CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7714|Reply: 30

Rumah Sewa

[Copy link]
Post time 10-1-2016 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aku tulis cerita ni lama dah, so aku ada edit sikit lah tarikh dia supaya tak nampak lari dari cerita asal. Aku pernah post cerita ni kat satu page FB tapi tak sampai seminggu kena delete dah. Hahaha



Kisah ni terjadi beberapa tahun lepas semasa aku menuntut di semester 5 Politeknik Ipoh. Kalau nak tahu student poli wajib Latihan Industri ketika sem 4. Disebabkan malas nak serabut kepala cari rumah, aku pun setuju dgn 6 classmate yg lain utk stay serumah tanpa melihat dulu rumah tersebut. Pendekkan cerita, housemate pertama yg sampai ke rumah tu adalah kwn aku yg dtg dr family yg warak. Aku yg kedua sampai ke rumah tu, walaupun sebelum sampai tu aku accident (tak teruk) tp aku tak rasa apa2 yg janggal pun. Rumah tu jugak senang je aku nak cari berdasarkan alamat, sbb sem 1 dan 3 aku mmg tinggal di lorong yg sama cuma tak pernah perasankan rumah ni. Tak ada apa2 yg pelik selama sebulan kitorg tinggal kat rumah tu. Cerita bermula bila aku start buat part-time di sebuah restoran yg menuntut aku pulang kerumah hingga lewat pagi. Ketika itu jadual hidup aku sgt sibuk, 8pg hingga 6ptg aku perlu hadiri kuliah, manakala kerja aku pula bermula dr 6:30ptg hingga 3:00pg. Memandangkan kehidupan aku yg begitu sibuk tu, aku selalu lalai menunaikan solat. Aku jarang sekali pergi berhibur oleh kerana sibuk dgn kuliah dan kerja. Malahan hujung minggu juga aku harus bekerja. Oleh kerana majoriti housemate aku adalah org Perak, setiap hujung minggu memang wajib aku ditinggalkan seorg diri kerana mereka semua balik kg. Disini segala-galanya bermula. Satu hari poli sedang bercuti seminggu kerana tahun baru cina. Seperti biasa aku pergi dan balik kerja seorg diri dirumah. Satu mlm tu aku pulang kira2 jam 3:30pg, agak lewat sbb aku singgah drive thru McDonald's dulu. Sampai je rumah terus aku layan TV sambil makan Mcd, habis makan malas nak mandi, off semua suis di tingkat bawah dan naik keatas utk tidur. Esoknya aku bangun dan turun kebawah utk mandi, alangkah terkejutnya aku bila semua suis on dan lampu menyala. Tak ada logiknya ada yg balik atau tuan rumah masuk, sbb pintu aku selak kunci dr dlm. Aku tak pernah ceritakan pd sesiapa pasal perkara tu. Tapi seorg demi seorg diganggu, ada yg tgh mandi sorang2 kat rumah dgr bunyi riuh kat ruang tamu mcm ada ramai org dtg, bunyi macam ada function, bunyi TV, bunyi nama dipanggil, bila jenguk keluar ternyata tak ada sesiapa. Ada kwn luar dtg bawa adik kecik, siap adik dia bgtahu nampak hantu kat bilik belakang. Paling ketara suatu hari bila semua ada dirumah, member bilik aku masuk ke bilik belakang utk sikat rambut di cermin panjang khas utk berdiri. Time dia sikat rambut, dia nampak dlm cermin member kitorg si A yg mmg budak bilik tu tengah duduk peluk lutut, kepala tunduk dan rambut kusut masai. Mulanya yg sikat rambut tu buat taktahu je, tp lama2 rasa seram. Dia pun berlari turun dan nak cerita pada kitorg semua. "weh! aku nampak A kat bilik belakang teng.." belum sempat dia habiskan ayat, dia terduduk ke belakang sbb si A yg dia nampak kat atas td sebenarnya ada je tengok TV dgn kitorg, siap muka khusyuk nak dengar cerita dia jugak. Kes tu berakhir mcm tu je tanpa ada sesiapa berani ungkit. Lama kelamaan gangguan makin melampau membabitkan seisi rumah. Lewat malam, sedang semua sibuk study bunyi seakan kanak2 berlari menaiki dan menuruni tangga jelas kedengaran. Anak tangga no.3 adalah anak tangga yg berbunyi bila dipijak, yang itulah yg dia suka main. Macam dalam jammed main brake je bunyinya dia buat. Kitorang duduk dlm 1bilik dan berpelukan mendengarkan bunyi tersebut. Dalam seram2 ada kelakarnya bila ada yg sampai buang air dlm pad je sbb takut nak ke toilet. Suatu pagi, aku balik kerja mcm biasa. Yg tak biasa bila ada yg menunggu aku balik. Member bilik belakang, iaitu si A yg kebiasaannya tidur awal. Aku tanya kenapa dia tak tidur lg, dia kata saja nak tunggu aku. Muka dia mcm berubah bila pandang aku kat depan pintu. Rupanya dia nampak aku bawa pulang lelaki berjubah putih. Utk pengetahuan, member aku ni ada sakit dan mata dia mmg hijab terbukak. Si A siap kata, time dia masuk bilik nak tidur laki berjubah tu ada kat katil dlm bilik dia dah. Setiap kali tinggal sensorang kat rumah, balik je kerja aku tak layan TV dah. Aku akan pasang Yassin dgn surah Ruqyah duduk dlm bilik kunci pintu. Setiap kali aku buat mcm tu, pintu bilik kena goncang, bunyi pintu mcm ditendang, ditolak-tolak mcm couple bergaduh awek tak bukak pintu bagi masuk. Oleh sbb takut yg melampau aku akan berselimut tertidur sampai siang. Benda tu selalu jadi time aku sensorang kat rumah je, tp aku tak pernah cerita kat housemate lain. Yelah, kalau cerita pun tak ada function. Satu rumah dah buat full payment satu sem since bulan pertama duduk lagi. Kitorang bukan berduit pun nak keluar duit cari rumah lain. Lagi pulak dah tengah sem susah kot nak cari rumah kosong sebiji. Ada pun cari partner bilik je. Aku ada tanyakan pada cousin aku yg salah seorg pengamal perubatan Islam. Dari penerangan cousin aku, dia kata dlm 7org perempuan dlm rumah tu makhluk yg mmg ada dlm rumah tu suka kat aku sbb aku paling longgar. Solat tak jaga, dalam rumah pakai seksi (even keluar bertudung), dia duduk kat badan aku sbb dia jatuh hati. Peringatan menakutkan dari cousin aku, jin kalau dah suka dia susah nak lepas dan takkan benarkan mana2 lelaki (manusia) jatuh hati kat aku. Takut 2-3hari je, lepastu aku rasa cousin aku tu mengarut je. Sebab aku susah nak percaya benda2 ni walaupun dah banyak kali kena. Jenis aku takut sekejap, hilang takut tu aku akan cakap "ni imaginasi je ni" Sampailah satu hari tu, yg sangat jelas dan nyata apa yg cousin aku cuba sampaikan. Malam tu ada 3org je termasuk aku kat rumah. Tengah malam aku decide nak keluar tengok bola kat mamak. Aku keluar sorang je 2org lg tinggal, tapi kat mamak member lelaki aku ramai dah tunggu. Habis bola aku balik n tengok ada budak class dtg lepak. Aku jengah pintu terus tegur dia, sambil aku kunci pintu. Baru nak duduk 'duuunnggg!' bunyi barang jatuh kat bilik aku, tepat ruang tamu. Semua naik follow aku nak tengok apa dia yg jatuh. Rupanya cermin aku, yg aku gantung kat pintu almari jatuh. Tapi penyangkut dia elok je, mustahil cermin tu melompat sbb gantung pakai tali. Then salah seorg bersuara "tadi pun jatuh jugak, tp kitorang dah angkat" aku mula rasa semacam, tp aku sedapkan hati. "ah, korang tak gantung elok kot tadi" Then aku gantung cermin tu balik dan ajak semua turun tengok TV. Selang 10minit lepastu bunyi yg sama kedengaran, kali ini lagi kuat diiringi bunyi barang bertaburan. Seram mmg seram, tp aku naik jugak tengok apa benda pulak yg jatuh. Kali ini seram makin bertambah, cermin tu jugak yg jatuh siap barang mekap aku tepi almari yg jauh sikit dari cermin tu sekali bertaburan. Aku angkat cermin je, sbb kat cermin tu aku lekat gambar aku dgn ayah aku. Barang mekap lantaklah, tunggu siang baru aku kemas. Semua aku ajak turun, sampai siang takde yg berani naik lagi dah. Esoknya aku IM kat FB cousin aku pasal kes cermin jatuh 3kali. Selamba cousin aku reply yg buat aku rasa nak lari je dari rumah tu "ko keluar dgn lelaki kot, tu sbb 'dia' bengang. 'dia' mana suka ada lelaki lain berdamping dgn ko" Gila punya hantu, aku pergi tengok bola pun dia mengamuk. Nasib baik time tu aku takde BF, kalau tak mau mati BF aku hantu tu 'tibai' aku ingat. Benda tu aku rahsiakan dari 5org housemate aku, kat sorang je aku bagitahu sbb aku rapat gila dgn dia dari kitorg sem 1 lagi. Oleh sbb kesibukan kerja, aku jarang berhibur, lepak n keluar dgn housemate aku. Sampailah satu hari, duit salah sorang member aku hilang dari dompet. RM50 sekeping. Aku buat bodoh je, sbb semua pun tahu aku paling load time tu sbb aku buat part-time seminggu dapat RM200. Mana mungkin aku nak mencuri kan? Atas sebab nak cari jugak duit tu, si B (yg hilang duit) ni buat sportcheck satu rumah. Last sekali sportcheck kat meja study. Meja sorang satu mmg tuan rumah susun sebaris je. Meja aku yg pertama, time si B check laci mmg kitorg pasti tak ada. Semua pun kena tengok time si B buka laci utk kepastian. Sampai last laci, still tak jumpa duit tu. Aku ni pun gatal tetiba nak buka balik laci aku. Taaadaaaaaa! Jahanam.. Elok terletak sekeping RM50 atas buku. Dlm hati aku mencarut tak ingat, aku yakin tadi tak ada, sbb semua mata focus kat laci, dan aku yakin tak ada salah sorang pun sempat pergi letak duit tu time sportcheck 6 laci lain. Aku tahu ni kerja siapa, benda tu. Benda tu mmg nak bagi aku tak ada kawan, seorang diri, bagi aku down, lg senang dia pengaruhi fikiran aku. Sejak tu hubungan aku dgn housemate renggang sikit. Kemuncak hujung sem, time nak hantar seorang2 ke bus stand, member aku yg hijab terbukak tu kena rasuk. Dia buat gaya budak kecik main tangga. Setiap anak tangga dia berhenti n panggil nama sorang budak bilik aku yg anak org warak tu dgn mendayu dan panjang. Aku kat luar rumah time tu, tapi yg cerita kat aku time tu mmg muka semua pucat. Diorg kata gaya dia sebiji mcm bunyi malam2 kitorg dengar awal sem dulu. Habis je exam, semua angkut barang keluar tak tunggu apa dah. Keluar result exam, aku failed 2paper. Kawan aku yg hilang duit tu pulak tangguh sem, sbb ada penyakit misteri. Aku tahu benda tu berjaya buat kitorg berpecah. Sem akhir aku tak duduk dgn diorang dah, dan cari rumah lain. Penghujung pengajian aku kat politeknik, salah sorang lecturer kitorang ajak bersembang dlm class. Dia tanya secara random depan class "ada ke kat sini yg duduk rumah Sari 4 no 1* tuu?" aku yg sememangnya pasti tu rumah lama kitorg gatal tanya "kenapa dgn rumah tu Encik?" sambil ex-housemate aku dulu muka teruja nak dengar jawapan. selamba je lecturer aku jawab "rumah tu berhantu tu.. mana ada student nak duduk situ melainkan hantu je" dengar je jawapan lecturer tu, semua yg pernah duduk rumah tu diam tunduk je. seram agaknya. Sekian cerita aku, tiada rekaan disini. Bila aku tengok The Conjuring, aku percaya yg pengalaman sebenar yg difilemkan tu sememangnya betul. Jangan nak kata aku terpengaruh dengan filem tu ye, aku tengok filem tu pun lepas setahun dah keluar dari rumah tu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Good. Ada lg story..?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 10:41 PM | Show all posts
tt cerita ok cuma minta tlg buat perenggan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sari 4 no rumah brape tt? Nnt balik rumah mak ayah aku boleh la usha2 kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya tt ada citer lain lagi tak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama nga akak cili padi...perenggan nya mana dekkk?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2016 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Peninggg..buat la perenggan tt oi
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Peningg..buatla perenggan tt oi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 07:04 AM | Show all posts
Rumah berhantu ni selalunya ada sejarah tersendiri..Tak pun...rumah yg dah lama ditinggalkan..
Maka jadilah rumah tempat jin duduk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan rumah tt sorang ja yg berhantu.. Rasanya tiap2 tumah kat TC yg disewa oleh students ada 'sesuatu'.. Tambah2 asrama poly tu. Selalu ja budak2 terlolong histeria..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 09:04 AM | Show all posts
tt ni ex puo ker.. duk kat cempaka sari ek..

taman cempaka.. seram jerr citer tt..

if ada lagi citer seram, citerla yer tt..

dan pasal sedara tt cakap ada jin minat tu, tt takder usaha berubat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 09:18 AM | Show all posts
Ok.. seram.. benda tu nak kongker ko seko2 lak.. xpasal kwn2 terlibat.. jahat betul mainan dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 09:29 AM | Show all posts
best tt...bila baca tak terasa macam dibuat2, memang rasa macam pengalaman sendiri...
namun berharap sangat tt buat perenggan & bertenang2 untuk abeskan satu cerita dalam satu masa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 09:58 AM | Show all posts
dik.. boleh tlg buat perenggan tak?
juling dah mate akak ni...
nti dah edit bagitau yer.. kang akak sambung bace semula..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:20 AM | Show all posts
mmg seram cerita tt ni.. bertambah seram bila perenggan pun hilang
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:56 AM | Show all posts
best, but bila dah sampai tengah tu gua dah pening.
Hope that tt boleh edit, buat perenggan. Hehe..
berpinar mata teman membaca citer kamu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 11:36 AM | Show all posts
area mane umah tuu ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Seremmmmmm... Share la lagi story
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
So benda tu masih ikut uols ke TT?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 02:28 PM | Show all posts
seram cite tt
menambahkan keseraman lg bile cite lgsg xde perenggan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.052713 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list