View: 9721|Reply: 8
|
Haiwan Comel Masa Kanak-Kanak
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak memerlukan hobi untuk mengisi masa lapang hobi yang menarik bukan sahaja akan menggembirakan kanak-kanak tetapi kebanyakan hobi juga dapat menambah pengetahuan.Pada zaman sekarang di mana permainan komputer dan video menjadi tarikan kepada kanak-kanak ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka menghabiskan masa dengan hobi yang meransang pembangunan minda dan pembinaan akhlak yang baik.Sesetengah hobi bermula sewaktu seseorang itu di zaman kanak-kanak mampu berkembang dan menjadi minat berpanjangan sehingga ke peringkat dewasa seperti memelihara haiwan peliharaan.
Haiwan peliharaan adalah haiwan yang tinggal di dalam rumah ataupun haiwan yang dijinakkan dan dipelihara sebagai teman atau kerana kecantikan haiwan tersebut memelihara haiwan peliharaan merupakan hobi yang popular di seluruh dunia.Kanak-kanak yang dibesarkan dengan haiwan peliharaan menunjukkan banyak kelebihan ia juga merupakan hobi yang disyorkan untuk kanak-kanak kerana ia mengajar kanak-kanak sifat tanggungjawab dan kasih sayang.Kemahiran sebegitu diperlukan oleh kanak-kanak pada masa akan datang dan juga untuk meningkatkan kemahiran sosial.
Kelinci dan Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling popular kerana cirinya yang suka bermain menarik dan mudah dijaga berbanding dengan haiwan lain haiwan peliharaan yang juga popular terdiri daripada arnab,hamster dan ikan.Hari ini haiwan eksotik seperti labah-labah dan ular juga turut mendapat perhatian di kalangan pencinta haiwan.Walaupun haiwan peliharaan dapat memberi keceriaan kepada kanak kanak ia adalah amat penting untuk memilih haiwan peliharaan yang sesuai untuk keluarga saiz rumah dan gaya hidup mereka serta jenis haiwan yang mampu dijaga oleh anak anda.Seekor ikan emas di dalam akuarium amat sesuai untuk saiz rumah yang paling kecil manakala kawasan yang lebih besar diperlukan untuk anjing yang besar.Haiwan peliharaan juga memerlukan komitmen jangka panjang untuk haiwan seperti anjing kucing dan arnab kerana jangka hayatnya yang biasanya menceceah hampir 10 tahun tambahan lagi hobi memelihara haiwan peliharaan juga meliputi kos makanan dan juga kos perubatan yang tidak dapat dielak demi menjaga kesihatan haiwan peliharaan.
Sungguh pun hobi memelihara haiwan mempunyai banyak manfaat namun begitu yang paling biasa untuk tidak memelihara haiwan peliharaan adalah masa yang tidak cukup tempat peliharaan yang tidak sesuai dan juga masalah menjaga haiwan peliharaan sekiranya terpaksa meninggalkan rumah kediaman atau apabila terpaksa melalui perjalanan yang jauh.Kebersihan haiwan peliharaan serta peralatan dan makanannya perlu dijaga supaya haiwan peliharaan dan tuannya sentiasa sihat oleh itu perancangan teliti amatlah penting supaya pengalaman yang positif dan menyeronokkan di alami oleh semua yang terlibat dan menjadi memori yang indah..
Source: http://icah-banjarmasin.blogspot.com
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Comel betul kucing dalam gambar itu |
|
|
|
|
|
|
|
sorry ye lari topik ni nak kongsi pengalaman skit. kalo nk cari rumah biarlah jiran2nye yg majority melayu islam sbb kalo tinggal kat kws yg ramai non muslim bela anjing ni mmg perangai cam setan. kalo pandai jaga xpe, tp ade tuan yg biar anjing menyalak siang mlm tanpa ape2 tindakan. org mcm ni mmg xde kesedaran sivik dan mempertimbangkan rasa jiran sekeliling. kalo sound dia kata kita ni rasis pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
ofkos kucing..dulu xsuka hairy pet..tp bila tgk kucing cantik2 n comel2 mcm best pulak |
|
|
|
|
|
|
|
hahhaha kanak2 tue...comel plak |
|
|
|
|
|
|
| |
|