View: 2315|Reply: 2
|
Jauhi Anak Anda Benda Kecil Terutamanya Bateri Seperti Ini
[Copy link]
|
|
Oleh : Fyruz Hanna
Kanak-kanak sedari umur 2 tahun dan keatas, keinginannya untuk mengenali dunia adalah tinggi.
Sebagai ibu bapa, pengawasan secara 24 jam perlu diberikan kepada kanak-kanak supaya dapat mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sifat semulajadi kanak-kanak untuk mengetahui sesuatu membuatkan anak-anak akan merasa (menggunakan mulut) segala benda yang dijumpai untuk mendaftarkan dalam kotak ingatan.
Proses ini sememangnya sangat indah jika anda bersama-sama anak-anak mempelajari perkara baru.
Jangan sampai ia berlaku pada anak-anak anda seperti yang terjadi pada kanak-kanak malang ini.
Brianna Florer menjadi mangsa bateri yang ditelannya sehingga mengakibatkan kematian kanak-kanak itu.
Kulitnya bertukar menjadi biru dan mula memuntahkan darah.
Walaupun dikejarkan ke hospital serta merta namun doktor gagal menyelamatkan mangsa.
Doktor mempercayai cairan (asid bateri) telah pecah dan masuk ke arteri dan esofagus kanak-kanak malang ini.
Nasihat: Jauhi anak anda daripada barang kecil kerana kita tak pasti sama ada ianya boleh membahayakan nyawa anak dan sentiasa awasi anak anda. Jangan leka!~
-CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
bateri remote kipas ade mcm ni. bahayanya sbb budak2 kan suka xplore. |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya sebab batri tu kan ada bahan kimia dalamnya tu..
aku bab2 mende gini memang aku alert.. even mainan2 yang guna bateri pun biasanya aku akan pastikan tmpt bateri tu berskru drpd boleh dibukak cmtu jer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|