CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4463|Reply: 8

Kereta Mewah Ditahan Bawa Patung Beruang Gergasi

[Copy link]
Post time 7-1-2016 04:05 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO



sumber foto: http://4.bp.blogspot.com/



Seorang pemandu kereta 'sport' mewah ditahan pihak polis di bandar ini setelah didapati membawa satu patung beruang gergasi di belakang kenderaan itu.


Gelagat pemandu kereta berwarna hijau tersebut turut sempat dirakamkan oleh beberapa pengguna jalan raya yang lain sebelum dimuat naik menerusi laman sosial di China.











sumber foto:

Beberapa gambar menunjukkan patung beruang gergasi itu diikat di belakang kenderaan berkenaan sehingga menutup langsung bahagian cermin belakang kereta tersebut.


Anggota polis yang bertindak menahan kereta itu dilihat berbual-bual dengan pemandu berkenaan sebelum dia mengeluarkan kertas saman.


Anggota penguat kuasa itu kemudian dikenal pasti sebagai selebriti tempatan, Tan Qiao yang sebenarnya mengetuai jabatan penerangan polis Chengdu.


Tan secara kebetulan juga merupakan hos sebuah rancangan televisyen bagi mempromosikan aspek keselamatan jalan raya di bandar tersebut.


Keadaan itu menyebabkan ramai netizen beranggapan kemungkinan kejadian berkenaan sebenarnya sudah dirancang lebih awal.


Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan berkenaan dan meminta orang ramai menonton episod terbaharu rancangan televisyennya itu.







sumber info : dailymail.co.uk/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 04:17 PM | Show all posts
cerita lama kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:29 PM | Show all posts
terlebih muatan........
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 05:22 PM | Show all posts
tt mu baru keluar gua batu caves ke? line p1 wimax xde?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 05:30 PM | Show all posts
napa bear tu berlobang kat celah kangkang?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:06 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-1-2016 05:30 PM
napa bear tu berlobang kat celah kangkang?

kan! sesuatu sangat   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2016 09:58 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-1-2016 05:30 PM
napa bear tu berlobang kat celah kangkang?

aku pun perasan dan tertanya2
tapi.. bersangka baik, mungkin terkoyak masa dia ikat kat kereta
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:29 AM | Show all posts
watie_na replied at 8-1-2016 08:58 AM
aku pun perasan dan tertanya2
tapi.. bersangka baik, mungkin terkoyak masa dia ikat kat kereta  ...

hahahahahah
banyak2 gambar part terkoyang kat kangkang tu semua orang perasan ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 12:15 PM | Show all posts
bahahahhhh... otak semua dah terkoyak baca komen uols semua ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.060331 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list