Oleh Adib ZA
Kata orang, jangan tanya apa sumbangan negara kepada kita, sebaliknya tanya apa yang kita beri kepada negara.
Seorang netizen ini mempersoal tindak tanduk rakyat Malaysia mengapa di kala negara mengalami kegawatan ekonomi dan kewangan ini, ramai pula yang berpusu-pusu 'membantu' menaikkan ekonomi syarikat atau produk dari luar negara?
Tindakan orang ramai yang menggunakan petrol daripada syarikat selain Petronas dilihat tidak membantu menaikkan ekonomi negara. Ini kerana duit yang dibelanjakan itu akan mengalir ke luar negara, melalui syarikat berasaskan negara asing.
Petronas secara ketara merupakan 95% dimiliki negara Malaysia. Dalam pada itu 15 % daripada itu ia dikongsi pemilikian antara KWSP, ASB dan sebagainya.
Sebaliknya, syarikat minyak lain dipunyai oleh negara luar dan tiada perkongsian antara organisasi seperti KWSP atau ASB.
Gambar hiasan. (Sumber foto: Thestar)
Penulis bersetuju apabila netizen ini berkata,
"Mengapa kita terus berharap dan mahukan lebih lagi sumbangan daripada Petronas kepada negara dalam masa ekonomi gawat ini, dan seharusnya soalan sebenarnya ditujukan kepada diri kita, APAKAH SUMBANGAN KITA?" - CARI Infonet |