'Rotan, dendalah anak saya...'[METROTV]
Oleh Mazizul Dani [email protected]
Surat dibuat Johari dan anaknya ketika bersekolah di tahun satu baru-baru ini (gambar kecil). FOTO ihsan Johari
Kuala Lumpur: "Merotan bagi saya bukan simbol hukuman, ia adalah simbol hormat kepada cikgu," kata jurutera, Johari Hashim, 33, yang menulis surat kebenaran kepada guru untuk merotan anaknya jika melakukan kesalahan.
Surat yang ditulis dan diselitkan di dalam fail sekolah anaknya, Lisa Qaisara Johari, 7, ketika pendaftaran tahun satu baru-baru ini menjadi viral di Facebook (FB) sehingga dia menerima pelbagai komen termasuk mengatakan dia bodoh.
"Saya sudah fikir masak-masak sebelum saya tulis surat ini tetapi bagi saya, apa yang penting mengenai perkara ini ialah ia bukan satu perjudian, ini adalah satu kepercayaan.
"Tujuan saya bukan hendak suruh cikgu rotan anak saya saja, tetapi lebih kepada saya mahu tunjukkan bahawa saya memang menghormati cikgu," kata Johari ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Johari, banyak pertimbangan dibuat sebelum menulis surat berkenaan kerana dia bimbang dengan sistem pendidikan sekarang yang bagi pendapatnya, lebih kepada mengejar gred tetapi kurang menekankan mengenai akhlak.
"Jadi, dengan situasi sekarang ini saya memang setuju kalau kita rotan budak tu atas sebab budak itu bermasalah dan saya serahkan tanggungjawab yang ada itu kepada cikgu untuk mendidik anak saya," katanya.
Johari berpendapat, setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak masing-masing dan sedar ada yang tidak bersetuju dengan cara merotan.
"Saya memang ada gantung rotan di tempat yang anak-anak boleh nampak di rumah tetapi saya jarang merotan mereka kecuali kalau mereka degil dan tidaklah sampai mendera,” katanya.
Bapa kepada dua anak itu berkata, dia tidak menyangka surat berkenaan akan viral memandangkan perkara ini sebenarnya bukan pertama kali dibuat oleh ibu bapa.
"Saya tidak menjangka ia akan menjadi viral dan menerima banyak reaksi, tetapi yang paling terkesan ialah satu mesej daripada seorang bakal guru yang menganggap tindakan saya ini menjadi sumber inspirasi," katanya yang percaya masih ramai ibu bapa mempunyai pendirian sama.
Post time 8-1-2016 09:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kak teh pernah kena rotan darjah 5 dulu.
Time tu aku rasa marah dan berdendam dgn cikgu aku sampai aku dah tua ni.
Tak suka lah kak teh budaya kasar2 kat budak2 ni....
Hukuman memang baik tapi takut cikgu emosi sebab kebanyakan cikgu sekarang perempuan.
Masa sekolah dulu form 2 ada cikgu cina lelaki ajar inggeris memang malas gila.
Tak nak budak bising dia suruh hafal buku bahasa inggeris kemudian dia merayap.
Hujung waktu dia masuk balik dan panggil secara random
Sape tak dapat hafal dia akan rotan atau berdiri kat depan.
Intentionally aku taknak hafal dan ajak semua budak lelaki jangan hafal.
Aku cakap tahun depan dah PMR tapi grammar dan silibus exam satu hapah tak belajar.
Hafal buku cerita boleh score exam ke?
Cikgu tu terdiam.
Esok dia dengan muka masam ajar grammar nak taknak je.
penah la kena rotan beramai2 dlm bilik pengetua sbb kantoi fly malam
memula turn kwn gua, sekali pengetua sebat bontot dia berhabuk satu bilik
rupanya seluar dia ntah berapa bulan tak basuh
anak dia pompuan disuruh rotan.bapak aku anak2 pompuan mmg tak penah jentik.tapi kalo marah..takyah jerit2,takyah rotan.kata2 berbisa dgn muka masam mencuka je buat aku ngan kakak aku boleh sentap ulu hati sepanjang zaman.ummah skrg takdak skill...