CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

  [Copy link]
 Author| Post time 6-3-2016 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 6-3-2016 10:00 AM

Aku: k. Umie baru keluar ke??
K. Umie: haah..akak sarapan tadi pastu membuang. Sorry lama kat belakang. Hehehe.. (cara k. Umie mungkin dia egt aku nak mara dia sebab g belakang terlalu lama)
Aku: lepas akak g blkg, akak ada keluar sekejap tak??mungkin nak amik apa2 ke kat bilik 2??
K. Umie: ehh tak la. Akak masuk belakang, ni baru keluar. Sha dah kenapa ni??

Aku diam. Ahhh sudah. Aku toleh ke Ms Wai, amoi tu masih bahagia menaip di type writer. K. Umie pulak tegaskan dia ada di pantry. Dah tu siapa yg ada dekat bilik 2 tadi??! Sampai sekarang persoalan aku tu masih belum terjawab. Tapi serious aku memang nampak kelibat di bilik 2 waktu tu. Sebab aku memang memandang secara sipi ke arah bilik 2 waktu tu. Dah pandai muncul2 kan diri dah 'benda' ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2016 06:31 PM | Show all posts
schha replied at 6-3-2016 05:54 PM
Aku: k. Umie baru keluar ke??
K. Umie: haah..akak sarapan tadi pastu membuang. Sorry lama kat belak ...

Jangan dia men cakk cakk sudehhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 10-3-2016 05:41 AM

Aku part time kat situ selama 2 bulan je sebelum aku masuk sem baru. Selama aku takde, depa ada la story2 yg bunyi-bunyian tu masih ada. Tapi takde nampak kelibat2 sepertimana yg aku nampak. So bila dah sem akhir, aku diwajibkan utk praktikal selama sebulan. Bos aku bila tau dr bapak aku yg aku bakal praktikal, terus di offernya aku lagi. Tak payah kalut2 cari tempat praktikal dah, katanya. Waktu ni aku kena praktikal selama sebulan dan perlu menjalani latihan asas selama 9 bulan utk dapatkan pentauliahan aku sebelum aku pegang jawatan tersebut. Seingat aku, waktu praktikal n latihan asas ni bos aku banyak ajar aku secara serious how to draft a document, how to prepare submission, handle project and so on. Bos pulak awal2 dah pesan dgn colleague aku supaya jangan manjakan aku. Aku kena buat sendiri. Aku pulak terima jela arahan bos aku ni dengan hati terbuka. Yela betul jugak. Untuk kebaikan aku. Esok lusa aku bukak company, aku dah tau kerja2 dr bawah. Waktu ni la, kerja bertimbun2. Semua kena buat sendiri. No assistant. Hanya boleh rujuk sikit2 je dengan depa. Masa ni aku dah pun diberi bilik, iaitu di bilik 2.

Pada hari kejadian, awal2 aku dah bgtau depa aku kena kena stayback sebab ada submission perlu disiapkan pagi esok. Masa ni, masing2 tak dapat teman aku stayback memandangkan masing2 dah ada anak kecik, kecuali aku. Alamak. Time ni pulak takde orang teman. Nak bawak kerja balik rumah, susah pulak sbb aku kena refer banyak benda dkat file2 lain. Plus, bos aku memang tak galakkan anyone of us bawak keluar file dr ofis. Atas sebab2 P&C. Bincang punya bincang, Ms. Anne bg pendapat suruh aku call suami aku, teman aku di office. Itu je option yg ada. Nasib baik laki aku free waktu tu (ohh btw, masa ni kami baru kawen tapi sebab husband jatuh masa kami pindah rumah baru (menyebabkan kaki dia retak), husband dpt cuti 3 bulan - dimana dalam kisah pengalaman aku di hotel di utara tersebut (Misteri sebuah hotel), aku ada inform yg kami duduk long distance sbb suami belom dpt transfer di tahun pertama perkahwinan kami. Kena perincikan part ni, takut kena hencap pulak - takut kang ada pulak yang kata cerita aku tak tally dengan statement di cerita hotel tersebut,hehehehe..so better aku mention disini). Tapi dia kata nak melepak dekat mamak area ofis aku tu. Then bila sume colleague dah balik, tinggallah aku sorg2 settle kan kerja aku. Jam pertama, aku takde rasa apa2 sampailah masuk jam ke-2, lebih kurg kul 6.30 ptg. Tiba2 aku dengar sesuatu di mesin fotostat. Adoi. 'Feel' tu datang tiba2. Meremang sampai aku tak boleh control dah, naik sampai kepala! Aku tau dah, something wrong dekat mesin fotostat tu. Tak boleh jadi ni, aku kena panggil husband naik ofis teman aku. Aku punya cuak sampai aku tunggu laki aku depan pintu masuk. Anything happen aku boleh terus keluar je kan. Hahahahahaha. Nak tunggu laki aku sampai pulak, rasa macam berjam2 padahal mamak tu dekat je. Bila laki aku dah sampai, dia tau dah ada benda tak kena. Tapi dia tak tanya. Lega sikit aku bila dia ada. Laki aku cakap dia nak duduk di sofa. Aku continue masuk bilik aku utk siapkan kerja. Tapi aku tau aku tak boleh amik masa yg lama utk siapkan kerja aku. Kena settle cpt2. Lebih kurg pukul 7 lebih kami keluar office. Sampai di parking, laki aku cakap, 'lain betol 'rasa' kat ofis u ni yang. Macam ada org perhatikan i dr dalam bilik bos u'. Gulp! Tak payah aku bukak cerita, laki aku dah bukak dulu.

Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 08:46 PM | Show all posts
fuhhh!!

nenet dah khatam... dasat cite ko.. aje gila nenet bukak lampu pukul 5 petang sambil baca cite ko..

ko rasa kenape?

dulu tingkatan nam kat ec eh? kbai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 11:44 AM | Show all posts
Edited by schha at 7-3-2016 04:09 AM
nenek_lampir replied at 6-3-2016 12:46 PM
fuhhh!!

nenet dah khatam... dasat cite ko.. aje gila nenet bukak lampu pukul 5 petang sam ...



hahahahhahaha yayyyyy dah khatam.. tp story office ni belum abes lagi nenek..hihihih

ada lg 40 % story office ni..

ouhh btw sy F6 dekat ****NG High School..bukan ec
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 05:35 PM | Show all posts
Must Follow
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2016 03:12 PM | Show all posts
meremang gak baca cite tt ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Huh..khatam sudaa. Paling meremangkn bulu roma cite TT kt umh sewa tu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan cerita  dkt hostel ..

Sambung lagi ye schha
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 02:23 PM | Show all posts
TT cerita la lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.zara replied at 6-3-2016 03:58 PM
sambil sambil tu boleh ka nak share 1 ceghita hihi..  
ceghita ni diberi nama ...


sambungan mana
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaekkk cerita tt. Thanks tau. Trskan.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis baca. Tggu sambungan tt dgn cikzara punya citer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2016 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Inshaa Allah..cuba nak habiskan story office dlm waktu tdekat..as per mentioned,saya terpaksa story pasal kes office ni HUJUNG MINGGU je memandangkan saya takde keberanian nak story waktu office hour di office..atas sebab2 kejadian masih berlaku di office..harap semua boleh bersabar ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2016 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
...SAMBUNGAN 'KEANGKERAN SEBUAH OFFICE'...

Husband pun tanya ke aku :-

Husband: apa jd tadi yang sampai u tunggu i depan pintu office tadi?
Aku: tahhhh..dia duk main mesin fotostat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2016 03:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya! Benda tu duk main mesin fotostat. Aku ni duk pulun buat kerja, 'benda' tu boleh pulak main mesin fotostat. Pernah dengar camne mesin fotostat mula2 nak start lepas kita tekan button on?ha camtu la bunyi 'dia' ganggu aku. Berulang-kali ok bunyi tu. Mau kau tak cuak! Aku dah fedup, aku tengking la (dalam keadaan berani-berani takut).. 'Diamlah! Aku kat sini nak carik rezeki tau! Kau jangan kacau aku! Kerja aku habis aku balik!'. Lepas tu yg aku tunggu husband dpn pintu masuk. Nak blah, kerja belom siap. Nak mampus masuk ofis esok kerja tak siap! Mau kena hamun dgn bos aku. (As mentioned,aku tak dibenarkan bawak file keluar dari ofis. Sebab tu TERPAKSA gigih menyiapkan kerja juga).

So husband aku sendiri rasa 'kehadiran' benda tu bilamana dia dduk melayan wifi di sofa. Menurut husband aku, dia memang rasa 'ada' yg memerhati dari dalam bilik bos. Bilik tu memang gelap waktu tu. Tapi husband memang terasa memang ada tak kena di office tu. Alhamdulillah, kami selamat juga hadapi situasi tu waktu tu. Sebab tu lepas kejadian tu, husband aku akan pastikan ada colleague teman stayback (sekiranya perlu) baru dia akan izinkan aku stayback. Kalau tak, memang TAKKAN!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi 1 kejadian kat office tu yg berlaku depan mata aku, Ms. Wai, k. Nura dan bos aku sendiri. Haaaa yg ni lagi la pelik. Seingat aku, kejadian ni berlaku pada waktu petang. Lebih kurg pukul 2-3 pm cmtu. Selalunya lepas kami balik dari lunch, waktu ni la bos akan cari staff2 yg dia akan bg kerja utk esok sebelum dia tinggalkan office utk bt urusan di luar. Masa kejadian ni aku duduk di meja 5 (kdg2 saja melepak kat meja luar sebab sunyi duduk sorg2 kt dlm bilik) dan Ms. Wai di meja 4. Bos pulak tengah duduk di hadapan meja 4 utk bg kerja kat Ms. Wai. Masa tu bos tgh kusyuk explain ke Ms. Wai. Aku pulak tengah menulis di meja 5. K. Nura di meja dia tengah buat kerja mengadap PC. Yang lagi 2 org (Ms. Anne n k. Umie) aku x ingat depa buat apa waktu ni, sebab depa tak perasan pun kejadian ni. Alih2 da kecoh je. Tgh ralit2 menulis tu, tetiba.. GEDEGANGGGGGGGGGGGGG!!!!! Pintu yg menghubungkan kami ke pantry/toilet tu dihempas dengan sangat kuat dari dalam pantry/toilet (seperti yang aku maklumkan, pintu tersebut spt pintu di hospital/klinik2 tu, yg perlu menggunakan tenaga utk menarik/menolak pintu tersebut kerana ada pemberat di atas pintu tersebut). Dan yg bertambah pelik, takde sape pun di antara kami yang keluar masuk ke area situ. TAKDE SAPE okay! Spontan, aku pandang ke Ms. Wai dan terus pandang ke bos. Bos aku pun terpaku waktu tu. Cuak la wei, aku yg paling dekat sekali dengan pintu tu waktu tu! Terus aku lari ke ruang tengah (area meja 3) sbb terperanjat. K. Nura pun terus menoleh dan tercengang bilamana terdengar pintu tersebut dihempas mcm ada org tgh marah. Kussss semangat!

Mungkin disebabkan bos aku nak tenangkan kami semua, terus dia cakap 'angin kot..takde apa la'. Whattt??? Angin?! Bos aku ni betol ke tidak? Ke aku yang pening ni? Tak masuk akal sangat okay dengan jawapan bos aku yang menyalahkan angin dalam waktu tu. Padahal semua sedia maklum pintu tersebut berat dan perlu guna tenaga utk tolak/tarik pintu tu. Tak masuk akal bos, serious! Tapi kami semua senyap la sebab depan bos kan. Takkan aku nak bertekak dengan bos pulak, ni office dia. Nak cakap lebih2 pun tak boleh. Lepas tu, bila bos dah keluar, semua pakat tanya kami apa yang jadi sebenarnya. Aku dan Ms. Wai pun cerita la apa yg jadi dan apa jawapan bos aku. Semua setuju bahawa bukan angin penyebab pintu tu dihempas. Sangat tak logik utk salahkan angin sebab pintu tu memang berat.

Aku taktau la kalau ampa semua ada pengalaman pintu yg ada pemberat tu boleh terkatup dengan sendirinya atau tetiba pintu tersebut boleh terhempas dengan sendirinya. Kalau make sense, sila maklumkan kat aku ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2016 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 12-3-2016 07:37 AM

Kalau nak ikotkan..banyak je lagi kejadian2 yg berlaku di office tu yg terjadi dekat officemates. Tapi mcm yg aku ckp, depa setakat kena bunyi-bunyian jela. Kalau setakat bunyi benda berketuk, benda jatuh, mesin2 berbunyi sendiri, itu semua perkara biasa kat office tu. Adakalanya ada benda duk bermain ketuk2 kat bahagian atas office walhal office kami tu tingkat yg paling atas sekali. Jadi apa benda yg selalu kami dengar tu??Pernah jugak Ms. Anne dengan k. Nura selalu nampak pintu masuk utama mcm ditutup dari luar, padahal takde sapa2 pun diluar. Tapi ini yg selalu kami simpulkan bilamana, kalau duduk di ruang luar, bunyi-bunyian akan berlaku di antara bilik bos atau bilik aku. Tapi bila duduk dalam bilik, bunyi-buyian tu akan datang dari arah ruang luar. Mcm duk main2 kan kami. Ahh senang cerita, banyak la benda2 kecik yg jadi kat office tu sampai kadang2 kami malas nak port. Naik lali dah jadinya.

Ada 1 kejadian ni berlaku dekat Ms. Anne, yang diceritakan semula ke kami. Pelik juga kejadian ni. Seperti yg aku maklumkan, bos memang jarang ada office lagi2 lepas waktu lunch. Mcm2 hal dia akan uruskan pada sebelah petang. Masa tu pun almost nak balik dah. Pukul 4 lebih la lebih kurang. Tetiba belum pukul 5 Ms. Anne dah kalut suruh kami kemas. Kul 5pm sharp keluar. Tak lebih tak kurang 1 minit pun. Aku dah pelik la pahal dengan amoi ni. Alih2 kalut je tak menyempat2. Waktu nak tutup office aku pesan, dah tutup lampu office, toleh balik kot2 ada mesin fotostat, scanner atau apa2 jela yg kami lupa nak tutup suis (selalu bila dah gelap akan nampak jelas mesin yg belom tutup suis). Itu rutin yg selalu aku ingatkan kat depa siapa yg last tutup office. Tapi waktu tu, bila aku pesan gitu, terus Ms. Anne cakap..'No! Leave it!'. Aikkkk. Pelik naw amoi ni. Elok je turun bawah office, tutup pagar bawah, terus amoi tu bersuara.. 'tadi masa i tengah buat kerja, suddenly i dengar suara bos panggil nama SHA! Bos sudah balik waktu tu! I swear i heard 'he' call u, Sha!'. Mata amoi tu dah bergenang sambil pandang aku! Tapi k. Nura tak perasan pun apa2 waktu tu. Kami cuba bersangka baik, mungkin perasaan Ms. Anne je. Tapi amoi tu mati-matian cakap memang dia dengar dengan jelas sambil nangis. Yela kalau nak ikotkan meja Ms. Anne yg paling dekat dengan bilik meeting yg bos slalu lepak tu. Selalu kalau kami tak dengar bos panggil nama kami, Ms. Anne la selalu yg akan panggil semula on behalf bos. Ahh sudah. Buat hal betol la 'benda' ni. Acah2 panggil nama aku pulak. Buatnya kalau aku yg dengar, dan aku terus menuju ke bilik bos???hmmmmm..aku tak sanggup nak imagine!

Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 05:12 PM | Show all posts
salam, maaplerr cik zara bz bebenor gheja biasalah phrmacy sat shift petang,sat pagi..

ni cik zara sambung ceghita naaa...

SAMBUNGAN SIAPA YANG MENGEJAR....

tiba..tiba..

ana berlari selajunya seperti dikejar seseorg...
Riak muka ana sangat cemas seperti sedang berupaya menyelamatkan dirinya..


Sarah yang sejak tdi siapkan homework terus terkejut melihat ana berlari dgn laju seperti
cuba mnyelamatkan dirinya.Muka ana ketakutan dan berlari menuju ke arah sarah.
dalam beberapa langkah,ana tersungkuq dan tidak sedarkan diri.


'ana..?'


Sarah keraih kejung melihat situasi yang ajak menakutkan itu,lalu cepat2 menjerit meminta tolong
bbrapa student yg berdekatan...Ana dibawa ke bilik rehat di tepi padang dan dibiarkan rehat.

Dlam 30 minit kemudian,ana mula sedarkan diri dan trus menangis apabila melihat sara disebelahnya.
Sarah cuba untuk menenangkan ana dan bagi ana pekena aiyaq mineral sejuk segelaih(segelas)
Apabila ana dah mula tenang sikit,sara pun bertanya..

'awad ngan hang..lari seghupa apa lagi..?hg nampak ka dak trek ?melencong pi mana? ' *smbil dok picit kaki ana.

'ish hang ni.Aku nampak lah trek tu.Mula2 aku dok training rounding mcm besa la..
smpai kat pusingan ketiga aku nampak ada sorg pakcik tu dok kat hujung padang...dok tengok aku..
aku senyum macam biasa ja sekilas aku lalu depan dia..dia xbalaih(balas) pun senyuman aku.
Dalam hati aku..xpalah nk buat cemana..

masuk pusingan ke 4..ke lima aku perasan lagi pkcik tu dok perhati aku dri jauh smpailah aku lari ikut trek tu
lalu depan dia lagi..Tapi kali ni aku berjalan jala..slow siked momentum aku..letih...

Kali ni aku smpat la perhati dia pakai baju hitam panjang berkoler putih mcm jubah tu.
Hidung dia mancung gila kot menjunam kebawah.
Mata dia hitam pekat.Muka berkedut dah.Pelik aku hai..sejak bila plak sekolah kita ada tukang kebun bru ?
Kali ni sama juga dia tenung ja aku.Aku dok senyum kat dia lagi tpi dia xbalaih juga.

Masuk pusingan ke 7 aku lalu depan pakcik tu lagi tapi kali ni aku tengok dia pegang kapak..
muka marah tapi dia senyum kat aku weh..
Aku pun berhentilah dalam 7 langkah sebelum aku nk smpai depan dia...Baru aku perasan weh..
Dia pakai baju paderi !
aku pun tercegat..aku ghasa terkedu sat.
Dalam masa 5 saat aku tngok dia slow slow truih berlari mai lari laju kat aku....!
aku pun apa lagi lari laaaaa mcm gila,aku tgok dia lari laju gila kot !
Banyak kali aku dok jerit smbil panggil hang tpi hg xdgq ka apa ?

Dah tu aku pun lari hala kat hang kot nak minta tulung,..aku toleh pi kat belakang tgokk..
dekat gila dia dgn aku ! Mata dia semua hitam gelap kulit putih pastu sengih dia lari nk hayunkan kapak kat aku..
Masa dia nak hayunkan kapak tu,aku pun mnjerit xhingat apa dh terus aku xsdaq dh apa jadi.'

Sara terdiam.Tgn mula menggigil.Adakah itu 'penjaga' sekolah yg asalnya sebuah gereja lama ?
Nama sekolah ni pun diambil dri nama seorg 'father paderi'...
Sarah penah terbaca dalam satu buku mengenai asal usul sekolah ni dlu
dan buku itu merupakan buku yg dilarang keras oleh pihak sekolah utk student pinjam dri library.

Pihak library simpan buku tu di dalam sebuah kotak kaca,dan suatu hari sekolah gampar apabila
buku tersebut tiba tiba hilang.Pihak sekolah syaki buku tu dicuri,..masa tu sara masih igt di tingkatan 2.
Dengaq2 budak form 5 yg curik..dan dalam diam diam buku tu beralih tgn start dri tgkatan 5 hinggalah ke tingkatan 3.
Ada bbrapa org shj yg berjaya khatamkan buku tu..dan depa dh habis belajaq dh pun ketika buku tu dijumpai dgn sendirinya.
Salah seorg yg berjaya khatamkan buku itu adalah..SARA !!

selepas sara berjaya khatamkan buku tu,scara tiba2 buku itu hilang dgn sendirinya dan pihak sekolah bgtau
buku tersebut dh berjaya dijumpai dan diletakkan semula di dalam kotak kaca yg berkunci.
Aneh bukan ?
seolah buku trsebut dgn sendirinya 'pulang ke tempat asalnya..

Namun sara cuba untuk tenangkan ana dan katakan bahawa ana berhalusinasi kerana kepenatan..

_______________________________________________________________________________________

semasa cegita ni diceritakan di sekolah masa tu cik zara form 3.
agaknya sara dgn ana pun dh dpt anak soghang.
bnyk lagi cegita psai sekolah cik zara ni...mmg hardcore punya ceghita.Merana jugakla cik.zara nk habiskan
tingkatan2 cik.zara dulu kat sekolah ni.Mcam2 ceghita dok dengaq.

Nak bukak thread xgheti ha.ha
tu dok nyibuk kat hread orghang smbil jdi sr.

hrp2 ampa sukalah noh.Bubye ^^ ENJOY ENJOY ja baca dun take it seriously nah




Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 12:53 PM | Show all posts
suke2.. seram oooo lau kne kejo mcm 2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-3-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.179630 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list