|
Netizen persenda logo baharu Liga Perdana Inggeris musim 2016/17
Nizam Bakeri, Astro Awani | Diterbitkan pada Februari 10, 2016 07:42 MYT
Netizen persenda logo baharu Liga Perdana Inggeris musim 2016/17
Tanpa penaja sebagai nama liga, Premier League bakal menggunakan mekanisme tajaan lain yang mengumpulkan tujuh penaja musim hadapan termasuk Nike dan EA Sports yang mengesahkan tajaan - Foto Twitter/Creative Reviews
LIGA Perdana Inggeris Selasa mengumumkan identiti visual baharu termasuk sebuah logo untuk musim 2016/17.
Menurut Sky Sports, reka bentuk logo itu menyaksikan Liga Perdana Inggeris tidak lagi dikenali sebagai ‘Barclays Premier League’ namun hanya ‘Premier League’ bermula musim hadapan.
Imej singa yang menjadi logo liga berkenaan sejak penubuhannya pada tahun 1992 bagaimanapun dikekalkan.
Menurut pengarah urusan Premier League, Richard Masters, keputusan untuk tidak menggunakan jenama penaja sebagai nama liga diambil untuk mempersembahkan liga sebagai satu organisasi dan pertandingan dengan imej tersendiri.
Imej baharu ini juga disifatkan Masters sebagai relevan, moden, dan fleksibel seterusnya membantu mereka meraikan semua pihak yang terlibat dengan Premier League.
Ketiadaan penaja utama bermakna Premier League bakal beroperasi dengan mekanisme tajaan berbeza. Media tempatan melaporkan tujuh slot penaja bakal diisi dengan Nike dan EA Sports telah mengesahkan tajaan.
Netizen berbeza pendapat tentang logo baharu
Pengumuman logo baharu disambut dengan reaksi bercampur-campur oleh netizen.
Ada yang memuji logo berkenaan.
Namun ramai netizen yang tidak menyambut baik malah mempersendakan logo baharu tersebut. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|