Analisis Isu. Dr Azman Ibrahim, Pemimpin PAS Terengganu tersebut mengemukakan pendapatnya tentang perkara yang berlaku dengan kewujudan ISIS/ISIL di kawasan sengketa Iraq dan Syria. Beliau yang juga bekas Penuntuk Di University Baghdad itu menulis pendapatnya di facebook beliau. “Betapa akhirnya kemurnian perjuangan mujahidin sunni Iraq dan Syria menentang kezaliman kerajaan boneka Syiah di Iraq dan kezaliman Basyar al Asad di Syria telah berjaya dihodohkan wajahnya dengan teramat buruk bersenjatakan halimunan ciptaan barat bernama IS. Yang jahatnya kerajaan syiah akhirnya hilang. Yang timbulnya adalah bagaimana brutalnya IS membantai setiap yang menentang mereka. Sembelih, bakar, tembak, pancung, campak dari bangunan dan sebagainya.” kata beliau membuka bicara di facebooknya. “Tenggelamlah bagaimana kisah sebenar muslim sunni di Iraq diburu dari rumah ke rumah. Dipukul, dirogol anak-anak gadis mereka dan dibunuh kaum lelaki mereka. Kisah tragis ini bukan saya dapat dari AP, AFP atau Agensi. Tapi dari seorang teman sunni Iraq yang berjaya melarikan diri dari negaranya. Sekarang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat pengajian di Sepang. Orang sudah lupa bagaimana Fallujah, bandar sunni di Iraq yang digelar bandar masjid telah dibumi hanguskan oleh Amerika kemudian proses pemusnahannya disambung lagi oleh kerajaan Syiah Nuri al Maliki. Kezaliman dan kebrutalannya usah diceritakan lagi.” Ulas beliau lagi dengan mengingatkan bagaimana bandar Fallujah yang dijarah Amerika dan Syiah Iraq di bawah kepimpinan Nuri Al Maliki. Beliau juga menyata kehairanan terhadap Syaikh Al Azhar yang beria ria meletakkan Label Syaitan pada IS sedangkan pada waktu yang sama menyokong General As Sisi yang turut membunuh ribuan rakyat Mesir dalam usaha Penggulingan Dr Morsi. Akhirnya beliau begitu yakin bahawa Mujahidin sebenar tidak akan melakukan seperti mana video yang disebarkan dalam internet. ” Saya masih berpegang dengan fakta bahawa mujahidin pejuang sunni yang sebenar tak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan IS dan yang sewaktu dengannya. Mujahidin yang sebenar tidak akan melakukan kezaliman atas nama perjuangan Islam. Merenung semua ini, saya mengakui hakikat bahawa dizaman ini, siapa yang menguasai media, dia akan muncul sebagai pemenang dalam pertarungan.”
IS ISIS dan sekutunya bukan ISLAM. Suicide bomb bukan ISLAM. teruskan lah agenda memfitnah islam .
siapa menguasai media mereka mampu mencipta fitnah2 jahat
sesungguhnya pembuat fitnah penyebar fitnah akan bertanggungjawab di akhirat kelak.
islam tak ajar membunuh wanita dan kanak2.
islam tak ajar keganasan.
|