Oleh Adib ZA
Diberi susu dibalas tuba. Situasi begini memang banyak dalam masyarakat kita.
Bila diminta tolong, kita pun dengan mudahnya memberi apa sahaja. Namun, bila sudah berjaya, nama kita pula yang diburukkan.
Kisah yang diceritakan oleh netizen ini, antara lain ingin memberitahu banyak pengalaman membantu rakan yang lain.
Namun sebaliknya, sifat dengki yang ada dalam diri membuatkan seseorang itu ingin berjaya sendiri sahaja. Tak boleh tengok orang lain berjaya dan gembira, sanggup memburukkan nama orang lain meskipun orang itulah yang membantunya suatu ketika dahulu.
Teringat pula lagu Ziana Zain yang bertajuk, "Tika Naik Tika Turun". Orang kita bukan sahaja mudah lupa, malah busuk hati pula.
Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)
Bila sahaja mahu berubah menjadi lebih baik? Ini semualah punca mengapa orang lain susah nak beri bantuan.
Kata orang, ilmu itu bukan untuk disimpan, tapi dikongsi. Namun bila dikongsi, disalah guna pula. Bagaimana tu? - CARI Infonet
|