CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8610|Reply: 1

Cerita Sang Arnab dan Kura-kura

[Copy link]
Post time 29-1-2016 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Adoamang at 29-1-2016 09:56 AM

Cerita Sang Arnab dan Kura Kura - Suatu masa yang dahulu Sang Arnab dan Sang Kura kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan.Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.
Perlumbaan pun bermula Sang Arnab memecut pantas di separuh jalan dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura kura masih jauh.Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.
Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura kura Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa seo.
Jika dia menyelesaikan ketiga tiga masalah tadi adalah mustahil dia akan kalah jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura kura untuk mengadakan perlawanan kedua Sang Kura kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura kura jauh ketinggalan di belakang.
Cerita ini bersambung lagi Kali ini Sang kura kura pula memikirkan strategi untuk menang Sang Kura kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.
Setelah berfikir panjang Sang Kura kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan Berbekalkan komitmen yang ada Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang pada masa yang sama pula Sang Kura kura berjalan perlahan-lahan setibanya di sungai dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan seo semula sehingga tiba di garisan penamat Sang Kura kura menang.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang anda tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut jika anda minat dalam sesuatu bidang ceburi bidang tersebut dengan sepenuh hati tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.
Setelah 3 kali perlumbaan Sang Arnab dan Sang Kura kura telah menjadi rakan karib mereka berbincang seo bersama mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.Mereka bersetuju untuk berlumba tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan Sang Arnab mendukung Sang Kura kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar.Setibanya di sungai Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang setibanya di seberang sungai mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
Source:  http://icah-banjarmasin.blogspot.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2016 11:41 AM | Show all posts
aku dok pahan motif thread ni.err..ka tulis sendiri ke ka copy ni.aku rsa cm copy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.198496 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list