CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

  [Copy link]
Post time 15-9-2016 01:17 PM | Show all posts
Best citer tt..sambungan pleaseeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 02:33 PM | Show all posts
mana TT ni? 2 hari aku khtam cite ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 03:41 PM | Show all posts
TT sambung pliss..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2016 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
huishhhh bukak2 byk betul permintaan..ok la ok la..kita sambung cte opis k??bg abes la kali ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2016 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
...SAMBUNGAN 'KEANGKERAN SEBUAH OFFICE'...

Ni ada 1 lagi kisah yang diceritakan semula ke aku oleh Ms. Anne dengan k.Nura. As mention before,office aku ni memang office yang kecik je. Takde pun receptionist bagai. Jadi kalau runner/despatch nak hantar dokumen,dorang akan terus direct masuk office dan akan letak dokumen di meja 2 (meja K. Nura). Tapi itu dulu. Sejak ada 1 kejadian pecah masuk di area office, bos dah tak percaya and takut dengan orang luar. Makanya, dia dah buat 1 peraturan baru,yakni tidak membenarkan mana-mana runner/despatch masuk office kami kecuali courier service yang memakai pakaian seragam. Jadi, kalau runner hantar dokumen, kami akan buka pintu sikit je untuk hulur dan terima dokumen. 1 hari tu,ada la sorang brader courier service ni. Tak perlu la aku mention courier service apa, korang mesti tahu. Brader ni memang kerap la hantar dokumen kat ofis aku. Tiap-tiap hari.  Sampaikan dia boleh kenal staff2 eventho dengan aku-aku dia kenal walhal aku hanya duduk dalam bilik aku je. Jadi sebab kan dia courier service berpakaian seragam,dia dibenarkan masuk ke dalam office. Al-maklum la,office kami ni kecik. Staff 5 orang je, bos sorang, runner 3 orang. Total 9 orang je. Mudah la untuk abang courier buat pengecaman jika berlaku apa2 perubahan. Tak semena-mena,bila dia masuk je, sambil dia belek-belek dokumen untuk serah,dia bisik ke K.nura:
Brader courier: korang ada cleaner baru ke?
k.nura: eh mana ada. Memandai je abg ni.
brader courier: lorr tu orang tua kat stationery tu sape???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2016 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Gulp!!!

Celah mana lah orang tua abam courier serbis oiii! Bila tengok muka k.Nura pucat,tahulah si abam courier serbis ada yang tak kena. K. Nura kata,mungkin bila reaksi k.Nura ala2 terperanjat gitu,abg tu tahu la bahawasanya apa yang dilihat itu bukan manusia. Cepat-cepat je abg tu nak keluar dr ofis kami. Kadang-kadang ada jugak depa ni cuba nak tanya abg courier tu,camna rupa 'cleaner' yg abg tu nampak. Tapi sampai ke sudah takde jawapan. Masing-masing takut nak bertanya. Sampailah abg tu dah naik pangkat duk kat ofis dah pun. Cerita pasal abam courier tu terhenti setakat itu.

Tapi cerita belum habis. Kita nak sampai kemuncak dah. Aku story esok k.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2016 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok..dah esok dah ni.hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 08:13 AM | Show all posts
dah siang dah ni...blh la TT smbung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 08:20 AM | Show all posts
TT, sori ada selingan kat sini....aku jumpa cita ni kat IIUM smlm. aku share kt sini je la...sama U ngn TT kot. siap ada kes kt rumah sewa lg..

Okay, nama aku sya, aku dulu study kt ipta di utara semenanjung. Okay mula mula masuk sem1, biasa la kena duduk hostel, aku ni mmg xpernah duduk hostel selama hidup aku, tu first time la. Aku ni jenis peramah, semua org aku nak tegur seriuslii. Plg kuat pon aku akan senyum then ckp hai. So ada satu malam ni, ada la dalam pukul 11 lebih kot, aku basuh baju, biasa la budak hostel basuh baju mlm2 kan tp nk djadikan cerita,malam tu tk ramai basuh baju, kira ada la dua tiga orang je kt aras aku ni. Eah aku level G la plg bawah sekali. Hostel 4 tgkat. Aku ni hati kering gak ah, cuci je baju even xramai pon orang, apa aku kisah janji baju aku siap cuci kann. Dah siap siap cuci baju tu nak ampai la kt ampaian, time tu dh sunyi dah,semua dh msuk bilik msg2, msa nak ampai baju tu, aku nmpk ada Minah ni berdiri membelakangi aku kt ampaian tu, rambut panjanggg, wangii, aku tknampak muka dia, so dengan gatal mulut nya aku tanya dia, saje tegur, yela baru msuk sem kan kena la ramah, aku tnya nama, dia jawab sepatah je, “mira”. Aku tnya lagi buat apa kt ampai ni, dia diam je, so aku tnya balik bilik kt level brape, dia agkt tgn tnjuk 4. So aku ohh okay jela kan xkuasa dah la nk tnya lebih2. Dah dia xnk pndg aku kan. Kang mcm syok sndiri je. Haha. Aku pon meruskan sidai baju tu, aku tnduk nak amik baju dlm baldi, then bila aku agkt muka aku tgok dia dh takde. Sekelip mata hilang, aku pon buat tk tahu jela pstu aku msuk bilik tidur Ah dh lewat kan. Esoknya saje jela aku check nama mira level 4. Sebab aku ni ketua aras la kiranya, jd aku ada list nama setiap level. So aku check, then yg trkejutnya, aras 4 tu bilik semua kosong, xde orang masuk lagi. Dan xde orang nama mira kt block tu. Dah tu aku borak ngn siapa semalam??? Start dari haritu aku dh xde nk tegur2 sesapa lg dah yg aku xkenal. Hahaha. Cuak la weh kang salah tegur lagi kang. Nasib baik xdemam wehh.

Ni cerita dekat rumah sewa lak, time tu aku dah sem4, aku praktikal time tu. Dalam rumah sewa tu ada 6 orang semuanya masuk aku la. Dua orang senior. Yg lain baye aku jela. Rumah tu ada 3 bilik tidur, bilik master aku, lina dan ana. Yg medium senior 2 org tu sbb dorang adik beradik, yg bilik kecik tu sorang je nama dia atin. Okay mula mula masuk tu okay je xde masalah la harmoni je rumah, haha, xde la harmoni sgt pon biasa la perempuan kan. Okay memula sekali yg xbestnya bila aku start Bau yg busuk, bukan busuk biasa biasa weh, busuk tahap bangkai skala 10. Busuk gila. Tp Bau ni kadang2 je ada, tp bila ada Bau tu mesti time maghrib time time senja. Busuk yg teramat sangat laa. Kiteorg cuba gak cari apa yg busuk tu kann, tapi xde lak jumpa bangkai cicak tersepit pintu ke bangkai tikus tercekik tulang ke. Semua tkde. Tu yg peliknyaa. So weekend kiteorg adakan operasi kemas rumah besar besaran. So kemas la bilik masing2, time aku syok syok lap tingkap, aku trnampak gumpalan rambut trselit kt bunga plastik yg trgantung kt dinding ats tingkap tu. Bunga tu mmg ada je situ msa mula mula masuk, yg xde nya rmbut tu. Segumpal weh, banyakkk. Trfikir juga cmne leh terbang rmbut smpi atas tu siap brgumpal bagai kann. Takkan la kena tiup angin ke takkan la bebudak ni sangkut rmbut dorang kt situ. Tinggi kot weh. Kena panjat kerusi kot nk sangkut tu. Haha. Aku pon tnya la lina dgn ana ni kot la dorang malas nk buang rmbut gugur tu kt tong smpah so dorang sangkut kt situ. Xmengaku la semasing. Gila punya kerja kann. Hahha. Lina ngn ana ni dh cuak dah, aku pon decide Ah nk buang rmbut tu sekali dgn bunga2 tu juga. Pastu settle Ah. Lepas kemas kemas tu, tenang la kiteorg dlm seminggu dua.

Lepastu jadi balik, tapi lain lak kesnya. Ni main gas lak, satu rumah Bau gas weh, pdhal xde sape yg masak. Kot ada pon xkan la amnesia kot lupa tutup api lepas pakai kan. Yela siapa xcuak tiba tiba Bau gas kuat, kot meletop rumah jpg apa xdapat. Selalu juga Bau gas ni, tapi lepas tanggal kepala dapur gas tu, dah xde dh Bau. Then, tgh tgh malam main tutup lampu tutup kipas. Ajak bergurau memalam, siang xnak lak bergurau kan. Satu malam tu, si atin ni kena kacau. Tgh syok tidur, tiba tiba kipas ni off. Dia trjaga ahh sebaab panas kan, then masa dia nk on balik kipas tu, dia trpegang tangan yg mana kukunya terasa panjang, permukaan tgn nya kasar sekasarnya. Terus xjd on kipas. Haha esoknya dia demam. Demam terkejut namanya.

Yg si senior dua org tu lak suka keluar dating smpi lewat malam, balik rumah dah 1 2 pagi, mana la benda tu tak mengikut kann. Malam tu lepas balik dari dating mcm biasa, dorang lepak2 dlm bilik borak la kan, time tu kiteorg dh tidur dahh. So dorang nak tidur dah time tu, tiba tiba dengar ada benda cakar tingkap dorang, igtkn perasaan je kan, lepastu kerap kali dengar lak, okay korang bayangkan siapa je yg nk bergurau tgh tgh malam cmtu then siapa je gigih nak panjat tangga sebab rumah kiteorg tgkap 3. Tu tak lain tu mmg benda mengikut la kan dh balik lewat cmtu kann. Aishh dh nasihat tk nak dengar, nasihat kawan xnak dengar nasihat boypren dengar. Haha. Since haritu dorang dh xkeluar balik lewat dahh. Cepat je balik, xde dah wayang midnight. Hahaha.

Yg ni jd kat bilik aku lak, aku dgn lina ni mmg suka layan movie kt laptop sambil bergelap dlm bilik, si ana ni jarang ada rumah sebab rumah akak dia dekat2 situ je. So aku ngn lina ni layan jela movie kan tpi mengadap pintu ahh saje nak amik cahaya dari bilik depan iaitu bilik senior. Hahaha. Diorang pon tgh mengadap kiteorg time tu buat asaimen smbil mengadap laptop dorang. Aku ngn lina syok syok jela layan movie ni, biiasa la movie free dpt link dari fb. Haha. Okay tiba tiba je time tu aku rsa mcm ada org pandang, kita kan boleh nmpk melalui ekor mata kan, hah cmtu la aku nampak mcm org tgh perhati je. Bulu roma tkyah cakap la dah terpacak dah. Lepastu tiba tiba dpt chat fb dari senior depan bilik ni, dia kata “jangan pandang belakang kt bucu dinding (yg dkt dgn tgkap aku cerita td tu), ada benda mata dia merah, badan dia besar berbulu panjang, tgh duduk pandang korang” zupppp habis baca terus rasa nak kencing, aku ngn lina dh saling pandang dah, tapi aku jenis degil kan, aku pandang juga ye memang betul apa senior tu cakap. Nafas dh mcm lari pecut hussain bolt dh wehh. Terus aku bangun on lampu. Hampeh betul kasar permainan dia. So malam tu mmg aku ngn lina xdpt tidur la kann, malam tu juga dengar orang berjalan hentak kaki yg mmg jenis orang badan besar. Lepastu dengar bunyi guli jatuh , dengar orang seret kerusi la. Logik ahh main guli, seret kerusi tgh tgh malam tu kann. Mmg xtidur wehhh, smpi esok paginya. Bukak la surah yasin, ayat kursi 3qul semua laa. Mmg xdpt tidur la malam tu.

Kemuncaknya esok ptg tu, balik dari kerja (praktikal) dh petang time tu dekat maghrib dahh. Dah mandi Ah siap siap nak solat bagai kann, lina ni tgh bergayut dgn boypren dia. Aku nak solat nak bentang sejadah bagai, dah nak angkat takbir dah, tiba tiba kt sejadah tu timbul something seolah olah tulisan cina xcina siam xsiam entahla xtahu la bahasa apa tu, makin lama makin tebal tulisan tu, Allah sumpah terkejut time tu, tp yg perasan ada no rumah kiteorg. Apa lagi terus bungkus masuk plastik jela sejadah tu. Yg lain dh start cuak, ada yg dh nangis. Then xtunggu lama dah, kiteorg amik apa ptot pastu keluar rumah pergi rumah mmber si senior ni kt tgkat bawah. Time tu dh habis isyak dah, aku ngn lina apa lagi pergi surau kt bawah tu nak cari orang surau la kononnyaa, tp surau dh kosong. Tapi kebetulan ada pakcik ni kt belakang surau tu tgh dukung cucu dia. Aku ngn lina terus Ah pergi kt pakcik ni, tiba tiba cucu dia menangis kuat gilaa, aku pelik Ah, then pakcik tu cakap ada benda mengikut kiteorg. Rupanya aku bukan dgn lina je time tu, tapi bertiga. Ada kat blkg aku. Allah time tu dh xtahu nak cakap apa dahh. Pakcik tu suruh ikut pergi rumah dia, kiteorg pon pergi laa kebetulan pakcik tu pandai ubat ubat benda cmtu. Kiteorg bbawak pkcik tu pergi rumah kiteorg, smpi je dia ckp ada benda dalam rumah tu, ada orang hantar. Pakcik tu bawak geng2 surau dia, so ramai la kan, pastu tiba tiba jiran sebelah kiteorg keluar rumah marah2 kiteorg, buat apa ramai ramai depan rumah dia.

Kiteorg mmg xbertegur dgn jiran tu sbb dia scary. Haha. Mcm sesuatu so xberani Ah nk tegur. Jiran ni sorang laki sorang pmpuan, yg laki tu keluar pastu terus masuk rumah kiteorg tgok tgok keliling pastu dia masuk bilik aku and guess what, dia pandang tepat kt tempat kiteorg jumpa rambut bergumpal tu, then dia bengis keluar bilik tolak pintu pastu cakap mana ada hantu, korang yg jd hantu kot. Menjerit2 tk tentu pasal. Kiteorg trus pelik sebab mana ada kiteorg sebut ada hantu ke apa kt dia. So nampak sgt kan? Koranng faham kan?? Lepastu pkcik and the geng azan kt setiap penjuru bilik, pastu tabur garam keliling rumah tiba tiba bau busuk sgt keluar tp lepas bape minit bau tu terus hilang.alhamdulillah pakcik tu cakap benda tu dah keluar dari rumah. Pakcik tu cakap ada orang hantar, orang tu dengki dgn kiteorg, tapi jgn risau sebab pakcik tu tahu siapa hntr. Keluar je dari pintu rumah tu, pakcik tu pandang rumah jiran sebelah then dia cakap hati hati dgn org sebelah tu,jgn pandang mata dia jgn tegur dia. So dari situ kiteorg tahu la siapa yg hantar benda tu. Start dari haritu semua pulih mcm biasa.alhamdulillah. ikhtibar dia, korang jgn rasa semua suka korang, pastu pilih rumah sewa yg nk duduk tuu.jgn main masuk je. Dan kalau nak jadi peramah tu biar bertempat, kalau duduk rumah sewa tu jaga la adab juga adab berjiran, senang cerita jaga segalanya laaa And sorry sebab confession pnjang sangat.padan muka.hahaha.tapi semua based on true story.trust me. Tq sebab baca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 12:45 PM | Show all posts
dondangdendang replied at 19-9-2016 12:20 AM
TT, sori ada selingan kat sini....aku jumpa cita ni kat IIUM smlm. aku share kt sini je la...sama U  ...

hahahhahahahahaha..amboihh siap selingan..tp tak pernah dgr atau terbaca lak story ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 05:39 PM | Show all posts
Edited by schha at 21-9-2016 11:39 AM

...SAMBUNGAN: "KEANGKERAN SEBUAH OFFICE"...

Cuba korang scroll balik masa mula2 aku nak start story kes office ni. Aku ada mention, kejadian masih lagi berlaku pada 26.2.2016. Yes, aku akan cerita kejadian yang berlaku pada 26.2.2016. Untuk pengetahuan korang, pada hari kejadian yang masuk office cuma Aku dan Ms. Anne je. K.Nura masuk lewat sebab ada urusan personal yang perlu diselesaikan. K. Umi pulak EL. Jadi pagi tu, Ms. Anne yang sampai office dulu. Al-maklumlah rumah aku antara yang paling jauh dan selalu stuck dalam traffic jam. So kebiasaan aku akan sampai lewat berbanding yang lain.

Masuk-masuk je office, aku terus menuju ke bilik aku yang terletak di bilik 2 (sila rujuk sketch). Tak sampai 5 min panas punggung, aku dengar doorbell dan aku dengar Ms. Anne bukak pintu. After that aku dengar Ms. Anne pelawa client masuk di bilik  meeting. So dari situ, aku sedar bahawasanya Ms. Anne tengah attend client jadi aku kena alert dengan bunyi telefon dan jugak doorbell (sebab tak cukup staff aritu). Tengah buat kerja tu sesekali aku toleh keluar, kot la si Ms. Anne perlu bantuan aku untuk fotostat ke apa ke kan. Then, aku dengar Ms. Anne berjalan ke stationery. Selalunya kalau dah ke stationery, mesti dia nak amik envelope untuk masukkan dokumen dan diberi kepada si client tadi. Lepas je amik envelope, Ms. Anne pun masuk semula ke meeting room tadi. Tak lama lepas tu, tetiba aku nampak ada sesusuk tubuh dibalik tingkap nako di bilik aku. Meja aku memang mengadap ke tingkap nako tu. Melintas dari arah depan nak ke  bahagian belakang. Melintas laju. Cumanya aku tak perasan sama ada client atau Ms. Anne yang melintas. Aku tunggu jugak bunyi-bunyian yang ada. Samada bunyian tersebut datang dari stationery atau pintu belakang dibuka untuk ke pantry/toilet. SENYAP. Tak ada langsung bunyi yang aku dengar lepas ada orang melintas depan bilik aku tu. Hanya kedengaran suara hilai tawa client dan Ms. Anne di bilik meeting. Tak lama lepas tu, client nak balik dan Ms. Anne pun hantar la client ke pintu utama. Elok je client keluar, aku tanya Ms. Anne:

Aku: tadi u ada pergi stationery kan?(Ms. Anne angguk). Lepas pada tu, u ada pergi lagi tak?
Ms. Anne: takde la. I amik envelope je ma. Lepas tu i masuk meeting room balik. Why haaa?
Aku: client ada p toilet tak? (nak kepastian)
Ms. Anne: takde pun. Dia dalam bilik meeting jela.
Aku: client tu tua ke muda?rambut dia kaler apa?(sebab aku tak nampak client tu,hanya dengar suara dia je dr dalam bilik)
Ms. Anne: Aiyoooooo..Madame P***** laaaaaa..tua la rambut putih!! U dah kenapa sha? (client tu memang sgt tua dan aku kenal client tu, badan bongkok sikit dan jalan pun lambat)

Aku tak puas hati jadi aku cerita apa yang aku nampak. Tau pulak Ms. Anne tu takut. Sebab apa yang aku nampak tu memang 'seseorang berambut hitam'. Panjang ke tak tu aku tak pasti. Yang pasti hitam. Yg amoi tu pulak rambut dia blonde. Bukan hitam. Dah tu siapa pulak yang rambut hitam kat situ???hmmmmm..

Esok tu kecoh la budak2 ofis ni cakap aku ada nampak benda kat ofis ni. Kebetulan waktu tu (bulan tu), laki  aku tengah berubat sesuatu dengan seorang ustaz ni. Jadi budak-budak ni kirimlah ke aku untuk cek sekali apa yang berlaku kat ofis ni. Mula-mula Ms. Anne tak bagi aku cek. Sebab takut benda lain pulak jadi. Setiap minggu laki aku ada rawatan dgn ustaz tu, tapi tiap kali tu aku delay. Sampailah hari terakhir laki aku nak p berubat, bila dah settle hal laki aku, barulah aku ada keberanian nak tanya ustaz tu pasal office.

Seperti yang dijangkakan, memang ofis aku ada sesuatu. Kata ustaz, benda tu dah lama dah duduk kat sini. Sejak zaman dulu lagi, katanya. Makhluk tu Islam. Muhammmad nama dia. Dah tua tapi badan tegap. Tempat dia di area kawasan luar (meja 3,4 dan 5). Kata ustaz lagi, benda tu takkan kacau kita, tapi dia tak suka kita kacau waktu dia (ie petang nak ke maghrib). Sebab ustaz kata, Muhammad nak mengaji dan buat urusan dia waktu tu. Sebab tu kadang-kadang berlakunya benda-benda pelik sekitar waktu petang. Dia tak suka kami ada di ofis diluar waktu kerja kami. Menurut ustaz lagi, Muhammad memang suka intai orang buat kerja. Lagi-lagi aku, main cak-cak gitu, kata ustaz. urghhhhhhh. Sakit jantung aku. Patutlah selama ni macam rasa diperhatikan je kalau aku buat kerja dalam bilik. Dan benda tu, menurut ustaz lagi, dia kadang-kadang sengaja buat bunyi-bunyian sbg contoh di mesin fotostat, main tutup bukak pen, bunyi kertas diselak. Sebabnya dia nak kita tau kehadiran dia. Jadi, kita tak boleh buat sesukati hati je.  Kena sentiasa beringat. Ada makhluk lain yang didiami alam lain. Haaaa itu je detail yang aku tau dari ustaz. Tapi nak habis tu, ustaz ada tanya aku ada apa-apa ke nak cakap. Aku kata, bagi pihak kawan-kawan ofis minta supaya benda tu tak mengganggu la kami-kami ni buat kerja. Sebab kami pun carik rezeki kat situ, takde niat tak elok. Then ustaz suggest, 'Muhammad' tu dipindahkan ke bahagian belakang (pantry) supaya kami tak rasa takut. Tapi ustaz pesan lagi, limit time hanya pukul 6.30 sahaja. Banyak kerja ke tak, 6.30 kena balik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 21-9-2016 11:40 AM

Ada 1 benda lagi aku tanya ustaz, aku just nak tau samada bos aku tau atau tak benda ni ada dekat ofis kami. Yela sebab bos aku selalu sorang2 je kat ofis kalau waktu lunch. So bila kami-kami keluar lunch,dia selalu akan duk sorang2 kat ofis. Bila kami balik lunch,barulah dia akan keluar p bank atau p makan. Always like that. Dan kami semua yakin,mesti kalau sorang2 bos aku akan dengar bunyi2an di ofis tu. Tapi menurut ustaz, bos aku memang tau. Dan dia ada cara dia sendiri la untuk protect office tu (menurut pemahaman aku,mungkin maksud ustaz,dia ada 'sifu' dia sndr,so dia akan buat ikot cara sbg sorg beragama buddha).

But alhamdulillah,lepas ustaz tu 'pindahkan Muhammad', dah kurang perkara2 pelik berlaku kat kami. Dah kurang dah bunyi2an tu. Bukan aku je rasa cmtu, but the rest of us pun realised benda tu. Cuma tu jela,depa lak takut nak p pantry. Kalau nak g makan kat pantry, mesti nak sendal pintu belakang tu supaya tak rasa takut. Aku ada juga minta ustaz pindahkan dia ke tempat lain,ustaz kata Muhammad taknak keluar sbb tu tempat dia sejak berkurun dulu. Cuma dia boleh berpindah kawasan sahaja, tapi dengan syarat mesti dalam kawasan ofis juga. Nak buat camne kan,tu the best yang aku boleh bantu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan berkenaan dengan 'benda' yang aku nampak di bucu meja dan 'benda2' lain yang menyerupai perempuan (sila refer story aku sebelum ni),ustaz kata 'itu' semua singgah sahaja. Memandangkan office aku ni kat atas (tingkat 2 - merupakan paling atas),ustaz cakap office kami ni merupakan 'laluan' makhluk2 halus di alam lain. Jadi tak heranlah kalau kami kadang2 ternampak 'benda' lain kt situ. Singgah/lintas je semua tu. Lepas tu 'dorang' blah. Cuma Muhammad sahaja yang 'menetap' disitu. Ustaz pun dah cuba bantu kami sebaik yang boleh supaya kami boleh carik rezeki dengan tenang tanpa gangguan2 dari 'benda2' tu. Hopefully lepas ni takde lagi lah. Tak sanggup deknon. Pasang niat je. Kita carik rezeki,bukan buat benda tak elok pun kan..

Wallahualam.

-TAMAT- **buat masa ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
nak story lagi ke??ke dah cukup?kalau ikot list ada lagi ni..hiksssss
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 08:37 AM | Show all posts
schha replied at 20-9-2016 06:32 PM
nak story lagi ke??ke dah cukup?kalau ikot list ada lagi ni..hiksssss

lagi lagi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 09:51 AM | Show all posts
schha replied at 20-9-2016 06:32 PM
nak story lagi ke??ke dah cukup?kalau ikot list ada lagi ni..hiksssss

of cos la story lg....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2016 11:17 AM | Show all posts
Memang rase seram kn kalau ade sesuatu kt ofis..kadang fail jatuh pn rase nak melompat
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 04:04 PM | Show all posts
schha replied at 20-9-2016 06:29 PM
Dan berkenaan dengan 'benda' yang aku nampak di bucu meja dan 'benda2' lain yang menyerupai perempua ...

aci dak kalu aku teka pejabat ko ni legal firm and ko keje sebagai loyer or LA skrg ni hihi

tak tau lah betul ke tak. aku just agak dr citer ko hihi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2016 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
LautBiru52 replied at 21-9-2016 03:17 AM
Memang rase seram kn kalau ade sesuatu kt ofis..kadang fail jatuh pn rase nak melompat

hahahaahaahahhaahhaahah teringat ada 1 kejadian ni..jadi waktu awal pagi..masa tu sha dgn k.umie je baru sampai ofis..pagi2 kan super sunyi,alih2 dgr bunyi mengais guna kuku..kuat gila..kteorg dah cuak egtkan bunyi 'benda' tu nak kacau..k.umie pulak muka dah biru,then dia menjerit..rupanya2 angkara si tikus durjana masuk ofis kteorg tanpa izin..siot betol!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2016 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
MMISS replied at 21-9-2016 08:04 AM
aci dak kalu aku teka pejabat ko ni legal firm and ko keje sebagai loyer or LA skrg ni hihi

tak ...

aku mampu ber huhuhuhuhuhuhuhu je        
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.137127 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list