CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

  [Copy link]
Post time 28-9-2016 12:47 PM | Show all posts
geram pulak aku dengan si afiq tu..tak sabar nak tau ending dia tt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2016 02:31 PM | Show all posts
Edited by schha at 28-9-2016 06:45 AM
kattzz replied at 28-9-2016 04:47 AM
geram pulak aku dengan si afiq tu..tak sabar nak tau ending dia tt...


memanggggg..kteorg pun semua bengang dengan attitude dia,sakit hati semua..dah brainwash pun masih cmtu gak..tapi kita taktau what he is going through,taktahu apa yg dia rasa n taktau punca kenapa dia jd cmtu..takpe nnt tt akan cerita sampai habis story ni k..

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 03:01 PM | Show all posts
fuh..baru abes bace.tak perasan dah sampai page 20.

hashtag#ajk SR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2016 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 28-9-2016 07:17 AM

...Sambungan: CINDAI...

Sementara nak tunggu ustaz tu sampai di hotel, ttiba 1 hotel blackout. Tapi memandangkan waktu tu lebih kurg pukul 1 pagi,mungkin most of the guest dah tidur dan tak sedar apa yg berlaku. Takde pulak dgr kecoh2 dari guest yg lain. Cuma mak aku tersedar bila blackout tu sbb baru nak terlelap (sbb tunggu bapak aku tak balik2 dr tadi),tapi mak malas nak jenguk keluar. Plus adik aku yg kecik pun dah tidur. Naseb baik bilik mak abah facing jln raya. So mak bergantung dgn cahaya dr lampu jalan raya. Tapi x lama pun. Dalam 5-10 min cmtu. Busu kata mcm 'benda' tu nak takut2 kan depa sbb panggil ustaz.

Menurut busu, bila ustaz dah sampai, eisya masih lg duduk diam dan dalam keadaan sugul. Eisya duduk bersimpuh kat bawah. Ustaz mengadap eisya. Sebelah eisya,busu. Bila ustaz nak mulakan 'rawatan' ttiba si eisya jadi sedih. Dia mcm nak menangis,kata busu. Ustaz masih lagi baca ayat2 suci al-Quran. Tetiba eisya pandang busu (masih dalam keadaan sedih) dan cakap 'mak..mak..kita cantik tak mak??kita cantik kan mak??'. 'Eisya' boleh panggil busu dgn panggilan 'mak'. Lepas tu sambil berjujuran air mata, si 'eisya' ni bgn (sambil menari dan kibaskan2 jubah dress yang kembang tu)..'Mak..kita cantikkan mak??Tapi kenapa orang ckp kita tak cantik?Cantik ke kita mak??' Busu pun takut2 berani busu cakap 'cantik..'. Pastu busu nampak ustaz bagi isyarat supaya jangan layan 'eisya'. Lepas tu, 'eisya' terus cakap lagi..'Mak nanti kita pergi berhias ye mak..biar semua orang terperanjat tengok kita dah cantik..'. Si Afiq waktu ni dah menangis dah busu kata. Taktahu lah dia takut ke dia sedih ke,tapi dia memang menangis.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2016 04:18 PM | Show all posts
Edited by schha at 28-9-2016 08:50 AM

Ustaz pun mulakan sesi 'interaksi'. As usual, ustaz minta 'eisya' perkenalkan diri. Dan dengan confident serta gaya yang ayu, si eisya cakap nama dia 'CINDAI'. Busu kata meleret dia sebut 'cindai' tu. Perghhhhhhhhhhhhhhhh!! (Waktu busu lakonkan balik, busu buat gaya 'Cindai' tu). Meremang beb!! Ustaz pun cubalah berinteraksi dengan si Cindai ni. Antara perbualan yang busu ingat dan cerita kat aku:

(Perbualan ustaz dan cindai dalam bahasa indonesia - tapi aku bagi ayat yang mudah faham)

Ustaz: Kenapa kau kacau budak ni?
Cindai: sebab aku kesian. Dia sedang bersedih. Hatinya hancur.
Ustaz: Jadi apa mau mu?
Cindai: aku mau dia tidak lagi disakiti. Aku mau dia disayangi dan dihargai. Kalau kamu semua tidak tahu menghargai, biar aku saja yang lindungi anak ini!
Ustaz: Kamu tiada hak, alam kita berbeda. Jadi, lepaskan anak ini!
Cindai: boleh. Tapi dengan 1 syarat. Aku mau dia (tunding jari dengan pandangan yang tajam dekat afiq) berjanji sama ku, yang dia tidak akan sesekali menyakiti dan meninggalkan anak ini!

Afiq spontan mengangguk (dalam keadaan tersedu-sedan).

Cindai: Berjanji pada kuuu!!!
Afiq: Ya. Aku janji.

Ustaz waktu ni dah terkumat-kamit baca ayat suci al-Quran. Tetiba 'eisya' rebah. Ustaz cuba pulihkan semangat si Eisya, dan alhamulillah Eisya tersedar dan dia dalam keadaan terpinga-pinga. Mana taknya, alih-alih dia dalam bilik orang lain dan dikelilingi ramai orang. Menurut bapak aku pulak, waktu interaksi tadi, kalau siapa 'bernasib baik' memang akan nampak wajah sebenar Cindai yang berwarna hijau tu. And ada la 2,3 orang pakcik aku pun nampak benda yang sama.

Bersambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2016 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
...SAMBUNGAN: CINDAI..

Lepas je eisya dipulihkan,ustaz panggil pakcik2 aku (termasuk bapak aku) untuk bagitau apa sebenarnya yg berlaku. Ustaz pun bgtau yg si cindai tu dtg dari sungai. Barulah depa ni teringat yang eisya ada mandi di sungai petang semalam. Patutlah kemain dia nak mandi tengah2 malam walaupun di tegah oleh busu. Rupanya si cindai tu memang dah biasa dengan air. Ustaz tambah lagi, eisya ni jiwanya tengah lemah dan tengah bersedih,jadi adalah 'laluan' yg memudahkan untuk benda tu masuk dan menguasai diri dia. Salah sorg pakcik aku tanya,'benda' tu boleh ikut ke balik ke Malaysia?Depa ni takutlah jadi pape kan. Tapi ustaz gtau, 'benda' tu takkan boleh ikut kalau kita tak bawa. Dan 'benda' tu tak boleh rentas sempadan/laut/benua (yg ni aku tak berapa jelas sebenarnya. Ikut pemahaman aku,mungkin sebab kita nak rentas laut,sebab tu 'benda' tu tak boleh ikut. Correct me if im wrong). Sebelum beredar,ustaz ada pesan juga ,kalau boleh jangan bagi eisya tengok cermin utk masa terdekat. Jadi, si busu dgn makcik2 aku yg lain pakat2lah tutup segala cermin dlm bilik hotel tu sementara nak checkout pukul 4 satg.

Selesai je semua,depa pun cepat2 balik bilik memasing utk pack barang dan get ready untuk checkout. Penat pun nak taknak terpaksa hadap jugak. Elok pukul 4am,semua berkumpul kat lobi. Waktu ni mak aku kata,hanya mak aku dan ada bberapa makcik je yg nampak fresh sbb tak terlibat dgn 'hal' tadi. Yang lain semua nampak lemau. Tapi masa nak balik ni pun, masing2 risau dan gelisah. Bukan apa,menurut busu laluan nak keluar dari hotel ke airport akan lalui kawasan2 hutan dan gelap. Takut apa2 terjadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-9-2016 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Waktu nak balik ni,mak aku masuk 1 MPV dgn eisya dan afiq. Mak aku ni taktau apa yg jd sebelum tu. Tak rasa apa2 pun sebab taktau cerita. Masa dlm MPV, mak abah n adik aku duduk di bhgn depan. Di bahagian tengah, Afiq zali dan eisya. Dan seat belakang ada 2 org cousin aku. Masa ni,si eisya duduk di tepi tingkap. Elok je dah gerak, eisya mcm dah tak senang duduk. Alih2 dia suruh supir benti kan kenderaan. Kononnya dia kata ada 'orang' panggil2 dia. Gila kau! Tengah2 hutan pulak dia kata 'orang' duk panggil dia. Supir yg memang dah tau apa yg jd,bt dek je. Mak aku kata,afiq da bisik2 kat bapak aku. Pastu bapak aku arahkan si eisya dan afiq bertukar tempat. Afiq duduk di tepi tingkap,eisya di tengah2 di apit oleh zali dan suaminya sndr, si afiq. Mak aku tambah lagi, waktu ni mcm2 bunyi ada. Yang paling ketara,bunyi cermin dicakar2 (pakai kuku) selepas eisya gtau ada 'orang' panggil dia. Allah..takut mak aku. Nasib baik adik aku yg kecik tu mcm mamai2. Kalau tak mesti dia dah menangis ketakutan.

Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 11:06 AM | Show all posts
TT sambung pliss..nak tahu ending die..
best story tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 12:22 PM | Show all posts
seramnye... pandai tuan tanah mengarang...
tak sabar nak baca sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 01:33 PM | Show all posts
best best best
nanti sambung lagi ek!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:03 PM | Show all posts
sambung plz tt
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 10:53 AM | Show all posts
busu tu laki ke pompuan...

nape afiq buat bini dia mcm tu..bende2 halus ni mmg sng nk meresap pada jiwa yg lemah..bende tu pon tau yg eisya sedih..luaran nampak je hepi..dalaman kita tak nampak..siap suruh janji pulak hepikan bini..bnde tu pon tau...atau hanya mainan benda tu nak merosakkan rumahtangga diorng?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Seriaunya... dahlah kat tempat orang. Jadi pula benda macam ni... .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2016 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
maniss replied at 29-9-2016 03:06 AM
TT sambung pliss..nak tahu ending die..
best story tt

tq..stay tuned okayyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2016 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cikputeh82 replied at 29-9-2016 04:22 AM
seramnye... pandai tuan tanah mengarang...
tak sabar nak baca sambungan...

saja nak share story..hehehehe ok..tunggu satg malam kte story-mory ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2016 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tsuza replied at 30-9-2016 02:53 AM
busu tu laki ke pompuan...

nape afiq buat bini dia mcm tu..bende2 halus ni mmg sng nk meresap pad ...

wallahualam..taktau la sebab musabab kenapa..ada hikmah la tu kot yg Allah nak tunjuk..

btw..busu tu perempuan awak..kita ada mention masa 1st story pasal salasilah keluarga sebelum ni..hehehehwh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2016 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
....SAMBUNGAN: CINDAI...

Alhamdulillah..akhirnya depa selamat sampai ke airport padang walaupun si eisya bentak2 gtau ada 'orang' panggil dia sampaikan cousin2 termasuk mak ayah aku terpaksa tenangkan dia. Egtkan kejadian terhenti setakat tu. Rupa2nya kejadian pelik masih lagi berlaku.

Sampai je di airport Malaysia, si eisya ni mcm runsing je,menurut busu dan mak aku. Serba-serbi mcm tak kena. Jadi bila sampai di airport,mak abah n adik aku berpecah la sbb rumah ditempat lain. Tapi ahli keluarga lain,tinggal di area yg sama,jadi mereka semua balik sekali. Apa yg aku story selepas ni,memang 100% sumber dari busu,makcik aku dan sorg cousin aku (yg ketiga2 ada sewaktu trip) tanpa penglibatan story dr mak ayah aku dah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2016 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik aku (pak mertua eisya) adalah tanya pendapat adik-beradik psl kes eisya dgn afiq ni. Dia betul-betul risau kalau eisya mengadu ke mak ayah dia apa yg terjadi kat sana dan dlm masa yg sama dia cuba nak tenangkan afiq dan eisya ni. Sebabnya, si afiq masih lagi berperangai 'dingin' dgn eisya walaupun semalam kemain lagi dia menangis bagai dpn si cindai tu. Jadi,pakcik aku yg handle trip bagi suggestion kena 'pisahkan' eisya sementara dari afiq. Tujuannya cuma 1. Taknak keruhkan lagi keadaan suami isteri tu. Jadi,pakcik aku fikir,dalam masa yg sama,pakcik aku ley tarbiah si afiq,dan pakcik/makcik yg handle trip ni boleh nasihat si eisya. Plus,pakcik aku taknak segala hal yg terjadi (cerai-berai) sampai ke pengetahuan makcik aku dirumah. Takut kena heart attack pulak org tua tu kang. Afiq pun takde bantahan pun bila pakcik aku suarakan utk bawa eisya balik ke rumah dia. So bila eisya diberitahu bahawa dia akan dibawa ke rumah pakcik aku,alih2 dia habaq dia nak amik barang2 dan kain baju dia (eisya menetap dirumah mertua). Sebelum sampai ke rumah,pakcik aku ni dah kol anak2 yg lain supaya tutup cermin dengan kain,seperti yg diarahkan oleh ustaz sewaktu di padang.

Sesampai je depa ni dirumah,afiq terus meluru masuk. Waktu ni busu sedang cuba pujuk si eisya (diluar rumah) supaya tenang dan jangan sampai ke pengetahuan ahli keluarga lain apa yg terjadi di padang. Elok je mereka sembang diluar,alih2 depa nampak si afiq p letak beg baju eisya diluar rumah. Terkejut la depa2 kat depan rumah tu. Apalagi,si eisya terus meraung2 suami dia perlakukan dia mcm tu. Padahal pakcik aku nak pisahkan sekejap je. Bukan halau si eisya tu. Tergamak afiq. Dan menurut busu lagi,eisya pun meluru masuk ke rumah dan terus ke dapur. Sampai dapur,dia capai 2 bilah pisau, dia nak tikam diri dia. Allahu..semua tergamam waktu tu. Eisya betul2 emosi. Semua cuba tenangkan dia. Afiq pulak membatu je mcm takde perasaan (heee kalau aku ada kat situ,dah lama aku luku kepala si Afiq tu). Bila keadaan tengah tegang tu,alih2 mak bapak eisya sampai dirumah pakcik aku. Rupa2nya touch down je Malaysia,eisya dah msg mak ayah dia suruh amik dia kat rumah pak mertua dia. Apalagi,mengamuklah mak ayah eisya tengok si Afiq perlakukan anak kesayangan depa sedemikian rupa. Hati mak bapak mana yg tak hancur tengok keadaan mcm tu. Busu kata,mak eisya paling teruk emosi sehinggakan dia terus heret si eisya keluar dr rumah tu. Pakcik-pakcik aku lak cuba terangkan keadaan dkat ayah eisya apa yg terjadi sebenarnya (termasuk bab eisya 'diganggu' cindai). Jadi ayah eisya kata,takpelah. Dia akan usaha ubatkan eisya petang tu juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2016 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok2 nak sorok dr pengetahuan makcik aku (mak mertua eisya),habis semua ahli keluarga berdekatan dah tau apa yg terjadi dekat afiq n eisya. (Depa ni duduk kwsn kg,jd rumah diantara ahli keluarga semua berdekatan kecuali keluarga aku). Kecohlah waktu tu. Kesian pakcik aku,nak tenangkan makcik aku lagi,nak jawab soalan itu ini lg dr org2 yg bertanya. Dengan nak tanggung malu dgn perbuatan anak jantan dia lagi (padahal waktu tu belom setahun jagung berumahtangga). Itulah pengorbanan pakcik aku waktu tu. Dugaan dia.

Jadi petang tu,alih2 busu dpt panggilan dr telefon bimbit si eisya. Tapi yg call bukan eisya,tapi ayah dia. Minta tolong busu cari luggage eisya yg dia bawa ke padang [waktu eisya dibawa pergi oleh keluarga dia,eisya hanya bawa handbag shj,luggage (bawa ke padang) dan bag baju (yang afiq letak diluar rumah) tidak dibawa sekali]. Busu pun cpt2 lah g cari dan alangkah terperanjatnya busu bila tgk ada 10 biji batu kecil (yg pelik dan unik bentuknya) ada dlm luggage eisya. Dan ayah eisya minta tlg busu bawa 10 biji batu tu ke kuala selangor -tempat keluarga eisya bawa si eisya ni berubat.

Sampai je di kuala selangor,barulah busu tahu oleh perawat tu bahawasanya ada 'sesuatu' yang mengikut eisya. Dari mana datangnya batu tu?Masih egt tak yg aku bgtau waktu depa ke danau??yg ayah aku baling2 batu dan yg lain semua ikut sama baling batu ke danau??Ye. Dari danau tu batu tu berasal. Rupa2nya tanpa pengetahuan yg lain,eisya dah ambil 10 biji batu tu tanpa izin. Sebab tu,walaupun cindai telah 'diusir', tapi masih lagi ada 'benda' lain yg melekat di eisya. Jadi lepas busu serahkan batu tu,busu kata perawat tersebut akan uruskan batu2 tersebut. (busu pun tak tahu perawat tu buat apa terhadap batu2 tu lepas busu serahkan batu tersebut).
Sejak dari tu,eisya dah pulang dan tinggal semula dgn keluarga dia. Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 04:55 PM | Show all posts
eisya dgn afiq terus tak berbaik ke?..hahaha...hokeyy aku ngaku yg aku xpuas ati gila dgn afiq ni..membara je..klu aku jd eisya tu aku kokak je otak afiq..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.140549 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list