Klip video promosi jersi JDT berdurasi tiga minit itu memaparkan pemain JDT bermain bola sepak di Lapangan Antarabangsa Senai, Johor bersama penampilan istimewa pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di dalam pesawat telah mencecah lebih 1.3 juta tontonan di laman Facebook JDT.
Bagaimanapun, ramai juga yang mengkritik video tersebut yang dilihat mempunyai terlalu banyak persamaan dengan iklan Nike yang diterbitkan pada tahun 1998 untuk mempromosi jersi pasukan kebangsaan Brazil.
Dalam video terbitan JDT, pemain pasukan itu pada mulanya dilihat bosan sebelum Amri Yahyah mengajak Safee Sali bermain bola sehingga berlarutan ke setiap kawasan di lapangan terbang terbabit.
Malah cara Safee Sali memandang ke luar juga cukup mirip dengan apa yang dibuat Ronaldo dalam iklan Nike itu pada awal iklan terbabit selain beberapa persamaan yang agak ketara.
Begitupun, di sebalik tuduhan ia ditiru, maklum balas daripada netizen tetap turut memuji tindakan yang dibuat JDT itu terutama TMJ yang memberi kelainan kepada bola sepak tempatan.
Untuk rekod, Nike adalah penaja pasukan JDT tahun lalu. - CARI Infonet
tiru iklan brazil tp bezanya yg jawa darul tahi ni level kampungan caprut aja skillnya...
brazil di tahun 1998 jauh lebih maju drpd set2 bola kampong jdt since 2013 ni......
i tak paham org dok backing iklan ni..
dah terbukti mmg bnyk persamaan..
ingat boleh sesuka hati copy nike punya ad? tu IDEA org..kau AMBIL idea nike..
kalau ikut undang2 mmg boleh saman pun..
betol sama mcm Nike Brazil , video ni no identity , no creativity, no idea...johore banyak punya tempat cantik2. nice beaches, ladang,park may b guna carpark pun ok ..
buruknyer iklan....level iklan propaganda rtm ,kerajaan .buat malu adidas jah
satu lagi... patch yg sebijik coppa italia patch kat jersey tu menatang apa?menang afc cup pun ada patch kaa
i expect more from adidas..
cinemotography tak lawa langsung.. nampak tacky sangat..
obviously bila tgk terus teringat nike ad..
rakyat msia ni bnyk yg bengap undang2...dah sah2 adidas meniru hasil kerja nike..boleh lagi nak back up,,
adidas asia should know better before releasing the advert...
i just nak tahu siapa direct this ad?
i don't think it's jdt fault..
adidas patut tahu benda ni.. bukan benda remeh tiru iklan org. dah la iklan tu zaman ronaldo..
dah kering idea ke adidas?
tapi iklan neh lebih kpd nak promo jdt instead adidas...mcm belum pernah tgk iklan presiden atau penaung tim mencapub sama.kalo tasty takpe gak..ini leher pun takdak
kalau promo jdt mmg patut malu..jgn ingat sbb team berduit,sesuka hati tiru karya org lain..
ambil sponsor dari adidas then tiru ad team nike..how low can one be?
nak jugak selitkan diri dalam ad tu,, the similarity is too much,, kalau nike yg sponsor jdt, mmg acceptable.. ni ADIDAS..