CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: ninoZ

[kompilasi] SUP dan BUBUR

   Close [Copy link]
Post time 16-4-2005 02:21 PM | Show all posts
chicken cheese soup [vanilla]

ingredient

butter 1/2 cup
carrot sebatang didadu
celery ikut suka
onion sebiji didadu
flour 1/2 cup
salt ikut rasa
mustard 1/2 sudu kecil
chicken soup 5 cup
pizza cheese or cheddar cheese 5 sudu besar

method

tumis semua bahan kecuali sup ayam dan cheese sampai naik bau.masukkan sup ayam dan panaskan lebih kurang 15 minit.masukkan cheese dan kacau kejap..dah boleh makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2006 07:11 AM | Show all posts


SOTO [NoorMasri]

Bahan-bahan: Anggaran untuk 5-6 orang

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2006 07:13 AM | Show all posts
Soto Indonesia [mrs livingstone]

resepi ni mrs belajar dr kawan mrs yg berasal dr indonesia...lain sket jer dr soto kita
mrs bg resepi kuahnye ajelah ye,sbb yg complete punya kak noor dah tulih...(maleh nk tulih byk2 sebenornye hehehe)


BAHAN
*ayam
*perkakas tumis:
bunga cengkih,kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
*bhn yg ditumbuk/kisar:
buah keras,bawang putih
bawang merah
kunyit(atau serbuk kunyit)
sedikit halia
ketumbar
jintan besar dan kecik
*serai diketuk
*garam dan gula
*mintak utk menumis
*kentang hiris nipis2 dan digoreng garing


CARA
*rebus ayam,bila ayam masak angkat dan sejukkkan sblm disiat isi
*tumis perkakas tumis sehingga agak kembang dan masukkan bahan2 yg diblend dan serai
*setelah naik minyak masukkan air rebusan ayam
*masukkan garam gula
*masukkan kentang


memang lain sket je la,tak tau la ni indonesia punya bahagian mana...kuah dia memang warna kuning sbb letak kunyit
dan ade potato yg dah digoreng didalamnya....bergedil pun ade gak...sama lah yg lain cam kita...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2006 07:19 AM | Show all posts
Inilah Soto Ayam Keluarga Diana.. gambar ni tak cukup quorom, taugeh tak dak :cak:
ini pulak nak try tempek gambar kasi kecil sikit.. bismillah...:pray:






SOTO AYAM KELUARGA DIANA [DianaA]

Bahan-bahan  
6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis

(bahan dibawah dikisar halus)
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat
  

Cara Menyediakan   
Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.

Cara membuat Sambal Kicap
Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.

Cara menghidang
Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.


BERGEDIL DAGING KELUARGA DIANA

Bahan-bahan   

1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
300 gram daging cincang
2 biji telur, asingkan kuning dan putih
3/4 cawan bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
  

Cara Menyediakan   
1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 11:57 PM | Show all posts
szechuan soup[Baiduri Othman ]

Bahan2nya:-

Bawang putih/halia dihiris
sedikit isi ayam/udang/fishball/crabstick
1 tin jagung
sedikit cendawan butang
tofu (tauhu Jepun)
1 cube chicken stock
sedikit sos tiram
2 biji telur
2 - 3 sudu besar tepung jagung

Cara2 membuatnya:-

1. Mula sekali tumis bawang putih & halia hingga naik bau. Bila dah warna kekuningan masukkan 1 litre air & biarkan menggeledak. Lepas tu baru masukkan jagung dlm tin, cendawan butang & isi ayam bersama chicken stock & sos tiram. Masukkan perasa.

2. Bila dah menggeledak baru masukkan tepung jagung yg dicampur dgn air & sedikit sos tiram (tepung jagung+air+sos tiram digaul hingga sebati sebelum dituang ke dlm sup). Lepas tu kacau. Kalau pekat boleh tambah air. Lepas tu masukkan udang, fishball & crabsticks. Bila dah menggeledak baru masukkan telur yg dikacau terlebih dulu. Kacau cepat2 sp. telur tu berderai2. Last sekali masuk tofu yg dah dihiris.

3. Bila dah masak bolehlah dihidangkan dgn daun sup & daun bawang. Tak lupa sambal cecah dia - kicap, cili merah & perahan limau kesturi.

PS. Ada jugak resipi guna rebung muda & isi ketam. Tambahlah sedap sup ni.

BTW, lupa nak type lada dlm resipi. Bubuh sedikit lada (pepper) ke dlm sup utk menambahkan kesedapannya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 12:29 PM | Show all posts
SUP SIAM [FARINATA]

Bahan2:-

1 kg ekor lembu /tulang /tulang anak lembu
1 labu bawang besar [saiz besar]
3 ulas bawang putih
3 biji tomato buah [yg besar]
3 cm lengkuas [di ketuk]
2 batang serai [di ketuk]
1 btg selery [kalau takde pun takpe,masuk dia lagi kick]

daun ketumbar,bawang goreng,cili api,sos nampla,limau nipis.

CARA:-

1. Masak air sehingga mendidih masukkan ekor/tulang,masukkan lengkuas n serai yg di ketuk,perlahankan api.
2.Blend tomato,bawang putih,bawang besar (kalau nak dadu kan bahan tu pun bleh) masukkan terus dlm periuk sup.
3.Renih sehingga separuh empuk,masukkan btg selery yg di mayang,bila dah empuk ekor/tulang tu masukkan sedikit garam (sket je tau sebab kita nak masin kan dgn sos nampla)
4. bila dah empuk daging masukkan daun selery jap tutup api.

MASA NAK MAKAN TU.....

masukkan sup dlm mangkuk + ketumbar (mayang),bawang goreng,cili api potong,sos nampla.last sekali perah limau nipis.Biar ada rasa masam,masin n pedas.secukup rasa masing2 la ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2006 10:18 PM | Show all posts
sup bebola campuran [ummiauni]




Bahan2:
Bebola sayur campuran
Bebola udang
Bebola ikan
Jejari ketam
1/2 kiub pati ayam knoor
ubi kentang
air.
garam

Semua bahan di atas dibelah 2.
Masak kuah + ubi kentang hingga masak, masukkan garam dan kiub ayam knoor.
Bila nak angkat masukan semua bebola tadi...biarkan seketika dan boleh tutup api..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2006 05:55 AM | Show all posts
lotus n white fungus sweet soup[greenie]

biji lotus[buangkan tunas ditgh2nya sekiranya ada - utk elakkan pahit]
white fungus
(kedua2 boleh dapat di kedai ubat cina)
gula batu

boil  kedua dua bahansampai lotus soft(agak lama...lebih daripada 2 hours)
tambah gula batu...siap utk dihidangkan
boleh tambah foo pei(soya sheet) jika suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2007 09:52 AM | Show all posts


Soto [dilaOdila]

Bahan-bahan Untuk Kuah:
1 ekor ayam (berat 3kati)
2 biji bawang besar
1 sudu besarjintan putih
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar biji ketumbar
5 mangkuk air anggaran 6 liter
Minyak untuk menumis
Halia 1inci
3 biji bawang merah
Garam & serbuk perasa

Cara:
Giling halus jintan manis,jintan putih & ketumbar biji. Asingkan ke dalam mangkok.Bahan-bahan yang lain seperti bwang putih,halia,bawang besar dimayang halus.Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yg dimayang tadi.Tumis hingga sebati masuk air,dan ayam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.213927 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list