CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3339|Reply: 1

IS: Kes komando dipindah ke Mahkamah Tinggi KL

[Copy link]
Post time 6-1-2016 10:16 AM | Show all posts |Read mode




PARIT: Kes anggota komando yang berdepan tuduhan memiliki sehelai baju-T yang mempunyai kaitan dengan militan Kumpulan Negara Islam (IS), dipindahkan dari Mahkamah Majistret di sini ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Majistret Mohd Fitri Sadarudin membenarkan kes terhadap Mohd Abu Haliff Shah Abu Bakar, 28, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof, sebentar tadi.


Mahkamah turut membenarkan permohonan Muhammad Fauzi untuk memindahkan tertuduh dari Penjara Taiping, Perak, ke Penjara Sungai Buloh, Selangor kerana tertuduh akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di ibu negara. Mohd Abu Haliff yang berkhidmat di Kem Sungai Udang, Melaka, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 1 Disember lalu atas tuduhan melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Baru, Mukim Lambor Kiri, Bota, di sini jam 1.30 tengah hari pada 12 November lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan hak terhadap bahan berkaitan. Tertuduh hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan, namun tiada pengakuan direkodkan.



p/s : yang bertopeng tu mesti MP komando kan. bukan calang2 ni... keje tangkap komando



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 02:07 PM | Show all posts
itu rasanya polis CTC...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.066769 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list