JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
94211
View
670
Reply

Exclusive! Based on true events

[Copy link]

Author: schha    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 7-1-2016 01:41 PM | Show all posts
schha replied at 7-1-2016 01:19 PM
Setakat 4 tahun saya belajar situ, menurut kata orang kuat hostel tu sendiri kepada saya, katanya  ...

owhhh...terima kasih bagi info...

al fatihah buat kawan T.T....

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 5-1-2016 03:40 PM
oh kita lupa cerita kak, kadang-kala di bahagian review juga kakak akan dapat tips yang baik, cont ...

tlg sajes hotel yg tak angker kt melaka n pahang bleh tak. takat ni tak pernah kena lg tp xkn asik nk nginap kt tmpt biasa kn, nk gak  rasa hotel lain plak
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 7-1-2016 02:23 PM
Suchi replied at 7-1-2016 01:47 PM
tlg sajes hotel yg tak angker kt melaka n pahang bleh tak. takat ni tak pernah kena lg tp xkn asik ...


kalau di pahang, keluarga kita pernah duduk swiss garden kuantan dan beberapa kali di lanjut golden beach resort rompin.. Alhamdulillah tiada pengalaman menyeramkan.  

Yang lanjut tu keluarga kita mesti book chalet kayu yang landed tu. Boleh muat dua keluarga chalet tu. Tapi jalan ke dalam sikit hotelnya, dan jika nak keluar berjalan malam-malam agak susah disebabkan tiada kedai-kedai berdekatan. Tapi ni dah 3-4 tahun lepas.. swiss garden dalam 2 tahun lepas kita pergi.

kalau suchi baca benang hotel berhantu tu, nama swiss garden kuantan macam pernah disebut di situ.. mungkin ada sesetengah bilik yang bermasalah agaknya tapi kita pergi empat keluarga dulu, dapat bilik-bilik yang berjauhan antara satu sama lain tak pula mengalami apa-apa.. kalau nak book, cuba tanya-tanya dulu front desk bilik mana yang ok. yang eloknya swiss garden ni sangat mudah nak cari makan luar.

kalau di Melaka, ada beberapa yang kita pernah cuba dan Alhamdulillah tak berlaku kejadian tak elok:
Hotel bayview melaka dan hotel hallmark di kawasan bandar melaka. D Nelayan beach resort dan homestay teluk gong kalau pergi ke kawasan pangkalan balak. Ada juga kawan-kawan yang cadangkan hotel pantai puteri.

Sebenarnya kalau ke melaka, kita teringin nak cuba hotel-hotel butik baba nyonya, tapi apakan daya belum ada keberanian lagi, disebabkan bangunan hotel agak lama dan biasanya bilik-bilik hotel butik agak terhad
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-1-2016 02:49 PM | Show all posts
Edited by schha at 7-1-2016 04:01 PM

........SAMBUNGAN 'ADA APA DENGAN RUMAH SEWA?'.................

Biasalah..orang dah excited kan, mananya nak siasat itu ini, lagi-lagi orang yang terdesak macam aku. Pakai redah jela pun. Tapi owner rumah memang tahu yang kami ni student and akan menyewa dalam tempoh setahun je lagi. Dia siap bagitahu, 'kalau rumput ni panjang (sambil refer ke tanah kosong tepi rumah, tapi ada rumput macam rumput golf), hampa biaq ja na. Nanti pakcik mai, pakcik mesin rumput-rumput ni'. At that time, aku akui la kata-kata kawan zati yang rekemen rumah ni bahawa, owner rumah ni memang sangat-sangat la menitikberatkan penjagaan harta benda. Sebab kalau ikotkan, itu tanggungjawab kami la kan sebagai penyewa untuk bersihkan rumah atau potong rumput ke apa ke. Even kami ni student, and of course takde mesin rumput, boleh je kot nak upah orang mesin rumput-rumput tu. Tapi aku ni bersangka baik jela kat pakcik tu, mayb dia kesian ke kami kalau nak mesin rumput bagai. Dia tau, student bukan ada duit dan masa pun nak buat semua tu, aku buat andaian. Aku anggarkan pakcik ni berumur dalam 60 tahun.

Lagi 2 hari je nak masuk rumah baru, zati ada inform aku yang Mekti ni nak mai kerja kat negeri tempat kami belajar ni dan nak menyewa sekali dengan kami. Waktu ni Mekti dah grad and taknak kerja kat Terengganu. Nak merantau lagi syok, katanya. Ahhhh tak kisah la..lagipun bagus juga, kata aku. Bukannya aku tak kenal si Mekti ni. Plus dapat la kurangkan bebanan aku untuk bayar rumah sewa ni kalau menyewa ramai-ramai. Basically rumah ni ada 3 bilik, master bedroom, bilik tengah dan bilik belakang. Pintu masuk master bedroom dengan bilik tengah ni berhadapan. Dan bilik belakang pintunya menghadap dapur. Bilik air pulak ada 2, 1 dalam master bedroom, 1 lagi di sebelah bilik belakang.

Memandangkan zati dan eja ni berkawan baik, mereka memilih untuk stay master bedroom. Aku pulak pilih bilik tengah dan Mekti pilih bilik belakang. Excited kemain kami ni waktu pindah rumah. Tapi barang-barang bukan banyak pun, student kan. Apa jela yang ada pun. Lepas dah kemas rumah and punggah barang, kami decide la nak pergi beli barang sikit-sikit apa yang penting. Macam beli dapur gas, beli peti ais yang kecik tu dan keperluan-keperluan lain. Semua tong-tong (share duit) sesama kami. Cuma tv dengan sofa je tak mampu nak beli. Ruang tamu pulak kami khaskan untuk tempat study atau tempat melepak.

Memandangkan aku ni penakut, aku bagi syarat kat zati dan eja untuk benarkan aku gunakan toilet dalam master bedroom dorang. Yela, buatnya aku nak terkucil tengah-tengah malam ke naya nak pergi toilet belakang, walaupun bilik belakang didiami oleh Mekti. Ala takpe la, Mekti tu berani. Aku ni penakut. Aku bagi alasan ke mereka..hahahhahhahahaha!! Lantak la, janji aku happy.

Start dari pindah tu, Mekti pun dah mula kerja sementara keesokan harinya. Kerja kul 10 pagi - 10 mlm. Hanya kami jela yang ada kat rumah pun. Seronok bukan main kami, sembang macam takde hari esok. Ala chill la, awal-awal sem bukan ada kelas sangat pun. Plus, kelas kami banyak kelas malam je. Apa ada hal. Sembang punya sembang, sampai la pukul 3-4 pagi. Mekti balik pun dia join kami menyembang dekat hall. Then Mekti masuk bilik dulu sebab penat baru balik kerja. Agak-agak dah mengantok, masing-masing pakat nak masuk bilik. Waktu dari hall nak masuk bilik ni, ada ruang jalan nak ke dapur. Kalau dari hall nak ke bilik, kena lintas sahaja tanpa perlu melalui ruang ni, baru boleh ke pintu bilik. Haaa korang imagine la.

Waktu lintas nak ke bilik tu la, aku ternampak dari ekor mata, macam ada benda hitam yang besar bertinggung atas sinki dapur yang bersimen tu, tengah pandang kami yang nak ke bilik ni. Aku ni kadang-kadang gatal juga, aku p toleh sekali lagi untuk confirmation. Toleh, takde. Yang ada hanyalah plastik sampah M size je, warna hitam. Ahh perasaan aku je kot. Aku positif. Tapi aku memang yakin yang aku perasan benda tu besar, besar lagi dari aku. Lantak la, positif je. Nak duduk situ lama kan. So, aku pun lupakan benda tu.

Then beberapa hari lepas tu, aku ni duk menyapu rumah. Nak harap budak-budak ni memang takde la nak buat. Sebab zati dan eja ni, budak lagi. Bawah dari aku. Depa ni budak lompat. Tu yang muda-muda dah amik degree. Tapi aku sebaya dengan Mekti. Mekti pulak tak ley nak harapkan sangat. Dia kerja pagi sampai ke malam takkan nak suruh dia pulak kan. Makanya, aku la mandor (ketua) kat rumah tu duk arah-arahkan budak-budak ni mengemas rumah. Waktu ni zati dan eja kemas bilik dan ruang tamu, aku pulak menyapu dan mop dari depan sampai ke belakang. Tengah duk ralit aku menyapu tu, waktu tu dah sampai di ruang nak ke dapur, aku perasan ada mata yang bulat tengah tinjau dekat tingkap (tingkap macam tingkap sekolah) yang dibuka sedikit untuk pengudaraan. 'Weeeeeeeeeiiiiiiiiii!!!' Aku menjerit sebab terkejut dan jugak sebab aku nak panggil si zati dan eja ni. Sedang aku toleh cari zati dan eja, dorang dah meluru ke aku :-

Zati: Aphal sha??!! (datang ke aku dalam keadaan terperanjat)
Aku: Weyyyy..aku nampak macam ada orang tengah intai dalam rumah. Tapi aku nampak mata je.
Eja: Ehhhhhh..p tengok kat depan! Tah-tah pencuri kot!

Bergegas la kami ke pintu depan nak stop pencuri tu. Cehhh macam berani je!. Tapi takpe la, atleast kalau dia lari pun kami nampak kelibat orang tu. Masing-masing meluru ke pintu depan. Tengok takde. Kami pergi ke tepi rumah,pun takde orang. Sampai ke belakang kami pergi tengok. Masih takde orang. Yang paling terkejut, gate depan memang berkunci. Kalau dia nak lari pun, mesti kami dengar 'pencuri' tu panjat gate dan berlari. Tapi ni takde bunyi langsung. Serious kami terkejut, dan kami andaikan memang ada cubaan untuk mencuri oleh 'si pencuri'. Mayb dalam keadaan kelam kabut tu kami tak dengar, kami berandaian.

Tapi sepanjang duduk rumah tu, aku dah perasan macam something wrong somewhere. Sebab kami semua macam panas je antara 1 sama lain. Senang cerita, pantang ada salah sikit, cepat je naik angin nak bergaduh. Semua camtu la, bukan aku je. Padahal sebelum ni kami ok je. Kalau sindir-menyindir pun kami anggap macam bergurau je. Takde pun nak amik hati segala. Sejak duduk rumah ni, keadaan agak tegang sikit la. Tapi jenis aku ni, panas sekejap je. Bangun tidur je, aku dah okay balik. Cuma si Mekti ni je, dia ni memang baran sikit orangnya. Kalau dia panas dengan zati atau eja, aku la pelerainya. Sampai ada 1 masa ni, dia 'merajuk' dengan zati sampai tak balik rumah. Katanya, tumpang tidur di bilik kawan kat kampus.

Bersambung ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 02:58 PM | Show all posts
lau blh tlg listkan skali hotel kt smua tmpat yg pnh ko pergi snang nk wat panduan..hehe...sbb list yg lama2 tu x update dh...share ckit..aritu g ipoh, perak... ada 1 hotel tu x ingt nama apa...mula ngn huruf L rsa nama dia..alhamdulillah x takut sbb ada psang ayat quran...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 7-1-2016 03:18 PM
nuerulcayang replied at 7-1-2016 02:58 PM
lau blh tlg listkan skali hotel kt smua tmpat yg pnh ko pergi snang nk wat panduan..hehe...sbb list  ...


Masuklah sini kak, ada senarai hotel-hotel yang dikatakan....

Siapa pernah terkena? seram lah pulak nak pergi bercuti. macam semua hotel je.. - Misteri,Paranormal & Sakti - Peristiwa - CARI Infonet - Mobile > http://mforum.cari.com.my/forum. ... hotel&mobile=2t

Kalau bincang banyak-banyak di benang ni takut kena potong kredit nanti
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 03:40 PM | Show all posts
check in

kucing x sabar nk tggu update dari tt
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 03:40 PM | Show all posts
Wow. best2 cerita TT. Da mcm aku tngok filem seram pendek.. Keje tekan button refresh je sbb tak sabar nk baca sambungan story TT.. hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Meriah tul mps skang. Macam2 cite...i loike~~
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 03:55 PM | Show all posts
tq awan...dh msuk dh td...dh bnyk tmbh dah tu...ish npenye nk ptong kredit...just mntk tt share kn je incase lau tau mna2 lg tmpt yg haunted...makaceh tt smbungan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
nuerulcayang replied at 7-1-2016 03:55 PM
tq awan...dh msuk dh td...dh bnyk tmbh dah tu...ish npenye nk ptong kredit...just mntk tt share kn j ...


tak tahulah untuk bod ni, tapi beberapa hari lepas kita offtopik di benang hanes di bod gossip.. kemudian ada forumer yang tak senang dah panggil-panggil mod suruh pantau
lepas tu kita lari ke bod ni

lagipun memandangkan dah ada benang khusus berkenaan hotel, seronok juga baca.. ada hotel yang kita tak pernah dengar pun sebelum ni ada dibincangkan dalam benang tu, cantik-cantik pula tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:05 PM | Show all posts
schha replied at 7-1-2016 11:44 AM
Heheheheh..tak bole gtau la awak..sebab nanti saya akan story juga tempat asal saya..minta maaf ye ...

Nak teka lagi.... Batu Pahat? hehehe... Yong Peng?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:34 PM | Show all posts
tt jgn lupa sambung ya.. menarik ceritanya..
kipidap

sebelum nie pon hampir stahun stgh jgk dok ngn rumate yg xserasi..
xsggp nak tggu dan bertahan lg trus mntk tkar bilik single..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-1-2016 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 7-1-2016 03:17 PM
Masuklah sini kak, ada senarai hotel-hotel yang dikatakan....

Siapa pernah terkena? se ...

Takdanyaaa nak potong kredit..bagus share untuk pengetahuan..bukan setakat hotel kat bali tu je,saya pun ada 2 lagi story pasal hotel kat Malaysia ni..nanti kita story mory
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-1-2016 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
rosasen replied at 7-1-2016 04:05 PM
Nak teka lagi.... Batu Pahat? hehehe... Yong Peng?

Hahahhahahhahahahahaah..jangan laaaaaa..tak baik tau..kang nanti kalau bagitahu,haaa tak dapat nak cerita story kampung kat johor tuuuu..hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 7-1-2016 05:08 PM
Takdanyaaa nak potong kredit..bagus share untuk pengetahuan..bukan setakat hotel kat bali tu je,sa ...

kalau tt macam kak scha takpe ot sikit-sikit.. sr macam kita je tak boleh meleret-leret
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-1-2016 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 7-1-2016 04:34 PM
tt jgn lupa sambung ya.. menarik ceritanya..
kipidap


Haaaa betol tu..sengsaranyaaa Tuhan je yang tahu..kita nak study,tapi kalau environment tu buat kita stress pun x ley juga kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 05:15 PM | Show all posts
awanearisu replied at 7-1-2016 04:04 PM
tak tahulah untuk bod ni, tapi beberapa hari lepas kita offtopik di benang hanes di bod gossip.. ...

BENANG hotel tu pasal hotel2 angker atau senarai hotel2 yg ok...
rasa mcm pnh baca, tapi lupa...

off topic jap, sementara nak tunggu TT sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 7-1-2016 05:15 PM
BENANG hotel tu pasal hotel2 angker atau senarai hotel2 yg ok...
rasa mcm pnh baca, tapi lupa...
...


benang tu asalnya berkenan hotel angker, tapi kadang-kadang ada satu dua forumer kongsikan gambar-gambar hotel yang mereka pernah pergi dan ok.

masuklah benang tu iznanaziz, banyak maklumat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-1-2016 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam ni hokehhhh iolsss update story..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-1-2016 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 7-1-2016 05:11 PM
kalau tt macam kak scha takpe ot sikit-sikit..  sr macam kita je tak boleh meleret-leret

Alaaaa takde apa kot..related jugak link hotel2 angker yang awak share tu sebab saya pun ada story jugak pasal hotel angker..heheheheh
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-1-2016 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 7-1-2016 03:17 PM
Masuklah sini kak, ada senarai hotel-hotel yang dikatakan....

Siapa pernah terkena? se ...

Ok baru tengok link yg awak bagi tuuu..ok let me tell you and all the readers yg follow thread ni..2 hotel yang kat Malaysia yang saya gebang-gebangkan tu salah 1 ada dalam senarai haunted hotels,yang kawan baik saya alami..tapi 1 hotel lagi yang saya sendiri alami,takde dalam senarai..Jeng Jeng Jenggggggggggg!! Haaaaaaaaa..tunggu k,sampai turn nanti saya akan storyyy..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 7-1-2016 06:48 PM
Ok baru tengok link yg awak bagi tuuu..ok let me tell you and all the readers yg follow thread ni. ...

kak schha sambung sini je takpe
benang tu saja kita naikkan sebab memang salah satu benang yang kita suka baca.
menarik ni, menarik
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-1-2016 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 8-1-2016 12:02 AM

....SAMBUNGAN 'ADA APA DENGAN RUMAH SEWA?'....

Sejak Mekti 'merajuk', tinggal la kami bertiga je kat rumah tu. Aku ni pulak jenis kalau ada test ke apa ke,aku tak boleh nak study kat rumah tu. Al-maklum la,budak-budak tu banyak main. Tapi takpe la,dorang memang budak bijak. Belajar last minit pun still boleh score. Ex-maktrik memang la. Tapi jujur aku cakap, aku pun terjebak sama jugak kadang-kadang. Banyak main. Tapi masih lagi back on track sebab selalu teringat pesan abah n mak. Alhamdulillah,aku masih lagi mengekalkan anugerah dekan walaupun banyak main jugak macam dorang. Sebab tu kalau ada test/quiz,aku perlu mengasingkan diri. Kalau dorang study last minit bole score,aku pulak kena study seminggu sebelum test untuk score macam dorang. Sebab aku bukan di anugerahkan otak pandai. Kena usaha lebih sikit dari orang lain baru boleh sepangkat dengan dorang.

Jadinya,waktu tu ada exam, aku 'bawak diri' ke KFC 24 jam atau pun pantai berhampiran setiap malam sehingga waktu exam. Aku suka tempat sunyi-sunyi untuk study. Baru boleh hadam ilmu. Kalau KFC penuh,lari pergi pantai. Tapi aku selalu bawak sorang member kelas aku ni, anne nama dia (bukan nama sebenar). Kalau hari hujan,kami lepak study dekat 1 lobi hotel. Haaaa kau,kelas kan port kami study. Ahhahahaahhaah. Tapi staff hotel tak kisah pun,dia tau kami tak buat bukan-bukan. So pada hari kejadian, aku dengan anne ni gerak study dari kul 10 membawa ke tengah malam sampai la ke subuh. Kadang-kadang after subuh, g breakfast terus. Kul 7/8 baru reti nak balik rumah. Macam tu la rutin aku kalau ada exam.

Waktu aku keluar tadi, zati duk mengadap laptop main game. Aku cakap aku nak gerak study. Dia duk haa je. Fokus naw main game tu. Ahhh lantak kau la. Janji aku dah bagitau.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-1-2016 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
So pagi tu,aku memang ingat aku balik kul 7.30 pagi. Waktu tu dah cerah. Sebelum gerak balik tadi aku dah balun nasi lemak sedap dengan si anne. Aku pun tapaukan sekali budak-budak ni. Aku tau bangun nanti mesti kebulur. Aku cepat-cepat nak balik. Syok woooo tido lepas makan nasi lemak. Hahahahahhahahahahaha..

Waktu aku sampai rumah tu si zati dengan eja macam terkejut. Dengan aku-aku terkejut sekali. Apahal budak 2 ekor ni. Tetiba eja tanya aku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048994s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list