CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11242|Reply: 22

Senarai 10 Pekerjaan Paling Bahaya Di Dunia

[Copy link]
Post time 4-1-2016 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Senarai 10 Pekerjaan Paling Bahaya Di Dunia

Apakah profession atau kerjaya paling sukar dan merbahaya di dunia? Pernahkah anda terfikir disebalik kemudahan dan keselesaan yang anda dapat harini adalah hasil pengorbanan dan usaha dari mereka yang menggadaikan nyawa demi tugas yang dipertanggungjawabkan?


Di bawah adalah senarai pekerjaan paling sukar dan mencabar di dunia.

Juruteknik Elektrik


Salah satu pekerjaan yang mengancam nyawa seseorang itu adalah juruelektrik. Pendedahan kepada kabel dan wayar elektrik adalah suatu yang sangat-sangat merbahaya. Selain kejutan elektrik, banyak kemungkinan lain yang berlaku seperti terjatuh dari ketinggian yang amat tinggi.

Berlaku kebakaran akibat lintar pintas dan terdedah kepada gas karbon monoksida.



Juruteknik Pemanjat Pencawang atau Menara Telekomunikasi



Pekerjaan sebagai penyelenggara menara telekomunikasi adalah salah satu pekerjaan paling mencabar di dunia. Di Amerika Syarikat, salah satu peratusan paling tinggi kematian di negara itu adalah berkaitan dengan pekerjaan ini. Mereka terpaksa menggadai nyawa untuk memanjat menara yang ketinggiannya diluar jangkaan.

Ya, disebalik kemudahan komunikasi yang kita dapat hari ini, ada individu yang bersusah payah dan sanggup risikokan diri demi keselesaan orang lain.



Ahli Bomba




Bukan sahaja dilatih untuk memadam api kebakaran, malah mereka turut dilatih untuk menyelamat mangsa di dalam keadaan yang begitu ekstrim. Terdedah kepada sebarang kemungkinan seperti disambar api, runtuhan batu dan sebagainya adalah suatu kelaziman bagi seorang anggota bomba.

Malah ada dikalangan mereka yang terpaksa berada di tempat panas dengan suhu paling tinggi demi menyelamatkan nyawa mangsa.

Mereka turut terdedah kepada bahaya bahan kimia jika kebakaran yang melibatkan bangunan kilang.


Nelayan@Penangkap Ketam



Jangan terkejut, pekerjaan sebagai nelayan juga adalah salah satu pekerjaan paling sukar di dunia. Terdedah kepada laut yang bergelora, ribut petir dan kemalangan bot.

Di Amerika Syarikat, pekerjaan nelayan adalah pekerjaan paling ekstrim di dunia. Mereka yang menjalankan aktiviti menagkap ketam di perairan Alaska seringkali terdedah dengan kematian. Setiap tahun nelayan di negara itu terpaksa bergadai nyawa semata-mata untuk mendapatkan ketam Alaska iaitu 'King Crab'.

Faktor suhu sejuk paling ekstrim dan permukaan laut yang sentiasa bergelora adalah punca kebanyakan nelayan mati sebelum tiba ke darat.



Pembalak



Pekerjaan sebagai pembalak boleh diklasifikasikan sebagai salah satu pekerjaan paling sukar di dunia. Berdepan dengan sebarang kemungkinan seperti pokok tumbang, serangan binatang buas adalah risiko yang perlu ditanggung.



Pekerja Tapak Pembinaan



Bekerja di tapak pembinaan samada sebagai buruh atau sebaliknya sememangnya akan berdepan dengan pelbagai risiko.

Terjatuh dari tempat yang tinggi, terdedah kepada besi cerucuk, dihempap oleh jentera atau konkrit adalah sebahagian risiko yang bakal ditanggung oleh mereka yang bekerja dalam bidang ini.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2016 06:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 07:35 PM | Show all posts
teringat masa kecik dlu ade berita org mati kena hempap pokok masa membalak.. sian..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 07:45 PM | Show all posts
pekerja lombong pun bahaya gak
byk kes terjadi kat china
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 10:03 AM | Show all posts
elmen replied at 4-1-2016 07:35 PM
teringat masa kecik dlu ade berita org mati kena hempap pokok masa membalak.. sian..

kerja sebagai menteri pun bahaya kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 01:02 PM | Show all posts
Wow extreme worker bab tangkap ketam tu gaji memang tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2016 03:40 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 5-1-2016 01:02 PM
Wow extreme worker bab tangkap ketam tu gaji memang tinggi

tangkap ketam gaji tinggi, tangkap(polis) pencuri basic 1500
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 09:05 PM | Show all posts
bab nelayan yg tangkap ketam tu teringat "deadliest catch" kt discovery channel....memang mencabar keje diorang cari ketam king crab....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 02:22 PM | Show all posts
memang bahaya keje diorg tu..ade mmb kje elektrik bhgia wayar2 tu..tiap bulan kene cek takut ade efek ape2 pada tubuh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 02:50 PM | Show all posts
X slp gaji yg juruteknik elektrik mcm tnb mmg tinggi kan? dulu pnh majalah 3 buat coverage pekerjaan dorang ni..mmg seram la..dh la kene masuk hutan naik plak tiang tinggi tu..menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 04:29 PM | Show all posts
skystrike replied at 5-1-2016 09:05 PM
bab nelayan yg tangkap ketam tu teringat "deadliest catch" kt discovery channel....memang mencabar k ...

Seriau tgk ketam nie..
Boleh dimakan ke?
Macam Spider je waa tgk
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 05:23 PM | Show all posts
kwn laki aku..2-3 org panjat pencawang telekomunikasi..gaji blh tahan..setimpal ngan risiko
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 09:54 PM | Show all posts
Kesian abang yindon kat tapak projek bangunan tinggi, dah lah bahaya gaji pun tak banyak mana
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 07:28 PM | Show all posts
semoga tuhan merahmati mereka ini....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
skystrike replied at 5-1-2016 09:05 PM
bab nelayan yg tangkap ketam tu teringat "deadliest catch" kt discovery channel....memang mencabar k ...

I pernah tgk 1 episod, kalau ade crew jatuh, mmg x diselamatkan dah.biar je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Askar xde plak dlm list
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 02:23 PM | Show all posts
patutla king crab mahal
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 08:40 PM | Show all posts
bayaran gaji setimpal tak dengan kerja?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 10:03 AM | Show all posts
mmg bahaya keje mcm ni.tp ada insurans x eh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 12:09 PM | Show all posts
semua gambar mmg ngeri tengok tp apa kan daya itu la kerja yg harus dilakukan. Perlukan keberanian yg tinggi tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.389912 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list