CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] KEK

   Close [Copy link]
Post time 6-3-2005 07:28 PM | Show all posts
KEK LAPIS ASAM MANIS [twelve12]

bahan2:

5 biji telur
1 cawan ising sugar
1/2 tin susu pekat
1 s/k esen vanilla
2 1/2 cawan biskut marie yg tlh dikisar halus
1 1/2 cawan butter
1 s/k baking powder
hawflakes(ikut suka letak bape byk)

cara:
putar butter hingga kembang n masukkan telur yg tlh dipukul kembang terlebih dahulu.
campurkan hingga sebati.kemudian masukkan biskut marie, susu pekat, baking powder n kacau sebati.
bahagi 2 adunan. satu bhg warna asal n lagi satu ikut suka.
loyang disapu butter n lapik dgn kertas.panaskan kukus.lapis pertama dgn adunan warna asal n kukus hingga masak n lapis dgn warna yg lagi satu n susun hawflakes atasnya n kukus lagi hingga masak n ulang semula hingga masak.

KEK LAPIS ASAM MANIS [nsutra]

Bahan2 nya

2 cawan marjerin
8 biji telor
1/2 kilo biskut cream crackers (300gm) ->dikisar halus
3/4 tin susu pekat -> sut buat 1/2 tin ajer...(tin kecik)
1 1/4 gelas gula halus -> sut buat  1 gelas aje..
3 paket asam manis
1 camca teh esen vanilla.

Cara caranya;

~ Marjerin dipukul hingga putih dan masukkan susu pekat. Asingkan seketika.
~ Kepok telor hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla.
~ Satukan marjerin dan telor tadi. Masukkan biskut yang dikisar tadi. Pukul lagi..
~ Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan ikut pilihan masingmasing...
~ Kukus lapis demi lapis..jangan lupa letak asam manis di setiap lapisan yg diperlukan...

KEK LAPIS MASAM MANIS [kopipahit]

10 biji telur
1 tin kecil sekaya
1 tin susu pekat(biasa letak 1/2 je,manis sgt)
3 cwn tpg biskut marie (kisar halus)
1 tin butter sedang(majerin)
10 paket asam gambir
baking powder
esen vanilla
warna hijau dan kuning

cara:
butter dan gula pukul sampai kembang.
masukkan telur satu persatu
ayak tpg biskut dan baking  powder
bila sebati masukkan tpg biskut,kacau.
masukkan sekaya,susu dan esen.
kacau lagi
bahagi kepada 2 adunan
satu letak warna hijau,satu lagi warna kuning
panaskan periuk kukus
sapukan  loyang ngan butter
sendukkan adunan warna kuning,kukus 5 minit
angkat,susun buah asam,sendukkan warna hijau
ulang hingga habis
bila dah habis kukus selama 1 jam
(pastikan air dlm pengukus tidak kering,tambah dgn air panas)
bakar dlm oven selama 15 minit
(tujuan supaya air dlm kek kering so kek tahan lama)

***semasa membuka tudung pengukus pastikan air tak menitik
(kalu nk senang ikat kain besar pada tudung pengukus)

kek lapis masam manis [magnolia]

10 biji telur (asing kan merah n putihnyer)
320 gula castor
350gm butter
1/2 tin kecil susu pekat manis
280gm biskut marie (mesin halus jadi serbuk)}
1 sdt baking powder                                 } campurkan bersama
1 sdt esen vanila
1 sdb (penuh) ovallete
kepingan haw par flakes (lebih kurang 20 bungkus)

cara:-

1. griskan acuan empat segi dgn butter pastu tabur tepung. panaskan oven 180
2. pukul putih telur (guna mesin) sampai kembang betul2 n putih.
    masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sebati.
3. kenudian masukkan kuning telur sedikit demi sedikit jugak sampai habis.     pastu tu masukkan ovallete dan mix the adunan.ketepikan.
4. dlm mangkuk yang lain pukul butter n susu sampai sebati dan agak putih.
    masukkan esen vanilla.kacau lagi.
masukkan adunan butter kedalam adunan telur n mix well...kira sebatikan la...
5. lastly boh biskut yg telah dicampur ngan baking powder dan mix lagi.
6. bahagi kan adunan kepada 2. satu taruk kaler ijau lagi satu taruk kaler kuning.
7. memula senduk (1 senduk je) adunan kuning kedalam acuan. ratakan. susun haw par flakesbakar dgn api atas n bawah samapi kuning atau masak le
8. tukarkan api oven tu kepada atas shj. keluarkan kek, masukkan pulak adunan ijau sesenduk (x payah susun haw par flakes). bakar sampai coklat/kuning/masak.
9. ulang semula sampai aduan habis. utk lapisan yg akhir. bakar ngan api atas n bawah.
10. kuarkan dr oven..sejukkan sebentar. pastu leh la kurkan dr acuan. potong ikut suka n hidangkan la kepada family anda.

kepada yg tak suka manis leh kurangkan gula.actually lia dh kurangkan gula dr resepi yg asal. kalau ikut yg asal tersangat ler manisnyer.

cuba la cik2 dan puan2 yer..





Kek Lapis Hawflakes [MAKLANG]


Bhn
1 cwn mentega
1 cwn gula halus
2 sb susu pekat
4 biji telur
1 cwn tepung gandum } ayakkan sekali dengan b/powder
1 st baking powder }
1 1/2 cwn serbuk biskut marie
2 paket asam Hawflakes (asam duit2 tu ler)
Esen vanila
Pewarna ikut suka

Cara
Pukul mentega + gula hingga kembang.
Mskkan telur dan esen vanila - pukul
Mskkan pula tepung gandum + serbuk biskut marie - gaul rata
Bahagi kepada 2, 1 merah dan 1 lagi biasa (nak tambah warna2 lain pun buleh)
Sapu loyang dengan minyak @ alas dengan kertas.Masukkan adunan biasa di dalam loyang, masakkan sekejap lebih kurang 4 min, keluarkan loyang dari kukusan dan susun asam hawflakes atas adunan dan curahkan adunan merah dan masukkan kembali dalam kukusan dan buatlah berselang seli sehingga adunan habis.

Tips [Diana]

1. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.

2. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya.

3. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi, kali permulaan Diana cuba membakar Kek Lapis sebanyak 2 kali gagal dan kali ketiga alhamdullilah kek cantik dibakar.

4. Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang lain ini membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu sekadar untuk kek tidak terlalu kering.

5.  Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.

6.  Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu macam mana dia kembang, angkat adunan senduk dan ia tidak mudah jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang sedap.

7.  Gunakan daya imaginasi dan creativiti bila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya creativiti insyallah kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan.

8.  Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.

Kepada semua yuk kita kongsi resipi-resipi kek lapis yang telah dihasilkan.

KEK LAPIS ASAM MANIS ( HAW FLAKES ) / KEK LAPIS PRUNE [DianaA]


Bahan-Bahannya :
5 putih telur
25 kuning telur
500gm mentega
180gm all purpose cake flour
220gm gula caster
4 sudu makan susu pekat
2 sudu besar ovalette
1 sudu makan pure esen vanilla
Haw flakes secukupnya
1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek

Cara Membuatnya :
Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang. Masukkan 100gm gula. Pukul lagi sehingga gulanya larut. Ketepikan.
Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan 120gm gula dan ovalette. Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya kembang. Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga rata.  Masukkan tepung dan gaul rata.

Cara Membakarnya :
Gunakan grill, panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar warna.
Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan. Grill sehingga warnanya coklat.  Setelah itu tuang 1 senduk adunan diatasnya dan ratakan.  Susun hirisan haw flakes, jangan terlalu banyak. Selang-selikan dan jangan terlalu rapat.  Grill lagi sehingga coklat.  Ulang lagi dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi haw flakes, sehingga adunan habis.  Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada kepanasan oven biasa pada suhu 120 癈. Bakar lagi selama 10 minit.
Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru boleh dipotong.

Nota:  Haw Flakes boleh digantikan dengan buah prune tanpa biji yang dihiris halus, lalu kek dinamakan Kek Lapis Prune.

[ Last edited by  NoorMasri at 1-6-2006 08:02 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2005 07:55 PM | Show all posts


KEK APRICOT BERBADAM[NoorMasri]

Bahan-bahan:

180 g tepung naik sendiri
150 g mentega
100 g gula kastor
100 g aprikot kering
3 biji telur
1 sudu teh baking powder (paras rata)
40 g serbuk badam
2 sudu besar dadih perisa asli (plain yogurt)
25 g kepingan badam

Cara membuat:

Panaskan oven pada suhu 160'C
Jerang air hingga mendidih.Masukkan aprikot dan padamkan api, biarkan 15 minit kemudian keluarkan aprikot dan cincang/kisar halus.
Putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telursebiji demi sebiji. Kacau rata.
Ayak tepung bersama serbuk penaik kemudian campurkan bersama serbuk badam.
Kaup balikkan campuran tepung ke dalam adunan menggunakan sudu besar.
Akhir sekali bubuh dadih dan aprikot. Kaup balikkan supaya sebati.
Ratakan adunan di dalam tin lof berukuran 11 cm x 20 cm yg dialas kertas kalis minyak dan dilengser dgn mentega.
Taburkan atasnya dengan kepingan badam
Bakar pada suhu 160'C selama 45 minit atau hingga masak

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 01:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 02:08 AM | Show all posts
KEK HIJAU [mie07]

8 oz mentega
1 gelas gula
6 telur
1 gelas horlick
1 gelas kaya
1 gelas tepung gandum
pewarna hijau

1- pukul mentega+ gula
2- masukkan telur satu persatu
3- masukkan horlicks, kaya, tepung dan pewarna - kacau
sebati
4- masuk dalam acuan kukus 3 jam

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 04:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 02:27 AM | Show all posts


KEK KEJU GEBU [NoorMasri]


Bahan-bahan:

400 g krim keju
150 g gula castor
25 g tepung kastad
100 ml krim putar
48 ml susu segar
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 1/2 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat:

Putar krim keju, 120 g gula dan susu hingga gebu.
Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, putar hingga sebati.
Tuangkan krim putar, kacau rata.
Masukkan pula tepung kastad dan vanilla. Gaul sebati.
Di dalam mangkuk bersih, putar putih telur dengan baki gula hingga kental.
Kaup balikkan putih telur ke dalam adunan krim keju.
Asingkan adunan sebanyak 5 sudu besar dan campurkan dengan serbuk koko.
Ratakan baki adunan di dalam tin bulat 19 cm yg dialas dasarnya dgn kertas kalis minyak.
Sudukan adunan berkoko di atasnya dan lorekkan spt marmar dgn menggunakan garpu atau lidi sate.
Letakkan tin di dalam dulang berisi air panas mencecah separuh tin.
Bakar pada suhu 140 'C selama 1 jam atau sehingga masak.
Biar sejuk sebelum dipotong.

[ Last edited by  NoorMasri at 2-1-2007 12:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 02:36 AM | Show all posts
CHEESE FRUIT CAKE [bebp]

170 GM MIXED FRUIT + 2 SUDU BESAR ORANGE JUICE (RENDAM SELAMA 2 JAM)

70 GM BUTTER
70 GM CREAM CHEESE
70 GM BROWN SUGAR
2 BIJI TELUR
1 SK LEMON PASTE
80 GM TEPUNG GANDUM
1/2 SK BAKING POWDER

PUKUL BUTTER, CHEESSE CREAM DN GULA HINGGA KEMBANG.  MASUKKAN TELUR DAN LEMON PASTE DAN PUKUL SEBENTAR.  MASUKKAN BAHAN KERING DAN BUAH SELANG SELI, ADUN SEBATI DAN BAKAR.

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 07:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 04:06 AM | Show all posts
KEK KELADI...[RasaCinta]

atau lebih dikenali..YAM cake

Ingredients

300 g keladi } rebus dulu..pastu lenyek
500 g tepung beras
1 litre air atau stok
100 g udang kering } basuh dan rendam
30 g bawang goreng } kasi moist
-- atau guna scallion, potong halus

Sauce
3 tbsp light soy sauce
1/2 cup minyak
1 ts minyak bijan
1 cup stok ayam
1/2 ts gula

1. Campur bhn2 utk buat sos dlm mangkuk..panaskan dan letak tepi dulu..
2. Dlm mangkuk berisi tepung, tuang sikit demi sikit stok ayam dan kacau..
3. Masukkan keladi, kacau hingga batter pekat.. masukkan udang kering & bawang..
4. Kukus dlm bekas kaca lebih kurang 10 min or until set..
5. Potong dan hidang..for the topping, bole letak daun bawang, bawang goreng, lobak dan telur asin.. next, letak spoonful of sauce..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2005 04:08 AM | Show all posts
KEK SPORTING....[RasaCinta]

erm..just wanna share.. dah penah ada ker resepi nie.. aku rasa cam DEJAVU arghhhh.. ekekek

Bhn2nya:

250 g mentega Golden Churn
170 g seri kaya Yeo's
200 g susu pekat manis
300 g biskut butang] buang gula di atas
150 g gula halus
100 g horlick
300 g biskut Marie] dikisar jadi serbuk
5 biji telur Gred A (sejuk)
1 Tbsp coklat emulco
2 Tbsp black treackle

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang..
2. Masukkan telur satu persatu..sambil pukul adunan..
3. Masukkan seri kaya, susu, horlick, emulco, black treackle dan biskut Marie
4. Masukkan biskut butang..kacau rata..
5. Kukus dlm bekas (digris) 8x8 selama 1 1/4 jam..

[ Last edited by NoorMasri on 8-3-2005 at 12:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 12:15 AM | Show all posts
KEK LAPIS MELATI [CatLady]

Bahan-bahan
16 oz mentega
4 sudu teh gula hitam ( browning)
2 gelas gula halus
3 gelas tepung gandum
10 biji telur ayam
2 kotak red dates
1 tin susu manis

cara i ( adunan hitam)
buah dates dikisar sampai halus. 1/2 tin mentega dipukul dengan 1 gelas gula. masukkan kuning telur dan pukul sebati. masukkan 1/2 tin susu, buah red dates, segelas tepung gandum dan gula hitam (browning). Gaul rata rata.

cara ii (adunan putih)
mentega 1/2 tin tadi dipukul dengan 1/2 tin susu sampai kembang dan putih. Putih telur dipukul juga dengan 1 gelas gula sampai hancur dan sebati. kemudian masukkan tepung gandum 2 gelas.

cara iii
masukkan 1 cawan adunan hitam ke dalam loyang yang dah dilapik dan kukus hingga masak. lepas tu masukkan 1 cawan adunan putih dan kukus. selang seli kan adunan hingga habis

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 06:49 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2005 12:26 AM | Show all posts
KISMIS BERMALAM[CatLady]

Bahan-bahan

10 biji telur ayam
600 gm kismis
1 packet or kotak mixed fruit
1 packet or kotak buah bidara (red dates)
1 packet manisan kundur
1 packet buah cherry
1 kati gula halus
600gm tepung gandum
1 tin mentega (16oz)
1 sudu besar baking powder
sedikit assence vannila
sedikit pewarna kuning



Cara membuatnya

1.Pukul mentega sampai kembang
2.masukkan putih telur yang telah dipukul berasingan
3.kemudian masukkan kuning telur yang telah di pukul berasingan
4.Gaulkan buah-buahan yang telah dihiris halus dengan sedikit tepung dan baking powder
5.masukkan susu dan buah-buahan ke dalam adunan
6.akhir sekali masukkan lebihan tepung dan baking powder.
7.masukkan essen vanilla dan sedikit pewarna kuning
8.Gaul rata mengunakan senduk. Masukkan ke dalam acuan yang telah dialas dengan kertas minyak.
9.Biarkan ia semalaman ( 8-7 hours) pada suhu bilik
10.Bakar dengan api sederhana sehingga masak
11.semasa membakar, permukaan atas kek hendaklah di tekan dengan sedikit butter untuk mengelakkan ia merekah.

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 07:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 08:11 PM | Show all posts
KEK JELLY LAYERED & COATING.[AngsaMerah]

JELLY LAYERED CAKE
250gm Butter
220gm Sugar (Halus)
450gm Tepung Naik Sendiri        }
20gm Cocoa Powder                } Ayak bersama
secubit garam                         }
6 Egg
1sp Vanilla essence

FILLING
1pek - agar agar
5gm -cocoa powder
3sp - susu cair
1sudu- Gula

Cara- caranye Buat kek
1)Pukul mentega ,gula dan vanila sampai warnanye light yellow (anggaran 7 minit)
2)Pecahkan telur 6 biji tu ke dalam satu mangkuk dan pukul dengan garpu selama 2 minit .
3)Masukkan telur ke dalam adunan butter dan pukul selama 1 minit
4)Masukkan tepung yang di ayak bersame dengan cocoa powder dan garam ke dalam adunan tadi .
5)Adunan menjadi kental dan buleh lah tuang ke dalam tin pembakar .
6)Tip: Lapik kan tin dengan grease proff paper so tepi kek cantik
7)Bakar kek , Suhu 170c dan timing 45 minit .
8)Selepas kek jadi sejuk , potong dua, bahagian bawah masih seperti biasa tapi angkat bahagian atas.  Tuangkan cocoa jelly kedalam loyang yang mengandungi lapisan bawah kek.  Tunggu, at least 1 minit then masukkan balik lapisan atas .
Lepas kek dah set , bolehlah tuangkan chocolate glaze icing

CHOCOLATE GLAZE ICING :
220gm - Gula Icing
30 gram cocoa powder
3 sudu air

Masuk bahan dia atas ke dalam magkuk dan tuang air sesudu demi sesudu,  sampai cukup thick icing yang anda ingini

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 01:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 08:12 PM | Show all posts
KEK BUAH APA2 AJE [liMobA|y]

Bahan2:
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan air
1 butter (250g)
1 cawan lebih skit mix fruits
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonat
1 biji oren sunkist

Cara2nya:

Susu pekat, air, butter & mix fruits tu dicampur dlm periuk dan direbus.  Kacau perlahan2 supaya tak hangit dan bahan2 dicampur rata.. agak2 bila dah melegak jer... terus tutup api.. sejukkan skit.. suam2 pun takpe..

Sementara tu.. ayak tepung gandum dan soda bikarbonat dua tiga  kali...

Pastu.. tuangkan bahan2 yg dah direbus dan dah disejukkan tadi ke dalam mangkuk... Masukkan campuran tepung dan soda bikarbonat tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan yg dah disejukkan.. gaul rata2.. kemudian perahkan sebiji limau sunkist ke dalam adunan.. kacau rata.... akhir sekali masukkan ke dlm bekas dan bakar selama lebih kurang sejam..

Senang je kan... saya kalau resepi yg senang2 tapi sedap nie mmg suka.. kalau complicated sgt.. mintak mahap ajer laaa.. baik beli..

note: ukuran cawan tu guna laa cawan/jug yg ada ukuran tu.. kalau guna cawan ikut saiz sesuka ati jer.. takut tak jadik pulak.

KEK BUAH [versi bakar] [hanieliza]

Bahan:
250 gm butter
150 gm gula halus
3 biji telur
5 s/b madu
225 gm tepung gandum ]
5 s/b susu tepung         ]
1 s/teh baking powder   ] ayak
1 s/teh soda bikarbonat  ]
1 s/k serbuk kayu manis  ]
1 s/teh esen vanila
100 g buah prune [cincang] ]
200 gm buah campur          ]  rendamkan selama 3 atau 4 jam
1 cawan oren juice             ]

hiasan - hirisan badam

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
4. Masukkan madu dan kacau rata.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak atau loyang aluminium pakai buang bentuk 4segi.
6. Panaskan oven 180'C.
7. Bakar adunan kek selama 1 jam.
8. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 10:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 08:19 PM | Show all posts


KEK PRUNE [NoorMasri]

Bahan-bahan:

1 cawan prune tanpa biji
1  1/2 cawan tepung naik sendiri
6 biji telur (asingkan kuning dengan putihnya)
2/3 cawan gula
2/3 cawan minyak jagung
2 oz raisins (dicincang)
120 ml susu segar dipanaskan sedikit
1 sudu besar soda bikarbonat (paras rata)
1 sudu besar esen vanilla

Cara membuatnya:

Masukkan prune ke dalam periuk dan tambahkan air separas dengan prune. Reneh sehingga lembut dan airnya kering.
Pukul telur putih hingga kembang kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit diselang seli dengan telur kuning.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat.
Kemudian masukkan prune yang telah dikisar atau lenyek. Kacau sebati, masukkan minyak jagung.
Masukkan susu segar yang masih suam.
Akhir sekali masukkan raisin.
Bakar pada suhu 140 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

     * Lebih enak dimakan sehari selepas dimasak

KEK BUAH PRUNE [hanieliza]

bahan

1 paket  buah prune tanpa biji [rebus sampai lembut]
240 gm butter
2 cawan gula kasot atau gula perang
5 biji telur
1 s/k esen vanilla
3 cawan tepung gandum   ]
1 s/k soda bikarbonat        ] ayakkan
1 s/b serbuk koko             ]

Cara
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul lagi.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung berselang seli dengan buah prune yg direbus tadi. Gaulkan rata.
5. Panaskan oven 180'C .
6. Sapukan majerin kedalam loyang yg nak digunakan. Taburkan sedikit tepung dalam loyang tersebut.
7. Masukkan adunan kek dlam loyang dan bakar sehingga masak [1 jam].
8. Sejukkan dan hidangkan.

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 11:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 05:34 PM | Show all posts
DANDY CAKE [CatLady]

Bahan-bahan
5 biji telur ayam
1 tin susu manis
4
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 06:20 PM | Show all posts
KEK LUMUT [CatLady]

10 biji telur
1/2 tin kecil susu manis
2 sudu teh vanilla
3 1/2 gelas Nestum (family cereal)
2 botol kecil pandan paste
1 gelas tepung almond or tepung kacang gajus
satu botol kecik jem epal or mixed fruit
16 oz mentega
3/4 gelas gula halus

cara membuatnya

1.Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih.
kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis dan pukul rata.  lepas tu, masukkan pewarna, susu, vanilla, jem dan gaulkan hingga sebati.

2.Akhir sekali, masukkan nestum dan tepung gajus.

3.kukus hingga masak


*** semua bahan just masuk je lam mixer...semudah ABC

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 03:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 06:28 PM | Show all posts


BAULU GULUNG [hanieliza]

Bahan-bahan:

4 biji putih telur
6 biji kuning telur
140 g gula kastor
80 g tepung naik sendiri
40 g tepung jagung
Jem (ikut suka jenisnya)

Cara
1. Alaskan tin pembakar swiss roll dengan kertas kalis minyak (lengser dengan sedikit marjerin).
2. Pukul kuning telur dengan separuh gula hingga kembang, 3. Dalam mangkuk & pemutar bersih, putar putih telur dan baki gula hingga kental.
4. Kaupbalikkan putih telur ke dalam kuning telur, diselangseli dengan bahan ayak (tepung gandum & tepung jagung).
5. Tuangkan ke dalam tin. Bakar selama 15 minit pada 180'C.
6. Keluarkan, tutup dgn kain lembab. Biar sejuk kemudian terbalikkan kek dari tin, tanggalkan kertas.
7. Ratakan jem kemudian gulung kemas

teknik 'skima' [ninoZ]

kalau nak gulung swiss roll [ni kalau yg amik kelas SRT sure dah expert ]
sebelum tuang adunan kek ke dalam acuan..make sure griskan dulu acuan n alas  dgn kertas surih
ketika kek sedang dibakar dlm oven..sediakan kertas surih  lain yg saiznya beso sket dari saiz acuan kek.

letakkan atas permukaan meja then sprinkle dgn caster sugar.

once cake dah masak..terus terbalikkan kan kek ke atas kertas surih bergula tadi..dan peel off kertas surih di bhg bawah kek. trim la ape yg patut kalau ade bhg2 yg nampak sememeh sgt

biar kek tu cool sket then bleh spreadkan jem. kalau panas2 nanti jem tu cair.

pastu bleh rollkan swiss roll tu perlahan2..kejapkan gulungan secara menolak n rollkan kek dgn kertas surih tadi [yg ditabur gula n kita tangkupkan kek]

kalau takde gambo, susah sket nak ceta..

yg belang2 tu senang je nak buat.
asingkan sebahagian adunan swiss roll then warnakan
masukkan dlm botol errr yg mcm botol sos tomato yg muncung tajam sket tu
pastu just paipkan/picitkan je jalur2 dlm acuan berselang seli dgn adunan putih
pastu bakar je cam biasa

[ Last edited by NoorMasri on 13-3-2005 at 08:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 06:31 PM | Show all posts
Lucky hoof roll [sukasuka]

1) 10 biji telor sejok (buang 5 biji putih- telor mesti dari petisejuk semalam & mesti fresh punya besar lagi bagus!)
2) 180gm gula castor
3) 1 sb ovellete
4)  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2005 07:03 PM | Show all posts
KEK IDOLA [azs~leen]

Bahan-bahan:

16oz mentega
10 biji telur
1 gelas tepung gandum
1 gelas gula
1 gelas horlick
1 gelas milo
1 tin kecil sri kaya
1/2 tin susu pekat
50gm coklat masakan
1 botol kecil browning sugar
sepeket santan serbuk
1 sudu esen vanilla

cara membuat:-

1. pukul mentega dan gula sehingga sebati
2. kemudian masukkan telur satu persatu
3. selepas itu masukkan tepung, horlick, sri kaya, santan peket, susu pekat   
    dan esen vanilla
4. bila adunan sudah rata bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian  
    dibahagikan kepada 2 untuk lapisan atas dan lapisan bawah kek.
5. Adunan yang kedua dicampurkan dengan coklat masakan yang  
   telah dicairkan, browning sugar dan milo.
6. Panaskan oven dan masukkan lapisan pertama iaitu lapisan bawah kek, ikut
   berapa sudu yang dikehendaki.mulakan dengan api atas bawah dan bila
   lapisan tersebut agak masak guna api atas sahaja,untuk lapisan seterusnya
   gunakan api atas sahaja. bakar kekuningan dan habiskan adunan lapisan
   bawah tadi.
7. bila lapisan bawah sudah selesai  buat lapisan tengah nya pula iaitu adunan
    kedua tadi lapis seperti tadi sehingga habis adunan.
8. selepas itu tutup lapisan tengah tadi dgn adunan lapisan atas sehingga
    habis.

* leen ade cuba resepi nie sedap tang tengah2 tu le yang paling mengancam rasa coklat fuyooooooo tak terkata. biras yang bagi resepi cakap sejukkan dlm fridge dulu baru potong sbb dia buat lapisan tengah tak dpt berdiri lembik tapi bila leen try ok jek tak perlu masuk fridge terus potong bila sejuk.
cuba yerk jgn tak cuba utk raya haji ke!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 07:11 PM | Show all posts
Devil抯 Food Cake [chempaka_ku]

Bahan:
1 1/3 cups plain flour
2/3 cup cocoa powder
1 teaspoon bicarbonate of soda
1 cup caster sugar
2 eggs, lightly beaten
1 cup buttermilk (or skim milk)
1 teaspoon vanilla essence
125g unsalted butter, softened

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 07:24 PM | Show all posts
Best Ever Chocolate Cake [chempaka_ku]

125g unsalted butter
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 09:15 PM | Show all posts
Kek Madu Kemenyan[Baiduri Othman]

Bahan2nya:-

Lapisan 1
10 biji telur putih
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
2 oz mentega
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.077686 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list