CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7941|Reply: 89

[Tempatan] EDISI DATO VIDA WHO? TMJ dan sasaran JDT utk musim depan

[Copy link]
Post time 14-1-2016 12:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by 311gurl at 19-7-2020 05:18 PM

S: Selamat petang Tunku. Menjunjung kasih kerana meluangkan masa memberi peluang untuk temu bual ini. Tunku, apakah sasaran untuk musim 2016?
Sasaran setiap pasukan/kelab di negara ini adalah untuk sentiasa memenangi trofi setiap tahun. Sejak 2013, saya tidak pernah menyebut mengenai trofi kemenangan tetapi seperti yang anda lihat, kami telah memenangi 4 piala dalam 3 tahun! Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, saya lebih bimbang tentang di mana kita akan berada dalam 10 tahun dan bukannya bercakap mengenai trofi.
Tunku, apa yang Tunku fikirkan tentang pasukan-pasukan besar lain yang mendapat tajaan dengan jumlah yang besar? Sebagai contoh Dato Seri Vida dengan The Red Warriors. Jelas sekali Liga Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing dengan setiap pasukan meningkatkan belanjawan masing-masing. Adakah ini membimbangkan Tunku?
J: Tidak. Wang tidak menjanjikan apa-apa tanpa otak.
S: Melihat kembali pencapaian Tunku dan juga pencapaian JDT, adakah terdapat mana-mana individu tertentu yang mengajar atau dijadikan sebagai sumber ikutan?

J: Saya rasa guru saya yang paling besar adalah kesilapan saya. Saya fikir yang saya belajar dari kesilapan orang lain dan juga kesilapan saya sendiri.
S: Tunku, saya sangat berminat untuk mengetahui tentang kehidupan harian Tunku. Sebagai Pegawai Pemerintah Angkatan Tentera Johor dan juga pemilik JDT yang kini semakin hebat. Selain itu juga mempunyai tugas negeri sebagai Tunku Mahkota. Bagaimanakah Tunku melakukannya? Adakah Tunku mempunyai hari yang kurang baik? Apa yang dilakukan pada hari yang kurang baik?
J: Saya mempunyai secawan kopi, melayani lagu gangster rap dan atasi apa-apa masalah tersebut.
S: Siapakah pesaing terbesar untuk tahun ini?
J: Saya.

S: Apa yang Tunku maksudkan?
J: Saya adalah pesaing kepada diri sendiri, kerana untuk mencapai sesuatu yang anda perlukan, anda perlu berperang dengan diri sendiri. Anda perlu berdisiplin, maka saya tidak mampu untuk menjadi malas dan mengendurkan diri. Saya perlu fokus kepada matlamat dan bekerja keras untuk mendapatkannya dan itulah sebabnya saya adalah pesaing kepada diri saya sendiri sahaja.
S: Tunku mempunyai banyak idea-idea dan pada masa ini ramai yang datang dalam dunia bola sepak dengan idea-idea yang berbeza. Apakah komen Tunku?
J: Ia bukan mengenai idea. Ia adalah melaksanakan idea-idea tersebut. Anda tidak boleh menghentikan seseorang yang tahu di mana mereka ingin pergi.
S: Tunku, apa yang mendorong Tunku? Terdapat sesetengah pihak yang terus-terusan mengkritik. Jadi apakah sebenarnya yang mendorong Tunku?
J: Mungkin saya mempunyai satu ketagihan dan ketagihan tersebut dipanggil terus menang dan mencipta sejarah.
S: Tunku, sesetengah orang melihat Tunku sebagai watak inspirasi, sesetengah orang melihatnya sebagai sombong. Ada apa yang Tunku ingin katakan tentang perkara tersebut?
J: Kata-kata saya akan meransang minda yang kuat atau menyakiti hati seseorang yang lemah.
S: Terdapat beberapa muka baru dalam dunia bola sepak cuba untuk membuat perbezaan dan dengan jelas memberikan idea-idea yang sama sewaktu Tunku mula mengambil alih bola sepak.
J: Tindakan membuktikan siapa seseorang itu dan kata-kata membuktikan siapa seseorang itu mahu menjadi. Dan mereka tidak boleh menjadi saya, kerana hanya ada 1 SAYA.
S: Tunku adalah seseorang yang mampu memacu kejayaan. Apakah maksud kejayaan kepada Tunku?
J: Bagi saya kejayaan adalah hasil akhir adunan kerja keras, konsisten dan kemampuan diri.
S: Apa-apa nasihat untuk peminat untuk 2016?
J: Bangun awal. Minum kopi. Berusaha keras. Bercita-cita tinggi. Pastikan keutamaan anda tercapai, minda anda betul dan jalan tegak. Buat perkara baik, hidup dengan baik dan selesakan diri anda. Melakukan apa yang anda suka dan suka apa yang anda lakukan. Inilah masanya kita teruskan mencipta sejarah.
----



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 12:41 AM | Show all posts
suka dengar lagu gangsat rap???
aku pun suka dengar lagu gangsta rap
tapi seorang royalty suka dengar lagu mcm tu
errrr....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2016 12:47 AM | Show all posts
sekngucing replied at 14-1-2016 12:41 AM
suka dengar lagu gangsat rap???
aku pun suka dengar lagu gangsta rap
tapi seorang royalty suka den ...

it's a quote-- drink some coffee, put on some gangster rap and handle it..
but mmg dia dgr rap pun..aritu dia ckp idol dia FIDEL CASTRO

if johor ni dpt liputan mcm royal kt eropah tu,, x lama la kau ditumbangkan olh rkyt
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hageda at 14-1-2016 12:54 AM

pe kata peyno @peynoLegend
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 12:54 AM | Show all posts
oh bless him. hahaha, jawapan diberikan seolah olah beliau mencongak reaksi pembaca. haha. fokus  betul mamat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 01:00 AM | Show all posts
fokus? napak mcm narcisis ja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2016 01:14 AM | Show all posts
bongkaknya lahai





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2016 01:19 AM | Show all posts
sekngucing replied at 14-1-2016 01:00 AM
fokus? napak mcm narcisis ja

kan?i pun rasa dia ni narcissistic..kan ramai leaders pun gitu gaya...

tmj leh geng dgn kanye west la pasni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 01:54 AM | Show all posts
Hurm.....ada duit jalan....tu jah......dato' vida tu lg ada otak dr tmj ni....sbb mula dari bawah dr susah....tmj ni padan dok perabis duit nenek moyang jah....masuk u x nak....hahah teringat tweet bini tmj dgn adik tmj... x silap tunku deris tu....cik puan ckp die x de degree....kira ada la segan jugak...tp jwpn adik tmj seolah2 bila ada duit...pelajaran x penting....page jst padan duk ngampu je la...komen2 kutuk maki admin delete...gigih benor.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 02:07 AM | Show all posts
311gurl replied at 14-1-2016 01:58 AM
humble ke benda nok,, bini dia yg mmg budak gombak boleh ckp "who needs a degree when u schoolin l ...

Hahah...sbb aku tgk print screen tweet tu...mmg cik kida mcm segan x blajar tinggi..yela nk masuk family royal kan ...tp ku deris ni ha yg jawab omputih membongkak tu....mmg btul deris ni cepat baran...tgk isu ku inah dgn tudung deris ni jugak yg terlebih emo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2016 02:16 AM | Show all posts
sriwanis replied at 14-1-2016 02:07 AM
Hahah...sbb aku tgk print screen tweet tu...mmg cik kida mcm segan x blajar tinggi..yela nk masuk  ...

t.idris mana ada twitter..
n tweet tu if melayukan "siapa perlu kan degree,jika awak sekolah-kan hidup".. tu bukan segan..tu sombong namanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 02:23 AM | Show all posts
311gurl replied at 14-1-2016 02:16 AM
t.idris mana ada twitter..
n tweet tu if melayukan "siapa perlu kan degree,jika awak sekolah-kan  ...

Aku paham maksud die....kan aku dah sebut bongkak...adoyai...yg jwb tweet kida tu sape sbb ko kate t.deris x de tweet?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Cewahh. Jawapan cliche sgt. Pesaing terbesar adalah diri saya sendiri. I read those quote bersepah di ig.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2016 02:35 AM | Show all posts
Edited by 311gurl at 14-1-2016 02:36 AM
sriwanis replied at 14-1-2016 02:23 AM
Aku paham maksud die....kan aku dah sebut bongkak...adoyai...yg jwb tweet kida tu sape sbb ko kate ...

kida yg ckp tu..it is her tweet.. not replying to anyone..
idris didn't hv a twitter acc.. only insta..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2016 02:38 AM | Show all posts
melinda_kerr replied at 14-1-2016 02:28 AM
Cewahh. Jawapan cliche sgt. Pesaing terbesar adalah diri saya sendiri. I read those quote bersepah d ...

everything dia ckp mostly quotes yg dimelayukan..pelik dia boleh ckp 'tiada penawar bagi kebodohan',which also another quote in english.. well if tak cerdik, pergi bljr, bertnya..lama2 pandai lah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
saya saya saya dan saya. all about saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kan dah cakap dah.. mail dah sentap

jawa johor gigih ni pertahankan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeah peyno is back
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 06:37 AM | Show all posts
penuh motivasi. orang berfikiran lemah aja yg salah anggap
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kutuk diri sendiri kew..
Ada duit tapi takde otak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.073965 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list