View: 3866|Reply: 25
|
[Tempatan]
10.9 juta pencarum KWSP tiada penama
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Sehingga akhir tahun lalu, 10.9 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara ini tidak membuat penamaan.
Jumlah itu bersamaan 75.2 peratus daripada keseluruhan 14.5 juta ahli berdaftar dengan agensi berkanun berkenaan dan membabitkan nilai simpanan yang besar iaitu RM232.7 bilion.
Ketua Jabatan Pendaftaran dan Operasi Sokongan KWSP Tengku Roshani Tengku Embung berkata, ada tiga faktor utama mengapa pencarum tidak membuat penamaan iaitu kerana ingin membahagikan harta simpanannya mengikut faraid manakala bagi yang bukan beragama Islam kemungkinan mahu mengagihkan berdasarkan surat kuasa mentadbir.
“Kami juga tidak menolak kemungkinan masih ramai ahli tidak mendapat maklumat mengenai isu ini menyebabkan mereka gagal berbuat demikian.
“Selain itu, mungkin ada dalam kalangan ahli berasakan tiada keperluan berbuat demikian (membuat penama) memandangkan proses pengeluaran kematian terkini tidak mengambil masa lama selain mudah bagi waris menuntut simpanan ahli apabila ahli meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Muka depan akhbar ini semalam melaporkan sikap ambil mudah serta tidak tahu proses menyebabkan lebih RM60 bilion harta rakyat Malaysia tidak dituntut pewaris dan ‘beku’ dalam akaun beberapa agensi kerajaan berkaitan pengurusan wang simpanan dan harta.
Ia membabitkan harta jenis tak alih (tanah dan rumah) serta harta alih (wang tunai, saham, kenderaan) yang tersimpan sejak puluhan tahun di Amanah Raya Berhad, Tabung Haji, KWSP serta Pejabat Tanah dan Daerah.
Menurut Tengku Roshani, sekiranya wang caruman itu tidak dituntut, ia disimpan di KWSP sehingga ahli mencapai umur 100 tahun (mengikut rekod) dan i dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak diTuntut.
“Setakat ini, tiada kes tuntutan tertunggak kerana permohonan pengeluaran ahli tanpa penamaan akan diproses berdasarkan Surat Kuasa Mentadbir, Surat Probet, Perintah Pembahagian, Sijil Faraid atau bayaran dibuat kepada waris yang berhak menerima pusaka ahli mengikut Akta KWSP,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya terus meningkatkan kempen, iklan, promosi dan aktiviti bagi memberi penjelasan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman ahli untuk membuat penamaan.
Katanya, perkara ditekan dalam program kesedaran berkenaan mengenai faedah kepada waris sekiranya berlaku kematian ahli.
“KWSP akan mempermudahkan proses membuat penamaan tanpa menjejaskan risiko pembayaran simpanan kepada waris,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila kwsp nak umum dividen? |
|
|
|
|
|
|
|
salah sorg antaranya ialah aku |
|
|
|
|
|
|
|
i buat penama.... tapi husband kata takde maknanya . kalau jadi apa2 dalam waktu terdekat, akan lebih melambatkan proses sebab penama i ialah anak2 yang sekarang under 18. |
|
|
|
|
|
|
|
takde masa nak gi opis kwsp...
kan bagus kalau segala urusan2 gomen ni boleh buat masa weekend... |
|
|
|
|
|
|
|
haku dah buat penama.. cumanya tak 100% kpd spouse..ada gak utk anak2.. tp dia punya penama 100% haku.. |
|
|
|
|
|
|
|
penama aku dah meninggal
so nk tukar nama harus ke pejabat kwsp
kenape gov tak buat melalui online
tak sampai sejam je kot |
|
|
|
|
|
|
|
UTC kan ada , semua jabatan dalam satu bumbung . rasanya weekend pun dorang buka , ke iols yg silap ni .
|
|
|
|
|
|
|
|
Utc takde kwsp ke? Susah juga nak pegi sebab kerja..
Kami laki bini ketegar taknak letak penama.. |
|
|
|
|
|
|
|
meols kat penang...tadak utc sini....
deme tak suka LGE...
|
|
|
|
|
|
|
|
salah sorg tu adalah meols
sbbnya penama asal dah meninggal
igt boleh online rerupanya x boleh plk |
|
|
|
|
|
|
|
owh patutlah .
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo xsilap, penama ni hanya pemegang amanah.
Means, andai pemilik akaun meninggal, maka penama boleh keluarkan wang kwsp dan dibahagikan secara faraid kecuali dah dinyatakan dlm wasiat si mati yg wang kwsp tu milik penama.
Kalo aku slh tlg betulkan ye. |
|
|
|
|
|
|
|
penama hanya pemegang amanah.
lepas tu buat lah pembahagian mengikut faraid bagi yang berugama islam.
tujuan adanye penama, xmenyusahkan waris nk keluarkan duit. banyak duitnye.... ke amanah raya. lagi leceh prosesnya. beserta upah amanah raya lagi. kalau bukan amanah raya, kene mohon ke mahkamah, tuntutan harta pusaka |
|
|
|
|
|
|
|
Urusan kwsp termasuk penamaan kan boleh buat online semua...kenapa nak susahkan diri pergi ke pejabat kwsp office hour pulak tu...register i-account utk individu, semua boleh tgk situ, nak print statement pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
hatikudus replied at 15-1-2016 03:47 PM
Urusan kwsp termasuk penamaan kan boleh buat online semua...kenapa nak susahkan diri pergi ke pejaba ...
Nak regster i-account pun bukan ke kena gi pejabat kwsp juga? Pastu baru leh register online pulak...ala2 mcm nk register maybank2u..kna gi atm machine juga memula tu...tp taktau la system kwsp sekarng camne.. I register i-account tu dah lama, thn 2009 ... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lupa lah, cemana memula dulu. Tapi rasanya aku pi kiosk kwsp kat mana tah, klcc tak silap yg mcm mesin atm tu utk aktifkan id ke apa... |
|
|
|
|
|
|
|
namakan najib jer sedekah |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 15-1-2016 04:04 PM
Nak regster i-account pun bukan ke kena gi pejabat kwsp juga? Pastu baru leh register online pulak ...
La ni boleh retrieve pword/username via phone je. X perlu p kiosk/kwsp |
|
|
|
|
|
|
| |
|