CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

  [Copy link]
 Author| Post time 5-2-2017 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
10. Abang Hitam

Sebelum aku nak start short story ke 10 ni,aku nak recap sikit kat ampa la. Kot terlupa kan. As mentioned earlier,aku ada sorang adik kecik yang beza umur dengan aku lebih kurang 20tahun. Perempuan. Kisah yang bakal aku ceritakan ni berkisar pasal adik kecik aku tu la. Waktu kejadian ni, aku masih mengaji dekat U. Ampa pernah dengar pasal 'kawan ghaib'?. Haaa ini berlaku kat keluarga kami waktu ni. Agak scary juga la waktu tu sampai mak aku pun jadi takut.

Kalau nak ikutkan,masa adik aku baby lagi dah ada 1 kejadian berlaku kat dia. Waktu tu baru 7 bulan camtu. Dia menangis tanpa henti. Hanya berhenti time tidur dengan makan je. Waktu lain menangis sepanjang masa. Mata terbeliak ke atas. Kalau tidur dalam buai,kena tutup pakai kain sebab dia menangis sambil mata terbeliak ke atas. Kesian sangat aku dgn mak abah waktu tu. Setiap kali aku telefon mak,background kat belakang mesti dgr suara adik aku menangis. Hampir 2 minggu jugak keadaan camtu. End up bila dah tak tahan,bapak aku panggil pakcik aku seorang ustaz kat johor tolong datang rumah ubatkan adik aku tu. Bila pakcik aku datang,mengucap dia. Rupa2nya adik aku ada 'benda' nak ajak main. Kebetulan waktu tu bulan 7. Ghost month menurut kepercayaan kaum cina. Sebabnya jiran kami berbangsa cina. Depa sembahyang nenek moyang. So 'nenek' tu singgah agah2 adik aku kat buai.  Allah. Seram wei. Alhamdulillah lepas je pakcik aku ubatkan adik aku,terus dah tak melalak cam sebelum ni. Mak dgn abah pun dah boleh jalani kehidupan normal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2017 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tadi tu baru intro je tau..kikikiki. Kejadian pasal 'abg hitam' ni pulak berlaku masa tu adik aku baru 3 tahun camtu. Semua ni diceritakan oleh mak dekat aku. Semua ni jadi bilamana mak aku tengah masak kat dapur. Jenis mak aku ni kalau memasak,dia suka buka pintu belakang luas2 (rumah aku rumah teres). Nak bagi peredaran udara jadi rumah tak la berbau lauk,kata mak. Masa kejadian ni waktu zohor. Betul2 rembang tengah hari. Tengah mak memasak,adik yang kecik ni main dekat bahagian luar rumah sambil diperhatikan oleh mak. Kebetulan adik kecik aku ni suka kucing. Ada la kucing liar kat luar rumah jadi dia suka main dengan kucing2 kat luar rumah tu. Tetiba mak aku dengar dia cakap dari pintu dapur,'masuklah..'. Pastu dia meluru dekat mak aku sambil cakap..'mak 'kawan' adik datang,adik ajak dia masuk ea?..'. Mak aku ni malas nak layan,anggukkan jela sebab tengah masak kan. Lepas tu terus dia menuju ke ruang tamu. Mak aku dari dapur dengar la meriahnya dia menyembang dengan 'kawan' dia tu. Siap tunjuk permainan2 dia kat 'kawan' baru dia tu. Lama gak dia seronok berborak dgn 'kawan' dia tu sampaikan mak aku nak siap masak dah. Mak aku jadi tak sedap hati,panggil adik aku yg no. 2 tu pergi jenguk adik aku yg kecik tu kat ruang tamu. Adik aku yg no. 2 (dekna) ni pulak jenis garang. Bila nampak situasi gitu,terus dia sergah 'Kau suruh 'kawan' kau tu balik!' Membebel la adik aku yg kecik tu marahkan dekna sebab halau 'kawan' dia balik.

Kejadian tu tak henti kat situ. Mak aku cakap,setiap kali mak bukak pintu belakang, adik aku mesti ajak 'kawan' dia masuk rumah. Yang pelik,cuma dari pintu belakang je. Pintu depan tak pernah pulak adik aku tu jemput 'kawan' dia tu masuk. Memula mak aku cuma anggap adik aku tu cuma berimaginasi. Ala budak2 kan. Kadang2 depa create kawan sendiri. So mak aku tak port sgt. Tapi keadaan makin worst. Dia jadi taksub dengan 'kawan' dia tu. Dia cakap,hari2 'kawan' dia datang dekat pintu belakang ajak dia main. Sampaikan dia boleh bagitahu mak aku 'kawan' dia tu tak suka dekna sebab dekna selalu marah2. Jadi ada 1 hari tu,mak aku cuba la berborak nak tau camne 'kawan' imaginasi adik aku tu. Dia gambarkan 'kawan' dia tu hitam. Dia panggil 'kawan' dia tu sebagai abang hitam. Kenapa abang? Sebab menurut adik aku, 'kawan' dia tu dah besar. Haaaa kau.. terkejut mak aku. Tapi masa ni memang mak masih tak port. Masih anggap adik aku yg create imaginasi sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2017 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Memula,mak aku x cerita pun kat bapak aku apa yg jadi. Tapi ada 1 lagi kejadian yang membuat mak aku terkujat. Ada sekali tu,adik aku cerita la pasal 'abang hitam' dia tu kat mak aku. Tau apa yang dia cakap?. Dia cakap 'abang hitam' nak ajak dia kawen. Haaaaaa! Korang pikir sendiri la budak umur 3 tahun cakap camtu. Baru berbutir percakapan dah bercakap pasal kawen. Plus,siap cakap kat mak aku, 'abg hitam' sanggup tunggu dia besar utk kawen dengan dia. Terkujat mak aku dengar. Mak aku dah tau,something not right. Terus mak aku cerita dengan bapak aku apa yg jadi.

Ada sekali tu,mak aku saja test adik aku. Nak tunjuk kat bapak aku pasal 'kawan' adik aku tu. Mak aku saja tegur, arini 'kawan' adik tu tak datang ke?. Adik aku dengan selamba je dia jawab, 'kawan adik tu tak datang kalau abah ada. 'Dia' takut dengan abah'. Ahhhhh sudah. Memang sah ni bukan imaginasi adik aku. Memang betul dia ada 'kawan ghaib'. Kadang2 siap bagitau mak aku 'kawan' dia tu tengah duduk kat ruang tamu la,ada kat dapur la. Cuma adik aku bgtau,'kawan' dia tu tak berani masuk bilik mak abah. Sebab 'abg hitam' takut abah mara,dia cakap. Ya Allah seram wei. Pikir logik la,budak sekecik tu boleh cakap macam2 yang dia sendiri taktau apa makna kawen etc. Aku sendiri tak boleh nak digest.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2017 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku tambah lagi,dari apa yg mak aku korek,mak aku agak abg hitam tu keluar dan masuk hanya dari pintu belakang. Kemungkinan dia asal dari belakang rumah aku. Aduhaiiii seram la wei. Nak g dapur lepas tu pun aku jadi takut. Kisah pasal abang hitam ni jadi kat adik aku lebih kurang setahun camtu. Awal2 tu hari2 'dia' datang. Mak aku punyalah usaha untuk fahamkan adik aku yang 'abang hitam' dia tu tak wujud kat alam kita. Kami semua tak nampak pun 'abg hitam' tu,hanya dia je. Lama2 adik aku dah tak bercakap pasal 'abang hitam' tu. Huishhh lega. Sampai sekarang kami semua masih taktau memang betul ada 'abg hitam' atau imaginasi adik aku je. Yela,umur 3 tahun dah cakap pasal kawen kot. Korang rasa??hahhahahahahahaha..Wallahulam.

-TAMAT-
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang hitam... ingat abang minyak tadi.. petah  mulut adik 2 3 tahun dan pandai ckp.. anak koi belum pandai berborak lagi

Best... nak sambung g.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2017 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 5-2-2017 11:16 AM
Abang hitam... ingat abang minyak tadi.. petah  mulut adik 2 3 tahun dan pandai ckp.. anak koi belum ...

Masa tu percakapan baru berbutir..tu yg terkejut sampai boleh cakap pasal kawen n stuffs. Memang terkejut. Sebab mak ingat hanya kawan imaginasi je. Tapi kalau imaginasi pun i dont think boleh cakap psl kawen seawal umur 3 tahun. Siap boleh cakap abang hitam nak tunggu sampai dia besar n nak kawen dengan dia. Scary oh. Until now i tak berani sangat nak pergi belakang nak2 waktu malam. Lain macam rasa dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-2-2017 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan aku teramat bersyukur sebab adik aku tak pandai express kan apa yg dia nampak melalui lukisan. Sebab baru umur 3 thn kan. Baru dapat lidah orang cakap. Kalaulah waktu tu dia dah pandai melukisss,alaaa matilanak. Tak sanggup nak tengok 'abang hitam' dia tu cemana rupanya. Allah,mintak simpang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Schha budak uum kan?? Pasal perjanjian..pasal bawak naik bas...
Cuma masa saya kt sana..xdela pulak budak bunuh diri..yg ada student chinese kna raped n sudahnya jadi xbetul...tu kt area asrama kolej aseana....dalam tahun 2002....kalau schha student uum..saya ni super senior..sbb saya grad 2002..
Ops mod...sorry off topic...excited baca cter tt..keep it up tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2017 10:59 AM | Show all posts
parking dulu sini..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 05:18 PM | Show all posts
schha replied at 30-1-2016 12:15 AM
Boleh la kot aku conclude kepada mereka2 yg hencap tadi tu, bukan seorg reader yg membaca dengan bet ...

HAHAHAHA... U GO GIRL!!

org ni sedap je nak menghencap....kibod warrior ...dah name pon pengalaman sendiri kan...die pikir semua org akan lalui ke??? alahai benaknye....keje dgn Universiti pon benak ke???

orang yang tak penah kena....tak pernah lalui dan x beriman, die mmg akan argue bende2 mistik yang berlaku....die lupe atau mungkin tak sedar atau die tak cukup membaca atau mmg die bodoh secara bertingkek2, yang dalam dunia ni bukan hanya ade kite je.... bende dah tertulis dalam quran...and die nak deny? lu pikir la sendiri lu punye iman kat mane? *ni ditujukan utk penghencap tu la...bukan TT....hihihi

nak bace...bace...nak percaye atau tak? terserah la kan,....yg melalui...yg merasa tu kite....

aku baru je melepak kat thread ko ni TT ..... arini agak free so rempit brape page smpai yg ke TT naik hangin ni.... AHAHAHAHA!! i feel you!

bukan semua org dlm dunia ni bertuah nak merasa "pergi" atau "melihat" ke "dunia" yang lain.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2017 02:43 PM | Show all posts
siape_aku replied at 17-3-2017 09:18 AM
HAHAHAHA... U GO GIRL!!

org ni sedap je nak menghencap....kibod warrior ...dah name pon pengal ...

ya Allah padunyaaaa hentaman kepada penghencap2 itu, terima kasih..puas rasanya bila ada yang memahami..depa yang suka cakap besar ni belum 'merasa' lagi..esok lusa dah 'terkena', tahu la langit tu tinggi ke rendah..HAHAHAHHAHAHAHAHAHA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2017 02:45 PM | Show all posts
Assalam n hi..egt aku lagi tak? Ni aku baru teringat ada lagi short story belum bukak lagi ni..nak open tak?hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila open.lama x baca cerita best sini
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai Tt..lama dah X Sambung Cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahhahahhahaha ada je ni..kalau ari2 kang org bosan lak..ok short story bole kot kan??
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi @scha... short story pun short la..janji hado cito yi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 10:22 AM | Show all posts
Schha....... lama giler tak baca story ko... hehe.. almaklum la visit forum kdg2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 11:01 AM | Show all posts
nak... sila story sekarang.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 12:03 PM | Show all posts
kipidup tt..
aku njoy jek baca kisah2 kau
kpd penghencap xbertauliah...
mahapkan jela tu lebih baik tt...
kurang sikit beban die nanty...hahaha

kite njoy2 je...masuk plak makhluk2 serupa ini, bikin hilang mood wooo
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 01:01 PM | Show all posts
schha replied at 5-2-2017 09:12 PM
Dan aku teramat bersyukur sebab adik aku tak pandai express kan apa yg dia nampak melalui lukisan. S ...

kalo abg itam dia tu cm patah amir cmner?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.066645 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list