CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1051|Reply: 7

[Tempatan] Tidur Dalam Rumah Kotak Penangan Tak Mampu Sewa Rumah

[Copy link]
Post time 19-1-2016 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Tidak mampu sewa rumah
MOHD ISKANDAR OTHMAN
                                                                 19 Januari 2016                                 

                                                            Norsuyani (dua, kanan) bersama pasukan JKM bertanya sesuatu kepada gelandangan yang ditemui di sekitar Komtar.

               




                                                                                                                                                                          GEORGETOWN - Tidak mampu menyewa rumah akibat terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan masalah gelandangan tidak menemui jalan kesudahannya.

        Malah jumlah gelandangan di negeri ini dilihat semakin bertambah dari sehari ke sehari.

        Walaupun hanya tidur beralaskan kotak dan berbantalkan beg pakaian namun ia tidak menjadi masalah kepada mereka untuk melelapkan mata sementara menunggu hari bertukar siang.

        Difahamkan, sepanjang tahun lalu, 327 gelandangan diselamatkan dalam 204 operasi yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

        Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat  Malaysia (JKM) Pulau Pinang, Norsuyani Mohd Noor berkata, lebih 50 peratus gelandangan yang diselamatkan sebelum ini mengakui mempunyai pekerjaan namun tidak mampu menyewa rumah atau bilik disebabkan pendapatan yang tidak mencukupi.

        "Kebanyakan mereka bekerja sebagai tukang cuci pinggan, pengawal keselamatan dan tukang masak dan hanya meraih pendapatan sekitar RM300 hingga RM500 sebulan.

        "Disebabkan pendapatan kecil, mereka tidak mampu menyewa bilik sehingga terpaksa menjadi penghuni jalanan," katanya ketika ditemui media dalam operasi bersepadu menyelamatkan gelandangan dan kutu rayau di sekitar bandar raya ini awal pagi semalam.

        Turut serta Exco Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh.

        Operasi bermula jam 11.30 malam hingga 4 pagi itu menumpukan tiga kawasan iaitu sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Jalan Masjid Kapitan Keling dan Jalan Kolam Air.

        Ia mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP),Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Imigresen dan Hospital Pulau Pinang.
        Norsuyani berkata, 52 gelandangan termasuk lima warga asing diselamatkan dalam operasi itu.

        Beliau berkata, dua pasangan suami isteri berasal dari Kuala Lumpur juga ditemui tidur dalam rumah kotak kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk menyewa rumah.

        "Malah mereka tidak kisah untuk meneruskan hidup di jalanan kerana ramai yang akan memberi bantuan," katanya.

        Norsuyani berkata, lima warga asing yang diselamatkan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut manakala 18 kes akan dibawa ke mahkamah mengikut Sekyen 3 (2) Akta Orang Papa 1976.

        Selain itu, enam kes dirujuk kepada pejabat Exco Kebajikan bagi mendapatkan penempatan rumah dan 12 kes kepada Anjung Singgah untuk ditempatkan di situ.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/tidak-mampu-sewa-rumah-1.474473


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 03:16 PM | Show all posts
walaupun dapat duit bantuan kerajaan, kalau kerajaan tak reti2 nak sedar diri yang cukai2 rakyat sepatutnya digunakan untuk penambahbaikkan kehidupan rakyat itu sendiri, baik terjun loji najis. kbai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:20 PM | Show all posts
syukur aku masih punya rumah untuk hidup di malaysia ni..alhamdulilah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:32 PM | Show all posts
hahaha...kena tipu lagi....
semua galandangan sebenarnya tak ada kerja...pemalas...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:48 PM | Show all posts
siapa nak amik gelandangan kerja???...tu persoalannya....lain laa korang ada ijazah or diploma....setakat nak cuci gelas kat kedai mamak....tak de nyer menyempat nak menyewa........
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 04:01 PM | Show all posts
siannye dorang
heyyy tt kat area penempatan chuols takde ke tempat nak bagi kat gelandangan nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2016 04:07 PM | Show all posts
Siap pakai sarung tangan. Jijik sangat ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 04:07 PM | Show all posts
diorang pun kena cukai juga tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.065948 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list