Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
12
Return to list New
18994
View
45
Reply

HIMPUNAN AMALAN/TIPS DARI FORUMER MPS

[Copy link]

Author: hest       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 10-2-2016 01:54 PM | Show all posts
leenaz replied at 5-2-2016 06:38 PM
ada satu thread tu
penuh dgn petua dan amalan
napa x guna yg tu je....

this not about that .. ni tips2 yg dah pernah diberi forumer dalam benang2 yg berterabur. dulu benang2 lama terutama. banyak diselit tips. itu yg aku minta di kopipes ke benang ni. bukan tips yg baru. tp tips lama yg dah pernah dipost. 1 kan dalam benang ni. kalau backlog.. tolong copy dan paste skali..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 08:00 PM | Show all posts
Ini aku dapat dari cousin yg ada ramai kenalan dr DS..
IMG-20160204-WA0005.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:41 AM | Show all posts
Doa istighosah. Amat digalakkan membacanya pada waktu2 terdesak lepas semua usaha menemui jalan buntu. Kalau baca sebelum buntu tu lebih baik la... insyaAllah dapat petunjuk yang baik dalam apape yang kita nak buat.

doa-agar-allah-jaga-setiap-masa.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
4 perkara yg diajar Nabi saw kalau kita mimpi buruk/seram:
1. Ludah sebelah kiri sebanyak 3 kali.
2. Baca taawudz (perlindungan dgn Allah dr syaitan yg direjam)
3. Mengubah posisi tidur.
4. Tidak menceritakan perihal mimpi tersebut kpd org lain - supaya ia tidak bermain2 di fikiran kita utk merunsingkan kita. Walaupun begitu, jika mimpi buruk/seram berterusan, pergi berjumpa perawat Islam utk rawatan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 10:23 AM | Show all posts
BAGUIHNYA THREAD NI!!!! MOHON MAMA NAK SIMPAN DALAM DRIVE...TERIMA KASIH HEST DAN SEMUA!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 04:41 PM | Show all posts
sapa yg nk donlod ayat ruqyah, manzil mathurat yasin... blh guna link sini..

https://www.mediafire.com/folder/de4zqec475bdz/Ayat_Ruqyah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu cara nak serang balas gangguan: bacakan kalimah tammah, dan tiup ke arah gangguan. Kalimah ini Rasulullah baca utk membakar ifrit.

http://www.quranic-healing.com/2 ... ah-kalimat.html?m=1
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-5-2016 12:36 PM | Show all posts
ambik dari komen @zie_haqqin dalam thread TT Clover_Hill

Hmm...saya pernah mengalami mcm tu...benda tu dlm kategori jin asyik. Mmg perlu berubat Dan buang benda tu.

Sebelum start berubat utk buang benda turn, adalah baik memulakan pemakanan minyak zaitun Dan habbatussauda. Amalkan dlm seminggu, minyak zaitun meredakan stress, habbatussauda tingkatkan imun. Benda tu tak suka habbatussauda. Lepas seminggu dapatkan rawatan bekam.

Benda halus suka berlindung dibahagian darah kotor yg terkumpul dlm badan. And next boleh terus dptkan rawatan atasi masalah makhluk halus.

Teruskan amalan bacaan alfatihah, 3qul. Jika baca dgn sepenuh hati dan betul sebutan makhraj dan tajwid. Puan akan rasa getaran pada bahagian yang sakit. Teruskan juga bacaan zikr selepas solat...subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-5-2016 12:36 PM | Show all posts
ambik dari komen @zie_haqqin dalam thread TT Clover_Hill

Hmm...saya pernah mengalami mcm tu...benda tu dlm kategori jin asyik. Mmg perlu berubat Dan buang benda tu.

Sebelum start berubat utk buang benda turn, adalah baik memulakan pemakanan minyak zaitun Dan habbatussauda. Amalkan dlm seminggu, minyak zaitun meredakan stress, habbatussauda tingkatkan imun. Benda tu tak suka habbatussauda. Lepas seminggu dapatkan rawatan bekam.

Benda halus suka berlindung dibahagian darah kotor yg terkumpul dlm badan. And next boleh terus dptkan rawatan atasi masalah makhluk halus.

Teruskan amalan bacaan alfatihah, 3qul. Jika baca dgn sepenuh hati dan betul sebutan makhraj dan tajwid. Puan akan rasa getaran pada bahagian yang sakit. Teruskan juga bacaan zikr selepas solat...subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.
Seeloknya dapatkan rawatan Dari yg bertauliah. Walaubagaimanapun, saya cadangkan pengambilan habbatussauda 2 biji kapsul, 3 biji kapsul minyak zaitun. 3 Kali sehari. cadangan waktu adalah pada pukul 8pg, 4 ptg Dan 12 mlm. Ini yg dicadangkan oleh perawat saya.

Tindakbalas healing akan berlaku, bergantung pd tubuh masing. Contohnya selsema yg teruk jika ada resdung, sakit kepala yg melampau jika ada migrain dan pelbagai lagi. Jika dah melepasi tempoh healing, sakit2 yg biasa dihadapi akan hilang.

Dlm tempoh ini, tubuh fizikal dah sihat, teruskan rawatan utk sakit mistik. Insha Allah sakit mistik akan mudah berlalu.

Banyakkan zikir, sembahyang taubat, doa dan mohon pd Allah semoga dihindar Dari segala penyakit karut marut. Selawat juga kpd nabi. Bila nur dalam diri semakin terang bercahaya. Insha Allah, benda tu semakin menghindar....

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-5-2016 12:52 PM | Show all posts
komen dari @magpie5672 dari thread Clover_Hill


assalamualaikum tt @Clover_Hill dan semua ahli forum sekelian,
saya belom habis baca semua page, tapi disebabkan mcm tt kata boleh buat kelab wanita kena gangguan,
saya rasa nak kongsi satu doa.

saya dapat doa ini ketika pergi berjumpa dengan seorang alim nun di utara kedah. dia ijazahkan ayat ni pada saya dan 2 orang kawan. seorang ustaz dan seorang ustazah. waktu tu saya sakit teruk. dan masih lagi x selesai dek kelalaian sendiri. ustaz tu yang bawak saya dan ustazah tu plak just temankan saya. diorang bukan suami isteri.

ayat itu adalah dari surah An-Naml; ayat 30-31.

setiap kali gangguan datang dan saya mula rasa nak marah2 dan nak hilang kawalan, saya akan baca ayat ini ulang dan ulang. sampai cool. alhamdulillah setakat ini, berkat ayat dan wahyu untuk Rasulullah ini, Allah makbulkan.

kita hanyalah makhluk Allah dan dialah yang berkuasa atas segala galanya. berserahla pada dia.

pada semua yang senasib dengan saya, boleh cuba baca ayat ini bila perlu. In sya Allah dengan izinnya dapat membantu. cumanya ingatlah ayat x memberi kesan, tapi Allah yang berkuasa memberi kesan.

moga bermanfaat, in sya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2016 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ghulam at 18-6-2016 07:11 PM

Jin dpt melihat kita dlm keadaan kita tidak dpt melihat mereka:

Surah Al-Araf, Verse 27:                           

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

Tapi ada 2 keadaan dimana mereka juga (jin) tidak dapat melihat kita: Kita baca 'Bismillah' ketika menyalin pakaian dan ketika masuk tandas.

Yang bisa menghalangi pandangan mata jin dan aurat anak Adam (manusia) adalah ketika hendak menanggalkan pakaian hendaklah membaca Bismillah(HR. As Suyuthi, shahih menurut Al Albani)

Dalam hadits yang lain, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Penghalang antara pandangan mata jin dan aurat anak Adam (manusia) adalah ketika seseorang hendak masuk ke kamar mandi hendaklah membaca Bismillah(HR. Tirmidzi, shahih menurut Al Albani).
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 04:18 PM | Show all posts
Komen dari @juragan_malam dari thread juragan_malam

Reply 1121# une_fille


   salam,
lepas urut, tido then mimpi dikejar something scary? mmmm....1)mungkin sebb penat jadi mimpi bukan2. 2) sbb sakit tu bukan sakit zahir tapi batin, mungkin amaran oleh setan/jin tu..wallahualam...

lain kali..kali lepas habis mengurut samaada ada pengeras atau x, petua dia...selawat 2 kali dan tepuk dan usapkan tapak tangan kat dinding/lantai , sambil bayangkan semua sakit2 dan segala apa  yg x elok melekat kat situ...

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 11:45 AM | Show all posts
BANYAKKAN DOA
ZIKIR JANGAN KURANG 1000X SETIAP HARI
BANYAK ISTIGHFAR
BANYAK BERSELAWAT
BANYAK BERSEDEKAH(MAKANAN)
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa pnh dengar petua dri orang2 tua.. kalau anak2 selalu gaduh, degil.. anak2 dibagi makan cikpet lembu betina tanpa diketahui anak2 tu. Tapi disertai amalan tertentu spt mak bapaknya kena puasa berapa hari ntah dgn amalan lain lagi.

Ada orang lain pernah dengar tak benda ni??
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ghulam at 30-12-2017 09:38 PM

Kalau masuk rumah yg dah lama tak duduk, boleh ikut yg Nabi ajar:

Jika seseorang masuk rumah yang tidak didiami, maka ucapkanlah:
Assalamu alainaa wa alaa ibadillahissolihiin (salam bagi diri kami dan salam bagi hamba Allah yang sholeh)

(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrod 806/ 1055. Sanad hadits ini hasan sebagaimana dikatakan oleh Al Hafizh Ibnu Hajar dalam Al Fath, 11: 17).
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 11:33 AM | Show all posts
@chefmizan ''tetamu tak diundang'' maaf mek lupa v1 or v2..

Tanda2 jelas nak tau samada anak bro ada saka atau tak senang je. cuba 1 malam tido dengan anak tadi berdua je. Then bangun sewaktu tiba sepertiga malam. Kalau berani jenguk ke luar tingkap yang betul2 menghadap pintu masuk rumah. Cari arah cahaya dan renung guna mata hati di punghujung arah cahaya. Biasanya disitulah saka harimau tadi lepak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 11:34 AM | Show all posts

@chefmizan ''tetamu tak diundang'' maaf mek lupa v1 or v2..

Kalau takde jugak try yang ni pulak. Selepas solat maghrib tanpa beralih dari kedudukan sejadah,panggil anak duduk berdepan,pegang ubun2 kepala dia dengan lembut dan penuh kasih sayang dan bacakan selawat keatas NABI,IBUBAPA NABI,SAHABAT NABI dan ibu si anak. jangan angkat tangan then hembus dengan lembut pada ubun2 tadi. Lepas tu baca pulak surah KAFIRUN sampai abis. Masa ni kene ready ye,kalau bertuah saka tu akan muncul dari mana2 penjuru rumah. Kalau tak saka tu akan muncul sekali imbas pada wajah anak tadi. Dah abis baca surah tu raupkan kepala dan muka anak. Bila rasa dah selesai buat penutup dengan WATAMMATKALIMATULLAH HIALAIHIWASSALAM..ALLAH HUAKBAR..ALLAH MAHA BESAR.. Tiup ubun2 anak tadi n dia akan sedar balik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 11:34 AM | Show all posts

@chefmizan ''tetamu tak diundang'' maaf mek lupa v1 or v2..

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, khadam tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 11:35 AM | Show all posts
@chefmizan ''tetamu tak diundang'' maaf mek lupa v1 or v2..

Sebelum makan atau minum,bacakan Suran An-Nas sebanyak 3kali. Kemudian angkat dan pegang sebelah bawah pinggan atau cawan. Jika berkeadaan sebaliknya iaitu makanan atau minuman panas tetapi disebelah bawah pinggan atau cawan tadi sejuk atau sebaliknya maka makanan atau minuman tersebut telah disihir.

     Dengan lafaz Bismillah angkat dan buangkan kedalam sinki. Pasangkan air dan biar makanan atau minuman tadi larut bersama air.

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ghulam at 30-3-2018 10:28 PM

Ini satu dari beberapa sebab Rasulullah perintahkan supaya makanan dan minuman di tutup.

Rasulullah bersabda,
Apabila memasuki waktu malam (hampir maghrib), maka tahanlah anak-anak kalian (agar tidak keluar rumah) kerana Syaitan2 sedang berkeliaran ketika itu. Jika waktu malam telah berlalu beberapa waktu, maka lepaskanlah mereka. Kuncilah pintu-pintu (rumah) dan sebutlah nama Allah karena Syaitan tidak mampu membuka pintu yang tertutup. Tutuplah tempat-tempat air kalian dan sebutlah nama Allah. Tutuplah bejana-bejana makanan kalian dan sebutlah nama Allah walaupun hanya dengan meletakkan sesuatu (seperti lidi atau sudu) di atasnya, dan matikanlah lampu-lampu kalian.

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika seseorang masuk rumah yang tidak didiami, maka ucapkanlah:
Assalamu alainaa wa alaa ibadillahissolihiin (salam bagi diri kami dan salam bagi hamba Allah yang sholeh)

(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrod 806/ 1055. Sanad hadits ini hasan sebagaimana dikatakan oleh Al Hafizh Ibnu Hajar dalam Al Fath, 11: 17).
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053028s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list