CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2093|Reply: 11

[Dunia] Taiwan cipta aplikasi penterjemah 
bahasa bayi menangis

[Copy link]
Post time 1-1-2016 08:21 AM | Show all posts |Read mode



Seorang ibu menggunakan aplikasi penterjemah tangisan bayinya untuk mengetahui keinginan anaknya yang menangis. Agensi

TAIPEI 31 Dis. – Sekumpulan saintis di sebuah universiti di Taiwan mendakwa berjaya mencipta sebuah aplikasi menterjemah bahasa bayi yang boleh dimuat naik ke dalam telefon pintar dan tablet, terutama untuk kegunaan ibu bapa menimang cahaya mata buat pertama kali.

Portal berita Mail Online melaporkan, memandangkan majoriti orang ramai tidak memahami bahasa bayi, sebuah pasukan penyelidik dari Universiti Hospital Nasional Yunlin Taiwan mencipta sebuah aplikasi yang boleh mentafsir tangisan bayi dan memaklumkan apa yang dia mahukan.

“Alat Penterjemah Tangisan Bayi itu mampu membezakan empat jenis bunyi tangisan bayi termasuk lapar, lampin basah, mengantuk dan sakit.

“Setakat ini daripada hasil kajian kami, aplikasi ini mampu mencecah ketepatan 92 peratus menterjemah bayi dibawah umur dua minggu. Bagi bayi dibawah usia satu atau dua bulan, ketepatan aplikasi itu mampu mencecah 84 peratus atau 85 peratus.

“Walaupun bayi berusia empat bulan kemampuan ketepatan aplikasi itu mampu mencecah 77 peratus.” kata seorang Ketua Penyelidik, Chang Chuan-yu.

Setakat ini, kumpulan penyelidik mengumpul kompilasi 200,000 bunyi tangisan yang berbeza daripada 100 bayi yang baru lahir dan memuat naik rakaman itu untuk mencipta satu pangkalan data dalam talian yang besar.

Aplikasi itu mengambil masa selama 15 saat untuk mendengar dan memproses setiap tangisan bayi. Aplikasi itu juga akan sentiasa mengemaskini pangkalan data ke dalam Cloud Drive dan mesin pembelajaran algoritma yang direka membolehkan ibu bapa menetapkan tetapan peribadi untuk bayi mereka berdasarkan keperluan masing-masing.

Bagaimanapun, beberapa ujian yang dilakukan menunjukkan aplikasi itu menjadi tidak tepat ekoran pembesaran bayi, namun para penyelidik percaya aplikasi itu tidak lagi berkesan selepas bayi mencecah umur enam bulan kerana telah menjadi lebih selesa dalam persekitaran mereka.

“Selepas memuat turun aplikasi itu, kita hanya perlu menetapkan tarikh lahir dan kewarganegaraan untuk bayi yang baru lahir.

“Apabila bayi menangis, kita hanya perlu menekan butang rakaman selama 10 saat dan bunyi yang diterima akan dimuat naik ke Cloud Drive. Selepas diproses keputusan akan dihantar ke telefon pintar ibu semula,” kata Chang lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2016 08:26 AM | Show all posts
Patut cipta bahasa wanita merajuk ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Cipta body languange translation pun bagus..
Nanti xde la senyum sikit pun dikatakan ajak balik rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
A good mom will know...knp baby dorg menangis xyah ber apps2 bagai... Kalau ada apps pun dpt mak pemalas tahap dewa ttp xde guna...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Berharap boleh mengetahui bahasa orang dewasa ketika mengeseks.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hwaa bagusnya. Baby nangis je sua kan app then bleh tahu baby nak apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2016 09:52 AM | Show all posts
sekali wifi ke, connection buat hal,
terpending lama giler nak tau result,
kyaaaaa kyaaa la anak korang kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Interesting.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2016 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
xde tejemahan bahasa kucing??? klo ade mmg aku bli. dok  miaw2, bgk mkn x nk
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde ke alat gaydar tu? Nk detect ummah lbgt gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 1-1-2016 11:10 AM
xde tejemahan bahasa kucing??? klo ade mmg aku bli. dok  miaw2, bgk mkn x nk


Maybe kucing ko nak mengawan kut
Seksdgnkucing
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:34 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 1-1-2016 09:21 AM
Berharap boleh mengetahui bahasa orang dewasa ketika mengeseks.

hahahaa bengong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
akku3kuku
Views : 202 Replies : 0
all the best
akku3all the best
Views : 1414 Replies : 0
kukku
akku3kukku
Views : 2424 Replies : 0
Haram jadah punya sepet, betina tersial. Laii..laiiii
sonic-bertaikHaram jadah punya sepet, betina tersial.
Views : 5472 Replies : 1
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 26486 Replies : 119
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 11085 Replies : 11
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 28039 Replies : 172
Aliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah - Gambar
piaoAliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah
Views : 24917 Replies : 93
Seram nyaaaa
laqoyahSeram nyaaaa
Views : 7478 Replies : 0
Betina tersial Cari Forum
laqoyahBetina tersial Cari Forum
Views : 7479 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.099917 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list