Syarul Ridzwan atau nama sebenar beliau adalah Mohd. Saharul Ridzwan Hashim. Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1989 (27 tahun) dan berasal dari Kuantan, Pahang. Bekerja sebagai Aircraft Maintenance sebelum menceburkan diri dalam industri seni.
Syarul membuat penampilan pertama dalam pertandingan Hero Remaja 2012. Beliau memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut di belakang Fattah Amin dan Syafiq Kyle.
Kemudian beliau menceburi bidang lakonan dengan memegang watak pembantu dalam beberapa buah telefilem dan drama. Lakonan beliau sebagai Faizal dalam drama Love You Mr Arrogant (2013) berjaya mendapat perhatian orang ramai. Susulan daripada kejayaan Syarul memegang watak psiko dalam drama tersebut, beliau diberi peluang memegang watak utama dalam drama Romi Cinta Julia (2014). Syarul telah mengembangkan lagi bakatnya di pentas teater melalui teater Tenggelamnya Kapal Van der Wicjk dan teater Bawang Putih Bawang Merah.
Di awal kemunculannya, Syarul dikatakan bercinta dengan Deena Emir yang juga seorang model. Memang sesuai sangat melihat Syarul Ridzwan bersama gadis ini yang boleh dikatakan cukup popular di laman sosial instagram. Memiliki pakej lengkap sebagai gadis muslimah memang tidak boleh dipertikaikan lagi jika mempunyai pengikut yang tersendiri. Entah apa silapnya, Syarul dikatakan putus cinta dengan Deena. Desas desus mengatakan Mia Ahmad, yang merupakan gandingannya dalam drama Hati Perempuan adalah punca hubungan cinta antara Syarul dan Deena putus. Syarul telah pun memadam gambar Deena di laman sosial miliknya.
Populariti Syarul semakin meningkat naik apabila beliau memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan 2015 yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Hati Perempuan merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel Hati Perempuan karya Jue Abbas. Gandingan mantap antara Syarul dengan pelakon wanita baharu, Mia Ahmad berjaya menarik perhatian ramai pihak. Melalui drama ni, dikatakan pula Syarul dan Mia bercinta (cinta lokasi) sehinggakan Mia mengiakan perhubungan mereka dalam program masakan Ketuk-Ketuk Ramadhan. Gandingan ini berjaya mencipta fenomena dalam kalangan peminat sehinggakan heroin yang bergandingan dengan Syarul selepas drama Hati Perempuan akan dihentam oleh peminat fanatik Hati Perempuan. Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada mereka bercinta atau tidak.
Syarul sekali lagi terpalit dengan gosip percintaaan dengan Mira Filzah apabila peminat berjaya menjejaki perbualan mesra mereka di laman sosial milik mereka. Mira dituduh sebagai orang ketiga dalam percintaan Syarul dan Mia. Walau bagaimanapun Mira telah tampil untuk menafikan gosip tersebut. Syarul dan Mira mula berkenalan pada tahun 2011 dan pada waktu itu Mira masih lagi belum menjadi artis.
Terbaru, gandingannya bersama Janna Nick dalam drama adaptasi, Kau Aku Kita juga mendapat sambutan ramai. Membawakan watak Iman Firdaus, kedua-dua pelakon ini mencipta keserasian yang cukup mantap. Dapat dilihat sisi berbeza Syarul melalui watak ini. Seorang yang suka mengusik dan ceria berlainan dengan watak serius yang ditampilkan melalui watak Tengku Zaril. Di awal tayangan drama ini, timbul sedikit kekecohan apabila peminat Mia Ahmad tidak berpuas hati apabila pelakon kesayangan mereka tidak dipilih untuk memegang watak Iman Firdaus sehinggakan pengarah Sheila Rusly ada memerli Mia Ahmad melalui dialog pelakon dalam drama tersebut.
Syarul dijangkan sekali lagi menggegarkan industri seni melalui drama Seindah Takdir Cinta. Bakal bergandingan dengan Amyra Rosli, Syarul akan memegang watak sebagai Shariman. Drama ini akan mengisi slot akasia TV3 kelak.
Sosial media:
|