View: 7809|Reply: 29
|
Jelajah Jepun : 6 Tempat Terkenal Di Negara Matahari Terbit
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Jepun adalah sebuah negara yang terkenal dengan jolokan negara matahari terbit. Merupakan sebuah kuasa ekonomi yang terkemuka, kaya dan mampu bersaing dalam bidang perindustrian.
Selain itu, Jepun juga terkenal dengan teknologi, fesyen dan sudah pastinya mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Negara ini memiliki lebih dari 3000 pulau yang terletak di pesisir Lautan Pasifik di timur benua Asia. Istilah Kepulauan Jepun merujuk kepada empat pulau besar, dari utara ke selatan, Hokkaido, Honshu, Shikoku, dan Kyushu, serta Kepulauan Ryukyu yang berada di selatan Kyushu.
Jepun juga berada di kawasan beriklim sederhana dengan empat musim.
Berikut merupakan 6 tempat wajib anda kunjungi jika berpeluang ke Jepun :
#6 - Jigokudani Monkey park
Terletak di Nagona, Jigokudani Monkey park adalah salah satu tempat yang memiliki sumber air panas yang dikelilingi oleh tebing curam serta hutan yang sejuk. Tempat ini juga sangat terkenal akan populasi "monyet salji".
#5 - Tokyo Imperial Palace
Istana Maharaja Jepun adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi jika berkunjung ke Tokyo. Istana ini dibuat dari runtuhan istana pada zaman dulu yang kemudian dibaikpulih kembali dengan memasukkan unsur moden didalamnya.
#4 - Kuil Todaiji
Todaiji (Great Eastern Temple) adalah salah satu kuil paling terkenal di Jepun dan merupakan ikon di kota Nara. Bangunan kuil ini diperbuat dengan menggunakan kayu terbesar yang ada di dunia. Menurut sejarah, hampir 2.6 juta orang membantu membangunkan Kuil Buddha ini, jumlah itu merupakan hampir setengah dari warga jepun pada saat itu.
#3 - Kiyomizu Dera
Candi ini terletak di Kyoto Timur dan dibina sejak tahun 798. Didalamnya terdapat air terjun yang mengalir dari sungai yang ada diluar. Candi ini juga tidak menggunakan paku sama sekali.
#2 - Menara Tokyo
Menara Tokyo merupakan menara komunikasi dan menara pemerhati yang terletak di Shiba Park, Minato, Tokyo, Jepun. Menara setinggi 315 meter (1033 kaki) ini dibuat dengan mengambil ilham dari menara Effiel yang ada di Paris. Lebih 150 juta orang telah melawat menara ini sejak pembukaannya.
#1 - Gunung Fuji
Gunung ini memiliki ketinggian mencapai 3.776 m atau 12.388 kaki dan merupakan gunung tertinggi yang ada di Jepun. Gunung berapi ini menjadi simbolik dan sering diabadikan dalam foto mahupun gambar lukisan. Hampir 200 ribu orang setiap tahun akan mendaki gunung tersebut.
Jom jelajah Jepun. Siapa tahu berjodohan dengan orang sana. - CARI Infonet.
|
|
|
|
|
|
|
|
antara tmpat yg menarik...mudah2an murah rezeki..nak g sana |
|
|
|
|
|
|
|
nak pegi sana bulan empat ni in shaa ALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
Jepun antara negara yang baik untuk dilawati. Arus pemodenan disiplin adat dan sopan santunnya masih tetap terpeliharan dan seimbang nak2 dengan pelancong asing |
|
|
|
|
|
|
|
pergi osaka,kyoto dan nara je.....best gi jepun rase nk pi lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Mlm ni nak fy dah ke Tokyo. Esok pagi dr Tokyo amik domestic flight ke Sapporo. |
|
|
|
|
|
|
|
elok2 kat ngara org ps: jgn lupa share gmbr |
|
|
|
|
|
|
|
Huh!! penat giler kami hari ni. Nanti esok esoklah aku tempek gambar. Skrg ni dah nak pitam kepenatan
@taylor_swift
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah 2 mlm kat sini. Penat giler. Nanti senang senang barulah aku tempek gambar. Best siot kat Sapporo. Lbh rileks tak mcm Tokyo. Sejuknya tak blh nak ckp lah. Boleh pula td kat Otaru, tgh berjalan2 ada snow berguguran. Kita org ingat benda putih apa yg jatuh. kekekek!
|
|
|
|
|
|
|
|
sejuk2 gi lah try diorg punya home grown coffee shop...best....
|
|
|
|
|
|
|
|
no probs
|
|
|
|
|
|
|
|
tima kasih for the photo...rasa nk baring je ats salji tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya tempat2 kat Jepun ni.ntah bila nk dpt p ke sana |
|
|
|
|
|
|
| |
|