CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1732|Reply: 5

[Tempatan] Mati dibelasah

[Copy link]
Post time 19-1-2016 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Mati dibelasah

http://www.hmetro.com.my/node/108501

Nabihah Kamal  
am@hmetro.com.my
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 3:27 PM     


Mayat dibawa dengan kenderaan polis ke hospital. FOTO Nabihah Kamal

Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di pusat beli-belah di Kepong, pagi tadi.

Polis menerima maklumat daripada orang awam pada 8.45 pagi sebelum ke lokasi kejadian di tingkat lima bangunan berkenaan.  

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisoner R Munusamy berkata, mangsa yang berusia 53 tahun itu ditemui terbaring dan berlumuran darah di bahagian muka.

"Difahamkan kejadian berlaku kira-kira 6 pagi dan mangsa yang berasal dari Bandar Tasik Selatan, Cheras itu dipercayai dibelasah lima suspek.

"Bagaimanapun, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh" katanya.  

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2016 04:11 PM | Show all posts
Lelaki ditemui mati di kompleks beli belah di Kepong

http://www.sinarharian.com.my/ed ... -di-kepong-1.474520

19 Januari 2016



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dengan mukanya cedera parah dan berlumuran darah di sebuah kompleks beli-belah di Kepong, di sini.

Seorang saksi yang tidak mahu dikenali ketika ditemui, berkata mangsa, 53 diserang sekumpulan lelaki kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tangga kecemasan.

"Masa itu pusat hiburan karaoke dan snooker di sini masih buka dan saya nampak mangsa ditarik sekumpulan lelaki, tak pasti dari arah mana. Saya tak faham apa yang mereka cakap sebab bahasa Hokkien," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohd Sukri Kaman ketika ditemui di lokasi menafikan kes berkenaan mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap.

Beliau berkata serangan dipercayai dilakukan oleh lima hingga enam suspek.

"Si mati mengalami kecederaan parah di bahagian muka, tiada kesan tikaman.  Motif kejadian masih dalam siasatan. Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Beliau berkata barangan peribadi mangsa terdapat bersamanya ketika beliau ditemui dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. –Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kepong kat mana tu brem mall..aeon kepong
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tesco selayang
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 04:46 PM | Show all posts
xpuashati, pukul, bunuh je sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 05:46 PM | Show all posts
ganassnyerrrrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.075156 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list