January 17, 2016
KUALA LUMPUR, Ahad – Ketika orang ramai masih segar dengan ingatan terhadap pengeboman yang berlaku di Jakarta beberapa hari lalu, pengunjung di pusat beli-belah di Pavilion di sini, cemas apabila polis memeriksa dua beg yang ditinggalkan di situ, hari ini.
Dua beg yang ditinggalkan di bawah kerusi di aras dua oleh dua pelancong dari Korea itu dijumpai oleh pihak pengurusan pusat beli-belah itu.
Selepas menunggu kira-kira 30 minit namun tiada sesiapa yang menuntut beg itu, pihak pengurusan pusat beli-belah itu menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata pemeriksaan polis bagaimanapun mengesahkan ia adalah beg pakaian.
Pelancong terbabit dikatakan meninggalkan beg itu bagi memudahkan mereka untuk membeli-belah di Pavilion.
Zainol berkata, dua pelancong wanita itu meninggalkan beg mereka dekat bahagian tengah di aras dua pusat beli-belah itu kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Selepas 30 minit menunggu pemilik untuk menuntut beg mereka, pihak pengurusan pusat beli-belah itu mengambil keputusan menghubungi polis kerana khuatir keselamatan orang awam.
Katanya, unit pemusnah bom segera ke tempat kejadian dan apabila diperiksa menemui pakaian di dalam beg tersebut.
Kira-kira tiga jam kemudian, dua wanita berkenaan dalam lingkungan 20-an dan 40-an tampil untuk menuntut beg mereka.
“Mereka dibawa untuk disoal siasat. Mereka beritahu kita bahawa mereka mahu pergi membeli-belah, sebab itu mereka tinggalkan beg mereka di situ.
Kita berpuas hati dengan jawapan mereka. Mereka telah dilepaskan,” katanya.
p/s Bomfobia...
|