View: 8074|Reply: 80
|
[Tempatan]
PM akan bentang pengubahsuaian Bajet 2016
[Copy link]
|
|
PM akan bentang pengubahsuaian Bajet 2016
Hari ini, 10:21 pagi Hari ini, 10:57 pagi
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 tidak lama lagi supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun 2016.
Perdana Menteri berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016, lapor Bernama.
Berucap pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini, beliau berkata ia antara lain akan melibatkan langkah-langkah tambahan penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.
"Pembentangan ini akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/325928
|
|
|
|
|
|
|
|
ermmmmm....tambah peruntukan ke.....hihkhihkk |
|
|
|
|
|
|
|
kadar GST akan dinaikkan kerana GST bagus untuk rakyat ... GST akan turunkan harga barang ... yeaaaaa ... saya cadangkan GST 30% agar semua rakyat semakin bersyukur ... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi banyak peruntukan lagi banyak boleh sapu ... sikit2 mana cukup ...
|
|
|
|
|
|
|
|
ketua negara donia ketiga...tak sampai 3 bulan, budget dah kena ubah...
dan makcik pakcik felda pprt bengap penjilat dia kat ci ni pun bertepuk tangan kegirangan... |
|
|
|
|
|
|
|
bajet pon kene modified lagi??
agak2 sektor mana yg kene cantas?
...permata kot? |
|
|
|
|
|
|
|
pliss naikkan cukai rokok ngan arak lagi doploh hengget. |
|
|
|
|
|
|
|
Aikk..hari tu kata tak perlu revise..Semua berada dilandasan yg betul... |
|
|
|
|
|
|
|
penyelarasan . rasionalisasi. pengubahsuaian |
|
|
|
|
|
|
|
hidup PM.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-1-2016 12:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Minyak dah turun 32 dollar kan latest |
|
|
|
|
|
|
|
disebabkan pendapatan negara berkurangan akibat harga minyak serantau menurun..maka dgn dukacitanya....
bla bla bla....rakyat bertambah kaya lagi |
|
|
|
|
|
|
|
harga minyak turun --> pendapatan negara berkurangan --> rakyat kena cukai
harga minyak naik --> kos mengimport bahan api bertambah --> rakyat kena cukai
|
|
|
|
|
|
|
|
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 ekoran situasi ekonomi dunia yang tidak menentu pada masa kini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perubahan pada Bajet 2016 melibatkan beberapa aspek supaya ia lebih realistik dengan situasi terkini.
"Oleh kerana senario ekonomi semasa, saya bercadang untuk membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 dari segi beberapa aspek untuk kita lakukan rekalibrasi supaya lebih realistik, lebih tepat dengan keadaan yang kita alami pada 2016.
"Pembentangan Bajet 2016 ini adalah langkah-langkah tambahan penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan GLC dan kesudahannya kesejahteraan rakyat mesti terus diperjuangkan oleh kerajaan," katanya pada Majlis Perhimpunan Khas Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Najib hadir pada Majlis Perhimpunan Khas Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Jelas Najib, antara faktor yang menyebabkan kerajaan terpaksa melakukan pengubahsuaian pada Bajet 2016 adalah kerana unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016 dibuat berdasarkan harga purata Brent sebanyak US$48 setong.
"Harga purata minyak mentah Brent telah menjunam daripada US$98.94 setong pada tahun 2014 kepada US$31.58 setong (pb) pada hari semalam (07 Januari 2016).
"Perkara ini amat membimbangkan termasuk kesan kepada negara kita ekoran unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016 adalah berdasarkan harga purata Brent sebanyak US$48 setong," katanya.
Tambah Najib lagi, selain kejatuhan harga minyak dunia, terdapat beberapa lagi faktor luaran yang turut mempengaruhi ekonomi negara.
"Kelembapan ekonomi negara China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia dan rakan dagangan terbesar negara kita. Semalam kita lihat jual beli saham di Shanghai Exchange digantung.
"Permintaan global dan perdagangan dunia yang masih lemah, keadaan pasaran kewangan terutamanya berikutan kadar faedah US Fed yang akan dinormalizedkan membawa kesan aliran modal serantau, termasuk Malaysia dan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat," ujarnya.
Justeru, katanya Kerajaan perlu memberi perhatian dalam mengambil tindakan lebih responsif dan tegas dalam menangani cabaran tersebut.
Malah, Najib juga mahu Kerajaan menguruskan sumber-sumber dengan cekap dan mencapai tahap optimum sekaligus bersiap sedia dan memikirkan cara terbaik untuk memastikan keadaan ekonomi negara terus mampan.
Bagaimanapun katanya, Kerajaan perlu memberi penjelasan dan menjawab pelbagai isu yang ditimbulkan supaya rakyat tidak terkeliru bahawa keadaan ekonomi negara masih kukuh walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran global seperti kejatuhan harga komoditi seperti minyak kelapa sawit-Awani
|
|
|
|
|
|
|
|
suka suki buat pbentangan tanpa bincang di parlimen?
|
|
|
|
|
|
|
|
harga minyak naik --> kos mengimport bahan api bertambah --> rakyat kena cukai > keje masih terjamin
harga minyak turun --> pendapatan negara berkurangan --> rakyat kena cukai > buang keje la
still ada beza....
|
|
|
|
|
|
|
|
woww.. ada adjustment.. harap good news lah tuk semua. jangan nak menambah titisan lemon ke luka yg dah sedia parah lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siap sedia la... Gomen dah takde duit |
|
|
|
|
|
|
| |
|