CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7800|Reply: 58

AKAL : Kedudukannya dala ASWJ - Dr Mohd Zaidi from IKIM # UPDATES 17/7/2019

[Copy link]
Post time 19-1-2016 05:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 17-7-2019 03:23 PM

Aqal dan naqal dalam Islam                        

PANDANGAN IKIM         
                          

18 Januari 2016 6:20 PM        
      
              
      
        
                                       
TAHUN 2016 telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tahun memperingati ulang tahun kelahiran Aristotle yang ke-2,400.

                  
Tahun ini turut diisytiharkan oleh pertubuhan tersebut sebagai tahun memperingati ulang tahun kelahiran dua tokoh ilmuwan daripada dunia Islam, iaitu yang ke-1,250 bagi Hakim al-Tirmizi dan yang ke-1,150 bagi Muhammad Zakariya al-Razi yang lebih dikenali di Barat sebagai Rhazes atau Rasis.
Yang menariknya, salah satu persamaan dalam sumbangan bermakna tokoh-tokoh ulung di atas adalah penghasilan sekurang-kurangnya satu karya perihal akal oleh setiap seorang daripada mereka.


Malangnya, dalam memerihalkan peranan akal dalam beragama, orang Islam kini sering hanya diingatkan agar berwaspada penggunaan akal melulu. Peringatan sedemikian tidak pula diseimbangkan dengan penegasan tentang kedudukan istimewa akal dalam Islam.


Malah, apabila disebut akal, kefahaman masyarakat pada amnya menjurus kepada akal fikiran (reason). Akal fikiran sebenarnya dapat dikatakan sebagai seperti dengan pendalilan (istidlal) kerana terdiri daripada penelitian akal terhadap pelbagai dalil, bukti atau tanda demi mencapai sesuatu maksud atau tujuan. Walau bagaimanapun, sangat penting untuk orang Islam sedari bahawa akal bukan akal fikiran semata-mata.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2016 05:59 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-7-2019 12:25 PM

Dari segi maksud, akal sememangnya merangkum reason tetapi akal juga melangkauinya dan memiliki makna yang lebih luas.

Akal dalam penjelasan para alim ulama Islam muktabar sebenarnya ialah diri rohani insan itu sendiri.



Malah, tingkat akal yang tertinggi yang diakui dalam Islam adalah para Rasul yang dianugerahkan Allah kemampuan untuk menerima wahyu. Sememangnya agama Islam sampai kepada kita semua melalui naqal (khabar atau riwayat) yang bersambungan daripada Rasulullah SAW.

( NOTA : SANAD , ISNAD: kesinambungan proses ilmu )


Meskipun begitu, di sebalik saluran naqal itu adalah sandaran akal. Malah, penerimaan akal sedia terangkum dalam sebarang khabar yang layak menjadi sandaran atau pegangan.

Naqal atau khabar yang terkuat, iaitu khabar mutawatir, difahami sebagai “khabar yang sabit melalui penyampaian sekumpulan insan yang tiada tergambar pada akal akan bersepakat untuk berdusta”.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2016 06:03 AM | Show all posts
Jelas daripada cara khabar tersebut ditakrifkan dan difahami di atas bahawa penerimaan akal menjadi sandaran asasi.

Tambahan lagi, penentuan kesahihan naqal yang kurang kuat, seperti khabar ahad (iaitu khabar yang diriwayatkan oleh seorang penyampai dalam rantaian penyampaian), juga bersusur galurkan penelitian dan pendalilan akal.


Malah, sebagaimana yang diterangkan dalam kitab-kitab akidah muktabar Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Sharh al-Aqa’id al-Nasafiyyah oleh Imam Sa‘duddin al-Taftazani, selain daripada para sahabat yang tanpa ragu-ragu langsung mendengar daripada Rasul SAW, penerimaan generasi selepas mereka akan khabar-khabar daripada baginda pada amnya dapat dikatakan sebagai penerimaan yang bersandarkan pendalilan.



Pendalilan ini setidak-tidaknya melibatkan pemerhatian terhadap bukti-bukti berkenaan kebolehpercayaan para periwayat dalam rantaian sanad sesuatu khabar ahad tersebut.
Selain peranan akal dalam menentukan kebolehsandaran sesuatu khabar, kedudukan istimewa akal juga jelas dalam kebertanggungjawaban agama, yang dinamakan taklif shar‘i.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2016 06:04 AM | Show all posts
Kebertanggungjawaban agama sesungguhnya bergantung pada kematangan akal (akil-baligh) yang bercirikan keupayaan membezakan (tamyiz atau mumayyiz) bukan sahaja baik-buruk tetapi juga kategori-kategori dasar kewujudan: wajib, mustahil, dan harus.


Justeru, skima pengajaran akidah yang sesungguhnya adalah asas agama juga disusun dalam mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah bersesuaian dengan tertib aturan aqliah.

Penyusunan tersebut jelas kelihatan pada perbincangan dan penerangan berkaitan sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul-Nya. Malah, dalam satu hadis Nabi, sangat jelas ditegaskan, la dina li-man la ‘aqla lahu (tiada agama bagi sesiapa yang tidak berakal)!




DR. MOHD. ZAIDI ISMAIL ialah Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.CEYzol6M.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2016 06:07 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-1-2016 06:51 AM

kupasan Dr Mohd Zaidi  ni bagus ye untuk menunjukkan yang adanya kategiri kategori hadis, pengkelasan hadith , pertimbangan hadith tu = ITULAH fungsi AKAL para ulamak...

boleh dijadikan hujah yang sememangnya Islam menitik beratkan soal penilaian dan akal...



adakah penilaian tentang esuatu benda tidak melibatkan penggunaan akal???

so, sesiapa yang memfitnah islam dan mengatakan islam tu ikut je alim ulamak imam imam tu tanpa menyedari bahawa dia  sebenarnya  tak tahuakn keluasan makna akal dan ruang lingkup apa yang dikatakan proses proses penilaian sesuatu bukti yang juga melibatkan akal . Dalam islam , buktinya dalam islam kita pun disuruh meenliti sebarang perkhabaran dan juga sesuatu atau mentafsir sesuatu mengikut panduan yang ditetapkan. Dan panduan atau kaedah kaedah ilmu tu - buktinya akal itu digunakan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 05:12 AM | Show all posts
salam

good article ..

Akal dalam penjelasan para alim ulama Islam muktabar sebenarnya ialah diri rohani insan itu sendiri.
maseh adakah ilmu ini .. ?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda
إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi.
إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً
Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham.
إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ
Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu
فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”
(Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. D'shahihkan oleh Al-Albani)

wassalam



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2016 10:04 PM | Show all posts
siapa boleh bawak kalam hujjatul islam, al imam al ghazali(alghazel) tentang kedudukan akal....

imam al ghazali duduk di zaman muktazilah, ketika falsafah akal yunani menyerang islam sehingga munculnya ramai saintis islam pada masa yg sama munculnya zaman islam "RE-THINK"....

zaman yg sgt mencabar...

imam alghazali akhirnya membuat satu kesimpulan bahawa akal tidak dapat digunakan utk mnecari kebenaran...

dan sudah muncul zaman berzaman bahawa mereka yg gunakan akal akan berakhir dgn fasa agnostik.....

kebanyakkan saintis pun begitu....

Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 10:08 PM | Show all posts
sahabat-sahabat forumner boleh lihat dalam link ini,

tentang pendapat hujjatul islam imam al ghazali

http://faizassyirazi.blogspot.my ... ori-mencari_17.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2016 10:35 PM | Show all posts
actually bergantung jugak pada siapa yang didakwahkan dan berapa banyak ilmu yg dia ada dalam mantik dan akliah atau falsafah

sapa  yang dengaq radio ikim tentunya mengikuti ceramah pendek satu ustaz yang berbincang pasal kekadiman, tidak ada mula dan akhir ...sifat makhluk ....dan sifat wajib dan mustahil bagi ALlah dalam berdakwah

sebab

hujahnya ialah - ada org  yang hanya dengan jalan jalan akal saja yang dapat dia lihat kebenaran Islam

bagus jugak misalannya...


dan of course dalam Islam hal hal yang berkaitan iman tu dan aspek yg berkaitan memang berkehendakkan iktikad 100%  so itu memang lah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2016 10:44 PM | Show all posts
pasal al ghazali tu
actually dia mengkritik pemikiran humanisme melampau yang ada dalam kalangan tokoh islam apabila membicarakan  sesuatu bab tertentu dalam falsafah sebenarnya. Sebenarnya nak memahami al ghazali , terlebih dahulu  mungkin kita kena letahui aspek aspek falsafah. Falsafah ada cabang yang membicarakan sifat metafizik , kejadian kekadiman alam dan tang bab inilah - yg ada khilaf pemikiran

dan juga lahirnya golongan muktazilah - pengkagum pemikiran


kena ingat ya islam tidak menolak sains, definitely tidak sebab sains itu ilmu Allah dan sains yg bersifat tauhidik atau adanya gabung jalin unsur naqli, aqli dan etc akan dapat menyatukan capahan ilmu tu  dalam prinsipnya dan ruh ilmu tu balik kepada ...kepada siapa? kepada Allah semula

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2016 10:49 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-1-2016 10:53 PM

falsafah islam ini unik- so sesiapa yg nak kenali al aghzali just read on falsafah islam ...dari penulis yg bertauliah especially dari ISTAC dan murid asuhan Prof Naquib al Attas..

ada banyak karya tentang kedudukan akal dalam Islam.

u akan dapat gambaran jelas betapa uniknya falsafah islam tu dalam macam nak tengok ilmu wahyu , unsur unsur ini dalam kerangka falsafah yang asalnya ilmu ni lahir dari logik  yunani yg of course begitu ' secular sifatnya'  - so dalam islam  camner nak harmonikan ini ?

kita tahu mai tang bab yg membicarakan kekadiman alam ni - memang akan ada sikit pertembungan antara pemikran kerangka falsafah yunani versus islam

dan kat situ yg hujah al ghazalli betul...

sebab ada kalangan tokoh islam bila mai  bab ini depa menyamakan ahli filosuf tu sama dengan nabi ...cumanya depa kata rasul atau nabi tu mendapat al haq tenang pembuktian kebenaran melalui wahyu sedangkan ahli falsafah tidak ,  (I DAH LUPA KONTEKS apa yang mulakan perbincangan bab ni tapi ada dalam buku Sunawari Long )

ni yg salah tempelak al  ghazali ialah ...ilmu wahyu dan rasul itu konsepnya lain dan tinggi. ilmu wahyu itu lain dan kat sini saya pun tak ada ilmu nak terangkan tapi tang bab ini kita sedar yang ada aspek dalam Islam yang memang iktikad iman kena ada...sebab iman itu  mempercayai dengan 100 % iktikad . dan selalunya insya allah 100% dari kamullah dan allah tu memang kita tak ragui , lihat saja al quran ...

cumanya bagi mereka yang belajar bab bab ni - akan tahu berhujah.
best bial teliti hujah , i memang berminat. tapi tak ada masa
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 03:03 AM | Show all posts
ya imam al ghazali seorg yg menyelam dalam dunia mantik....dia faham  kehendak sains....

tapi dia mampu meninggalkan akal ketika berlaku percanggahan  antara islam dan logik....

dan sy juga pecinta sains....

dan bukan mudah sy korbankan akal demi agama.....

Alhamdulillah....

samikna waatokna......

bg sang athiest, sy adalah buta.....

tp saya sanggup...dan ia bukan mudah.....


pernah saya tanya seorg ustaz tentang satu soalan.....

jika dalil islam kata tiga segi, tapi mata saya nampak 4 segi.....sy nak pakai yg mana???

mata ka dalil???

kamu semua nak pakai yg mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2016 03:08 AM | Show all posts
buke radio ikim sekarang bestttttttttttttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2016 03:24 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 23-1-2016 09:43 AM
ussopp replied at 23-1-2016 03:03 AM
ya imam al ghazali seorg yg menyelam dalam dunia mantik....dia faham  kehendak sains....

tapi dia ...

sains mempunyai kerangka ilmu dan falsafahnya yang bersifat empirical,  yang dimanifestasi melalui cara kita tulis objectves kaedah semua tu, bukti empirikal measurable, demonstrable  ( sebab tu kena guna kata kerja yang boleh dilihat /diukur demonstartive verbs masa tulis objectives kajian sains, contih - To  measure , to quatify , to describe , to  blabla bla so any demonstrative verbs  + frasa nama .... )  etc

tu sains yg mementingkan aspek aspek ini :  sesuatu benda tu dilihat , diperhati , ditaakul dan dinilai  etc

tak ada salah sains dalam itu

ilmu tu dari ALLAH juga

tapi apa yg silap dalam kerangka pemikiran atheis ialah kerangka depa gunakan itu untuk bercakap soal perkara yg wahjib diimani - macam hari kiamat, wahyu, rasul, kalamullah etc  tu
konsep konsep tu depa apply kerangka science

tu yg ada konflik sebab kita tahu ada benda yg wujud tapi tak measurable
dan ada bidang atau aliran psychology lain yang agak dimangsakan bila kerangka pemikiran ' measurable and quantifiable'  ( usually behaviorism ) digunakan sebab masa tu mana ada mesin imbasan nak tengok proses tu berlaku dalam otak
so , u know
in that sense itu dah membuktikan yang tak semestinya yg tak nampak tu maksudnya tak wujud kan

tapi bagi org yg endalami ilmu aqidah dan cabang ilmu mantiq

depa boleh cabar si atheist pulak

so , kewujudan allah ni dapat dilihat tanda tandanya di alam ini
then kalau atheist tu hahah kata so kalau tak ada alam  .....haa nampak hujah macam tu
( so pad kita  akan tak nak debatlah sebab macam tu ) tapi bagi those yg belajar penetapan aqidah dan hujahnya
depa tahu jawab

sebab

perlukah alam nak buktikan kewujudan Allah ?
alam tu boleh dimusnahkan ( kiamat ) dan dibina
so - sifat ALLAH ialah - allah wujud, qidam...so

alam tu bukan syarat nak tentukan kewujudan Allah sebab alam tu makhluk je
Allah tu wujud , dan sifat allah tu bukan sama dengan sifat makhluk...
so allah tu wujud
Allah tu esa
sifat iradah semua tu kena faham...kuasa ALLAH teidak terbatas sebab tu logik allah itu ESA, ahad....

yg konsep agama semitik lain yg tuhan tu u know ada .....so ia imply keterbatsan kuasa ...dan meyamakan allah tu = makhluk so ini tak betullah

lebih kurang tapi best hujah depa...

sedangkan makhluk ada hidup dan ada proses kematian

so depa boleh argue along that line sebab depa ada ilmu ni ...
tapi kena ada ilmu
sebab bagi depa aliran pemikiran ini - kalau org tu jalannya memahami islam ialah akal - dan dia tak boleh terima dalil naqli lain , bab konsep rasul , nabi, kalaumullah so  ada cara dia tapi ini org yg mahir

terror depa...

sebagai tambahan ...
dan juga as Al Quran tu sumber ilmu - dalam kalamullah it sendiri jugak menyatakan ada fenomena yang lain sikit dari sunnatullah  yakni - keuwjudan nabi adam as  , hawa tanpa ibu bapa, kelahiran nabi isa as makhluk Allah tanpa senyawaan sel gamet lelaki, api tidak membakar nabi ibrahim, air laut merah  yg membelah dan beri laluan bagi Nabi Musa AS...

so u see, ada benda  yg disebutkan di atas menunjukkan kita kena beriman dengan kekuasaan Allah ...i


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 12:32 PM | Show all posts
Edited by ussopp at 23-1-2016 12:36 PM
mbhcsf replied at 23-1-2016 03:24 AM
sains mempunyai kerangka ilmu dan falsafahnya yang bersifat empirical,  yang dimanifestasi melalui ...

tapi masalahnya,

yg guna cara akal utk buktikan Allah, dari zaman sebelum alghazel sampai sekarang, mereka hanya akan berakhir dengan agnosticm sahaja.....

tak dapat....
setakat ni dan selama ni, tak dapat....

sbb tu alghazel kata tak dapat..kalau guna akal...

lagipun setakat yg kita ada sekarang, hujjah atheist mendahului....tak ramai public figure agama yg boleh catchup sebab diorg bercakap pasal physics....quarks ,
CERN dan lain2.....

paling tinggi yg saya kenal pun imran hussein.....bukan syeikh imran hussein....

so takda pun penghujah dlm bidang akal yg boleh cover islam....as harun yahya, zakir naik, semua agak outdated utk fight dlm fizik....
mereka hanya boleh fight dlm certain level saja


wallahua'lam.....

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 06:31 PM | Show all posts
ussopp replied at 23-1-2016 12:32 PM
tapi masalahnya,

yg guna cara akal utk buktikan Allah, dari zaman sebelum alghazel sampai seka ...
lagipun setakat yg kita ada sekarang, hujjah atheist mendahului....tak ramai public figure agama yg boleh catchup sebab diorg bercakap pasal physics....quarks ,
CERN dan lain2.....

paling tinggi yg saya kenal pun imran hussein.....bukan syeikh imran hussein....

so takda pun penghujah dlm bidang akal yg boleh cover islam....as harun yahya, zakir naik, semua agak outdated utk fight dlm fizik....
mereka hanya boleh fight dlm certain level saja


Salam bang ussopp,

Set2 Hamza Adreas Tzortis jgk tu...
depa berhujah dgn atheist/agnostic yg hentam apologis sains-Quran
- Bg saya, men-sainskan Quran adalah approach yg menyontotkan

Krn, bg saya sains punya ralat dan ketidakpastian
walhal Quran tu Kalam Allah
- paradox tak?

Pokoknya, kena terbit perbezaan antara
1. ilmu/pengetahuan dgn
2. hikmah/kebijaksanaan
Sbb Allah Al-'Alim, Al-'Hakim

So, bg ilmu/pengetahuan dlm Al-Quran tdk boleh bercampur sains yg empirikal
dan hikmah/kebijaksanaan dlm Al-Quran tdk boleh diempirikalkan tanpa falsafah sains

Umpama pemegang PhD dlm metalurgy disuruh mengimpal-sambung badan kapal
atau tukang batu disuruh merekabentuk bangunan...kn?

Soal ilmu dan hikmah tu teguh dlm Islam - luas
dan akal tu bertanggungjawab meletakkan yg hak ditempatnya yg berhak, dgn hak.
- kaum ya'qilun

p/s: Masih teringat2 kisah atheist/agnostic yg meng'kita'kan sains...khen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2016 12:08 AM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 23-1-2016 06:31 PM
Salam bang ussopp,

Set2 Hamza Adreas Tzortis jgk tu...

ya, geng2 tu lah tu....

setakat ni rujukan tertinggi nak guna akal , maka setakat ni belum ada umat islam yg lebih advance dari diorang ni...utk zaman kontemporARI Ssekarang la...


saya sendiri berpegang pada prinsip samikna waatokna saja...akal hanya bonus...

cuma apabila thread ni dibuka, utk menunjukkan akal sains penting dlm  islam, maka sy bagi lah rujukan yg ada zaman sekarang,,,

selain daripada mereka ni mcm takda....yg ada cuma setakat layman saja....biasa2 ja


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2016 12:18 AM | Show all posts
ussopp replied at 23-1-2016 12:32 PM
tapi masalahnya,

yg guna cara akal utk buktikan Allah, dari zaman sebelum alghazel sampai seka ...

saya berpendapat  kalau tak ada itu bukan tidak bermakna pendekatan,   i think awak  bercakap soal pendekatan akal / logik  untuk dakwah , so  tidak bermakna ia tak boleh dilakukan cumanya pakar tu tak ada...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2016 12:20 AM | Show all posts
ussopp replied at 24-1-2016 12:08 AM
ya, geng2 tu lah tu....

setakat ni rujukan tertinggi nak guna akal , maka setakat ni belum ada  ...

iman abu bakar  tu pada yg dah tahu konsep tauhid - memanglah itu tak akan insya ALLAH jadi masalah. Tapi dalam konteks yg  lebih luas dalam rencam manusia

kan , kena ada pelbagai pendekatan

dalam quran pun suruh kita berfikir dan ini tak apa. Sains tu tak apa tapi bagaimana mentauhidka sains tu ?

itu bermula dengan falsafah pulak hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 02:55 PM | Show all posts
ussopp replied at 24-1-2016 12:08 AM
ya, geng2 tu lah tu....

setakat ni rujukan tertinggi nak guna akal , maka setakat ni belum ada  ...
setakat ni rujukan tertinggi nak guna akal , maka setakat ni belum ada umat islam yg lebih advance dari diorang ni...utk zaman kontemporARI Ssekarang la...


Depa dok islah balik ketakjuban umat
yg dok ternganga angkat 'nama' Islam dgn sains
- walhal islam itu apa yg diperbuat, takdak plk dlm rukun islam tu kaji itu ini bla bla bla

Dan takda plk yg nak angkat nama 'iman' dan 'ihsan' dgn sains kn?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.073818 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list