View: 1774|Reply: 8
|
336 Kes Lemas 2015, Cuai Punca Utama?
[Copy link]
|
|
Artikel: Fyruz Hanna
Video : FirdausZ & TS Loo
Ekoran daripada kisah lima sekeluarga mati lemas di Air terjun Belukar Bukit, Kuala Terengganu, pelajar tahfiz maut akibat lemas di Pantai Setiu, ia menunjukkan masih ramai di kalangan kita yang masih kurang peka dengan bahaya alam.
Kebanyakan kes lemas melibatkan sungai berlaku dimusim tengkujuh (akhir tahun) yang mana fenomena kepala air atau ibu air sering berlaku secara tiba-tiba.
Dua hari lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan kenyataan bahawa, sejumlah 336 kes lemas berlaku pada tahun lepas dan ianya meningkat sebanyak 14 kes berbanding tahun sebelumnya.
Kepala air atau ibu air bermaksud "permulaan atau penghabisan air bah, lidah air." Fenomena ini berlaku diseluruh dunia dan kadangkala meragut banyak nyawa.
Hujan yang turun berterusan menyebabkan akar pokok tidak dapat memainkan peranan menahan air untuk diserap ke dalam tanah dan seterusnya melimpah masuk ke sungai dengan kuantiti banyak.
CARI Infonet, berkesempatan mengunjungi orang ramai bagi mendapatkan pandangan mengenai punca kes lemas kerap berlaku di Malaysia. -CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betol juga.cth balau yg meragut nyawa banyak.dh letak bendera merah..Mandi gak.OK lah kalau gian sgt,pengawal pantai xmarah kau setakat main tepi pantai.
Tp org ni mmg degil,kdg2 kesian tgk pengawal pantai tu,marah2 tegur berkali2 org ni buat bodoh,tetap Mandi ketengah.mak pak sibuk mencekik tepi pantai besokan punggung,anak Mandi kat pantai.sampai pengawal mjerit bg amaran anak sapa,ibu bapa pantau anak,jgn biokn sendirian.aku rasa mmg pengawal tu ttekan bckp dgn mak pak yg xpaham bahasa,lpstu APA terjadi..dia gak susah. |
|
|
|
|
|
|
|
fire_place replied at 8-1-2016 10:18 PM
Memang betol juga.cth balau yg meragut nyawa banyak.dh letak bendera merah..Mandi gak.OK lah kalau g ...
balau????..... |
|
|
|
|
|
|
|
ice_sky92 replied at 8-1-2016 10:21 PM
balau????.....
Yela,pantai balau.kan semua berlaku akibat xpeka dgn kjadian alam.kat sungai xpeka dgn kepala air,kat laut xpeka dgn fenomena ombak. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kekecik selalu kena bantai ngan tali pinggang sbb mandi paya.. Alhamdulillah.. dah beso ni pandai gak la berenang..
kan bagus kat setiap skolah ada kolam renang utk bebudak berkubang time PJ .. leh belajo renang.. |
|
|
|
|
|
|
|
xpaham btl .mcmla kat rumah x blh nak mndi.... . |
|
|
|
|
|
|
|
Ni semua salah najib |
|
|
|
|
|
|
|
Punca utama? Kerajaan kena wajibkan kelas berenang sebagai satu dari ko k budak2 sek rendah.jgn pandang rendah.ini sgt penting |
|
|
|
|
|
|
| |
|