|
|
Edited by bluehedgehog at 8-1-2016 10:19 AM
minggu ni asyik berita negatif ttg polis je...kena gi buang suwei la...
Bilik pendaftaran fail IPK Sabah terbakar
Oleh Suzianah Jiffar
[email protected]

KOTA KINABALU: Sebuah bilik pendaftaran fail di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, dekat sini, musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.
Dalam kebakaran jam 1.50 tengah hari itu, bilik berkenaan musnah sepenuhnya namun tiada kecederaan dilaporkan.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Affendi K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.51 tengah hari dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.
"Seramai 23 anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan. Api dapat dikawal pada jam 2.09 petang dan operasi tamat jam 2.25 petang," katanya.
|
|