CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4126|Reply: 11

KEMAAFAN YANG DIPINTA

[Copy link]
Post time 14-1-2016 01:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NHSMUM at 16-1-2016 07:28 AM

1

“Kak.”

Syafa Aqira berpaling saat adik perempuannya, SyifaAqila memanggilnya. Beg pakaiannya sudah selamat di letakkan di dalam bonetteksi. Dia sudah siap sedia untuk pergi.

“Ya?”

“Kak Syaf betul-betul nak pergi ke?” Soal Syifadengan ragu-ragu.

“Kak Syaf perlu pergi, sayang.” Jawab Syafa dengan tenang. Dia menarik tangan Syifa dan mengenggamnya  dengan penuh kasih sayang.

“Kak. Syifa takut kalau mereka dah tak nak terima akak lagi. Syifa takut kak.”

“Syifa, insyaAllah, mereka akan terima akak. Syifadoakan ya. Dan semasa ketiadaan akak, Syifa tolong tengokkan mak. Nanti, bila tiba masanya, akak akan balik. Akak akan selalu call Syifa. InsyaAllah. Doa kan akak bahagia.” Pinta Syafa dengan sebak.

Sebak mula mencengkam dada Syifa. Dia sedih mendengar permintaan kakaknya itu. Hanya Syafa Aqira yang dia punya dan maknya. Ayah sudah lama pergi tinggalkan mereka kerana menghidap penyakit kanser. Dia mengucup tangan kakaknya.

“Kak, Syifa sentiasa doakan akak semoga akak bahagia.Akak jangan bimbang pasal Syifa dan mak. Akak pergilah kejar kebahagiaan akak.Kalau mereka tak perlukan akak, akak balik ya. Kami tunggu akak.” Ucap Syifa.

Mak Timah di muka pintu hanya memandang wajah anaknya. Berat hatinya untuk melepaskan anak perempuannya itu pergi. Tapi, kalau itu adalah permintaan anaknya, dia terpaksa lepaskan jua. Biarlah anaknya bahagia untuk kali ini. Mak Timah mengelap air matanya dengan hujung lengan baju kurung yang dipakainya.

“Mak, Syaf pergi dulu ya. Mak doakan Syaf tau. InsyaAllah, nanti Syaf akan selalu telefon mak. Syaf pergi dulu. Jaga diri mak. Jangan buat kerja berat.” Ucap Syafa lalu mengucup tangan tua maknya itu.

“Yalah, nak. Pergilah. Kamu jangan bimbangkan mak di sini.Mak selalu doakan anak mak. Jaga diri baik-baik di sana nanti. Janganmenyusahkan orang, ya sayang.” Mak Timah mengucup dahi dan kedua-dua belah pipianaknya itu. Pergilah, sayang. Pergi kejar kebahagiaan yang kamu cari selamaini.

Syafa mengangguk tanda faham nasihat maknya itu. Syafamelangkah dan berhenti di depan adiknya.

“Jaga mak dan diri Syifa. Kalau ada apa-apa, terus telefon akak. Akak pergi dulu. Assalamualaikum.” Kata Syafa. Dia melangkah kearah teksi yang menunggunya. Dia berpaling lalu melambaikan tangannya. Dia pergi untuk mengejar kebahagiaan yang dia lepaskan dulu.

*************************

Ting tong! Ting tong!

“Assalamualaikum.”

Datin Farida berhenti menyiram pokok bunga kesayangannya apabila terdengar loceng berbunyi dan diselangi dengan salam. Dia bergerak ke pintu pagar rumah banglonya untuk melihat gerangan yang datang.

“Waalaikumussalam.”

Alangkah terkejutnya dia saat melihat gerangan itu.Terpaku sebentar. Sudah lama dia tidak melihat wajah ayu itu. Rindunya dia pada menantunya itu. Laju kakinya berlari ke arah menantunya saat pintu pagart erbuka.

“Syafa!”

“Mama!”

“Ya Allah, sayang! Mana kamu pergi, nak? Lama mama tunggu Syafa datang. Rindunya mama pada kamu, Syafa. Kamu sihat? Kamu dah semakin kurus.” Kata Datin Farida sebak.

Dia mengucup pipi dan dahi menantunya itu dengan kasih sayang. Dia rindukan menantunya, Syafa Aqira. Sudah 2 tahun menantunya itu pergi tinggalkan anaknya. Walaupun dia tahu itu adalah salah Syafa, dia tetap tidak marah. Dia tahu saat itu Syafa masih muda dan tidak tahu apa-apa.

“Syafa sihat ma. Syafa pun rindukan mama.”

Dia menyalam tangan mentuanya itu. Alhamdulillah. Dia bersyukur kerana Datin Farida masih mahu menerima dirinya walaupun banyak kesalahan yang telah dia lakukan dulu.

“Mama, siapa yang datang?” Soal Datuk Rahim dibelakang. Terkejut juga dirinya saat melihat isterinya memeluk seorang perempuan sambil menangis.

“Papa.” Panggil Syafa sebak.

“Ya Allah. Menantu papa! Kamu dah pulang, nak.” Diaterus memeluk menantunya itu. Ya Allah. Sudah lama dia tunggukan saat ini. Akhirnya Allah telah makbulkan doanya.

“Mana kamu menghilang, Syafa? Lama kami tunggu kamu.” Kata Datuk Rahim.

“Jom. Kita masuk dalam. Tak elok orang tengok menangis kat sini. Jom. Mama, mari kita masuk.” Ajak Datuk Rahim. Dia mengambil beg pakaian Syafa yang sudah luntur warnanya itu. Manakala, Datin Farida pula memeluk bahu menantunya itu masuk ke dalam banglo mereka. Banyak perkara yang dia mahu borakkan bersama Syafa.

******************************
Fareez Rayqal menekan punat kunci kereta Range Rovernya. Sebaik saja terima panggilan daripada mamanya, dengan tergesa-gesa dia keluar dari office. Mamac akap ada kejutan untuk dirinya. Tidak pula Datin Farida memberitahunya kejutan apa. Datin Farida hanya menyuruh dia pulang dan ada kejutan menanti dirinya. Timbul rasa ingin tahu dalam diri.

Rayqal menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan keretanya. Sudah tidak sabar untuk mengetahui kejutan apa yang bakal diterimanya nanti. Dalam kepalanya dah macam-macam keluar. Ada juga perasaancuriga dalam dirinya. Kenapa tiba-tiba saja Datin Farida mahu membuat kejutan untuk dirinya?

Dalam tengah memikirkan kejutan apa yang bakal diterimanya nanti, iPhonenya berdering tanda ada panggilan buat dirinya. Senyuman mula terukir di wajahnya saat nama si dia yang muncul pada screen iPhonenyaitu.

Swipe!

“Hai, baby.” Sapa Rayqal dengan mesra.

“Hai, sayang. You kat mana ni? I pergi office you, PA you cakap you dah keluar.” Kata Anna, buah hati kesayangan Rayqal itu.
“I baru je keluar. Mama call tadi mintak I balik. Ada something happened. So I terpaksa balik.”

“Ala, semalam you dah janji nak lunch dengan I kan?”Rajuk Anna.

Rayqal mengigit bibirnya. Sumpah dia terlupa tentang lunch datenya dengan Anna. Aduh, mampus aku.

“Rayqal, you lupa kan?” Soal Anna dengan marah.

“I’m so sorry, sayang.”

“You! Dahlah semalam pun kita terpaksa cancel date kita. Tak akan hari ni pun. You dah janji kan. Bencilah macam ni. I dah lah tengah rindukan you sekarang. Lepas tu, macam ni pulak.” Dengus Anna.

“Ala, baby. I mintak maaf, okay. I terpaksa balik. Okey, okey. Macam ni. Malam nanti kita keluar? Having a dinner? I will pick upyou at 8p.m?  How?” Pujuk Rayqal. Aduhai, macam manalah dia boleh lupa date dia dengan Anna?

“Hmm. You selalu macam ni. Janji. Janji. Lepas tu tak jadi. Huh!”

“Baby. Kali ni I janji. Kita keluar. Hmm?”

“Okey. Okey. Pukul 8. I tunggu you. Kalau you mungkir. I mogok seminggu. Promise?” Ugut Anna.

“Seminggu? Lamanya. Okey. Okey. Kali ni I janji yang I tak akan mungkir janji. Baby, I call you balik. I tengah drive ni. Okey, sayang? Bye bye. Love you.” Ucap Rayqal mesra.

“Okey. Bye. Love you too.”

Klik!

Rayqal meletakkan iPhonenya di seat sebelah dan meneruskan perjalanannya.

***********************
“Mama! I’m home.”

Aikk. Sunyi je. Mana semua orang? Kata ada kejutan,tapi mananya?

“Mama. Papa. Qal dah balik ni.”

“Ya. Ya. Mama kat taman ni.” Sahut Datin Farida.

Rayqal membawa dirinya ke taman sebaik saja dapat sahutan daripada mamanya.

“Mama, kenapa mama mintak Qal balik ni? Ada something ke?” Soal Rayqal. Duduk dilabuhkan di atas gazebo di tengah taman itu. Kelihatan mamanya sedang menyemai pokok bunga kesayangannya itu. Papa pula tidak kelihatan.

“Amboi? Salah ke mama mintak anak mama balik sini? Kamu sekarang kan dah makin susah nak balik sini sejak ada buah hati ni.” Perli Datin Farida.

“Taklah. Tadi mama cakap ada kejutan untuk Qal. Mananya?” Rayqal menukar topik. Dia tidak mahu bercakap tentang Anna. Dia tahu mamanya tidak sukakan Anna. Mama paling pantang apabila dia menyebut nama Anna.Pasti mama akan melenting. Jadi, dia cepat-cepat menukar topik.

“Hah! Sebelum tu, pergi naik atas mandi. Tukar baju. Nanti turun makan. Pasal kejutan tu, sabar ya.” Arah Datin Farida.

“Baiklah, ma’am.” Seloroh Rayqal. Baik dia turutkan sajamamanya. Nanti ada pulak yang merajuk. Lepas tu, tak dapatlah dia nak keluar dinner dengan Anna malam nanti.

Datin Farida tersenyum melihat anaknya mendaki tangga satu persatu. Dalam hati sempat dia berdoa semoga anaknya itu boleh menerima kejutan yang sedang menanti dirinya itu. Amin!

***********************

Rayqal berhenti di depan pintu biliknya. Sejuk mula keluar dari celahan daun pintu itu. Pelik. Kalau tak silap dia, hari tu sebelum dia tinggalkan bilik tidurnya, dia dah tutup semua lampu dan aircond. Tapi, kenapa dia rasa biliknya sejuk? Seperti ada orang memasang aircond di dalam biliknya itu. Ada penghuni ke di dalam? Ah, mungkin mama atau papa yang lupa untuk menutupnya. Dia memulas tombol pintu. Gelap.

Klik!

Lampu bilik di buka. Cerah. Baru beberapa langkah kakinya melangkah. Tiba-tiba, sepasang mata hazelnya terpaku pada sekujur tubuh yang sedang nyenyak tidur di atas katilnya itu. Wajahnya tidak kelihatan dankelihatan seperti seorang perempuan kerana rambutnya panjang. Wajahnya terlindung dengan rambutnya itu.

Perlahan-lahan kakinya melangkah. Dia berhenti ditepi katil. Rayqal masih mencuba untuk melihat wajah gadis yang nyenyak tiduritu. Siapa pulak perempuan ni? Tak akan ada saudaranya yang datang dan tidur didalam biliknya. Tapi tak logik lah pulak. Sebab rumah ni kan ada banyak bilik tetamu. Fikirnya. Perlahan-lahan dia menolak rambut gadis itu dari menutupi wajahnya.

Tup!

Terkejut. Terpaku. Terkedu. Pucat! Semua itu mula hadir saat wajah gadis itu kelihatan. Selangkah demi selangkah Rayqal mengundur dirinya.
Tak mungkin! Tak mungkin! Macam mana perempuan ini boleh berada di sini? Selama 2 tahun dia pergi tinggalkan aku, sekarang tiba-tiba dia muncul kembali? Laju sepasang kakinya pergi meninggalkan bilik tidurnya. Tak. Tak! Aku mimpi kan? Perempuan tu tak ada dalam bilik tu kan? Bisik hatinya.

BERSAMBUNG...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 09:29 AM | Show all posts
safa n rayqal masih suami isteri ya?
rayqal dah ada awek... pastu safa cuba merebut hati rayqal semula....

speku 5 kupang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 10:27 AM | Show all posts
Dah baca.agak annoyimg sebab perkataan rapat.Aku bca sampai habis.ayat okaylah. Better pelbagaikan ayat ye.
Aku dapati ni cerita cliche atau ini hanya untuk menipu reader ke twist lain?
Cerpen ke novel ni?
Napa aku rsa kau akan update thread ni seminggu sekali je?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 10:28 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 14-1-2016 09:29 AM
safa n rayqal masih suami isteri ya?
rayqal dah ada awek... pastu safa cuba merebut hati rayqal sem ...

Kalau penulis nak buat camtu. Kita blh expect ending dia dan maybe ada twist fuck eh endingnya mindfuck.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 10:35 AM | Show all posts
syifa dan syafa adalah kembar seiras

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 12:07 PM | Show all posts
Ipo replied at 15-1-2016 10:35 AM
syifa dan syafa adalah kembar seiras

Syifa isteri sebenar. Syafa nak balas dendam. Kalau ipo punya cerita, mesti plot twist kan?
Dulu2 ada baca kisah kembar seiras... yg sorang kahwin, ada anak2... housewife. Sorang lg agak sosial. Single. One day, si wife dah bosan dgn life dia, ajak kembar dia tukar tempat.
To cut the story short, lepas btukar, wife mati. Yg kembar single tu dlm dilema nak gabaq the truth or not. Dlm diammdua dah jatuh cinta dgn suami kembar dia...
Citer ni lady baca dlm ruangan masalah... ala2 cik sri siantan. Entah betul entah tidak. Btw, derang bbangsa cina
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2016 12:51 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 15-1-2016 12:07 PM
Syifa isteri sebenar. Syafa nak balas dendam. Kalau ipo punya cerita, mesti plot twist kan?
Dulu2 ...

Orang skrng mcm2. Dah ada basic.bosanlah itulah.bila jadi mngsa pelarian,bru tahu.

Mengarut btul hat mslh tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 12:35 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 15-1-2016 11:07 AM
Syifa isteri sebenar. Syafa nak balas dendam. Kalau ipo punya cerita, mesti plot twist kan?
Dulu2 ...

oh saya pernah baca sinopsis novel tajuk Dia bukan Arissa. Arrisa..mati dibunuh..
then kembar Arissa iaitu Arlisa  menyamar jadi Arrisa..berlakon jadi isteri kepada suami kembarnya..
gitulah.. lebih kurang....then jatuh cinta...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2016 06:36 AM | Show all posts
Edited by NHSMUM at 16-1-2016 07:38 AM

2

“Mama!” Rayqal menjerit sambil menuruni anak tangga.

“Mama! Papa!”

“Kenapa Rayqal?” Soal Datuk Rahim. Tersedak dia yang tengah meneguk minuman di dapur. Terkejut dengan jeritan anak lelakinya itu. Dah kenapa pulak anaknya ini?

“Kenapa Qal? Kenapa pucat wajah kamu ni? Macam nampak hantu je?” Soal Datin Farida pula. Dia dah menjangka reaksi Rayqal setelah melihat kejutan tersebut.

“What’s this, mama? Papa? Can you please explain to me what’s going on here?” Kalau inilah kejutan yang mamanya mahu tunjukkan padanya. Ya, memang dia terkejut. Sangat. Sangat!

“Terangkan apa, Qal?”

“Mama. Inikan kejutan yang mama nak kasi tahu Qal? Perempuan tu? Apa ni, mama?” Marah Rayqal.

“Qal, dia dah balik. Orang yang kita tunggu selama ni dah balik, Qal.” Sayu suara Datin Farida.

“Ma, mama tahu kan yang Qal tak suka kalau perempuan tu muncul. Why suddenly? Why? Apa lagi yang dia nak?” Wajahnya diraup dengan kasar.
Sungguh dia tidak menyangka bahawa Syafa Aqira akan muncul kembali. Setelah 2 tahun perempuan itu pergi tinggalkan dia. Dan sekarang, tiba-tiba saja perempuan itu muncul? Apa yang dia mahukan?

“Qal, she’s your wife. Isteri yang Qal tunggu selama ni. Mama tahu Qal masih sayangkan dia, kan? Sekarang, dia dah balik. Dia dah balik untuk bersama dengan Qal.”

“No! Qal tak boleh nak terima dia. 2 tahun dia pergi tinggalkan Qal. Sekarang, dengan tiba-tiba dia muncul bila Qal dah ada pengganti dia. Bila Qal dah bahagia. Apa lagi yang dia nak? Apa lagi?” Rayqal tidak dapat menerima itu semua.

Datuk Rahim hanya mendiamkan dirinya. Dia tidak tahu mahu mengatakan apa. Anaknya itu seorang yang degil. Kalau A katanya maka A lah jadinya. Dia sebagai ayah pun tidak mampu melakukan apa-apa. Dia takut hubungannya dengan Rayqal akan menjadi renggang. Ya, memang dia sayangkan menantunya itu. Tapi, ini soal hidup Rayqal. Anaknya juga. Biarlah isterinya saja yang bercakap dengan anaknya. Dia takut kalau dia bersuara, benda lain yang akan terjadi nanti.

“Qal benci dia ma. Qal benci perempuan tu.” Jerit Rayqal.

“Rayqal! Jangan macam ni, nak. Nanti Syafa dengar.”

“Biar! Biar dia dengar. Lagi bagus kalau dia dengar. Mama, mama sendiri tengok kan macam mana keadaan Qal bila dia pergi tinggalkan Qal. Betapa terseksanya Qal masa tu. Qal menderita. Hati Qal sakit bila fikirkan balik apa yang dia dah lakukan pada Qal. Sekarang, bila Qal dah bahagia dengan Anna, bila Qal dah tak perlukan perempuan tu, mama nak suruh Qak terima dia kembali? No, ma. No! Keputusan Qal muktamad. Qal tak akan terima dia.  Sampai Qal mati!” Nekad Rayqal.

Tanpa disedari oleh mereka bertiga. Ada sepasang telinga yang sedang mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Rayqal itu. Syafa menekup mulutnya. Hatinya sakit. Tapi, ini adalah habuan dari apa yang dia telah lakukan pada Rayqal dulu. Dia terpaksa menerimanya. Dengan perasaan berdebar-debar, dia melangkah keluar dari tempat persembunyian dia dan berjalan melangkah turun menuju ke arah Rayqal.

“Abang.”

Rayqal memejamkan matanya rapat. Itulah panggilan yang dia nanti-nantikan dari dulu lagi. Dan suara itu. Suara yang dia rindukan. Tapi, semua itu sudah tidak bermakna lagi buatnya. Dia sudah tidak memerlukan semua itu lagi sejak kehadiran Anna di dalam hidupnya.

“Syafa.” Panggil Datin Farida.

“Abang, Qira dah balik, bang. Qira dah  balik. Qira nak hidup dengan  abang sampai akhir hayat. Macam yang pernah abang doakan.” Masih terngiang-ngiang doa Rayqal di telinganya.

“Abang berdoa. Semoga dengan izinNya, abang nak hidup dengan Qira sampai akhir hayat. Dan insyaAllah sampai ke Jannah. Abang nak jaga Qira. Abang nak sayang Qira. Abang nak cintakan Qira sepenuh hati abang. Hanya Syafa Aqira di dalam hati Fareez Rayqal. Tiada yang lain. Hanya Syafa Aqira. Dan dalam hati Syafa Aqira, hanya ada Fareez Rayqal.”

Setiap malam, Rayqal akan berdoa. Masa tu, dia tidak hiraukan doa Rayqal. Dia tidak pedulikan cinta dan kasih sayang yang Rayqal berikan kepadanya. Dan sekarang, dia menyesal. Sekarang, dia mahukan semua itu kembali.

“Abang, Qira mintak ampun dengan abang. Qira mintak ampun atas semua kesalahan yang telah Qira lakukan dulu. Qira menyesal, bang. Qira menyesal sebab tinggalkan abang dulu. Sekarang, Qira kembali dan Qira nak hidup dengan abang sampai nafas terakhir Qira.” Rayu Syafa. Dia memegang kaki Rayqal. Rayqal hanya diam terkaku.

“Syafa, bangun lah, nak. Jangan macam ni.” Sebak Datin Farida saat menantunya itu melutut merayu dengan Rayqal. “Qal, suruh Syafa bangun.”

“Tak, ma. Syafa tak akan bangun selagi abang tak ampunkan Syafa. Abang, Qira akan terus melutut sampai abang ampunkan Qira.” Teresak-esak dia menangis meminta ampun daripada Rayqal.

“Kau ingat senang aku nak ampunkan kau setelah apa yang kau buat pada aku dulu? Kau ingat senang aku nak lupakan semua tu?” Rayqal mengalihkan pandangannya ke lain. Dia tidak mahu memandang wajah isterinya.
Bagai pisau yang tajam menusuk ke hatinya apabila mendengar Rayqal membahasakan ‘aku’ ‘kau. Tiada lagi ‘abang’ ‘Qira’.

“Abang, Qira sedar akan kesilapan yang Qira lakukan. Qira menyesal, bang. Qira nak tebus semua kesalahan yang Qira lakukan pada abang dulu. Dan, abang cakap je apa yang abang nak Qira lakukan. Qira akan ikut semua permintaan abang.” Kata Syafa dengan penuh harapan.

‘Qira sanggup lakukan apa saja agar Qira mendapat keampunan daripada abang. Qira perlukan keampunan daripada abang.’

“Kau sanggup lakukan apa saja?” Rayqal memandang wajah Syafa. Dan gadis itu menganggukkan kepalanya tanda ya.

“Baiklah. Aku nak kau melutut di luar sana sampai hati aku terbuka untuk ampunkan kau. Itu pun kalau hati aku nak.” Arah Rayqal dengan kejam.

“Rayqal.” Serentak Datuk Rahim dan Datin Farida menyebut nama anaknya. Tidak menyangka Rayqal akan membuat permintaan sebegitu. Sebak Syafa. Kalau itu yang suaminya mahukan. Dia akan tunaikan. Perlahan-lahan dia bangun berdiri.

“Baiklah. Kalau itu yang abang mahukan. Qira akan turut. Sampai hati abang terbuka untuk ampunkan Qira. Qira akan pergi.” Syafa melangkah keluar.

“Qal! Kenapa Qal sanggup buat Syafa macam tu? Dia dah kata yang dia dah menyesal atas apa yang dia lakukan dulu? Tak akan Qal tak boleh nak maafkan dia?” Marah Datuk Rahim. Dia dah tak boleh bersabar. Rayqal dah melampau.

“Kalau dia mahu Qal ampunkan dia, dia perlu tunaikan semua permintaan Qal.” Rayqal memanjat anak tangga dan masuk ke dalam biliknya.

********************************
Hujan mula menyembah ke bumi. Guruh mula kedengaran. Petir mula kelihatan. Tapi, Syafa masih melutut di luar rumah banglo itu. Dia sudah nekad. Selagi suaminya itu tidak maafkan dirinya. Selagi itu dia akan melutut di sini. Dia mengangkat kepalanya lalu memandang ke balkoni bilik tidur suaminya itu. Dia dapat merasakan bahawa ada seseorang memerhatikannya dari situ. Dan dia tahu orang itu adalah suaminya. Mungkin Rayqal mahu melihat sama ada dia masih di sini ataupun tidak. Mungkin.

Dia menunduk kepalanya memandang pehanya. Tiba-tiba, setitik cecair merah jatuh ke pehanya. Syafa menyapu hidungnya. Darah. Darah mula mengalir keluar dari hidungnya. Semakin dia seka, semakin banyak darah keluar. Sakit mula menyerang di kepalanya. Dia memegang kepalanya. Dia tidak boleh pitam di sini. Dia harus kuat. Dia harus kuat untuk mendapatkan keampunan daripada suaminya itu. Semakin kuat terasa sakit dikepalanya. Dia memandang ke hadapan, pintu rumah kelihatan ada dua, tiga. Dan banyak. Tiba-tiba dunianya terasa gelap dan dia rebah ke bumi.

***************
Rayqal memandang sekujur tubuh di atas katilnya. Gadis itu semakin kurus seperti tidak makan. Wajahnya begitu pucat seperti orang sakit. Dadanya bagaikan mahu pecah saat melihat sekujur tubuh itu rebah jatuh ke bumi. Dia sangkakan Syafa hanya berlakon untuk masuk ke dalam. Hampir setengah jam dia menunggu, rupa-rupanya gadis itu tidak berlakon. Perasaan bersalah mula hadir dalam dirinya. Masih teringat kejadiaan sebentar tadi.

Semasa hujan mula turun, dia melihat ke luar balkoninya. Dia mahu menjenguk sama ada Syafa masih melutut di situ ataupun tidak. Rupa-rupanya, gadis itu tetap di situ walaupun hujan mula turun. Ribut petir mula kedengaran, gadis itu tetap di situ.

Beberapa minit dia menunggu, dia melihat gadis itu menyapu hidungnya, mungkin selsema. Dan beberapa saat selepas itu Syafa mula rebah. Dia fikirkan, Syafa hanya berlakon tapi, bila hampir setengah jam dia menunggu Syafa masih begitu. Dia mula resah.

Rayqal turun ke bawah untuk melihat keadaan gadis itu. Dan sangkaannya meleset saat matanya terpaku pada batang hidung Syafa. Ada cecair merah mengalir di situ. Laju kakinya melangkah ke arah Syafa. Beberapa kali dia menepuk pipi Syafa, namun gadis itu tidak sedarkan dirinya sampailah mama menyuruhnya membawa Syafa ke dalam. Dan sampai sekarang gadis itu tidak sedarkan dirinya. Kata doktor, Syafa hanya tertekan dan penat. Entahlah.
Rayqal melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia melihat wajah ayu itu. Dulu wajah itulah yang sering dia puji. Dulu wajah itulah yang dia selalu rindukan. Dulu wajah itulah yang selalu dia cium walaupun Syafa selalu melarangnya.

‘Kenapa dulu kau tinggalkan aku? Kenapa kau muncul saat aku bahagia bersama orang lain? Apa yang kau mahukan daripadaku sekarang, Syafa Aqira?’

Tangannya yang mahu membelai wajah Syafa terhenti apabila ada gerakkan daripada Syafa. Dia cepat-cepat melarikan tangannya lalu bangun dari duduknya. Dia mahu melangkah keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu Syafa tahu dia berada di situ.

“Abang.”

Kakinya berhenti melangkah saat suara lembut itu memanggilnya.

“Abang nak pergi mana?” Syafa bangun dari pembaringannya lalu menyandarkan kepalanya di kepala katil. Dia memandang susuk tubuh belakang lelaki itu. Dengan kemeja polonya yang berwarna biru gelap dan seluar jean berwarna hitam. Seperti mahu keluar.

“Aku nak keluar.”

“Abang nak keluar pergi mana?”

“Kenapa kau sibuk nak tahu? Suka hati akulah nak pergi mana aku suka.”
Rayqal masih berdiri membelakangkan Syafa. Dia tidak mahu memandang wajah sayu itu. Dia takut tembok yang dia bina akan runtuh bila-bila masa.

“Abang, Qira cuma nak tahu suami Qira nak pergi mana malam-malam ni. Salah ke?” Soal Syafa lembut. Rayqal memusingkan badannya lalu memandang Syafa tajam.

“Eh, perempuan! Kau dengar sini. Aku buat hal aku. Kau buat hal kau. So, kau tak payah masuk campur urusan aku. Mana aku nak pergi ikut suka akulah. Selama ni, tak ada orang pun sibuk nak ambil tahu aku pergi mana. Even papa dengan mama pun. Kau yang tiba-tiba mucul entah daripada ceruk mana sibuk nak tahu urusan aku.” Sembur Rayqal.

Syafa hanya menundukkan kepalanya. Dia terasa dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh suaminya itu.

“Abang, Qira cuma nak abang temankan Qira.”

“What?! Temankan kau? Eh, selama ni elok je kau sorang-sorang. Apasal tiba-tiba mengada nak aku temankan? Nak mampus ke?”

“Kalau Qira cakap yang umur Qira dah tak panjang, abang boleh temankan Qira sampai Qira pergi?” Soal Syafa tersekat-sekat.

“Baguslah kalau umur kau dah tak panjang. Aman sikit hidup aku. Senang. Tak payah pandang muka kau tu. Meluat je aku tengok. Rupa yang penuh dengan kepura-puraan.” Bagaikan tercabut jantung dia apabila suaminya berkata sebegitu.

‘Abang, mana perginya cinta dan sayang abang pada Qira?’

“Sampai hati abang cakap macam tu. Abang dah tak sayangkan Qira?”

“Haha. Sampai hati aku? Ohh, dulu kau tak fikir pulak sampai hati kau tinggalkan aku sorang-sorang? Sayang? Sorry. Sayang aku terhadap kau dah lama pupus selepas kau tinggalkan aku dulu. Sekarang, kau jangan ingat aku akan kembali pada kau. Sampai masanya nanti, kau dan aku akan berpisah. Macam yang kau mintak dulu.” Rayqal terus pergi meninggalkan Syafa yang menangis teresak-esak di atas katil.

“Abang, jangan tinggalkan Qira.” Dia kembali teringat saat dirinya meminta cerai daripada Rayqal. Waktu itu, Rayqal hanya mendiamkan diri dan tersenyum. Tiada riak marah. hanya wajah yang tenang.

BERSAMBUNG...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 11:27 AM | Show all posts
Cerita cinta cnnilah aku suka.xde setan itu suami.aku bla bla bla. Bagus tt.Tapi aku sakit hati sbb tt buat dek komen aku.sila sambung.

laki tu msih syg dia.Klo x,dia lafaz dah cerai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 05:56 PM | Show all posts
mokcun speku...
syafa ni ada sakit merbahaya...
nanti dia mati..pastu si syifa tu ambil alih...or mungkin balas dendam kat laki kakak dia tu..
betui dak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 02:26 PM | Show all posts

3

“Saya nak bercerai dengan awak. Saya langsung tak sayangkan awak, Rayqal. Apatah lagi cintakan awak. Tolong, Rayqal. Ceraikan saya. Kalau kita teruskan perkahwinan ini, kita berdua tak akan bahagia. Please.”

Suara itu hilang apabila dia dikejutkan dengan suara perempuan lain. Dia memandang di sekelilignya sebelum memandang wajah di depannya itu.

“Sayang, you menungkan apa tu? Dari tadi I bercakap, you buat tak tahu je. Kenapa ni? Ada problem ke?” Soal Anna dengan lembut lantas memegang tangan Rayqal yang berada di atas meja itu.

“Nothing.” Sepatah jawapan yang keluar dari mulut Rayqal itu membuatkan Anna tidak berpuas hati.

“Ish! Siapa I pada you sebenarnya, Rayqal?” Soal Anna geram.

“Hey, apasal you soal I macam tu?” Terhenti jarinya yang tadi sibuk bermain dengan sudu.

“Dah tu, kalau you anggap I ni sebahagian daripada hidup you, you kenalah share problems yang you hadapi dengan I. Jangan simpan sorang-sorang. Apa gunanya I ni kalau tak boleh nak bantu you?” Marah Anna.

“Sayang. Betul. Nothing happened lah.” Ucap Rayqal sambil mengelus jari jemari Anna dengan lembut.

“Tengok. Still nak berdalih dengan I. Rayqal sayang, I dah kena you almost 2 years. I tahu bila you ada problem and bila you tak ada problem. Tell me. What had happened dekat rumah tadi?” Soal Anna lembut. Dia tahu Rayqal rahsiakan sesuatu dengannya. Kalau tidak, Rayqal tidak akan termenung terdiam sebegini. Pasti ada sesuatu yang terjadi.

“She’s back.”

“Who?”

“My wife. She’s back.”

Tumm!

‘Wife? She’s back?’ Bulat mata Anna apabila sepatah ayat itu keluar daripada mulut Rayqal. Dia dah pulang? Isteri Rayqal dah pulang? Oh my.

Beberapa minit mereka mendiamkan diri, barulah Anna membuka mulutnya bertanya kepada Rayqal.

“When?”

“Huh?” Terjungkit sebelah kening Rayqal terkejut dengar suara Anna yang tiba-tiba keluar.

“Bila isteri you pulang?” Tanya Anna sekali lagi.

“This morning. Maybe. I tak tahu bila dia balik. I balik masa lunch tadi, dia dah ada kat rumah mama I.” Terang Rayqal.

“Ohh. Because of this your mom asked you to come home?”

Rayqal hanya mengangguk kepalanya tanda ya.

“So?”

“So? So apa?”

“Huh! Rayqal! Your wife, dia dah pulang. So? Apa yang yang akan terjadi pada you and her? You and I? You akan balik pada dia? Dan tinggalkan I or what?”  Bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut Anna. Dia mahu tahu apa yang Rayqal akan lakukan. Apa mereka akan berpisah atau Rayqal dan isterinya akan bercerai? Tapi, apa yang dia mahu. Dia tidak mahu  berpisah. Dia sayang dan cintakan Rayqal. Dia tidak mahu kehilangan lelaki itu.

****************************************
Dari tadi sampai sekarang Syafa menunggu suaminya itu pulang. Dia mengerling jam di dinding. 1 pagi. Syafa mengeluh. Ke manakah lelaki itu pergi sampai sekarang masih tidak pulang? Syafa bangun dari duduknya dan berjalan keluar ke  tepi kolam. Dia masih ingat kenangannya dengan Rayqal di sini. Di tepi kolam ini.

****************************************
Syafa melabuhkan duduknya di tepi kolam dan merendamkan dua belah kakinya itu ke dalam air. Hmm, segarnya. Dia menghirup udara sambil memejamkan matanya. Menghayati udara yang baru di hirupnya itu.

Splushhh!

Bukan main terkejut lagi Syafa apabila satu badannya itu terpecik air. Kuat pula tu. Mangkuk hayun mana pula yang simbah air ni? Dengan perasaan marah, Syafa membuka matanya dan satu wajah yang terpampang di depan matanya itu. Memang jelas lagi nyatalah manusia ini yang membuat satu badannnya ini basah dengan air.

“Fareez Rayqal!!!!“ Bergema satu banglo dengan suara Syafa. Geram sungguh dia dengan mamat ni sorang. Tak habis-habis sakitkan hati dia. Kalau tak usik dia satu hari memang tak boleh. Huh!.

“Ya, sayang?” Rayqal menghulurkan senyuman menggoda kepada isterinya itu.

“Apa yang awak buat ni? Tengok! Habis basah baju saya. Ishhh! Kalau nak mandi tu, mandi jelah sorang-sorang. Jangan nak basahkan orang lain sekali.” Sembur Syafa dengan wajah kemerahan. Laju dia bangun dari duduknya lalu mencekak pinggangnya.

“Ala, sayang. Tak best lah mandi sorang-sorang ni. Come, join me.” Ajak Rayqal. Dia tersengih melihat Syafa mencekak pinggang. Ada gaya seperti mak cik tua si Syafa ni.

“Malaslah saya nak layan awak ni. Kalau awak nak sangat mandi berteman, pergi ajak Pak Mat. Tak pun ajak je Mak Awe tu.”

“Haha. Sayang, buat apa abang nak ajak Pak Mat? Tak best lah. Tak boleh nak peluk-peluk. Tak boleh nak lebih-lebih. Kalau ajak Mak Awe, lagilah tak boleh. Tak boleh nak peluk. Nak cium. Nak…” Usik Rayqal dengan segihan nakal. Makin berasap lah si Syafa ni.

“Rayqal! Awak ni kan. Erghh! Malas saya nak layan awak ni. Skru kat kepala otak awak tu dah longgar agaknya. Mandilah sorang-sorang kat sini. Saya nak masuk. Tengok tv lagi best dari layan awak.” Syafa melangkah meninggalkan suaminya yang masih berada di dalam kolam itu.

“Sayang. Sayang. Qira sayang! Tak nak temankan abang ke? Mehlah temankan abang mandi ni. Qira!” Jerit Rayqal. Sengaja dia mahu mengusik isterinya itu.
Kalau tak usik isterinya itu satu hari memang tak boleh. Rasa tak aman hidupnya itu. Dia suka tengok wajah Syafa kemerehan menahan marah. Bila Syafa membelebel. Dia suka sangat. Haih. Kalau dah jatuh cinta. Semua benda dia akan suka pasal gadis itu.

**********************************
Kenangan lama itu membuatkan dia tersenyum sambil menangis. Sungguh dia rindukan saat itu. Saat Rayqal mengusiknya. Saat Rayqal tersenyum menggoda. Ahh. Sempatkah dia untuk melihat Rayqal tersenyum padanya nanti? Semakin laju air matanya mengalir di pipi.

Syafa memandang pintu pagar rumah. Nampaknya, Rayqal tidak akan pulang malam ini. Mungkin bermalam di kondonya. Datin Farida ada maklumkan padanya tadi. Kalau hari dah berinjak pada pukul 2 atau 3 pagi, Rayqal masih juga belum pulang itu bermakna lelaki itu bermalam di kondonya. Dengan perasaan yang hampa, dia melangkah masuk ke dalam. Seketika, dia berpaling memandang pintu pagar banglo itu. Masih berharap, lelaki itu pulang. Tapi, keluh dilepaskan.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.137392 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list