-budak kampong yang tunggu masa nak attack rumah masih fikir Sulaiman bersendirian di rumah bersama adik-adik. Benda terakhir dia nak ialah Makcik Yah juga jadi mangsa.


Lepas semua jiran balik, Sulaiman kumpulkan adik-beradiknya. Dia tahu kalau dia tiba-tiba suruh packed apa yang patut dan pergi ke rumah Makcik Yah mesti semua banyak tanya. Jadi dia cakap nak bawak main khemah-khemah. Budak-budak seronok la kan. Sulaiman arah adik-adik tutup dan kunci semua pintu dan tingkap. Bila semua dah siap packing, mereka berhati-hati keluar ikut tingkap dapur yang tersorok dari pandangan umum.


Rumah Makcik Yah terletak di atas bukit belakang rumah Sulaiman. Biasanya orang ikut jalan depan, tapi kalau nak ikut jalan belakang kena lintas kebun. Jauh sikit lah tapi at least terlindung dari dikesan budak-budak kampong yang dia tahu tengah standby kat pokok rambutan tu. Kata Sulaiman memang adventure habis lah nak pergi rumah Makcik Yah masa tu. Punyalah tak nak orang nampak, siap merangkak-rangkak.


Setelah bersusah-payah melintas kebun macam ninja ke rumah Makcik Yah, mereka disambut oleh Sudin, anak Makcik Yah yang ada Down Syndrome. Makcik Yah ada 4 orang anak dan Sudin merupakan satu-satunya anak lelaki sementara yang lain semua perempuan. Boleh dikatakan keluarga Makcik Yah antara yang beruntung sebab takda anak lelaki terjerumus dalam kancah masalah sosial kampong tersebut. Itupun sebab Sudin tu OKU, kalau tak mungkin terjebak juga.


Menurut Sulaiman, dari rumah jirannya itu boleh nampak seluruh kawasan rumahnya tapi cuma ada satu masalah. Untuk dapatkan view terbaik adalah dari tingkap bilik anak kedua Makcik Yah bernama Azlina. Takkan nak tumpang melepak dalam bilik anak dara orang pula. Tambahan pula Sulaiman bukannya kenal sangat dengan Azlina walaupun sebaya disebabkan semua anak perempuan Makcik Yah bersekolah di bandar.


Seharian Sulaiman menebeng kat tingkap ruang tamu Makcik Yah melihat rumahnya. Sampai disakat Pak Abu, suami Makcik Yah tak payahlah tengok lama-lama, takkan hilang rumah tu tapi dibalas Sulaiman dengan alasan tunggu mak ayahnya pulang sebab mereka tak tahu dia dan adik-adik bermalam di rumah orang. Pak Abu bagitahu besok pagi-pagi dia akan hantar pulang ke rumah semula. Walaupun dilanda kerisauan dan ketakutan, Sulaiman tidur nyenyak malam itu. Mungkin penat agaknya dan dikejutkan waktu subuh oleh Makcik Yah. Kata Pak Abu kalau tak nak pergi sekolah pun takpa. Dengan apa yang berlaku pada keluarga Sulaiman, pihak sekolah akan faham tapi Sulaiman nak juga pergi sekolah.


Bukanlah dia hadap sangat nak pergi sekolah pagi Isnin tu tapi dia nak tengok keadaan rumahnya. Makcik Yah menemaninya sementara Pak Abu hantar anak-anak ke sekolah. Makcik Yah pun cakap jangan lama-lama sangat, ambil kelengkapan sekolah je sebab Sudin tak bangun lagi.


Sulaiman membonceng motor Makcik Yah. Tiba di rumah dia tengok semua okay, at least di halaman rumah lah. Grill pintu pun masih berkunci tak terusik. Lega hatinya dan segera masuk ke rumah.


Sebaik pintu dibuka, bau busuk menyengit hidung. Di lantai terdapat banyak bulat-bulat hitam. Sulaiman actually cam bau tersebut tapi pada awal penemuan itu dia tak dapat nak recalled. Bila di check baru tahu di lantai rumah bersepah tahi lembu.


But the thing is, tahi lembu tu bukan dibawa dari luar dan dicampak ke dalam tapi seolah-olah ada orang bawa lembu-lembu masuk dalam rumah. Tapi dari mana pula lembu tu masuk? Sulaiman periksa pintu depan dan belakang semua terkunci rapi dan di luar rumah juga tiada tanda-tanda pencerobohan. Tiba-tiba Sulaiman ditarik keluar rumah oleh Makcik Yah dan cepat-cepat naik atas motor. Mereka tak pulang ke rumah tetapi terus ke pekan. Dengan tak pakai helmet selamba je Makcik Yah dengan Sulaiman pergi balai polis.


Ingatkan Makcik Yah nak report pasal tahi lembu dalam rumahnya tapi kata Sulaiman dia dengar lain. Masih segar di ingatan Sulaiman yang Makcik Yah melaporkan dalam rumah Sulaiman ada orang.


Kata Makcik Yah lagi, dia nampak bayang-bayang perompak menyorok belakang dinding dapur rumah. Aik? Sulaiman pelik. Bila masa Makcik Yah nampak? Dia tak nampak pun.


Bila Makcik Yah terangkan kat polis, meremang bulu tengkuk Sulaiman. Makcik Yah bagitahu bahawa perompak tu ada beberapa orang dan tubuhnya di cat warna hitam dengan mata berkilau macam kucing. Pagi itu juga Sulaiman naik kereta polis balik rumah.


Sampai di rumah tengok Toyota Corolla ayah ada di laman. Dia cepat-cepat keluar kereta untuk dapatkan ayah. Di panggil ayah berkali-kali tapi tiada jawapan. Satu rumah Sulaiman dan polis dua orang keliling cuba cari ayah tapi tak jumpa. Dalam rumah pula Sulaiman mendapati semua bilik habis diungkai tapi takda benda yang hilang, technically takda benda pun nak dicuri sebab keluarga Sulaiman bukan orang berharta.

Jiran-jiran mula berkumpul depan rumah Sulaiman. Semua tak perasan bila ayah Sulaiman balik sebab awal pagi semua sibuk nak pergi kerja dan menguruskan anak-anak ke sekolah. Makcik Yah kelam-kabut turun ke rumah Sulaiman membawa berita mengejut.


Orang kampong nampak ayah Sulaiman berkaki ayam jalan kaki menuju ke arah surau lama dengan parang di tangan.


Pak Abu ikut naik kereta polis untuk kejar ayah Sulaiman sementara yang lain pun busybody nak join sama naik motor dan kereta masing-masing. Sulaiman tak ikut atas arahan suami Makcik Yah. Dipendekkan cerita lebih kurang sejam lepas tu rumah Sulaiman kembali meriah. Masa Sulaiman balik rumah nampak ayah sedang ditenangkan oleh jiran-jiran di porch depan. Beberapa jiran tolong bersihkan tahi lembu dalam rumah.


Sulaiman cuba tanya apa yang dah terjadi tapi takda siapa layan. Iyalah, dia kan budak lagi waktu tu. Makcik Yah dan Pak Abu suruh Sulaiman dan adik-adik bermalam lagi di rumah mereka. Bila ditanya pasal ayah, Pak Abu cakap ayah ada urusan yang hendak diselesaikan. Tak lama lepas tu, rumah Sulaiman sekali lagi digemparkan apabila sekumpulan orang kampung datang ke rumah marah-marah. Sulaiman dibawa Makcik Yah pulang ke rumahnya.


Dari tingkap rumah Makcik Yah, Sulaiman nampak ada dua lagi kenderaan polis masuk ke perkarangan rumah. Lebih kurang tiga jam lepas tu, Pak Abu pulang dan suruh Sulaiman dan adik-adiknya bersiap kerana hendak dibawa ke hospital.


Tiba di hospital Sulaiman nampak mak menangis sambil baca Yasin, ayah tak tahu kemana. Makcik Yah suruh Sulaiman dan adik-adik ucap selamat tinggal pada Hairi. Sulaiman dan adik-adik dibawa masuk ke wad tengok Hairi yang dah tak bernyawa. Sulaiman takdalah sedih pun, begitu juga adik-beradik lain. Setakat tengok je lah mayat abang yang amat asing baginya. Tengok lebih kurang Pak Abu bawa mereka pulang. Adalah mereka tanya apa dah jadi, ayah mana apa semua tu tapi tak diendahkan.


Di rumah ayah dah tunggu depan rumah Makcik Yah. Dari perbincangan Pak Abu dan ayahnya, Sulaiman dapat tahu budak-budak kat surau lama tu ramai ditahan polis untuk soal siasat. Tu yang ramai mak bapak budak yang kena tangkap tu serang rumah Sulaiman awal tadi. Urusan pengebumian Hairi dilakukan keesokan hari dan life goes on untuk Sulaiman sekeluarga.


Sejak dari pengebumian Hairi, budak-budak kampong yang menghantui Sulaiman sebelum ini dah tak muncul. Begitu juga dengan kejadian yang terjadi di rumah termasuk pasal Hairi, none of his family members bring up about him anymore. Semua anggap macam Hairi tak wujud. Kawalan atas anak-anak diperketatkan lagi oleh mak ayah Sulaiman. Ada masa Sulaiman kasihan lihat adik-adiknya yang tak dibenarkan langsung keluar dari halaman rumah selama bertahun-tahun tapi Sulaiman faham tindakan ibubapanya. Untuk memastikan anak-anak tak memberontak, mak ayah banyak berhabisan beli kelengkapan macam komputer, video games, home theater, alat permainan, buku-buku pendek kata apa je yang anak-anak mahu mak ayah Sulaiman pasti akan cuba dapatkan. Apa-apalah selagi semua sanggup berkurung dalam rumah. Paling jauh berjalan pun ke rumah Makcik Yah je.


Bila dia masuk darjah 4, budak-budak kampong yang setahun tua darinya semua dah takda. Peliknya semua budak-budak lelaki kampong tersebut seolah-olah hilang, at least kat sekolah tu lah.


Years gone by dan Sulaiman dimasukkan ke MRSM. Kata Sulaiman, dia masih ingat lagi, Ahad 2 Januari 1994 adalah hari terakhir dia bermalam kat rumah. Sebaik dia meninggalkan perkarangan rumah keesokan harinya untuk ke sekolah baru, itulah kali terakhir dia lihat rumah dan kampong. Sejak dari hari tu dia memang tak balik-balik ke rumah kampong. Pak Abu ada beli rumah berdekatan dengan sekolah Sulaiman dan situlah dia berkumpul satu famili setiap kali cuti tak kira lah cuti balik kampong, cuti semester hatta cuti raya sekalipun.


Hinggalah seminggu sebelum Sulaiman hendak berangkat ke US untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat SPM. Mak buka cerita pasal apa terjadi di kampong yang selama ini dia dan ayah Sulaiman terpaksa rahsiakan hingga Sulaiman dilarang pulang ke rumah...


Malam sebelum Hairi mula tak sedarkan diri, keadaan dia dah stabil dan siap nak balik rumah dah. Sebab doktor cakap just luka biasa yang dirawat dengan jahitan. Tapi sebelum pulang kena tunggu x-ray result dulu. Masa tu lah Hairi menceritakan origin story tentang masalah sosial budak-budak kampong.


Menurut mak Sulaiman, Hairi menyatakan semuanya bermula dengan busut belakang surau lama tersebut. Kalau masih ingat, semasa surau lama tu masih digunakan, budak-budak suka main-main kat busut lama tu. Salah seorangnya Hairi lah.


Dia mendakwa busut tu boleh berkata-kata.


Pada satu malam ada kenduri makan-makan di surau. Seperti biasa budak-budak yang ikut mak ayah end up main kat luar. Hairi kata masa tu main polis sentri dan busut tu jadi 'house' untuk pencuri. Dia dan beberapa lagi budak dalam geng pencuri dan masa tengah syok berkejaran dan memekak, mereka yang standby kat busut dengar suara orang lelaki dewasa dari dalam busut.


Kata Hairi orang dalam busut tu cakap "Hoi buat apa kat rumah aku"


Dipendekkan cerita semua layan berborak dengan suara busut tersebut. Hairi cakap busut tu kata "Aku ketua engkau orang lah. Raja"


Dari situ budak-budak mula panggil busut itu 'Agung' since dia mengaku raja. Bukan takda budak-budak ni bagitahu mak ayah masing-masing pasal busut bercakap tu, rasanya Hairi pun pernah bagitahu ayah tapi setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ada yang kena marah lagi gara-gara cerita mengarut. Akhirnya budak-budak kampong ambil keputusan untuk merahsiakan tentang Agung.


Mula-mula it was all fun and play dengan Agung, tapi lama-kelamaan Agung mula bagi 'arahan', suruh buat itu ini. Pasal budak hancur tangan tu sebab Agung cakap dia nak keluar then ada yang bijak sangat pergi buat bom paip. Lepas kejadian letupan bom paip tu, Agung makin garang. Dah pandai marah-marah. Tapi yang peliknya budak-budak semua macam kena jampi, ikut je cakap busut tu.


Since that day, ramai dah berubah. Dari baik jadi jahat, yang dah sedia nakal lagi lah macam setan. Anak tok imam yang terrer mengaji tu pun hanyut juga jadi mat pit. Pasal kemasukan najis dadah di kampong tu pun actually Agung yang ajar. Hairi tak sure macam mana tapi kawan-kawan dia yang first jadi pusher kat kampong bagitahu Agung siap ajar bagaimana nak cari supply lagi.


Lama-lama area surau lama tu jadi tempat budak-budak kampong hangout siap buat line court takraw lagi. Orang kampong pun senang hati je tengok budak-budak lelaki banyak habiskan masa kat surau sebab masuk waktu je surau penuh dengan jemaah. It just that bila surau baru dibina baru nampak ketara perubahan budak-budak muda di kampong tersebut.


Berbalik pada Hairi, sebenarnya selama dia tak balik rumah tu disebabkan join sindiket perompak lepas kenal few members masa dalam penjara. Mula-mula setakat ragut je then bila tengok berita merompak lagi tinggi pulangan, tambahan pula ramai yang dapat meloloskan diri dari polis buat mereka tukar modus operandi. Cubaan pertama merompak bank kecil di sebuah pekan berakhir dengan bencana apabila salah seorang terburai perut kena tembak dengan pump gun security guard.


Walaupun berjaya larikan diri, Hairi dan mereka yang ada dah broke, takda duit. Waktu itu mereka sedar merompak pakai parang tak effective tapi nak beli pistol pula tak mampu. Then Hairi teringat kat Agung. Mungkin boleh menurun ilmu kebal kot dari penunggu busut tu. Itu yang dia balik rumah. Sekurang-kurangnya bagi cool down dulu sebab kes merompak tu mesti tengah panas lagi.


Pasal tidur macam mayat tu pun actually takde benda sebenarnya. Dari kecil Hairi dah biasa tidur macam tu just masa tingkap kena ketuk oleh budak-budak kampong, dia tahulah Agung dah panggil suruh menghadap. Hairi keluar ikut tingkap dapur.


Tentang kes ayam tu pula, Hairi tak terlibat sebenarnya tapi dia tahulah siapa punya kerja. Dalam ramai-ramai 'pengikut' Agung ada beberapa yang 'terover' mengagungkan Agung. Mereka ni memang jenis tak balik rumah dan menghuni surau lama tu. Tak tahulah sebab apa budak-budak yang dipanggil 'Budak Hitam' mula berubah keadaan fizikal mereka, badan hitam berminyak, kepala botak dan jarang bercakap. Kalau orang cakap benda-benda pelik yang terjadi kat kampong tu adalah kerja tangan kumpulan tersebut Hairi tak terkejut, which mungkin ada terlibat dalam tragedi kemalangan Pak Bakar juga.


Malam kejadian dia pergi ke surau lama. Tiba disana dia lihat ramai budak-budak melepak kat situ, in fact lagi ramai dari masa dia mula-mula started benda alah tu dulu. Masa dia mendekati Agung, Hairi dihalang oleh sort of ketua, yang Sulaiman rasakan si Hamid. Ketua tu cakap apa-apa kena minta kebenaran dia. Hairi memang takda masa nak melayan budak-budak hingusan, dia pergi terajang Hamid.


Hairi berkali-kali panggil Agung tapi tiada jawapan. Then dia rasa hentakan di belakang kepala dan pengsan. Buka mata je dia rasa mamai dan tengah berjalan. Kepala dia rasa sakit berdenyut-denyut.


Lepas habis cerita tu, Hairi rasa kepala dia pening semula dan sambung tidur. Doktor cakap ada pendarahan otak kerana x-ray tunjuk ada tompokan darah beku. Tak lama kemudian, Hairi diisytiharkan mati otak dan masa tu lah ayah hilang kawalan dan pergi serang busut surau lama tu.


Sampai kat busut, ayah tetak busut tu habis-habisan dan disabarkan orang kampong yang menyusul kemudiannya. Bila mereka periksa dalam surau, jumpa ramai budak-budak terbongkang di lantai surau, high on drugs.


Since dah ada proof dadah, polis panggil backup dan ramailah yang kena bawa pergi balai. Itu yang ramai mak bapak mengamok datang rumah Sulaiman bila anak-anak mereka disumbat dalam lokap.


Ayah, Pak Abu dan beberapa penduduk kampong termasuklah tok imam dan ketua kampong buat keputusan untuk bulldozed surau lama tu termasuk dengan busut tu sekali. Since that day, sorang demi sorang budak kampong bermasalah mula hilang entah kemana. Kalau budak bujang terlajak boleh lah dibiarkan ini budak-budak underage pun hilang. Polis pun tak dapat nak menolong sebab takda motif penculikan dan letak status kes lari rumah.


Populasi kampong makin lama makin berkurang. Mereka yang masih muda bertenaga pindah keluar dari kampong dan yang tua tunggu masa nak mati. Kata Sulaiman, Makcik Yah sekeluarga pun lepas anak-anak tamat sekolah, pindah ke rumah yang keluarganya pinjam setiap kali dia cuti sekolah.


Fast forward few years later, Sulaiman bernikah dengan anak Makcik Yah, Azlina dan berhijrah ke New Zealand. Keluarga mertuanya, Makcik Yah, Pak Abu dan Sudin sekarang tinggal bersamanya di New Zealand manakala mak ayahnya banyak menghabiskan masa di rumah adik kedua Sulaiman yang kini tinggal di Cheras. Mereka masih tak mahu meninggalkan kampong kerana Hairi ditanam dikampong tersebut dan mereka menghabiskan 2 minggu setiap bulan di kampong.


Sebelum berhijrah, Sulaiman bekerja dia sebuah consulting firm dimana kat situlah aku kenal dia. Aku ada tanya tak tergerak ke hati nak balik kampong. Sebenarnya, lebih kurang sebulan sebelum dia melangsungkan perkahwinan, Sulaiman dalam diam pulang ke kampong. Saja je nak melayan nostalgia katanya dan lagipun dah berbelas tahun kot, takkan la dia nak kena hambat lagi dengan budak-budak kampong tu.


Masa dia drive through kampong, jalan tar dah rosak teruk banyak lubang. Nampak sangat tak terjaga. Rumah arwah Pak Bakar dah tinggal tangga batu je. Rumah mak ayah yang dah berbelas tahun tak jejak kaki masih utuh tapi lalang tinggi lah. Lagi dalam dia masuk ke kampong, lagi banyak rumah tinggal yang dia jumpa. Rumah Makcik Yah memang dah tak wujud sebab lepas mereka pindah, rumah tu dirobohkan dan tanah dijual. Kebun belakang rumah dah jadi belukar.


Kata Sulaiman, hatinya melonjak-lonjak nak usha tempat surau lama dan bertambah dekat dengan kawasan surau tu makin berdebar jadinya. Bila dia sampai, kawasan tu dah jadi tanah lapang. Betul lah kata mak, penduduk kampong dah bulldozed area tu. Sulaiman parked kereta kat tapak surau lama. Dia check tebing, still sama macam dulu. So tak betullah cerita hakisan tu.


Dah kat situ, Sulaiman pun ambil lah gambar pakai DSLR for the sake of nostalgia. Tengah syok ambil gambar, dari viewfinder Sulaiman perasan dekat tebing sungai bertentangan, ada beberapa bayangan hitam. Setahu Sulaiman mana ada kampong kat seberang sungai, dusun durian ada lah. Dia zoom pakai kamera, dan swear to God Sulaiman nampak sekumpulan anak-anak kulit hitam berminyak dengan mata berkilau sedang menyorok dalam semak-samun tengah skodeng dia.


Hilang mood nostalgik, Sulaiman masuk dalam Ranger Rover dan terus blah. Sepanjang pulang ke KL dia anxious gila sampai terpaksa berhenti kat R&R menangis sensorang kat parking lot.


Then dia faham lah kenapa mak ayah dia tak bagi balik kampong. That village is cursed.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih.. Semoga terus bersemangat menghasilkan cerita baru. Byk peminat ko ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2016 06:03 PM | Show all posts


NOTA TERIMA KASIH.

Dengan kemaskini entry ke-30 ni, ingin aku maklumkan bahawa "Kisah dari Koleksi Cerita Paranormal" telah sampai ke penghujungnya.

Aku mengambil keputusan untuk menamatkan update thread ini kerana terus-terang aku cakap, aku dah boring. Kalau dulu it was fun listening to the recording that I've made and build a story upon it sekarang aku dah rasa macam kerja pula. Seleksi rakaman berkualiti, samada dari segi audio atau cerita pun dah sangat tipis to the point balance rakaman yang tinggal, the quality is  way too low yang memang tak boleh nak goreng langsung dah. So dari aku paksa diri build a story on a -for the lack of better words- shit stories, lebih baik lah aku stop kat sini je dulu.

Disini aku mengucapkan terima kasih diatas kesudian membaca cerita-cerita aku yang tak seberapa ni dan juga sokongan yang tak berbelah bagi chewah hehe.

Dalam kata lain, cerita-cerita kat sini adalah basically the fragment of my young adult life. Aku harap semua terhibur dan menganggap semua cerita-cerita yang disampaikan adalah untuk hiburan semata-mata.

Bagi aku, sepanjang aku buat rakaman dengan berpuluh-puluh orang yang aku jumpa, aku tak pernah persoal kesahihan cerita mereka because for me its the story that matters, not the authenticity.

Dan disini juga ingin aku maklumkan bahawa 90% nama-nama dan lokasi-lokasi yang dinyatakan dalam entry-entry aku adalah rekaan semata-mata kerana aku tak nak nanti ada yang pergi usha tempat-tempat tersebut.

Aku benarkan kalau korang nak compile cerita-cerita yang disampaikan dalam thread ni untuk tujuan peribadi. Sekiranya nak diupload ke website lain, Facebook contohnya, tolong bagi proper credit dan aku tak benarkan sama sekali cerita-cerita aku diciplak untuk tujuan profit.

With that, again I thank you all...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 06:07 PM | Show all posts
tu dia.. terus tutup kedai huhu...

anyway thank you so much for the entertaining stories.

you're an amazing story teller

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2016 07:31 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 15-11-2016 06:32 PM
dammerung replied at 15-11-2016 05:03 PM
NOTA TERIMA KASIH.

Dengan kemaskini entry ke-30 ni, ingin aku maklumkan bahawa "Kisah dari Ko ...

oh my...dah kenapa damm??ingatkan sampailah story yang ke 100......................................
All your stories are and unik.
fahamlah jika nama dan tempat direkayasa sebab tak nak any conflict timbul kemudian hari.
sama jugak dengan forumer  lain yang buka thread..ada yg tak nak dedah the real name and place
ko hanya ambik dari penceritaan rakaman (pengalaman orang lain),
kalau tukang cerita kat ko tu tipu, then ko pun tipulah kan? Hahahaa
macam episod si zuzu amelia ke apa ntah lupa dah...tepuk dahi bila baca citer tu

Apa pun, penceritaan dan penyampaian yang menarik
terima kasih berkongsi cerita di MPS.
jangan lupa sambung Sepetang di Jakarta.......

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru stay follow  awal tahun ni..dan meng punya cerita memang legend. Xde yg boleh lawan punya.
Terima kasih dgn  sumbangan cerita2 legend. Jika terbuka hati dan ada cerita baru sila cerita. Kami setia menanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 15-11-2016 06:03 PM
NOTA TERIMA KASIH.

Dengan kemaskini entry ke-30 ni, ingin aku maklumkan bahawa "Kisah dari Ko ...

Ayoyooo  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih Dam. Ko mmg terbaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.652746 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list