CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6546|Reply: 42

Nak Salahkan Siapa Jika Anak-Anak Ada 'Teman Tapi Mesra'?

[Copy link]
Post time 28-1-2016 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Teringat pepatah orang-orang tua, “nak jaga lembu sekandang lebih senang daripada jaga seorang anak perempuan”.

Anak-anak perempuan sekarang bukannya boleh ditegur. Salah tegur, merajuk dan mulalah nak bawa diri. Jika ada kenalan atau teman lelaki pula, lagilah tak dengar cakap. Kemudian, asyik keluar ber'dating' sahaja.

Kisah 'Teman Tapi Mesra' yang menjadi viral awal Januari lalu membuatkan netizen mengeji tindakan mereka. Seakan tiada rasa malu apabila bercuti bersama-sama sedangkan mereka di bawah umur dan sepatutnya masih di bawah jagaan ibu bapa.



Kerana susahnya mendidik anak-anak perempuan, pahalanya juga luar biasa.  Nabi Muhammad SAW menerangkan bahawa kesabaran mendidik anak perempuan akan menjadi tabir penghalang dari api neraka. Diriwayatkan dari Uqbah bin Nafie ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa memiliki tiga anak wanita kemudian ia sabar atas (merawat dan mendidik) mereka serta ia memberi makan dan minum mereka dari apa-apa yang ia dapatkan maka anak-anak wanita tersebut akan menjadi penghalang baginya dari api neraka di hari kiamat.”  (HR. Ahmad)

Memetik pandangan Warga Prihatin ;


Antara isu penting untuk difikir dan dibendung ialah,

1. Teruna dan dara 'bercuti bersama'
2. Langkawi tempat 'kesawitan cinta' dan menyempurnakan zina..
3. Langkawi tempat bertapa sementara untuk melahirkan bayi zina.
4. Tudung hanya di sekolah sahaja.
5. Lebih 30% pasangan berkahwin bercerai. Apatahlagi sekadar cinta.
6. Inilah rata-rata calun ibu dan ayah kepada anak cucu kita.


Untuk bercuti perlukan duit belanja dan izin daripada ibubapa. Dari manakah mereka dapat dana dan izin itu? Inikah hasil daripada kerja keras ibubapa mencari rezeki? Inikah anak-anak yang bakal menunggu kita di syurga nanti?

Kita tidaklah menuduh adik-adik ini berzina kerana itu hanya mereka yang tahu. Tetapi pergaulan bebas seperti ini lebih kepada mendekati zina dan itu amat dilarang Allah SWT.

Gejala sosial umat ini sudah cukup teruk sekarang. Janganlah ditambah lagi. Cegahlah selagi boleh sebelum semuanya 'terlanjur'. Perhatikan berapa banyak kes buang bayi dan gejala sosial yang terjadi di Langkawi.

Jadi, siapakah yang harus dipersalahkan dalam isu ini? Fikir-fikirkanlah! - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 02:13 PM | Show all posts
kahkahkah.. till jannah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 02:15 PM | Show all posts
Biase nye bile dh terlanjur dapat anak.. baru akan insaf..
slagi x kene, slagi tulah.. mcm ni je.
mlainkan dtg dr kluarga kaya, mengandung dan gugurkan..
dh tu ksalahan yg sama berulang ulang.. x serik..

klau lah undang2 hudud yg sistematik dilaksanakan, mungkin kes mcm ni akan berkurangan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 02:15 PM | Show all posts
Stupid question.

Salahkan diri sendiri yang gagal mendidik anak-anak, tak kira samada anak lelaki atau anak perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 02:31 PM | Show all posts
teringat citer student skolah sukan bkt jalil...3 bdk laki & 4 bdk perempuan...
yg girls anak2 org kaya...
outing/weekend pi brcuti ke PD...1 couple 1 bilik....but 1 couple ada xtra girl...dont know la 3some ke apa kan..hahaha
but that extra girl balik diam membisu...so cikgu perasan....
s0 cikgu cuba korek rahsia kenapa....
last2 dpt tahu yg dia trnampak aksi couple tuh..huhu...
after that kantoi la 3 couple tuh....
apa lagi kene panggil la semua parent....yg bdk laki comfirm kene penampor byk kali kat skolah...
tamat cita...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 02:46 PM | Show all posts
zina makin berleuasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2016 03:09 PM | Show all posts
cinta sawit  
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 03:11 PM | Show all posts
dlu cinta di awan gunung jerai...skrg cinta kat sawit... hahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 03:19 PM | Show all posts
tak tau la mungkin aku ni lembap sket.. apakah maksudnya 'kesawitan cinta'?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 03:19 PM | Show all posts
kesawitan cinta? wth? buah kelapa sawit tau la..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 03:24 PM | Show all posts
Pokok sawit??
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 03:25 PM | Show all posts
banyak pengaruh dari luar jugak.. elemen negatif meresap masuk dalam diri kesan dari kecanggihan teknologi. tak pasti samada menyalahkan mak bapak 100% adalah releven atau tidak. andaikata didikan baik dah diberi terbaik dari rumah, tak mustahil segalanya punah disebabkan pengaruh rakan sebaya.

aku tak cakap pasal orang lain, dlm adik beradik aku ada sorang dua yg perangai liar sket, panjang kaki. tapi insyaallah tak sampai 'menyawitkan cinta' (but yes, perlu cegah sebelum terlambat). bila aku sekolahkan dia, dia selalu cakap, "ko tak tau rasanya jadi kambing hitam dalam family..sob..sob". i was like, what???
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 03:51 PM | Show all posts
mak bapak sibuk cari duit.. balik ngadap hp fb forum.. anak2 pun 24jam ngadap wsapp, wechat.. yg laki2 pandai cucuk jarum.. apo nak kato.. zaman ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 04:19 PM | Show all posts
adakah aku bbnu sebab xphm apa itu kesawitan cinta ??
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada 3 anak bujang. Risau sgt klu fkir pal anak2 ni. Bole demam di buatnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kesawitan.... sawit? hmm mungkin sweet kot maksudnye.. kemanisan cinta gitu.. ksweetan hahahaha! x tau lah. bbnu sangat dik oii. dah lah haukk jantan2 tu. seronok laa korang dengan 3 cendawan kn? sedarlah wahai anak2 sekalian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 09:21 PM | Show all posts
sarahmirza: Stupid question.Salahkan diri sendiri yang gagal mendidik anak-anak, tak kira samada anak lelaki atau anak perempuan.


mana bleh u....so far...brape bijik artikel yg kluar kat cari ni yg salahkan pd org perempuan ( no matter what the issue?)
99.5%..yg lagi 0.5% tu terkena kat najib....lol...

so as perempuan..kite redha je la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tu belum lagi ade klinik2 yg buat penguguran haram.. Lagi menggalakkan la kot.. Mintak dijauhkan la anak2 kite dari terjebak ke arah negatif..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 10:12 PM | Show all posts
Pastu gigih nanya suami isteri yg blm ada anak, korang ni bila nak ada anak?? Nanti tua sapa nak jaga?? heheheheh!! udahnya anak2 korang campak je korang ke rumah orang tua klu anak korang kecik2 lg dah perangai teruk dr yahudi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 02:20 AM | Show all posts
Serba salah nak doakan dorang till jannah bila tengok perangai masing2. Harap2 adik duduk bilik asing laki pompuan la huhu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.066440 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list