CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] MAKANAN LAUT

   Close [Copy link]
Post time 17-4-2005 10:29 PM | Show all posts
SOTONG SAMBAL KACANG [MAKLANG]



Bahan - bahannya :-

1/2 kg Sotong merah
100 gm Kacang tanah
2 batang serai
2 helai daun kunyit
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1/2 paket santan

Cara membuatnya :-
- Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, serai hingga lumat
- Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.
- Masukkan sotong ke dalam bahan tumisan kacau hingga rata .
- Masukkan daun kunyit dan kacang tanah serta santan.
- Masukkan garam , gula dan bahan perasa secukup rasa .
- Sedia untuk dihidangkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2005 10:31 PM | Show all posts
IKAN BAWAL BAKAR BERSOS DENGAN CENDAWAN [jonah]

1 ekor ikan bawal hitam - di kelar - marinate dgn garam dan lada sulah atau black pepper

Ikan ni kalau nak goreng sikit dulu pun boleh.

BAHAN2 KISAR:

1 labu biji bawang besar - di dadu
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 bth serai
1" lengkuas
1" halia muda
belacan sebesar ibu jari

Cendawan - banyak mana suka hati lah.. takmo pun takpe
1 camca besar jus limau
1 camca besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
garam
cili padi - di gunting kecil2 - bulat2
daun limau purut - di hirs halus2

CARA MEMASAK SOS:

1.  Tumiskan bawang dadu sehingga kuning.

2.  Masukkan bahan2 kisar dan tumis sehingga wangi.

3.  Masukkan cendawan.

4.  Masukkan jus limau dan sos cili, serta garam secukup rasa.

5.  masukkan cili padi dan daun limau purut.  Pastikan pecah minyak.

6.  Letakkan ikan di atas aluminium foil.

7.  Curahkan sos tadi ke atas ikan dan bawah ikan.

8.  Bungkus kemas2 dan bakarlah dalam ketuhar dengan suhu 225C selama 20 minit
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:35 PM | Show all posts
SARDIN KASTURI [Jonah]



1 tin sardin - mesti cap ayam
1-2 biji bawang besar - potong bulat2
cili padi akar - banyak mana pun suka hatilah
anggaran 10 biji limau kasturi - tak tipu!


CARA MEMASAK:

1.  Goreng bwg sebentar dan cili padi.
2.  Masukkan sardin
3.  Perahkan asam limau kasturi
4.  Kalau suka, hancur2 kan isi ikan sardin tu
5.  Bubuh garam sesedap rasa
6.  Kalau suka, boleh tambah tomato sekali

NOTA:

Sardin simpoi ni adalah cara basic.  Kalau suka boleh tambah dengan jering goreng, kerdas goreng, peria, petai, atau kentang.  Bubuhsemua skalipun sodap!

Limau kasturi memang banyak di gunakan untuk mematikan hanyir ikan sardin.  Jangan takut2, sebab kalau dia masam2 lagi sodap!

Makan dengan telur dadar berdaun kunyit.



Tumis Pedas Ikan sardin [Kay]

1 tin -  Ikan sardin cap ayam
lada kering - agak2 jer yg dah dikisar
1 biji bawang besar - dipotong nipis
air asam jawa
2 biji bawang putih - ditumbuk
3 biji bawang merah -  ditumbuk
sedikit halia - ditumbuk
3 biji kentang - dipotong memanjang & goreng
1 biji lada besar
garam, gula secukup rasa

Cara
1.  Tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukan lada kisar sampai garing juger
2.   Masukkan air asam jawa masak seketika... baru masukkan ikan sardin.
3.   Kemudianya masukkan bawang besar.. dan kentang goreng tadi serta lada besar... masak sekejap baru la angkat serta hidang.



SARDIN MASAK LEMAK CILIPI [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 tin sardin yg besar
10 biji buah belimbing
1 batang serai [ketukkan]
2 cawan santan pekat
1 biji buah tomato [belah 4]
garam

bahan tumbuk 15 biji ciliapi
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang merah
2 sm kunyit


Cara:
1 Masukkan sardin dan bahan tumbuk bersama serai, buah tomato, garam dan belimnbing.
2. Bila dah mendideh masukkan santan pekat dan rasakan asam garam.
3. Kacau perlahan sehingga mendideh lagi.
4. Tutup api dan hidangkan.

[ Last edited by CatLady on 17-4-2005 at 10:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:38 PM | Show all posts
Ikan Kembung Masak Cuka (resepi 1) [MAKLANG]

Bahan

4 ekor ikan kembung(gaul bersama garam &
kunyit, goreng garing)
1 sudu besar jintan manis(tumbuk lumat)
5 ulas bawang merah(dibelah 2)
5 ulas bawang putih(dibelah 2)
1 ulas bawang merah(dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
2 biji cili merah (dipotong 2 dan dibelah 4)
4 sudu besar cuka
garam, serbuk perasa dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis (ambil minyak bekas menggoreng ikan)

Cara2:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan halia yang telah dihiris nipis. Masukkan jintan manis yang ditumbuk dan sedikit air. Kacau
sehingga berbau wangi. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dibelah2. Kacau lagi, masukkan sedikit air dan cuka. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa. Masakan ini mestilah rasa masam2 manis. Kemudian, masukkan ikan yang digoreng. Kacau sebentar supaya kuahnya menyerap masuk ke dalam ikan. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.



Ikan bungkus daun pisang (resepi 2) [MAKLANG]

Bahan-bahannya:

3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah-kisar halus
2 ulas bawang putih-kisar halus
3 sm halia-kisar halus
1 batang serai-kisar halus
2 sudu besar cili pes
1 helai daun kunyit-hiris halus
1 keping asam-hiris halus
100 ml santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Tumiskan bahan kisar (sebentar sahaja)
dan masukkan cili pes,asam jawa,dan santan.Angkat.
2.Gaulkan garam dan gula.Apabila rasanya seimbang,gaulkan ramuan ke atas ikan.Gaul rata.
3.Bungkus ikan dengan daun pisang(seekor setiap bungkusan)dan ratakan ramuan serta lipat.
4.Bakar di atas arang api sehingga wangi.
5.Hidang panas.


Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Padi[MAKLANG]


Bahan-bahan

1 kilo ikan keli [dipanggang]
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi)
1 mangkuk santan pekat
sedikit santan cair
sedikit buah cekur
hirisan daun cekur
sedikit garam
sedikit perasa

Cara-cara memasaknya

1. Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih,
dan buah cekur sehingga lumat.
2. MAsukkan ikan keli dalam periuk. PAstu campurkan
dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
3. MAsukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang
sederhana.
4. Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat,
gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali taburkan dengan daun cekur t
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:39 PM | Show all posts
Ikan Keli Goreng 3 Rasa  [MAKLANG]

Bahan-Bahan:

Ikan keli sungai
Cili kering
Daun bawang
Daun sop
Limau kasturi
Garam
Minyak

Cara:
Siang ikan hingga bersih, jika nak pendek ikan boleh dikerat-kerat ikut suka. Rendam cili kering selama setengah jam, kemudian ditumbuk-tumbuk sederhana halus.

Panaskan Minyak kedalam kuali kemudian boleh mengoreng ikan sehingga separa garing. Tuangkan cili yang sudah ditumbuk dan kacau. Tabur garam secukup rasa, kemudian dikacau rata. Masakan diangkat letak keatas pinggan lebar.

Potong sebiji limau kasturi dan perahkan keatas ikan. Potong daun bawang dan daun sop kemudian tabur diatas.


Gulai Siam Ikan Keli [MAKLANG]

Bahan-Bahan:

600 gm ikan keli (dibersihkan & dipotong)
1 sudu besar asam jawa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 05:49 PM | Show all posts
SUP KUPANG (MUSSEL) ALA THAI aka TOMYAM THAI [Noormasri]



Bahan-bahan:

1 kg mussels
2 batang serai } dihiris nipis
1 cm lengkuas } dihiris nipis
1 tangkai daun ketumbar } dihiris
1 ulas bawang putih } diketuk
7-8 tangkai cili api } diketuk/dihiris jika suka pedas boleh tambah lagi
5-6 helai daun limau purut
2 sudu besar sos ikan
jus limau nipis secukup rasa
1 sudu besar pati santan - boleh tambah jika nak lagi power
750 ml air

Cara membuat:

Dalam periuk , campurkan serai, daun limau purut, lengkuas, bawang putih dan air.
Bila mendidih, kecilkan api masukkan santan, sos ikan, jus limau nipis , cili api, mussel dan garam secukup rasa.
Biarkan makanan laut masak boleh lah diangkat.
Taburkan dgn daun ketumbar sebelum dihidangkan

Nota: Kupang tu boleh juga digantikan dgn seafood lain yg digemari

[ Last edited by CatLady on 18-4-2005 at 05:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2005 11:18 PM | Show all posts
ASAM PEDAS IKAN / AYAM [Jonah]



1 kilo ikan - apa2 saja

BAHAN MESIN
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2-3 sudu besar cili mesin
1" kunyit hidup
1 peket kecil lada hitam biji (anggaran 1-2 sudu)
belacan sebesar ibu jari

1 ikat daun kesum
1 keping asam / air asam jawa
2 biji tomato
10 btg bende


1.  Tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.

2.  Masukkan air dan asam, biarkan mendidih lama sikit

3.  masukkan ikan, daun kesum dan garam.

4.  Masukkan tomato dan kacang bende.

Nikmatilah asam pedas ikan ini dengan aroma lada hitamnya.



ASAM PEDAS MELAKA [index]

Bahan2 Kisar/ Tumis
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Belacan (optional)
Cili kering kisar ( Buat sendiri lagik ngam)

Sedikit halba (yg ni jgn kisar)

Bahan2 taruk kemudian
Air asam jawa
Serai diketuk2 ,Daun kesom, tomato,bendi
and of course ..ikan

Cara
Tumis bahan2 kisar, halba dan serai tu sampai garing dan pecah minyak.Buh air asam, kasik gelegak. Campak2 kan daun-daunan. Masukkan ikan. Then masuk bendi. Last sekali campak2 tomato..Rasakan cukup asam garamnyer..Modified la di mana perlu, ikut citarasa masing2.

Mula2 dulu saya sceptical jugak bila kena masukkan halba ni, sebab halba kan berbau sikit. Tapi setelah saya mencuba, its not bad at all.. Kita cover bau halba tu ngan daun kesom or bunga kantan kalau ada.. Hasilnya..wallaah.. saya dah cuba dengan kepala ikan merah , ikan merah dan ikan tenggiri..Ikan pari lom try lagik.



ASAM PEDAS IKAN PARI [hanieliza]



Bahan-Bahan:
600 gm ikan pari [bersihkan dan potong kecil]
300 gm bendir
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 tangkai daun kesum
1/2 cawan minyak untuk menumis
1/2 cawan  air asam jawa
2 biji tomato buah [belah 4]
Garam secukupnya

Bahan-bahan dmesin halus:
15 tangkai cili kering
5 biji cili merah
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
belacan sesedap rasa

Cara:
1.  Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing.
2. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata.
3. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, buah tomato, bunga kantan dan garam. Kacau rata.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga agak pekat.
5. Hidangkan dengan nasi dan sayuran.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 11:42 PM | Show all posts
Pecal ikan Cencaru [sue]

4 ulas bawang merah
2 helai daun cekur (mayang halus)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2005 11:57 PM | Show all posts
ACAR IKAN [[hanieliza]

4 keping Ikan Tenggiri [boleh gunakan ikan merah, bawal putih, kembung]1/2 cawan cuka [boleh gantikan ngan air asam jawa]
1 s/k gula
1 s/k kunyit
1 s/k biji sawi
air dan garam secukupnya
minyak

bahan mayang/hiris
1 biji timun
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
3 biji cili besar merah
3 labu bwg besar

Cara:
1. Bersihkan iakan dan gaul  dgn garam n kunyit dan  goreng hingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi dan bawang merah dan putig sehingga wangi.
3. Masukkan air, gula, cili  dan cuka dan biarkan mendideh.
4. Masukkan timun dan ikan.
5. Biarkan pekat sikit dan boleh angkat.
6. Hidangkan bersama nasi putih.


ACAR IKAN BOYAN [bebop]

1 KG IKAN TENGGIRI (IKAN PARI, IKAN TONGKOL, ANY IKAN MASIN, AYAM PUN BOLEH JUGAK)  -  DIGORENG DAHULU

8 BIJI BAWANG MERAH     }
3 BJI BAWANG PUTIH       }
1 INCI HALIA                   }   KISAR SEMUA
CILI KERING IKUT SUKA    }
1 SB BIJI KETUMBAR        }

3 BJ BAWANG BESAR
10 BJ CILI PADI
1 TANGKAI DAUN KARI
2 KEPING ASAM KEPING
1 CAWAN AIR

TUMIS BAHAN KISAR BERSAMA DAUN KARI HINGGA MASAK, KEMUDIAN MASUK KAN AIR DAN ASAM KEPING, MASAK HINGGA LIKAT.  LEPAS TU MASUKKAN PULA BAWANG BESAR, CILI PADI, GARAM DAN GULA, GAUL RATA.  AKHIR SEKALI MASUK KAN IKAN GORENG DAN GAUL SEBATI.



IKAN MASAK ACAR [MAKLANG]

180 gm ikan merah (isi saja)

3 biji timun }diptg acar
1 biji lobak merah }

15 biji bwg merah ] dihiris nipis
5cm halia ]
3 biji cili merah]

1 sudu teh garam
1 sudu teh bwg putih } diketuk
3 sudu teh minyak masak
12 biji cili kering dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh tomato sos

1 sudu teh air]
3 camca gula]
2 camca cuka] digaul bersama
1 sudu teh garam]
1 sudu teh serbuk perasa ]

CARA

-Didlm sebuah mangkuk, campurkan semua potongan sayuran spt. timun, lobak, bwg merah, halia dan cili. Gaulkan bersama sedikit garam.
- Kemudian balutkan keseluruhan mangkuk dengan kain dan tinggalkan semalaman. Sayuran akan menjadi bertambah rangup apabila air dari sayuran tadi merembes keluar sepanjang malam.
- Keesokkan harinya, buka balutan kain.Panaskan kuali. Tumis cili kering yang telah dikisar bersama sedikit serbuk kunyit selama 3'. Kecilkan api dan masukkan sayuran campuran tadi dan gaulkan sama rata bersama rempah yg dimasak tadi.
- Kacau sehingga naik minyak.

ACAR IKAN MASIN [hanieliza]

Bahan
300 g isi ikan masin [talang/kurau/merah]
100 g cili mesin
200 g gula
100 gm bawang merah  ]
5 ulas bawang putih  ] mesin halus
2 inci halia [mayang halus]
100 g kismis
100 g lobak asin
1 s/k jintan manis ]
1 s/k jintan putih ] mesin halus
1 s/k kunyit       ]
10 biji bawang merah [biarkan sebiji-sebiji]
1 cawan cuka tiruan
1 cawn minyak untuk tumis
1 s/b bijan goreng untuk tabur
garam

Cara
1. Potong kecik ikan masin dan gorengkan.
2. Panaskan minyak dan tumislan bawang y2 dimesin sehingga wangi
3. Masukkan cili dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan jinta mesin dan kacau rata.
5. Bila naik minyak masukkan cuka, gula dan halia.
6. Bila dah mendideh masukkan lagi kismis, lobak asin dan biarkan mendideh lagi.
7. Masukkan bawang dan ikan masin yg digoreng tadi.
8. Bila dah naik minyak boleh tutup api

[ Last edited by  NoorMasri at 11-12-2006 09:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:55 AM | Show all posts
SUP IKAN SALMON



Bahan tumis:

2 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 ulas bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih } dimayang
2 cm halia } dihiris

Bahan lain:

600g ikan  Salmon
1 sudu kecil serbuk lada sulah (fresh punya tau, takmo yg readymade serbuk tu kurang berbau)
4 cawan air
1 batang celery } dihiris
1 tangkai daun bawang }dihiris
1 biji buah tomato} belah 2
1 batang karot } dipotong bulat
1 biji kentang }dipotong kecil
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara membuat:

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis. Kacau hingga naik bau.
Masukkan air dan biarkan mendidih sekejap  
Kemudian masukkan ikan, serbuk lada sulah, kentang dan garam.   
Apabila kentang hampir empuk masukkan tomato, karot dan batang celery.
Apabila kentang empuk bolehlah diangkat
Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun bawang
Enak dimakan panas-panas.

Kak Noor mmg suka sgt makan ikan salmon, selain sup boleh juga masak asam pekat (bukan asam pedas) dan juga goreng dgn butter pastu perah lemon sebelum makan...perghhh sodapp ratah begitu saja
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:34 PM | Show all posts
GULAI MASAK KETAM BERSAMA NANAS [nurulazzah]

ketam dibelah 4
santan (jgn cair sangat... tak kaw nanti )
bawang merah 4 biji
bawang putih 2 ulas
garam
gula
asam jawa
1/4 kiub ikan bilis
sedikit kari ikan + ayam
kunyit
bunga cengkih
nenas potong 4 segi
minyak masak 2 sudu besar

cara2:
masukan minyak, lepas periuk panas masukkan bawang merah dan putih yang ditumbuk tadi.... sampai naik wangi, masukkan sedikit lada dan bunga cengkih, masukan ketam tadi dan gaul 1 minit masukan santan gaul 1 minit, jgn berenti kacau takut tak sebati dan rupa tak cantik. masukan kari ikan dan kari ayam serta kunyit (sesuka hati) kiub ikan bilis, nenas dan asam jawa. kacau 3 minit lagi dan perlahankan api dan kacau lagi.

try cuba... pasti best

GULAI KETAM DGN NENAS [NoorMasri]

Bahan-bahan:

600 g ketam
3 1/2  cawan santan
2 cm lengkuas    } diketuk
300 g nenas
2 sudu besar cili kering kisar
4 biji cili api                    }
5 ulas bawang merah      }
2 ulas bawang putih        } ditumbuk
2 cm halia                       }
1.5 cm kunyit hidup        }
garam secukup rasa

Cara membuat:

Bersihkan ketam.
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk kecuali nenas & ketam Biarkan ianya mendidih.
Kemudian masukkan ketam. Bila ketam hampir masak baru masukkan nenas.
Masukkan garam secukup rasa.
Kacau dan biarkan mendidih seketika bolehlah dihidangkan

masak gulai ketam dgn nenas [salasi]

Cara pertama

bahan-bahannya :

ketam
rempah kari cap tarbus (peket warna kuning)
bawang merah (separuh di tumbuk & separuh di mayang)
bawang putih ) di tumbuk
halia              )
nenas
daun kari
garam secukup rasa
santan

- masukkan kesemua bahan-bahan (kecuali bawang merah mayang,ketam  dan daun kari)  
- dididihkan diatas api yg sederhana sehingga mendidih dan nenas agak
kecut sikit. kemudian baru masukkan ketam dan garam.
- bila ketam dah masak angkat periok dan ketepikan.
- panaskah kuali dan masukkan minyak secukupnya dan goreng bawang yg dimayang bersama daun kari tadi. bila bawang dah kekuningan tuangkan bawang dan daun kari yg digoreng BERSERTA dgn minyak kedlm periok gulai ketam tadi dan terus ditutup periok sehingga masa menghidang.

Selamat Mencuba!

GULAI KETAM DAN NENAS [hanieliza]

Bahan-Bahan:
4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
1/2 biji nenas -[dipotong kecil dan nipis]
4 cawan santan [1 bijikelapa]
4 ulas bawang merah - dihiris
3 sudu besar rempah lemak/ikan
minyak
garam

bahan tumis -mayang
3 ulas bawng merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
1 s/k halba campur
daun kari

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali bahan tumis.
2. Masakkan sehingga mendideh.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
4. Curahkan bahan tumis yg dah wangi tu dan minyak dalam periuk yg masak kuah tu.Tutupkan periuk dan biarkan.
5. Bila nak menghidang baru akcau rata dan hidangkan bersama nasi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:36 PM | Show all posts
Sambal Tumis Petai-[sue]

bawang kecik
bawang putih
belacan
halia
*bhn2 ni ditumbuk halus..or blender
air asam jawa
lada boh (blender sendiri lagi sedap)
gula merah/gula pasir <--prefer gula merah... nanti cantik kala dia
udang
petai
garam & perasa

tumis bhn tumbuk sampai garing & wangi.. masukkan cili boh.. kacau rata biar sampai kering.. pastu masukkan gula, air asam, garam & perasa.. bila dah rasa mengelegak tu.. baru masukkan udang.. klu sue, sue akan goreng udang tu kejap jek.. jgn sampai kecut sgt.. or cara lain.. tak buang kulit udang tu.. dah gaul rata baru masukkan petai.. tunggu mendidih.. siap..


Sambal Tumis Petai [sofea]

Udang/Ikan bilis pun sedap
Petai
Bawang putih 4-5 ulas
Bawang Besar (saya suka letak 3 atau 4 biji)
Cili kering (blend)
sedikit belacan
garam/serbuk perasa kalau suka
asam jawa.

Tumiskan bawang putih
masukkan cili kering sampai naik bau, masukkan belacan (sat taman leh bau ni), then udang (kalau pakai ikan bilis-goreng dulu ikan bilis tu), then bubuh garam, serbuk perasa & air asam jawa secukup rasa & gula kalau suka, then masukkan petai and finally bawang besar tadi.


sambal tumis udang [grugals]

udang tak kira lah udang apa pun..buang kepala dan urat tengah belakangnya tutinggal kan ekor sikit
>cili kering yg telah dikisar..
>sos tomato
>bawang besar dua biji
>bawang merah10 ulas
>bawang putih 10 ulas
>serai sebatang
>kerisik sikit
>garam
>gula
>air asam jawa
>minyak masak
>belacan
>sos tiram

cara2 memasak..

lah disiang udang tadi dan basuh..tos kan udang tadi
pastu blen kan bawang merah,bawang putih,serai..dan belacan
pastu panas kan kuali dan minyak.tumis kan bahan2 yg di blender tadi..sehingga naik bau..dan garing..setelah tu..masuk kan sedikit sos tomato dan sos tiram..pastu masuk kan sedikit air asam jawa..kemudian air biasa..pastu masuk kan udang tadi dan garam,gula.setelah dah agak masak sikit udang tadi..masuk kan sikit kerisik..pastu biar kan dia atas api sebentar..jangan kering sangat sambal udang nih..tak sedap rasa dia..

pastu akhir sekali sebelum angkat..masuk kan bawang besar yg telah dipotong bulatkacau dan angkat


sambal tumis udang [ithink]

Bahan:
udang
bawang besar
cili boh
air asam jawa
gula
garam
minyak masak

Cara:
1. Goreng udang sekejap, pastu angkat & taruk tepi
2. Guna minyak yg sama, tumis cili boh sampai garing *(nenek ithink ajar dulu, if ada org bersin kat dlm rumah masa kita tumis cili boh ni, ha...kira cili tu dah garing la....hihi)
3. Masuk garam & gula
4. Masuk bawang besar yg telah dihiris
5. Bila bawang dah layu, campur air asam jawa
6. Tunggu sampai menggelegak, pastu, masukkan udang tadi
7. Kacau sampai kuah dah agak masak, pastu, angkat & hida
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:46 PM | Show all posts
prawn fritters [blackmore]

...senang jer recipe nie...

...1 kilo udang...buang kulit tapi tinggalkan bahagian ekor dia...pastu belah blakang udang tu...buang taik2 udang tu semua...
...telur 2 biji
...sos tiram dalam 2 sudu makan....

...bahan2 nie disatukan dan perap for at least 20 mins


bahan tepongnya...

1 cawan tepong naik sendiri
1 biji telor
1 sudu makan minyak
garam secukup rasa
air agak2 jer...

...bahan2 nie semua dikacau rata...air masukkan sikit2...adunan nie tak mo cair sangat...consistency dia agak pekat...macam baby food gitu...kacau rata2...pastu celupkan udang dan goreng...bila dah golden brown...angkat...makan panas2...woooooo....sedap u....bila hidang panas2 make sure korang rasa dulu...sebab...silap2 tukang menggoreng tak dapat rasa....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 09:33 AM | Show all posts
Udang masak kerisek maklang [ MAKLANG ]

BHN
1 kg udang
4 biji bawang merah ]
3 biji bawang putih ] ditumbuk
sedikit halia]
3 sudu besar cili kisar] kalo nak pedas tambah lagi
2 sudu besar kerisek ] kalo suka byk tambah lagi
1/2 cwn kicap
sedikit air asam jawa

CARA
Tumiskan bhn ditumbuk, kemudian masukkan cili kisar, kacau rata. Masukkan pula kerisek dan kicap. Kacau sebati.Masukkan udang dan air asam jawa.Kacau lagi sampai masak.Angkat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 09:43 AM | Show all posts
MASAK LEMAK CILIAPI IKAN DAN BUNGA KANTAN [hanieliza]

Bahan-bahan
3 keping ikan tenggiri
2 kuntum bunga kantan [belah 4]
2 biji tomato buah [belah 4]
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam

Bahan kisar:
15 biji ciliapi
3 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup

Cara
1. Masukkan  semua bahan kecuali buah tomato dan santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh sambil sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak.
3. Bila nampak mendideh masukkan tomato dan santan pekat.
4. Kacau lagi perlahan sehingga mendideh.
5. Tutup api dan hidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 09:48 PM | Show all posts
IKAN KUKUS TERUBUK MASIN [CatLady]

1 ekor ikan terubuk sedang besar - potong 2
halia [terpulang nak banyak sket][hiris]
4-5 ulas bawang putih [hiris]
1 batang serai [ketuk]
1 biji bawang besar [hiris]
2biji cili [hiris]
Ajinomoto sket [jika suka]
1-2 Sudu kecik sos nampla

cara:

basuh ikan terubuk masin dengan bersih. letakkan lam pinggan yang bersesuaina untuk mengukus. taburkan semua bahan ke dalam pinggan.pastu kukus hingga masak.

kalau nak makan boleh perah ngan limau kasturi atau cili padi..kalau nak pedas


MASAK LEMAK TEMPOYAK IKAN TERUBUK MASIN [CatLady]

1 ikan terubuk masin [potong sedang]

Bahan A
3 ulas bawang merah              
3 ulas bawang putih
1 inchi halia
cili padi [ikut banyak mana suka]

Bahan B.

1 batang serai [ketuk]
2 atau 3 keping asam keping
1 sudu beso tempoyak
1 gelas santan [ikut banyak mana ikan masin]
daun kunyit [hiris halus]
minyak
ajinomoto
sos nampla or garam [kena rasa sebab ikan dah masin]

cara:
bahan A, mesin halus. panaskn minyak, masukkan bahan A hingga naik bau. masukkan semua bahan B dan ikan masin. renih hingga masak. Siap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2005 08:37 PM | Show all posts
Begedil ikan bilis- [blackrose]

yang ni lebih sedap dari begedil daging

Kentang potong dan goreng/rebus
bilis goreng
bawang goreng-potong bawang merah kecil ngan bawang putih skit dan goreng garing-beli punya tak sedap dan wangi
lada sulah.. banyak2 sedap
daun sup/saderi
telur
tepung gandum

bawang goreng dan bilis goreng tumbuk halus
pastu masukkan dalam kentang yang dilenyek. masuk lada sulah, daun sup pas tu gaul sampai rata.  bentukkan. celup dalam telur yang dicampur dengan sedikit tepung. goreng

begedil ni lebih lemak compare ngan pakai daging... sedap
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2005 08:52 PM | Show all posts
Udang Salut Kacang [RasaCinta]

Bhn2 nya:

700 g udang ukuran besar
-- buang kulit + kepala, kelar bagian perut
2 sudu makan jus lmau
1 camca garam
150 tepung gandum, diayak
75 ml putih telur
150 g kacang tanah tanpa kulit
-- disangar, cincang kasar
minyak yg banyak utk menggoreng

Sos
1 clove garlic, haluskan
1 cm ginger, haluskan
1/2 sudu makan tepung jagung, larutkan dgn 2 sudu air
1 sudu makan gula
3 sudu makan tomato ketchup
1 camca oyster sauce
1 sudu makan kicap masin
250 ml air

1. Lumurkan udang bersama jus limau dan garam..biarkan meresap..
2. Salut udang dgn tepung hingga rata..celupkan dlm putih telur.. then, salut dgn kacang tanah.
3. Goreng udang hingga berubah warna dan kacang menjadi kekuningan..angkat dan toskan..
4. Sos -- Panaskan sedikit minyak..tumis garlic + ginger hingga wangi.. masukkan bhn2 lain dan masak hingga pekat..
5. Sajikan udang goreng bersama sos..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2005 08:50 PM | Show all posts
TAMARIND PRAWNS / UDANG ASAM [kenko]

Bahan2:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2005 09:10 PM | Show all posts
udang bersalut tepung [noor_hannah]


Udang besar - buang kulir tinggal ekor je

BANCUHAN DIA:

Tepung naik sendiri
tepung jagung (optional)
black pepper / or white pepper
serbuk roti
serbuk lada
serbuk kari (optional)
garam

(u nak tambah apa2 tepung lagi pun no hal)

gaul semua macam adunan goreng pisang tu, pegang ekor udang, celup udang dlm adunan, then goreng


[chempakaku]
buat  style tempura
boleh gunakan bahan atas tu....simplified version, just tepung, air sejuk or ice or kedua-dua sekali untuk batter..... coat dengan tepung, then batter dan goreng......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.067275 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list