CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

  [Copy link]
 Author| Post time 5-1-2016 05:07 PM | Show all posts
awanearisu replied at 5-1-2016 04:34 PM
waah sambung lagi kak schha, cerita berkenaan hotel ni tak pernah jemu kita baca

ada satu be ...

haah ada 2 lagi story pasal hotel kat Malaysia..1 dari pengalaman sendiri, 1 lagi dari kawan baik sendiri..

Tula..saya ni junior, tak berkesempatan lagi nak baca benang2 senior dalam ni..hehehehehe..insyaAllah ada masa saya akan merempit dalam benang senior2 lain.. ;)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam ni kalau ada kelapangan insyaAllah akan dibuka story baru..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Best betul baca thread ni, dari hujung tahun sampai laa ni banyak thread baru yg best-best.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 08:05 PM | Show all posts
sambung kisah pasal 7 penjaga tu plisssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
andaman replied at 5-1-2016 08:05 PM
sambung kisah pasal 7 penjaga tu plisssss

Macam yang saya terangkan sebelum ni..kisah 7 penjaga saya tahu setakat tu je buat masa ni..kalau nak suruh sambung pun saya tak tahu apa nak sambung..sebab kisah tersebut bukan rekaan,ianya nyata sebab tu saya cuma ceritakan apa yang ada dalam pengetahuan saya sahaja..insyaAllah kalau busu sudi lagi nak cerita saya akan update lagi kt sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 5-1-2016 09:25 PM

3. SURATAN ATAU KEBETULAN??

Kisah ni berlaku pada tahun 2009/2010 kalau tak silap. Waktu tu aku menuntut ilmu di sebuah universiti tempatan di Utara tanahair. Universiti mana tu tak payah la kot aku nyatakan kat sini. Biasa la kalau tempat belajar ni tak sah kalau tak dijamukan dengan kisah-kisah urban legend yang disampaikan turun-temurun oleh senior-senior. Tapi,aku bukan nak ceritakan kisah urban legend tersebut. Cerita yang bakal aku sajikan ni berkisarkan perkaitan tentang kisah urband legend tersebut.

Menurut senior-senior,U aku ni dulunya merupakan satu kawasan hitam zaman-zaman komunis dulu. Aku pun tak berapa pasti kesahihannya. Dengar dari mulut ke mulut je. U aku ni sangat besar,hostel-hostel di tempatkan dalam kawasan U. Tapi memandangkan dah padat dengan student-student,makanya pihak U terpaksa bukak kawasan baru dengan membina hostel untuk menempatkan student-student baru. Kawasan hostel tersebut letaknya di ceruk-ceruk kampung. Jadi,sebelum nak buka kawasan baru untuk penempatan pelajar,terpaksalah memanggil seorang ustaz untuk 'bersihkan' kawasan tu. Dengar cerita lagi,kata senior-senior,ustaz tu ada buat 'agreement' dengan 'penduduk asal' tempat tu. Haaa kau,agreement bagai. Bunyi cam kelakarkan??tapi itu yang disampaikan oleh senior-senior tersebut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2016 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam agreement tu katanya,ustaz minta 'penduduk asal' berpindah sementara je untuk perdayakan 'mereka'. Agreement tersebut akan di renew setiap 20thn sekali (ada yang kata 5thn,ada yang kata 10thn aku tak pasti). Jadi bila tamat tempoh agreement,'penduduk asal' berhak semula ke atas tempat asal 'mereka'. Untuk mengelakkan dari agreement tu expired,ustaz kena la renew sebelum tamat tempoh. Maka,'penduduk-penduduk asal' pun berpindah la mengikut terma-terma perjanjian. Kata senior lagi,siap berangkut bagai dengan bas. Banyak la tu. 'Hantar' kat mana tu tak pasti. Yang pasti 'hantar' ke hutan tebal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita aku ni baru nak mula. Tadi tu baru introduction je.

Masa mula-mula masuk U ni,takde apa pun yang pelik bagi aku. Semua nampak biasa-biasa je. Happy la waktu datang tempat baru. Jumpa kawan-kawan baru. Aku ni jenis bercampur dengan semua orang,tak kira la dia dari negeri mana. Roomate aku sendiri berasal dari terengganu. Lain course dengan aku. 1 floor aku tu pun rata-rata bukan dari course aku. Ada 2,3 kerat je budak kelas aku. Senang cerita,mostly floor aku ni kawan-kawan kepada roomate aku.

Waktu sem 1,aku dengan roomate aku yang aku panggil mekza ni duduk dekat 1 blok 4 tingkat. Kami duduk tingkat paling atas sekali. Biasa la senior-senior dah bodek warden awal-awal nak dapat tingkat bawah. Malas nak daki tangga gamaknya. Jadi kami yang junior ni terpaksa la mengalah. Student-student tingkat 4 ni mostly junior la. Ada 6 bilik je yang duduk tingkat atas tu. 1 bilik ditempatkan 2 orang pelajar. Bilik lain semua kosong. Jadi kami ni macam keluarga la kat atas tu. Kalau time makan,masing-masing pakat tapau,pastu makan secara berjemaah. Waktu ni la aku kenal sorang classmate mekza,namanya diana. Bilik diana hujung sekali. Diana ni aku gambarkan seorang yang pendiam tapi baik hati orangnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2016 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 6-1-2016 10:39 AM

Betul la kata orang-orang tua. Langit tak selalunya cerah. Kebahagiaan kami 'sekeluarga' diragut bilamana kami semua dipecahkan ke blok lain pada sem 2. Yang setia hanyalah roomate sendiri. Tapi bak kata orang kalau dah jodoh tak kemana. Sem 3 tu aku jumpa balik roomate diana,mekti. Kami duduk 1 floor semula,tapi kali ni di tingkat satu blok yang sama. Bila nampak mekti,aku tegur la bertanyakan roomate dia,si diana tu. Menurut Mekti,Diana kurang sihat and mungkin akan dapat cuti panjang. Tinggal la Mekti sorang-sorang dalam bilik tu menjalani liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:20 PM | Show all posts
schha replied at 5-1-2016 10:06 PM
Betul la kata orang-orang tua. Langit tak selalunya cerah. Kebahagiaan kami 'sekeluarga' diragut bil ...

Fuh. Bila baca story kau kat hostel, teringat masa zaman2 aku belajo dulu

Teruskan usaha mu walaupun menaip thru phone aku dah merasainyaaaa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu sem 3 ni la bermulanya kejadian yang kurang menyeronokkan. Ada 1 hari tu,kelas aku habis awal. Waktu tu lebih kurang dalam pukul 3-4 petang camtu. Sem 3 ni aku da bawak kereta sendiri. Masuk je perkarangan hostel,aku nampak ada beberapa kereta polis tutup sebahagian jalan di 1 selekoh tajam dekat dengan cerun. Untuk pengetahuan,hostel aku ni atas bukit ye. Polis tutup jalan tu memang aku nampak depan mata aku sendiri sebab waktu tu aku tengah lalu kawasan tu.

Jadi, gempar la 1 kampus aritu bilamana ada seorang student lelaki kerasukan, jatuh cerun dan meninggal dunia waktu lepas zohor. Kelam kabut si mekza ni duk cerita kat aku. Menurut mekza,student lelaki tu asalnya budak hostel dalam kampus. Katanya dia datang ke hostel kami (hostel lelaki) untuk buat assignment dengan member kelas dia. Semua berjalan lancar sampai la waktu azan zohor.

Dia dengan tiba-tiba tanya dekat kawan dia macam mana cara nak ambil wuduk. Pelik la member ni tiba-tiba tanya gitu walhal mamat ni memang seorang yang menjaga solat. Member tadi ni dah tak sedap hati, bergegas la dia ke masjid untuk dapatkan bantuan, waktu tu jemaah baru nak mula solat. Waktu orang masjid sampai ke bilik member tadi, mamat tu dah menyangkung di birai tingkat, 1 tangan berpaut di besi pagar. Gaya macam nak melompat ke bawah. Bilik member ni di tingkat 2. Orang masjid mula nak 'psycho' 'benda' yang merasuk mamat tu. Belom sempat cakap,si mamat ni senyum dekat orang-orang masjid dan terus melompat ke bawah. Da jatuh kat bawah,sempat lagi dia menoleh ke atas dan menyeringai dekat orang-orang masjid tadi. Macam takde sekelumit sakit pun bila dia terjun dari tingkat 2 tu. Lepas tu dia terus lari ke kawasan cerun tu. Ada yang nampak dia jatuh bergolek kat cerun tu dan kepala terhantuk batu besar. Dia meninggal dunia waktu ambulans nak hantar dia ke hospital. Waktu aku lalu kawasan tu dah tak nampak ambulans. Cuma nampak abam-abam polis tutup 1 lorong kawasan tersebut dengan kon-kon polis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Selang seminggu kejadian tu, jadi pulak 1 kejadian kerasukan lain. Kali ni classmate aku sendiri. Perempuan. Yan nama dia. Waktu kejadian aku takde di hostel so aku dengar cerita ni dari classmate aku yang juga roomate kepada  si yan ni. Yan ni bertudung,lemah lembut orangnya. Waktu kejadian dia macam bukan yan yang kami kenali. 'Yan' berperwatakan ganas dan 5 orang yang pegang Yan ditepis macam dalam cerita kungfu hustle tu..tapi yang merasuk Yan ni nak juga berkomunikasi dengan orang masjid bila diasak dengan ayat-ayat Al-Quran..kata 'Yan', perjanjian dah tamat dan 'mereka' nak tuntut balik tempat asal 'mereka'. Selagi tak dipulangkan,mereka akan tuntut 3 nyawa sebagai galang ganti. 1 nyawa dah melayang, kata si 'Yan' sambil mengekek-ngekek. Operasi halau dan pemulihan dilakukan terhadap 'Yan' dan akhirnya keadaan Yan pulih seperti biasa. Cuma orang masjid tekankan dekat saksi-saksi kejadian,jangan ambil peduli kata-kata 'Yan' tadi sebab itu semua hanyalah gertakan-gertakan syaitan laknatullah yang nak menyesatkan manusia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku akan sambung story suratan atau kebetulan?? ni esok ye :zz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bluecheese replied at 5-1-2016 05:34 PM
Best betul baca thread ni, dari hujung tahun sampai laa ni banyak thread baru yg best-best.

Terima kasih awak.. #muahciked
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:49 PM | Show all posts
lama x baca cerita seram sebegini, lain2 tread byk seram suam2 kuku jah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 5-1-2016 11:10 PM
Aku akan sambung story suratan atau kebetulan?? ni esok ye :zz

Nko.uum eh..hostel tu bukit kachi eh??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2016 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 5-1-2016 11:49 PM
lama x baca cerita seram sebegini, lain2 tread byk seram suam2 kuku jah

Cerita saya suam-suam kuku jugak.. ;))
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2016 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Miss_Dabai replied at 5-1-2016 11:57 PM
Nko.uum eh..hostel tu bukit kachi eh??

Macam yang saya terangkan di awal pengenalan kisah suratan atau kebetulan,saya takkan mention mana-mana U..minta maaf ye..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 08:17 AM | Show all posts
TT..kipidap....sila sambung lagi........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2016 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
medangmru replied at 6-1-2016 08:17 AM
TT..kipidap....sila sambung lagi........

Baik boss..insyaAllah akan sambung lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.100885 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list