CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

  [Copy link]
Post time 14-2-2016 03:07 AM | Show all posts
cat_miow replied at 13-2-2016 10:53 PM
macam tau jah...

kecuali Wilayah persekutuan, betui ka?

Betul lh tu. Dulu kampus induk tp sekarang bnyk kampus yg ada kuasa anatomi, konvo kampus masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 09:41 AM | Show all posts
yayy...tazzabar menantikan sambungan seterusnya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts

TT punya writing style; tersusun n sistematik. Ada tajuk, intro n d end. Mudah baca n rujuk smula. Baguih ar TT.

Psl trip TT ke Bali tu teringat trip ai dgn husband ke Thai. Pergi ms off-peak. Ddk blok hotel plg belakang. Nak ke bilik n lobi WAJIB naik buggy sbb tlalu jauh n mcm naik bukit. Dkt blok tu, kteorg je dkt floor atas tu n blk pulak yg plg hujung. Sunyi sepi mmg xda org. Ai xda nmpk org lain. Sekali dua je tu pun bilik bwh n jauh. Mlm2 ai psg tv n bukak smua lampu. Penakut pnye pasal. Mmg xda org smpaikn hari2 dkt swimming pool btingkat tu ai dgn husband je. Ergh. Hotel kemain besar. Org mcm x brapa ada.  Dgn decoration bpatung2. Seram rasa. Nasib x jd ape2 ms dkt sna. Bila ckp husband dia ckp ai pk bukan2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:52 PM | Show all posts
schha replied at 6-1-2016 03:44 PM
............SAMBUNGAN KISAH SURATAN ATAU KEBETULAN??.........................

2/3 hari lepas kisa ...

menarik kisah ko ni schha..sedih pun ada...ye la kawan sekuliah kita (walaupun ada yg x kenal) meninggal pasti akan terasa sedih kan...


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam TT
Cerita TT telah berjaya membuat aku throwback zaman kampus.. Rindu gila.. Duduk dlm hutan.. Hahaha.. And time kejadian arwah terjun cerun tu.. Aku ada kt tmpt kejadian.. Blok tepi jalan menghadap jalan tu. Dh imun bunyi bas tukar gear dgn tekan brek.. Kejadian mmg mengejutkan.. Senyap kejap hal duniawi. Lepas dh reda.. Bising balik.. Apa pun TT.. Such a nostalgia reading your thread.. Kipidap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2016 04:13 PM | Show all posts
ilhamansiz replied at 15-2-2016 12:30 PM
Salam TT
Cerita TT telah berjaya membuat aku throwback zaman kampus.. Rindu gila.. Duduk dlm hutan. ...

Laaaaaa seriously kau ada time tu????aku sempat tengok kereta polis je, dorg dah tutup cerun tu dgn cone2 polis waktu tu. Katanya waktu aku lalu tu dah bawa dgn ambulans..arwah meninggal dalam perjalanan ke hospital kan?seriauuuu egt balik sume tu..serious nak g cafe mlm2 pn aku takot..kau duduk hostel campurkan?aku hostel sebelah je yg dihuni oleh wanita sahaja. hahahahahhaha.. kau ada dengar kes cina bunuh diri kat hostel aku tu?aku malas nak story kisah tu walaupun aku tau story tu dr sumber2 yg kuat. Hahahhahahaha ada jugak 'dia' dtg kacau lepas dia bunuh diri. Tapi cerita org kan, aku malas nak selit sekali.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2016 03:33 PM | Show all posts
tt, jgn lupa sambung psal kisah gunung puteri ledang tu yer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 16-2-2016 04:13 PM
Laaaaaa seriously kau ada time tu????aku sempat tengok kereta polis je, dorg dah tutup cerun tu dg ...

dlu wktu dok perlis, prnh teman member g uum, jmpe mak dia sbb mak dia further study situ..ada la deme citer pasal cina bunuh diri, sbb result x ikut expectation ke sbb lect x bg dia markah yg sepatutnya ntah..dkt bukit kachi kot klu x silap..ada lg kisah pasal 1 toilet ni xde org guna, sbb ada kes gak, cuma xleh nk recall, sbb bnda da 8-9taun tinggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2016 02:25 PM | Show all posts
Dah khatam sampai page 15. Best gilerrrrr!! Tolong sambung pleaseeeeee. Hehehehe.

Nostalgia laa kalau cerita hal hal kampus nie. Waktu aku dkt kampus di Perak pun ada jugak kejadian angker, sampai skrg aku ingat sbb tu 1 1 nya kejadian angker yg pernah berlaku la dan aku di tmpt kejadian. tp nak cerita balik tu mesti ayat bertabur-tabur. Tak mcm TT, tersusun kemas dan sistematik habis storynya

Kipidap dongibab yukenduit tt!!!

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 03:05 PM | Show all posts
efaeclipse replied at 19-2-2016 02:25 PM
Dah khatam sampai page 15. Best gilerrrrr!! Tolong sambung pleaseeeeee. Hehehehe.

Nostalgia laa  ...

betul tu....kadang dihati rasa nak cite je kan..da elok2 karang ni sekali baca balik aduhh cam haram!..kensel nak cite, apatah lg nak bukak benang baru ...bukan senang nak mengarang ni..so, pada yg banyak bunyi tu respek la cite TT dan yg lain2...at least dorang terer menyusun ayat senang kita yang baca ni faham dan hadam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 03:12 PM | Show all posts
halimunah replied at 19-2-2016 03:05 PM
betul tu....kadang dihati rasa nak cite je kan..da elok2 karang ni sekali baca balik aduhh cam har ...

betul! setuju dgn halimunah. aku pun teringin nak share story sendiri tp takut kena hencap sbb penulisan ke laut. hahahahaha.
respek la org yg mampu menulis dgn baik dan ingat dgn detail jgk la pengalaman2nya mcm tt nie kan kan. seronok membaca.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2016 04:46 PM | Show all posts
efaeclipse replied at 19-2-2016 07:12 AM
betul! setuju dgn halimunah. aku pun teringin nak share story sendiri tp takut kena hencap sbb pen ...

hahahahahhaha..jenuh jugak nak egt sebenarnya dear. Contoh mcm cerita di sebuah gunung tu. Kisah tu jadi Tahun 2006..10 tahun sudah. So terpaksa la recall2 balik, kalau ada certain2 part mmg tak berapa nak clear, kena halo2 pulak member lama..hahahahhahahahaah! Depa pun kadang2 duk tanya2 jugak pasaipa kalut tanya cerita lama tu, tapi saya tak la habaq nak cerita kat benang ni.. Just bagitahu, saja teringat balik kisah tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2016 05:14 PM | Show all posts
...SAMBUNGAN 'JAGA SIKIT MULUT TU!'...

Sambungan kali ni aku kena bgtau awal-awal, memang tak berkaitan dengan tajuk cerita kali ni. Tapi lebih menjurus kepada cerita lain yang berlaku di gunung itu. Sebab-musabab kenapa aku tak bukak tajuk mengenai gunung itu sendiri, adalah kerana aku nak highlight PENGAJARAN disebalik apa yang berlaku dekat siti - kerana mulut, dia diganggu makhlus halus walaupun ayat yang terkeluar dari mulut dia tu tak seserious mana pun pada aku. Itu sebenarnya yang aku nak highlight kat hampa. So cerita seterusnya mengenai gunung ni, memang tidak berkaitan langsung dengan tajuk (saja ulang 2x, takut kena hencap.. ) Cuma diselitkan bersama sebab berlaku di tempat yang sama - iaitu di gunung '7 dulang'. Let's enjoy..

1. Kisah Cikgu Miza

Seperti yang aku maklumkan sebelum ni, cikgu Miza ni adalah penasihat kelab sejarah yang aku sertai. Pada malam kejadian sewaktu perkhemahan kami tu, apa yang terjadi kepada kami, langsung tidak diketahui oleh cikgu Miza mahupun cikgu-cikgu lain. Abg Lan dah pesan awal-awal ke kami, jangan sesekali bukak cerita apa yang terjadi malam tu. Bukan apa, menurut Abg Lan, takut nanti kalau cerita ni tersebar, tak pasal-pasal next perkhemahan susah sikit nak lulus proposal. Sebab basically, cikgu Miza je yang sporting. Cikgu lain so-so je, kaki report dekat pengetua jugak. Hahahahahhaha. Bagi abg Lan, selagi dia boleh handle, dia handle. Jadi, semua student pakat-pakat la takmo bukak mulut. Abg Fizi ada la sembang-sembang dengan aku (apa yang dia korek dari Abg Lan), katanya malam tu k.wana kena kacau sebab katanya dia ni dalam keadaan 'jiwa kacau'. Baru lepas break dengan boifren. So dia pikir, kalau dia join perkhemahan ni, boleh dia lupakan sikit kesedihan tu. Tak sangka pulak jadi camtu. Menurut abg Lan lagi, 'benda' ni lagi suka ganggu lebih-lebih lagi kalau jiwa kita lemah. Suka la 'benda' tu nak masuk. On the way nak balik pun k.wana banyak tidur je. Penat agaknya. Tapi dah 'pulih' la. Cikgu Miza ada perasan pasal k.wana ni. Sebab dia sorang je tak turun dari bas masa kami singgah di sebuah pantai on the way nak balik tu. Cikgu Miza ada tanya kenapa dgn k.wana, tapi abg Lan cakap je dia tak leh tidur. Tu yang bantai tidur dalam bas. Tapi aku nampak dari raut muka cikgu Miza, dia dah kepelikan.

Nak dijadikan cerita, waktu dalam kelas cikgu Miza, dia ada try korek dari kami. Nampak la cikgu Miza ni tak puas hati. Dia agak kteorang semua ada sembunyi kan sesuatu (memang betul pun kan..hehehehe). Ayat pertama dia tanya, 'kamu semua ada benda ke nak cerita dengan saya pasal trip kita ke gunung ****** tu?' Masing-masing senyum-senyum kambing. Nak cerita ke tak. Tapi last-last bila dah kena bodek dgn cikgu Miza kami pakat-pakat la cerita, tapi dengan syarat jangan cerita dengan cikgu lain. Dan kalau nak kepastian, elok bertanya sendiri dengan abg Lan. Cikgu Miza pun cerdik, dia tau abg Lan takkan cerita, sebab tu dia lagi rela korek dari kami, agaknya la. Hhahaaha. So kami pun cerita la apa yang terjadi kat kami malam tu. Terkejut jugak cikgu Miza. Yela, basically teruk jugak kan apa yang terjadi kat kami. Bertubi-tubi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2016 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Then cikgu Miza pun ada la bukak mulut. Katanya, waktu dia makan malam dekat atas (dimana waktu tu aku masak sardin aku tu), dia dah rasa semacam. Katanya, macam ada mata yang memerhati dia. Waktu tu pun aku masih ingat, cikgu Miza adalah cikgu terakhir yang turun. Seingat aku, lepas makan, cikgu lain pakat2 turun, tapi memandangkan cikgu Miza nak final checking supaya semua keadaan di tapak perkhemahan teratur, makanya dia turun lewat sikit dr cikgu2 lain. Cikgu Miza tambah lagi, waktu dia nak turun, dia mcm teragak2 sebab waktu tu keadaan dah gelap. Duk dalam hutan ni, kul 7 dah gelap sgt dah. Tapi memandangkan dia nak balik mandi dan kejarkan waktu maghrib, nak taknak dia kena turun jugak. Waktu cikgu Miza turun tu aku nampak dgn mata aku sendiri. Sebab waktu tu aku tengah bersihkan kawasan tempat kami makan tadi. Menurut cikgu Miza, baru beberapa langkah tinggalkan tapak khemah, dia dah rasa berat. Untuk makluman, cikgu Miza ni berbadan gempal ye. So dia kata, kaki dia berat betol nak melangkah. Sampaikan dia hampir-hampir nak tersadung, punya payah dia nak jalan.  Mcm ada org grab kaki dia. Kata cikgu Miza lagi, dia dapat rasa aura 'benda' tu terlalu kuat. Dah tak tahan dengan keadaan tu, cikgu Miza mula  membaca surah tertentu supaya tidak diganggu. Bayangkan dengan keadaan gelap, sorang2 dia diganggu mcm tu. Allah. Kalau aku pun tak sanggup wei. Alhamdulillah, setelah 'berperang' dengan 'benda' tu, akhirnya 'dia' lepaskan cikgu Miza pergi. Sampai je bawah cikgu Miza berlari ah masuk bilik. Cikgu Miza kata, peluh dia merecik kalah pelari pecut 100m. Hahhahahahahaah. Cikgu-cikgu lain dah pelik dgn cikgu Miza, tapi cikgu Miza watlek watpis je. Dia cover, konon2 dia acah2 joging waktu turun td bg pecah peluh. Puihhhhh. Hahahaahhahaha..

Tak abes kat situ, tambah cikgu Miza, malam tu pun sama gak. Katanya, ada 'benda' acah2 mengusik telinga dia. Baru nak terlelap, 'benda' tu duk main telinga dia. Bila cikgu Miza duk mendengus2, 'dia' main kat kaki pulak. Last sekali bila dah tak tahan, cikgu Miza guna 'kuasa veto' dia. Katanya, 'aku nak tido ni..aku tak kacau kau pun, kau jgn kacau aku..'. Diiringi dengan surah2 untuk halau benda tu. Gitulah cerita cikgu Miza kepada kami semua. Sungguh, kuat 'aura' disitu. Walau apa pun, hormat tempat 'orang'. Kita tak nampak 'dia', tapi 'dia' nampak kita. Jadi, hati-hati dan jaga tingkahlaku kalau ke sana ye..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2016 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
..SAMBUNGAN 'JAGA SIKIT MULUT TU'...

2. Kisah tukang urut ku.

Akak tukang urut ni aku panggil dia k.nisa je (bukan nama sebenar). Untuk makluman, aku kenal k.nisa ni sebab dia jiran aku. Dia ada buat servis urut untuk perempuan sahaja dari rumah ke rumah. Dia ada spa, tp servis urut rumah ke rumah ni sebagai kerja extra. Memandangkan aku memerlukan tukang urut setiap bulan atas faktor2 kesihatan, makanya mudah la aku berurusan dgn k.nisa ni. Mula-mula kami segan2 jugak nak bercerita hal peribadi,tapi bila dah lama-lama barulah k.nisa cerita sikit asal usul dia n etc. Ada 1 kisah yg agak menarik bg aku psl asal usul dia ni, tp akan aku ceritakan kisah k.nisa ni bila semua pengalaman2 yg ada dalam list aku ni settle. Baru boleh selit story dari org2 sekeliling aku. Tapi story kali ni, aku selit sekali memandangkan kejadian berlaku di tempat yang sama - gunung ****** itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2016 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 19-2-2016 03:45 PM

Bila aku tgk k.nisa ni, dia mcm ada 'kelebihan'. Sebab kadang2, dia mcm boleh baca apa yg aku fikir atau apa yg aku rasa. Dia pulak pandai mengurut. Sedap betol dia urut sampai hilang bisa2 bdn aku. Kiranya k.nisa top ranking tukang urut yg aku pernah cuba. Bila aku cuba korek, barulah si k.nisa ni bukak cerita. Tapi ssh jugak sbnrnya nak korek dari dia. Mungkin bila dah kerap jumpa, baru dia selesa nak bercerita ke aku. Menurut k.nisa, dulu ada 1 cerita di mana dia ni cuba 'diculik' oleh org bunian. Org bunian ni mcm berkenan dgn dia dari dia kecik lagi. Pernah sekali 'dia' hilang dalam hutan di belakang rumah, tapi jumpa balik hasil pertolongan orang2 kg. K.nisa ni dulu duduk di sebuah kg di sempadan selangor. Sampaikan ada 1 tahap, keluarga k.nisa ni terpaksa bt perjanjian dgn si bunian, sbb takut k.nisa 'diculik' lagi. Waktu k.nisa berumur 4/5 thn cmtu, keluarga k.nisa akan letak k.nisa dalam sebuah bilik setiap kali bulan mengambang. Tujuannya adalah utk bagi si bunian tadi bermain dgn k.nisa. Tambah k.nisa lagi, waktu ini la si bunian td menurunkan 'sesuatu' kepada k.nisa (kelebihan2 yg aku nyatakan td) untuk tujuan menolong orang. Aku tak pasti sehingga umur berapa k.nisa terpaksa diperlakukan begitu. Sehingga 1 tahap k.nisa ni di bawa lari oleh keluarga dia (akan aku ceritakan nanti di next story sebab-musabab kenapa dia dibawa lari). K.nisa dilarang menjejakkan kaki di kampung halaman sndr. Cuma keluarga k.nisa sahaja. Ahli keluarga lain, pakcik makcik masih lagi berada di kg itu.

Jadinya, menurut k.nisa, ayah k.nisa ni memang cukup jaga k.nisa walaupun dia dah berkahwin. Selalu dia peringatkan k.nisa pantang larang yg perlu dijaga. Kalau ada kenduri kt kg tersebut, ahli keluarga lain semua pergi. Cuma k.nisa sahaja tidak dibenarkan pergi. Menurut k.nisa lagi, k.nisa juga dilarang pergi ke certain2 tempat especially ke sungai2 tertentu atau hutan2 yg penuh dengan 'aura' itu. Dilarang jejak pun.

Nak dijadikan cerita, ada 1 hari tu k.nisa ni join konvoi dgn laki dia. Masa tu depa baru kawen. Belom ada anak lagi. Ikot konvoi kelab kereta yg husband dia sertai. Biasalah, kalau dah konvoi, masa utk ke satu-satu tempat memang lama. Dah nama pn konvoi. Kalau ada kereta tertinggal, yg lain kena la tunggu nak taknak pun. Bukan konvoi la kalau masing-masing selfish. Jadi sewaktu konvoi ni, geng-geng konvoi pakat nak singgah gunung ***** ni. Depa nak mandi sungai sat. Tapi k.nisa taktahu kata geng-geng konvoi ni nak singgah di gunung sebab katanya dia terlelap. Alih-alih bila dah sampai, suami dia kejut suruh turun. Sewaktu dia turun dari kereta. Dia dah tak ingat apa. Apa yg berlaku ni, suami dia yg cerita semula dekat dia. Menurut suami k.nisa, bila turun dari kereta, k.nisa terus menuju ke sungai di kaki gunung tersebut. Duduk di 1 batu besar di dalam sungai. Dengan tak tukar baju apa, dia terus masuk sungai. Lagak k.nisa seperti seorang puteri tengah bersiram. Cedok air siram di badan sambil meliuk-lentok kan badannya. Suami dia dah suspek lain mcm, terus panggil kawan yg terror sikit bab2 ni. Dalam duk tunggu kawan dia 'tolong', suami k.nisa ni telefon la bapak mertua dia nak maklumkan apa yg terjadi. Hmmmm bila bapak mertua dia tau, apa lagi kena maki hamun la si suami k.nisa ni tadi. Tapi x leh nak salahkan suami dia juga, sebab depa baru kawen. Mana la suami dia nak ingat pantang larang tu. Tengah seronok/excited mana nak ingat. Lepas diberitahu apa nak buat dan pertolongan kawan si suami k.nisa ni tadi, barulah k.nisa berjaya 'ditarik' ke darat. Bila dah jejak darat, k.nisa terus pengsan. Apalagi, bapak k.nisa suruh husband k.nisa bawak dia keluar waktu tu jugak dari gunung tu. Terus suami dia bawak k.nisa balik rumah. Sepanjang perjalanan tu k.nisa tidur. Keesokan petang baru dia bangun dalam keadaan terpinga-pinga. Kata k.nisa ada la dalam 18jam dia tidur. Jadi, tak mustahil la bahawa kawasan gunung tu memang 'something'. Kalau tak kena gaya, mesti 'kena'. Hahahahahahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 19-2-2016 03:48 PM

So itu jela story berkenaan gunung tersebut yg aku tau. Kalau aku diberi peluang untuk pergi sekali lagi ke gunung tu, MEMANG TAKKAN aku kesana lagi. Heeee cukup la pengalaman sekali yang amat 'misteri' bagi aku ditambah lagi dengan story2 yang aku ceritakan tadi. Setakat ni, pada aku sendiri, memang gunung itu 'sesuatu' sangat. Tapi tak tentu jugak, mayb ada yg pernah pergi tapi takde pulak kena gangguan2 oleh 'benda' disitu. Mungkin kami je 'bernasib baik' di beri peluang merasai pengalaman2 misteri itu. Wallahualam.

TAMAT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2016 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikot apa yg ada dlm list aku..lepas ni next story psl office aku..cerita pasal office aku berat jugak aku nak cerita, sebab 'kejadian2' masih berlaku kat office. So aku akan story bila aku kat rumah dan bila free je ye. Takde keberanian nak menaip kisah office tu di office. Kang betoi2 dia muncul depan aku,naya kang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 01:15 PM | Show all posts
ala, bila nk sambung... syok sgt bc...
xsedar pn dah abis bc.. kikiki...
nnti sambung eh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
best citer tt...da lama x layan tred ni...skrg br nak berkuntum balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.138006 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list