Oleh : Fyruz Hanna
Peringkat remaja usia 13 tahun dan ke atas adalah antara umur 'emas' membentuk dan mencari identiti baharu. Jika keinginan ini dihala ke arah negatif dan tidak dibendung, mereka cenderung untuk melakukan perkara tidak munasabah seperti lari rumah. Remaja lari rumah adalah didorong atas 3 faktor iaitu:
1. Adventure seeker (keinganan hidup bebas)
2. Refugess (keluarga terlibat dengan dadah, Keganasan rumah tangga )
3. Problem solver (remaja ingin lari disebabkan perbalahan keluarga.
Ketiga-tiga punca itu dikemukakan oleh Dr Paul Wilson, pakar kriminologi dan kes lari rumah bagi remaja Malaysia semakin kritikal.
Masalah sosial seperti lari rumah akan menyebabkan jenayah keras lain seperti kekerasan, rogol atau pelacuran semakin meningkat kerana peluang yang terbuka.
Kecelaruan identiti antara penyebab utama mengapa ramai remaja nekad lari rumah. Ini kerana mereka sedang dalam proses menjadi arah tujuan dan identiti yang merangkumi personalitu hilang pedoman hidup.
Sebagai contoh yang berlaku baru-baru ini, seluruh rakyat Malaysia ditipu oleh remaja perempuan usia hanya 14 tahun yang sanggup berbohong kononnya diculik.
Helahnya terbongkar selepas polis berjaya menemui mereka dengan teman lelaki usia 19 tahun dengan alasan mahukan kebebasan.
Antara Sebab
Hubungan kekeluargaan yang tidak rapat serta kos hidup yang meningkat menyebabkan ibu bapa terpaksa keluar bekerja atau bekerja lebih masa untuk menyara keluarga.
Hakikat itu, ibu bapa yang sering merasa letih akan menggunakan pendekatan sehala dan tidak menyelami hati dan perasaan remaja yang sedang membesar dan ingin membentuk peribadi baru. Lantaran itu, mereka akan lebih senang berkongsi kisah dengan rakan sebaya lain atau laman sosial yang akan memberikan cadangan penyelesaian seperti lari rumah.
Nasihat Penulis: Sentiasa pantau emosi anak-anak, dekatkan anak-anak dengan sifat tanggungjawab. -CARI Infonet.
*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
Sumber:BERNAMA, BHARIAN, WIkipedia, KKMW
|