CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22485|Reply: 190

Majlis Bertandang, Bawak Payung Dan Handbag Sendiri

[Copy link]
Post time 5-1-2016 03:06 PM | Show all posts |Read mode




oleh : Fyruz Hanna


Majlis bertandang atau majlis menyambut menantu merupakan antara kekayaan dalam adat melayu yang sememangnya menjadi kebanggaan kita.


Jika kita lihat dari adat merisik, meminang, bertunang, bernikah dan seterusnya bersanding, ini semua antara peringkat yang dilalui jika mengikut adat melayu.


Kesemua acara/majlis tersebut mahu tak mahu sememangnya memerlukan belanja yang banyak. Memang benar kahwinlah kerana mampu, namun jangan pula kerana terlalu ikutkan adat, habis tanah dan harta tergadai.


Bak kata orang, perkahwinan merupakan permulaan gerbang alam baru yang penuh mencabar.


Penulis terpanggil untuk berkongsi cerita kisah yang satu ini. Majlis bertandang Syazwanie Yazip sangat 'simple' dan serba sederhana.


Biasa kan kita lihat, majlis bertandang sama gah dengan majlis perkahwinan belah perempuan. Dengan pelaminnya, makanan untuk tetamu, goodies, pakaian... ya lah ia semua bergantung bajet dan kewangan keluarga pengantin.


Seperti yang dikongsi oleh Syazwanie Yazip dalam FBnya, majlis bertandang di sebelah lelaki sungguh simple. Tiada bunga manggar, tiada pengapit, dan tiada majlis yang gah untuk mereka.


Pakaian mereka pun sungguh ringkas seperti hanya menghadiri majlis keraian orang lain. Tak perlu untuk menyewa pakaian dari butik yang sememangnya menambah kos dan belanja.


Kelihatan pasangan ini sangat gembira dan manis sekali mengenakan busana ringkas ini.


Apa pun, dizaman ekonomi negara yang tak menentu, bagus juga idea sebegini dipraktikkan. Islam juga menyukai menggalakkan kesederhanaan.


Semoga kedua mempelai ini dipanjangkan jodoh hingga ke syurga. -CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 03:24 PM | Show all posts
gila bapak cantik nak mampus.. kepala hotaknya betul
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:27 PM | Show all posts
kalau dah baka jenis baik, sama cantik, sama padan, tak perlu nak sewa baju, mekap bagai...

ni kalau spesis berkerak hauk, tetap jua kena sewa baju & andam sis..  i doubt baju yang couple nih pakai pun very expensive gitteww, sebab tengok terletak je kat body masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:35 PM | Show all posts
cntk pompuan neh
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:38 PM | Show all posts
harap2 rajin kemas dapur la bakal bini mamat tuu..

kena jenis pemalas...

masak la lu...

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:39 PM | Show all posts
majlis bertandang biasanya belah laki kan? belah laki mmg slalu buat biasa2 aje.. xde pelamin bagai... mkn beradab cmtu je...
mcm masa akak aku kawin la... kat ganu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2016 03:43 PM | Show all posts
sebut pasal islam le pulak..

weeii..dlm islam ade ke bertandang gini?


pi balik ngaji la dol..

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu tgk kt gmbar2 kawen bdk ni majlis belah pompuan grand jugak. Cuma btandang je simple2. Pastu dia nak cerita dia jimat x bermewah2 bagai. Makeup sndiri xpyah pelamin apa semua. Padahal kalau tgk mjlis belah dia nmpk mewah jgk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Majlis bertandang je pun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:51 PM | Show all posts
kalu majlis belah ppuan simple gini mmg tabik la
tp kalu stakat majlis bertandang, kebanyakan wat kenduri je
nape die x cite pasal jimat2 xyah mewah mase majlis kat umah die?
sbb kat belah die telah berlaku pembaziran sbb tu x brani nk komen
puihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
fcl29 replied at 5-1-2016 03:39 PM
majlis bertandang biasanya belah laki kan? belah laki mmg slalu buat biasa2 aje.. xde pelamin bagai. ...

Yupss...biase je iols dengar..kalo x wat majlis pon kenduri doa selamat..kadang2 majlis laki pompuan wat sekali..soo xda yg luar biase pon mejelis mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:53 PM | Show all posts
sama cantik sama padan.tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:55 PM | Show all posts
tgk majlis belah dia boleh tahan mewah, ada pelamin cantik, photographer... mmm...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu klo majlis belah pompuan, kek 7 tingkat,pelamin lampu kelip2, baju 3 pasang, antaran serba satu, antaran rm10k, tgkp gmbar kt luar, ape lgik.. belah laki je sederhana. ala kadar, cube mintak pompuan tu sediakan ape yg die dpt kt belah laki, tecirit la jawapnye
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:00 PM | Show all posts
Masa aku bertandang pon aku makeup sendiri... ambik gambar sendiri.. cedok makanan sendiri kat buffet table
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
AKu x buat majlis bertandang dgn niat nak berjimat cermat x kecoh pon ni lebih kpd smgt hipster n kelainan bukannya bersederhanaan.tgok bajula weyh..jenis mahal ni.im no fool
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 04:09 PM | Show all posts
batmana replied at 5-1-2016 03:43 PM
sebut pasal islam le pulak..

weeii..dlm islam ade ke bertandang gini?

bukan pasal bertandang dol
pasal kesederhanaan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla duit yg ada buat down payment rumah...bina hidup dgn asset2 yg patut..majoriti belum kawin lg hutang dh menimbun...nk bg org makankenduri  pun gigih pinjam loan sana sini..just to impress
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa majlis bertandang sekarang memang simple2. Sekadar meraikan. Aku siap makan bersila atas lantai masa majlis bertandang. Tak viral pun. Almaklum aku tak hipster.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 04:18 PM | Show all posts
sudah dia bayar belanja kahwin mahal  sgttttttttttttttttttt


ko ingat simple wedding tu indah?

ckp sajalah xde duit .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 03:13 AM GMT+8 , Processed in 1.266219 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list