|
|
Gagal Tarik Penonton, Al-Jazeera Amerika Ditutup April Ini Jan 15, 2016 361

SALURAN berita antarabangsa, Al Jazeera Amerika yang baru dua tahun setengah beroperasi akan ditutup pada bulan April depan.
Keputusan itu diumumkan secara tiba-tiba dalam satu mesyuarat bersama kakitangannya, pada petang Rabu.
Menurut satu sumber kepada CNN, seramai 700 orang kakitangan syarikat itu bakal terjejas dengan keputusan itu susulan kehilangan pekerjaan.
Saluran berita ini ditutup berikutan gagal menarik penonton yang ramai di benua tersebut meskipun pelaburan bernilai berjuta-juta dolar telah disalurkan
Menurut ketua pengarahnya Mostefa Souag, penutupan operasi saluran ini di Amerika didorong oleh model perniagaan yang tidak dapat ditampung, di tengah-tengah cabaran ekonomi di pasaran media Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, Souag memberitahu khidmat digital Al-Jazeera akan diperluaskan, meskipun saluran ini ditutup.
Al-Jazeera merupakan antara agensi berita yang popular di dunia seangkatan dengan CNN, Fox News dan MSNBC.
Stesen berpusat di Doha, Qatar yang ditubuhkan pada 1996 lalu itu turut mempunyai saluran antarabangsa antaranya Al-Jazeera versi bahasa Arab, Inggeris, Turki dan Balkan.
– AGENSI/MYNEWSHUB.CC
|
|