CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9194|Reply: 99

[Jenayah] Maut!Bergaduh Berebut Anak Di Setia Alam

[Copy link]
Post time 5-1-2016 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Lelaki warga China maut selepas bergaduh dengan beberapa ahli keluarga isterinya kerana perebutan anak perempuan berusia empat bulan di rumah di Setia Alam, di sini, tengah malam tadi.




Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa Jin Shijie, 39, dikatakan datang ke rumah keluarga isterinya kerana mahu mengambil anak mereka untuk dibawa pulang ke China.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kemahuan suspek bagaimanapun dihalang isterinya yang berusia 37 tahun sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.


"Seorang ahli keluarga isterinya kemudian menghubungi beberapa ahli keluarga lain sebelum mereka tiba tidak lama selepas itu untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan.
"Suspek dikatakan bertindak agresif dengan cuba melempar anaknya ke lantai ketika bergaduh dengan isterinya selain bertumbuk dengan ahli keluarga isterinya sehingga suspek rebah dan tidak sedarkan diri," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Menurutnya, polis dimaklumkan kejadian tiba di rumah berkenaan dan pihak hospital yang dipanggil mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Shafien berkata, pemeriksaan forensik mendapati mangsa lebam pada mata kiri, bibir dan bengkak di belakang kepala namun tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.
"Setakat ini, empat suspek ditahan termasuk isterinya untuk siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

      Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 10:45 AM   
«         »
                     
LELAKI China maut selepas bergaduh dengan ahli keluarga isterinya. FOTO ihsan pembaca











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 11:09 AM | Show all posts
cash la sempena tahun baru
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba lempar anak?
Spesis gila gak la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:13 AM | Show all posts
nak balik tahun baru cina...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:15 AM | Show all posts
kesian baby tu

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:16 AM | Show all posts
nak lempar anak sgt. diri sdiri yg babai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2016 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia jate ke tino.. klu aku pn harus la x bagi kat laki tu nk bawak lari balik ke cino.. :
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:17 AM | Show all posts
nak ambik anak tu...bwk balik china kalo aku pun x kasik.
Konpem x jumpa lagi pastuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 11:18 AM | Show all posts
Hebat lelaki ni sampai mati rebut ank, kalau separuh lelaki melayu, tak denya nak rebut2 ni baik buat ank lain je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:23 AM | Show all posts
Modngengade replied at 5-1-2016 11:09 AM
cash la sempena tahun baru

selamat tahun baru sis.. tapi kalo laki2 cina malaysia berbeza ya mereka sangat baik, romantis dan yang penting ga kedekut uang berbeza karekter laki negara cina
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nk balik tanah tumpah dgn anak dh mati....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 5-1-2016 11:18 AM
Hebat lelaki ni sampai mati rebut ank, kalau separuh lelaki melayu, tak denya nak rebut2 ni baik bua ...

tepat sekali kak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji 5k naik tak taon baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:32 AM | Show all posts
arasham replied at 5-1-2016 11:18 AM
Hebat lelaki ni sampai mati rebut ank, kalau separuh lelaki melayu, tak denya nak rebut2 ni baik bua ...

sebab laki melayu tau hak ibu lebih tuk anak....hak anak pun lebih kat ibu.

simple je mende ni...budak sekolah pun boleh fikir.




Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:35 AM | Show all posts
klu nk bawak balik ke China mmg konpemlah si isteri x bg
mahu lps balik sana xde dah jumpa lg
dah byk kes jd gitu
x memsl sudahnya mati sbb berebutkan anak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 11:35 AM | Show all posts
ellejo replied at 5-1-2016 03:26 AM
Gaji 5k naik tak taon baru ni

laki dia baru bagi duit beli milo letewww tu yang semangat masuk nak ngutuk tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 11:38 AM | Show all posts
sia2 jerk..
rebut2 pun x de sape yg menang
yg mati da tentu mati..yg hidup lak silap2 dituduh membunuh


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:39 AM | Show all posts
Awal2 tahun dah macam2 trajedi berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:40 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 5-1-2016 07:35 AM
laki dia baru bagi duit beli milo letewww tu yang semangat masuk nak ngutuk tuh

duit beli milo tuh punya la banyaksampai belen nya boleh beli beg lv dik

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2016 11:45 AM | Show all posts
cik_tonggek replied at 5-1-2016 03:40 AM
duit beli milo tuh punya la banyaksampai belen nya boleh beli beg lv dik

punyaaaaa la kaya laki si trisnaluvzul tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.536442 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list